Rumah > Pend.Pemulihan, Pengetahuan > Mengajar Murid Mengenal Abjad

Mengajar Murid Mengenal Abjad

Salam sejahtera..

Semoga anda berada dalam keadaan yang paling selesa dan sentiasa gembira mengharungi liku – liku kehidupan ini.

Mengajar murid mengenal abjad bukanlah masalah yang berat bagi seseorang guru terutamanya guru Prasekolah dan guru Pemulihan.

Namun, masalah ini boleh menjadi berat sekiranya murid tiada pengalaman prasekolah atau tiada persediaan sebelum memasuki alam persekolahan

Tips mengajar :

  • mengajar dengan menggunakan kad imbasan yang sesuai dan boleh dilihat dengan jelas pada jarak 3 meter.
  • buat dua contoh kad imbasan abjad.
  1. kad abjad ‘a’ – ‘z’ satu demi satu (separuh kertas saiz A4)
  2. kad abjad ‘a’ – ‘z’ penuh (dalam kertas saiz A4)
  • guru sebut dahulu, kemudian minta murid ikut.
  • jangan gunakan sistem kuno – menyebut abjad bermula ‘a’ dan diakhiri dengan abjad ‘z’
  • gunakan sistem baharu – sebut abjad secara rawak.
  • elakkan mengajar menyebut vokal – sebaiknya ajar murid mengenal huruf  konsonan.
  • bagi murid yang terlalu lemah, ajarkan sekurang-kurangnya tujuh abjad dalam sehari.
  • minta murid ulang sebut huruf yang telah diajarkan.
  • kemudian, guru tunjuk abjad secara rawak dan minta murid sebut.
  • dalam edaran lembaran kerja pula, minta murid tulis abjad sambil menyebut abjad yang sedang ditulisnya.

Insyaallah, latihan yang berterusan disusuli dengan kerajinan guru, pastinya murid akan dapat menguasai kemahiran mengenal abjad dalam tempoh dua minggu.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Mantan Guru Pemulihan

2004 – 2008

About these ads
  1. sheidah
    10 Januari 2010 at 11:55 PM

    sy suke bidg prasekolh ni…..byk bbm leh tgk n wat

  2. rahmah
    25 Februari 2012 at 9:50 AM

    Assalamualaikum, sya guna tip yang sama. Tetap tak ingat. Sya teruskan membina suku kata kv dengan mnggunakan konsonan yg tlh diajar (4-7) abjad sehari. Yng baiknya secara spontan mereka dpt bunyikan kv. tapi tnya nama huruf satu persatu mereka tak tahu. Contohnya cikgu minta murid eja ‘bu’ mereka akan bagi respon spontan b, u = bu, eja ‘ka’ k, a =ka. Nak kata lepas ka tak lepas ni?Tolong respon.TQVM.

    • cikgu
      25 Februari 2012 at 11:18 AM

      wsalam, saya respon kepada persoalan anda..

      Kita sebagai guru pasti sedia maklum setiap murid berbeza dari segi daya taakul. satu perkembangan yang baik jika murid boleh sebut suku kata ‘kv’ walaupun asasnya iaitu mengenal abjad masih lemah…

      bagi saya ini perkara normal..jangan bimbang jika cikgu soal murid masih tak dapat kenal abjad..jika mereka sudah boleh sebut suku kata kv tu dengan cara mengeja, bermakna ada peningkatanlah tu..

      jangan mendesak murid dan mengharapkan kemajuan dicapai dalam masa yang singkat. beri mereka peluang dan masa.teruskan latih tubi yang anda lakukan jika ada peningkatan. soal masih tidak kenal abjad akan berkurangan bila cikgu dapati murid sudah boleh eja perkataan kelak.

      murid saya pun macam tu juga..saya tidak mahu kerana mereka tak kenal abjad, mereka akan terus belajar a-z sampai hujung tahun. sy cuba kaedah IQRA, iaitu terus menyebut suku kata…secara tak langsung sambil menyebut murid sebenarnya sudah tahu apa nama abjad yang disebut. cuma mereka ambil masa untuk mengingat jika kita tanya satu persatu.

  3. rahmah
    2 Mac 2012 at 2:55 PM

    Syukran ya akhi, kali saya nak tahu dengan lebih jelas apa dia pemulihan inklusif, pemulihan integrasi, pemulihan khas, ppdk, dan lain-lain nama yang berkaitan dengan pemulihan dan pendidikan khas?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 110 other followers

%d bloggers like this: