Kiosk Pemulihan Khas
Salam sejahtera..
Semalam sahaja, saya menerima berpuluh-puluh email yang rata-ratanya daripada pelajar di institusi pendidikan yang mahu saya papar gambar sebenar kelas Pemulihan.

Baiklah, bagaimanakah yang dikatakan sebuah kelas Pemulihan yang selesa, kondusif, selamat dan ‘sejuk mata memandang’?
Saya akan paparkan pada minggu depan beberapa contoh kelas Pemulihan yang saya perolehi dalam sesi lawatan Profesional ke lima buah sekolah di sekitar Johor Bahru pada pertengahan 2008 yang lalu.
Hari ini saya akan paparkan kehebatan kelas Pemulihan dari Sekolah Kebangsaan Lepar Utara 1, Bandar Jengka yang mempunyai kiosk menarik dan sesuai dengan ciri-ciri kelasnya.

Kiosk Ruang / Visual

Kiosk Matematik

Kiosk Interpersonal

Kiosk Intrapersonal

Kiosk Muzik

Kiosk Bahasa
Sekian,

NORHAIDI SARPONEN
Mantan Guru Pemulihan
2004-2008






.jpg)
thanks … it help me a lots… actually i really need more info about pemulihan khas such as the teaching method of station and horse-shoe……..hehe……..thanks
kalau biliknya kecil sahaja, ada alternatif kiosk yang lain tak? tq.
Bilik Pemulihan yang kecil masih boleh menempatkan beberapa kiosk yang lain. Namun, kiosk tersebut tidaklah terlalu memperlihatkan keadaan bilik berkenaan menjadi terlalu sempit sehinggakan murid sukar untuk belajar.
Cikgu Khairuddin mungkin boleh melakar pelan lantai yang sesuai seperti kabinet atas dan pembahagian ruang untuk kiosk dan sudut pembelajaran.
saya merupakan 1st year posting. teramatla sukar pada tahun pertama ini untuk mengajar kerana tiada pengalaman.laman cikgu ini juga baru sy temui. bolehlah digunakan untuk tahun hadapan. tq banyak2
pada pertengahan tahun, boleh ke kita menerima lagi murid pemulihan. ramai cikgu2 kelas perdana main hantar je muridnya.asal x lulus exam, hantar pemulihan.
salam..
saya bersimpati atas perkara yang cikgu alami.. Itu adalah antara masalah yang dialami oleh sebahgian besar guru pemulihan lebih-lebih lagi yang baru posting.
Umpama dibuli oleh guru-guru senior pula. Namun, cikgu usah risau. Pada pertengahn tahun pun cikgu masih boleh menerima murid pemulihan dengan syarat cikgu jalankan ujian saringan dan diagnostik yang dibekalkan oleh PPD (sekarang dipanggil IPP2M).
Barangkali murid yang dihantar oleh guru aliran perdana adalah untuk disaring oleh cikgu sendiri. Jadi, tugas cikgu cuma jalankan ujian dan memilih murid yang paling layak sahaja.
Suka diingatkan, jika murid cikgu sudah maksimum 15 orang, cikgu tidak perlulah ambil murid lagi. Kalau cikgu hendak ambil juga, semuanya bergantung kepada budi bicara cikgu.
Jika murid tahun dua ada empat kelas contohnya, cikgu layak mengambil maksimum 15 orang murid sahaja.
Jika murid tahun dua hanya ada satu kelas, cikgu layak mengambil murid maksima enam orang sahaja.
Kedua-dua keterangan di atas juga bergantung kepada saiz kelas cikgu. Sebarang pertanyaan online, sila download Yahoo! Messenger dan install. Kemudian add saya sebagai ‘belalangcyber’.
Terima kasih kerana sudi melayari laman ini
setau saya tiada lagi kiosk2 pemulihan.apa yang penting bilik pemulihan itu boleh dipelbagaikan. apalah gunanya kiosk2 tersebut jika hanya untuk sebagai pameran sahaja sedangkan tidak semua kiosk diperlukan mengikut keperluan semasa murid pemulihan khas. Tidak semua bilik pemulihan khas mempunyai kelas 3 bay. Bagaimana kiosk2 pemulihan boleh diadakan (minimum 8 kiosk)kalau kelas pemulihan ada 1 bay saja, adakah praktikal diadakan kiosk2 dan ditambah pula murid pemulihan yang mempunyai hampir sama kecergasan pelbagainya? Yang penting pada saya, biarlah bilik itu digunakan secara maksimum,kondusif walaupun kecil.
assalamualaikum,
saya pening dengan fail yang perlu kita sediakan. saya merupakan guru pemulihan khas skm yang baru habis kursus kdc. jadi, semasa saya berkursus di Naza hotel,seramai 1000 org lebih semasa perlantikan mula GSTT, kami diberi taklimat supaya menyediakan 10 fail. tapi, pegawai khas kami kata pula kena ada 4, iaitu fail panitia, fail induk, fail murid dan fail data pet 1. yang musykilnya, isi kandungan fail induk adalah sama dengan fail panitia.guru besar saya pula kata pemulihan khas tiada panitia. macam ne tu…
wsalam…
sabar cikgu..jangan pening-pening. Pertama sekali, selamat datang ke dunia perguruan. Jika ini pilihan cikgu, buatlah sebaik mungkin.
Sistem fail di kelas pemulihan memang ada fail panitia sebagai fail yang utama. Dalam fail panitia pula ada lebih kurang 10 hingga 12 pecahan fail lain. Mungkin itu yang dimaksudkan oleh pegawai yang memberikan taklimat. Fail murid pula termasuklah untuk lembaran kerja.
Kebanyakan guru besar memang tidak mengambil berat hal ini. Cikgu kena bincang dengan GPK 1. Sebenarnya, fail panitia pemulihan mesti ada di sekolah yang melaksanakan program pemulihan.
Cikgu boleh hubungi terus pegawai yang menyelia untuk mendapatkan gambaran jelas akan hal ini.
Terima kasih
~+~saya tengah pening dengan bentuk struktur kelas pemulihan saya yang mempunyai 4 bilik dalm 1 kelas…ruang amat sempit sedikit…sekolah saya baru saja dibuka dalam 3 bulan ini…dan saya merupakan guru baru lepasan KPLI..pening…camne sy nak wat dgn kelas tu yek..any idea?..~+~
salam,
cikgu tidak perlu risau dengan keadaan semasa kelas cikgu. Cikgu boleh ubah suai mengikut citarasa cikgu jika ada kelapangan sedikit demi sedikit. Nasihat saya, jangan bebankan minda dan diri cikgu untuk perkara ini.
Lakukan pengubahsuaian (jika perlu) secara perlahan-lahan. Apa yang penting adalah tanggungjawab sebagai guru Pemulihan yang perlu di jalankan dengan sebaiknya lebih-lebih lagi tumpuan terhadap murid.
Saya yakin cikgu telah menerima latihan yang baik di institusi terpilih. Jadi, saya percaya cikgu pasti akan dapat mengatasi kemelut sedia ada. Selamat datang ke dunia Pemulihan. Seronok menjadi guru pakar dalam bidang ini.
Semoga berjaya!
Terima kasih
~+~assalammualaikum,terima kasih atas nasihat cikgu di atas..baiklah saya ingin bertanya mengenai peruntukan yang sepatutnya kepada kelas Pemulihan…betul ke bimbingan & kaunseling juga perlu memberikan sedikit peruntukan kepada pemulihan selain drpd BM & MAte.apa yang sy faham B&K juga perlu tapi guru B&K di sekolah sy menegaskan bahawa tiada peruntukan dr B&K kepada Pemulihan..dan sudah ada pekeliling baru mengatakan begitu… ~+~
saya guru baru yg kurang pengalaman..leh tak kongsi dgn saya….
saya ada budak yang layak ke pendidikan khas, tapi mak n ayhnye taknak antar die ke sek tu.saya kena buat surat doktor tk sahkan yg bdk tu layak ke pendidikn khas.ada contoh surat tak
cikgu,
jangan buat keputusan terburu-buru.pastikan murid menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu. Hasil laporan pemeriksaan doktor itu bukti penting. Jika murid tersebut benar-benar bermasalah dan disarankan oleh doktor memang perlu ke kelas khas, maka cikgu perlu menjelaskan hal ini kepada ibu bapa.
Jika ibu bapa murid berkeras tidak mahu, cikgu usah risau. teruskan mengajar seperti biasa.
Sekiranya ibu bapa berkeras tidak mahu menghantar akannya ke sekulah tersebut ckgu mengajar seperti biasa namun demikian cikgu perlu menyimpan semua lembaran kerja yang diberikan sebagai bukti sekiranya ada pertanyaan dari PPD ataupun pihak pejabat yang melawat. sekurang-kurangnya kita mempunyai bukti mengajar. teruskan usaha cikgu…
salam cikgu, dari mana saya sepatutnya mendapatkan peruntukan bagi pemulihan? betul kah kena minta dari panitia mate dan bm serta B&K? adakah mereka wajib memberi atau jumlah itu mengikut budi bicara mereka?
untuk dapatkan peruntukan, cikgu kena buat kertas kerja dengan menyatakan bahan apa yang perlu dibeli, berapa kosnya dan diserahkan kepada guru besar untuk dipanjangkan. sila terangkan juga tujuan utama cikgu memohon peruntukan. Pemulihan mempunyai dua subjek utama iaitu Bahasa Melayu dan Matematik selain satu subjek khas iaitu kaunseling. Mengikut peraturan, cikgu layak memohon peruntukan daripada tiga panitia ini kerana cikgu dan subjek dalam kelas pemulihan terlibat dalam pengajaran mata pelajaran yang sama.
saya cadangkan cikgu supaya membuat kertas kerja sebelum cuti tahun sekolah berakhir. justeru, mudah bagi guru besar untuk mengagihkan wang dari ketiga-tiga panitia untuk disalurkan kepada kelas pemulihan.
harap penjelasan ini jelas dan memuaskan
apakah frasarana minimum yang perlu dan sepatutnya ada dalam sebuah kelas pemulihan khas? contohnya, adakah penghawa dingin itu wajib ada?
prasarana kelas pemulihan ikut keperluan dan kemampuan. kalau cikgu buat sehabis baik supaya murid selesa, bagus juga. sebaiknya buat ikut kemampuan sedia ada..rujuk manual pelan asal yang diberi oleh PPD dalam buku panduan kelas pemulihan.
jangan kelas sahaja cantik, tetapi kualiti murid yang dihasilkan tidak setaraf kelas yang diwujudkan..
semoga cikgu dapat lakukan yg terbaik
Saya pun kurang setuju dengan kiosk kiosk di dalam bilik pemulihan…memadailah kita ada sudut MT dan sudut BM….lepas tu sudut hasil kerja murid dan sudut bacaan.Kalau dah kiosk di sana sini, dah macam kedai buku, murid-murid tidak bebas berjalan ke sana sini dalam kelas sedangkan murid perlu bergerak semasa proses p&p.masa permainan bahasa diadakan dan juga semasa kerja kumpulan dijalankan.
kelas saya tidaklah secantik kelas-kelas lain, selalunya kelas saya akan bersepah dengan buku-buku dan permainan hinggakan pegawai PPD yang datang memantau pun pening kepala. tapi jawapan saya mudah sahaja, kalau semasa belajar kelas bersih, murid senyap bukankah ada sesuatu yang tidak kena?
kelas saya bersepah kerana ia 100% digukan oleh murid. tetapi bersepahnya semasa sesi P&P sahaja. selesai aktiviti P&P, saya akan minta murid menyusun semula buku-buku dengan kemas, peralatan permainan yang digunakan disusun semula ditempat asal.
saya guru bidan terjun dlm pemulihan,tapi sy minat dgn dunia pemulihan,cm sy x reti dan x kreatif nk hiaskan kelas pemulihan sy…blh tlg beri tips utk sy