Mengapa Murid Menulis Terbalik?
Salam sejahtera.
Semoga anda yang berada di laman ini dikurniakan akal fikiran dan fizikal yang sihat lagi bertenaga.
Setiap kali masuk selepas mengajar, guru akan memberi murid beberapa latihan sama ada sebagai pengukuhan atau pengayaan. Setelah selesai menyiapkan latihan yang diberi, latihan akan diserahkan semula kepada guru.
Bagi guru yang menanda latihan murid di kelas yang ‘pandai’ pasti mudah untuk membaca jawapan murid. Namun, sebaliknya bagi guru yang mengajar di kelas ‘belakang’ termasuklah saya kerana menanda hasil kerja murid yang mana kebanyakannya menulis terbalik.
Pada mulanya, saya dapati satu dua huruf sahaja yang ditulis terbalik. Namun, setelah diamati, rupa-rupanya, ada lagi latihan yang disiapkan dengan tulisan terbalik.
Senario murid menulis terbalik ini bukanlah kerana masalah yang terlalu serius pun.
Perkara berikut mungkin boleh dijadikan panduan :
-
murid keliru dengan bentuk tulisan yang seakan-akan sama.
-
murid memegang pensel dengan cara yang salah.
-
murid hadapai masalah hendak menyalin tulisan dari papan hitam ke dalam buku latihan kerana tulisan di papan hitan ‘menegak’ manakala buku murid dalam keadaan ‘rebah’
-
murid hadapi masalah pengamatan penglihatan.
-
murid keliru apabila melihat terlalu banyak tulisan dan huruf yang hendak ditulis semula ke dalam buku latihan.
Cara Mengatasi :
-
Bagi murid pemulihan, guru tidak perlu menulis terlalu banyak ayat di papan hitam.
-
Minta murid menulis satu demi satu dan bukan menyalin pantas semata-mata hendak siap cepat.
-
Betulkan cara murid memegang pensel.
-
Minta murid baca semula apa yang ditulis.
-
Minta murid bandingkan apa yang guru tulis dengan hasil kerja mereka sama ada sama atau ada yang silap.
-
Jangan biarkan murid leka bermain atau bergurau semasa membuat latihan kerana dikhuatiri murid akan menyalin ayat yang sudah di salin atau tertinggal abjad atau perkataan dalam ayat yang disalin.
Sekian,

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Mantan Guru Pemulihan
2004 – 2008
p/s :
-
Terkenang zaman sekolah rendah dulu..






.jpg)
Menarik untuk dicermati. Salam dari Bandung … ^_^
klu menyalin satu per satu murid pasti tidak dapat menyalin habis sehingga tamat waktu…terjadi pada anak saya…dia juga punyai masalah menulis terbalik bolehkah tolong beri nasihat atau kongsi sesuatu dengan saya
ada banyak faktor yang boleh dikaitkan mengapa murid lambat menyalin dalam tempoh yang diberikan. Saya memberi contoh murid salin satu persatu dalam entri di atas khusus untuk murid pemulihan.
Anda individu paling hampir dengan anak. Jadi anda wajar tahu apakah faktor penyebab anak anda lambat menyalin. adakah dari segi usia? adakah kerana lebih banyak bercakap dari menulis? adakah pergerakan koordinasi mata – tangan lambat? adakah anak anda masih lemah dalam membaca? adakah anak anda menghadapi masalah penglihatan? (duduk depan pun xboleh salin juga)
semua itu perlu diberi perhatian. sebagai ibu bapa, perlu sedia maklum, latihan di sekolah tidak memadai jika anda berhadap anak anda terus pandai menulis. lebih banyakkan latihan anak di rumah. sehari sebaris ayat pun tidak mengapa. asalkan tulisan kemas dan boleh dibaca.