Lembaran Kerja
Salam sejahtera..
Lembaran kerja adalah salah satu aset penting di mana salah satu fungsinya adalah untuk mengukur keupayaan murid mengusai dan memahami kemahiran satu-satu mata pelajaran yang diajar.
Dalam kelas pemulihan, murid memerlukan lembaran kerja sebagai pandu-arah mereka selain dapat mengukuhkan pemahaman mereka terhadap tajuk yang diajar guru pada hari berkenaan.
Mengapa? Ini disebabkan lembaran kerja yang disediakan menarik dari segi ilustrasi yang ada, bentuk dan saiz tulisan yang mudah difahami dan boleh dibaca.
Lembaran kerja yang dibuat sendiri oleh guru adalah sebagai daya penarik untuk murid pemulihan menikmati pelajaran pada hari berkenaan. Jika pembelajaran tanpa sebarang bahan bantu mengajar dan sekadar teori semata-mata (cakap mulut) akan membosankan murid.
Jadi, jangan terkejut jika ada murid yang tertidur, tersengguk-sengguk atau berkata BOSAN semasa guru mengajar.
CIRI-CIRI LEMBARAN KERJA
-
Mempunyai arahan yang ringkas, jelas dan mudah difahami
-
Mempunyai gambar yang jelas dan terang
-
Jenis tulisan dicadangkan adalah ‘century gothic’
-
Saiz tulisan pula adalah 14
-
mempunyai contoh sebagai rujukan murid
-
setiap satu lembaran kerja mempunyai satu kemahiran sahaja.
-
tidak digalakkan mencampur-adukkan pelbagai kemahiran
Sebaiknya, lembaran kerja yang diedarkan mestilah disiapkan oleh murid pada hari berkenaan juga. Hal ini bagi mengelakkan murid daripada membawa balik lembaran kerja ke rumah kerana dikhuatiri bukan murid yang akan menyiapkan latihan berkenaan.
Jika lembaran kerja dibawa balik oleh murid, risiko hilang dan tidak siap adalah tinggi.
Sekian,

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Mantan Guru Pemulihan
2004-2008
P/s :
-
pada minggu hadapan saya akan letakkan di ruangan DOWNLOAD lembaran kerja Bahasa Melayu dan Matematik untuk murid Pemulihan






.jpg)
amat berterima kaseh kalau tuan usaha tuan diteruskan…
saya adalah seorang GSTT.. saya ingin mendapatkan contoh lembaran kerja BI.. serta rancangan pengajaran tahunan BI.. terima kasih.. dan untuk pengetahuan cikgu haidi, saya mengajar murid pendidikan khas..
maaf…saya tidak dapat membantu..mungkin anda boleh rujuk di laman web yang lain..
terima kasih
wei.. hang upload la bahan linus matematik… aku nak buat lembaran kerja kat kursus nih…. setakat letak panduan, aku pun tau weh… buat bnyk bnyk sikit bro…
bubuh laaa satu cotoh..untuk test lagu mana..kat luar 2!
ni nak cuba x leh..mana nak minat!
salam sejahtera.. saya ni nak sediakan aktiviti tahunan utk murid-murid pemulihan saya.. minta kerjasama cikgu-cikgu untuk memberi cadangan aktiviti di luar masa p&p.. terima kasih
saya sesangat suke kalu cikgu letak lembaran keja yg boleh saye download secara percuma kat sini tapi ada ganjaran yg amat hebat dari Allah s.w.t.
saya penolg kanan yg tepaksa ngajar bebudak bercampur dlm satu kelas. Huh penin….naj ajar dema nulis ayat bm lagu mane yek,,,paling asas utk murid ala-ala pemulihan
saya ada letakkan semua bahan diruangan DOWNLOAD. sila ke ruangan download untuk muat turun bahan.
terima kasih
3 per 47 tukar kepada pecahan tidak wajar
terima kasih dari saya jika cikgu berhajat untuk memberi peluang kepada kami guru-guru pedalaman mengajar murid-murid pemulihan yang rata-rata terdiri dari ank2 melayu. segerakanlah niat baik cikgu. Andai ianya menjadi kenyataan berbahagialah cikgu di Syurga nanti.