Rumah > Pend.Pemulihan > Masalah Guru Pemulihan – Part 1

Masalah Guru Pemulihan – Part 1

Salam sejahtera,

Topik kali ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda semua tentang masalah yang ditanggung oleh guru Pemulihan Khas.

Pada bulan lalu, saya ada berkongsi cerita dan pengalaman kerja masing-masing dengan beberapa rakan sekerja. Kami membincangkan isu berkaitan masalah yang melanda guru Pemulihan di sesetengah sekolah.

Hasil perbincangan dan perkongsian pengalaman, dapatlah saya rumuskan bahawa sesetengah guru Pemulihan (bukan semua) di sesetengah sekolah (bukan semua) di seluruh Malaysia mungkin menghadapi masalah berikut :

  1. Masalah beban kerja
  2. Masalah kemudahan fizikal
  3. Masalah perhubungan dengan Guru Besar, guru biasa, ibu bapa dan Pegawai Pemulihan.
  4. Malah Pelaksanaan Tugas
  • Masalah Beban Kerja

Mengikut surat pekeliling yang diedarkan, guru Pemulihan dikehendaki mengajar sebanyak 990 minit seminggu tidak termasuk 120 minit yang diperuntukkan untuk persediaan dan panduan.

Guru Pemulihan juga dikehendaki memberi tumpuan terhadap murid tahun 1 hingga 3 (sistem lama – kini murid tahap 1 atau tahun 2 – 3 sahaja. Murid tahun 4-6 dimasukkan dalam program PROTIM)

Mengikut kajian yang dijalankan, guru Pemulihan telah dibebankan dengan terlalu banyak kerja yang tiada kaitan dengan tugas mereka. Ada guru Pemulihan diberi peranan lain sebagai setiausaha sukan sekolah, ditugaskan mengajar subjek PJK, Muzik, Matematik, Bahasa Melayu, menggantikan guru pra-sekolah yang cuti bersalin dan banyak lagi.

Akibat daripada tugas-tugas yang terlalu banyak ini, maka kadang-kala tugas guru Pemulihan banyak yang tergendala.

Apabila sudah banyak tergendala, maka kerja kelas Pemulihan secara langsung akan terganggu dan terjejas. Pada kebiasaannya, guru Pemulihan lebih kerap diberikan kelas ganti kerana ada guru yang tidak hadir.

Akibatnya, guru Pemulihan mengalami amat banyak gangguan dalam usahanya ‘membetulkan’ anak didiknya yang bermasalah.

Pada pendapat saya , guru Pemulihan boleh menjadi guru ganti dengan syarat kelas yang diganti tidak bertindih dengan jadual mengajar pada hari tersebut.

Guru Pemulihan juga mempunyai pilihan untuk menolak jawatan yang dianggap membebankan dan mengganggu tugas utama di Kelas Pemulihan. Walau bagaimana pun, cara menolak jawatan itu perlulah dengan menggunakan budi bicara yang profesional.

Sekian,

1

NORHAIDI SARPONEN
Mantan Guru Pemulihan
2004-2008


About these ads
  1. babeyy..
    3 Julai 2009 at 11:30 AM

    salam.. sy bru je dpt twrn msuk ipg bahasa, lmbah pntai..
    krsus sy pmulihan..
    bleh sy tau pngalamn2 mnarik n mgkin phit yg tlah dlalui oleh seorg gru pmulihan…

    • 3 Julai 2009 at 12:29 PM

      salam..

      sebenarnya, seronok jadi guru pemulihan ni..

      anda dapat belajar banyak perkara berbanding menjadi guru biasa..

      nasihat saya, kalau anda jadi guru kerana terpaksa..lebih baik anda berhenti sekarang sebelum segalanya terlambat..

      tapi kalau kerana itu adalah impian anda dari dulu..saya ucapkan selamat datang ke dunia perguruan..

      hidup sebagai guru penuh dengan ranjau duri..hanya yang cekal sahaja akan berjaya..

      sebelah kaki anda sekarang berada di dalamnya..pupuklah minat untuk berjasa kepada bangsa..besar pahala awak..sampai bila2 anak murid akan sentiasa mendoakan anda.

      tq kerana sudi membc post ini

  2. bakalguru
    28 November 2009 at 3:52 PM

    assalamualaikum…
    saya juga bakal guru pemulihan dan sedang menuntut di IPDA.
    bagaimana cara cikgu mendidik murid-murid pemulihan ini?
    untuk pengetahuan, banyak pihak yang memandang rendah bidang ini…
    boleh beri sepatah dua kata…:)

    • 28 November 2009 at 7:37 PM

      Salam,

      Pertama sekali, terima kasih kerana anda sudi melayari laman ini. Tahniah kerana anda sudi menceburi bidang Pemulihan yang mencabar ini.

      Bukan senang nak senang. Saya percaya di mana jua kita bertugas, pasti ada cabaran. Cabaran itulah yang menjadikan diri kita lebih matang dalam menangani situasi sukar di lain masa.

      Seorang bapa pernah memarahi saya kerana saya katakan anaknya menghadapi masalah pada penglihatan menyebabkan anaknya sukar melihat sekaligus menyukarkannya untuk membaca. Saya menasihati bapa murid tersebut supaya membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan. Namun, si bapa tidak percaya.

      Mujurlah si ibu masih menaruh kepercayaan lalu membawa anaknya mendapatkan rawatan. Setelah menjalani pemeriksaan, doktor mengatakan sebelah kanan mata murid berkenaan memang bermasalah.

      Tidak banyak yang mampu saya lakukan untuk anak didik saya. Sebahagian daripada mereka memerlukan bapa, baru mereka hendak belajar. Jadi, saya perlu menjadi seperti bapa. Ada sesetengah daripada mereka memerlukan ibu untuk belajar. Jadi saya perlu menjadi seperti ibu.

      Ada murid yang semulajadi bijak tetapi dimasukkan ke kelas Pemulihan atas masalah disiplin dan kemerosotan prestasi akademik. Jadi, saya perlu menjadi kaunselor mereka.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 111 other followers

%d bloggers like this: