Rumah > bahan bantu mengajar, Bahan Percuma, Pend.Pemulihan, Pengetahuan > Bahan Bantu Mengajar – Part 2

Bahan Bantu Mengajar – Part 2

Salam sejahtera..

Hari ini, saya edarkan bahan seterusnya dalam kategori bahan bantu mengajar. Semoga apa yang dipaparkan dapat mencetuskan inspirasi guru untuk terus membina bahan bantu mengajar milik sendiri, dan boleh diguna pakai selamanya oleh murid Pemulihan Khas.

Buku Lompat

———————————————————————-

Kad Cantum Bergambar———————————————————————-

puzzle tubuh badan———————————————————————-

P5080152

———————————————————————-

P5080166

———————————————————————-

P5080145

Setakat ini dahulu paparan bahan bantu mengajar dapat saya paparkan. Di masa akan datang saya akan papar lebih banyak lagi contoh bahan bantu mengajar..

Sehubungan dengan itu, teruskan mengikuti perkembangan semasa blog ini. Terima kasih.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

About these ads
  1. yummy
    12 Julai 2009 at 3:32 PM

    apakah perbezaan antara ABM dengan BBm?

    • 12 Julai 2009 at 4:58 PM

      ABM bermaksud ALAT BANTU MENGAJAR.
      BBM bermaksud BAHAN BANTU MENGAJAR.

      Bagi saya, kedua-duanya membawa makna yang serupa..iaitu satu instumen yang digunakan sebagai sumber untuk memantapkan teknik pengajaran guru dan pembelajaran murid.

      Jika saya ada jumpa definisi lain tentang perbezaan kedua-dua ini, saya akan maklumkan pada anda.

      Terima kasih

      • Teacher Emma
        28 Disember 2010 at 8:15 PM

        ABM & BBM tidak sama definisi. Pd istilah mungkin x jauh beza ‘alat’ dgn ‘bahan’… alat lebih kpd peralatan, tool, material yg merujuk kpd benda yg diguna murid2,yg membantu pembelajaran murid, yg maujud, memudahkan & menarik minat… bahan pula merujuk kpd ramuan, kandungan, perkara, panduan yg digunakan oleh guru spt buku cerita, rajah, carta, lukisan, bahan bercetak, bhn elektronik sbg rujukan guru yg membantu pengajaran guru! Hmmm, harap jelas.

  2. farafishah
    16 Ogos 2009 at 4:11 PM

    apakah contoh-contoh bahan bantu mengajar lama?

    • cg ct
      17 Ogos 2011 at 1:11 PM

      antaranya white board yang boleh di gulung, biji saga ( time tu sy darjah 1, 2 (1977, 1978)), biji getah

  3. 4 September 2009 at 12:03 PM

    Nice BBM…..

  4. student
    7 September 2009 at 11:20 AM

    salam..saya student dari kolej uniti port dickson mengambil kos diploma pendidikan prasekolah
    boleh tak terangkan tenteng bbm gambar no 5

    • 7 September 2009 at 11:25 AM

      Salam..

      bbm no 5 adalah dadu suku kata.. Sesuai digunakan untuk murid yang baharu menguasai kemahiran suku kata.

      setiap permainan memerlukan dua buah dadu suku kata.

      Fokus utama permainan adalah, murid dapat menyebut suku kata yang diperoleh hasil lontaran kedua-dua biji dadu.

      Terima kasih

  5. student
    7 September 2009 at 11:44 AM

    terima kasih atas penerangan td..
    saya ingin bertanya kan pendapat cikgu haidi,
    saya diberi tugasan untuk menghasilkan satu bbm yang merangkumi 3 kompenan iatu,
    kognitif,fizikal x kira motor halus atau moto kasar dan akhir sekali sisioaemosi,
    boleh saya dapat pendapat cikgu untuk buat bbm ini?

    • 7 September 2009 at 7:49 PM

      maaf..penerangan tersebut terlalu panjang untuk diulas..lebih baik anda mengubungi saya secara online..

      saya akan online setiap malam di Yahoo Messenger(YM). Jika ada kelapangan, sila add belalangcyber di YM anda.

      Purata yang chat dengan saya adalah bakal guru di IPG. Kita mungkin boleh berkongsi banyak maklumat berkaitan isu yang anda bangkitkan ini.

      Terima kasih

  6. student
    7 September 2009 at 12:35 PM

    salam..
    maaf cikgu saya banyak tanya, sebenarnya tadi saya nak tanya bbm yang no 6,
    bukan no 5, mintak maaf yer cikgu..

  7. student
    9 September 2009 at 11:03 AM

    Insyaallah jika ada kelapangan saya akan add cikgu di YM.
    Terima kasih kerana sudi berkongsi idea dan maklumat dengan saya.

  8. mawar
    3 Oktober 2009 at 1:00 PM

    nice bbm..

  9. mawar
    3 Oktober 2009 at 1:08 PM

    asalamualaikum cikgu..sy seorng student dip in education (preschool)
    baru2 ni sy dapt tugasan untuk buat satu bbm yg berkaitan dengan matematik dan sy telah wat bbm berbentuk jam..tetapi sy keliru untuk wat aktiviti yg sesuai dengan bbm jam tersebut..bleh x cikgu berikan sedikit pandangan mengenai aktviti yg baik yg bleh sy jalankan mengenai bbm jam tersebut

    • 3 Oktober 2009 at 2:56 PM

      Salam..

      mengenai bbm jam awak tu..memang banyak aktiviti yang boleh dibuat. saya rasa semasa awak buat bbm tu awak pasti sudah rangka kepelbagaian fungsi bbm jam itu.

  10. SITI AMINAH
    13 Oktober 2009 at 3:00 PM

    PLEASE, APA PRINSIP N KRITERIA BAHAN BANTU MENGAJAR KIA2M

    • 13 Oktober 2009 at 7:15 PM

      Sekarang saya sedang menghasilkan sebuah bahan bantu mengajar berkaitan pengamatan penglihatan. Prinsip dan Kriteria yang perlu ada pada bahan tersebut adalah :

      a) sesuai dengan objektif yang dirancang

      b) kegunaan untuk murid rabun warna sahaja

      c) tidak merbahaya

      d) bersifat kekal – tidak mudah rosak

      e) boleh diadaptasi sebagai bahan bantu mengajar yang lain.

      dan banyak lagi.

      Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya melalui Yahoo Messenger (YM). Dapatkan YM di laman DOWNLOAD. Install dan add saya sebagai belalangcyber.

      Jika tiada aral, saya akan mebantu anda setakat yang mampu..

      Terima kasih

  11. SITI AMINAH
    22 Oktober 2009 at 5:48 PM

    Salam, cikgu ada tak ABM dengan lagu?? or music.. idea please..

    • 22 Oktober 2009 at 6:26 PM

      cikgu..ada masa YM la dengan saya..saya akan bantu cikgu..

  12. norhazwin
    31 Disember 2009 at 8:47 AM

    salam cikgu, boleh add ym saya?
    saya pelajar upsi sem 6 yang perlu buat banyak persedian mengajar dan menggunakan idea baru dan kreatif..
    saya nak mintak pandangan cikgu.
    terima kasih…

    • 31 Disember 2009 at 7:18 PM

      Salam,

      Insyaallah. Jika anda nampak saya online, anda boleh add saya terus dan kita boleh bincang dan berkongsi idea..

      Terima kasih

  13. u.ujie
    19 Januari 2010 at 10:07 AM

    salam cikgu .. saya ibu kpd anak autism jd sy nak berkongsi dgn cikgu bagaimana nak mengajar anak sy membaca… mcm2 cara sy dah cb tp pyh anak sy nak terima.

    • 19 Januari 2010 at 8:23 PM

      Salam Pn.ujie

      Saya amat berterima kasih kerana puan sudi mengunjungi laman ini. Ternyata puan amat prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh anak puan. Gembira saya mendengarnya.

      Autisme adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenar ianya berlaku. Sesetengah kanak-kanak pekak, ,enghidap penyakit seperti congenital rubella, penyakit baka phenylketouria, sindrom fragile-x, tuberos sclerosis, mengalami kelemasan sewaktu dilahirkan (perinatal asphyxia) dan menghidap penyakit encephalitis (lembam otak) dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisme.

      Setakat ini, kes-kes autisme yang dikesan dan dikenal pasti perbezaan dari segi perkembangan dan tingkah laku. Ini ada kaitannya dengan faktor baka, pengalaman dan keadaan alam sekitar yang mempengaruhi perkembangan seorang anak autistik dan cara mereka membentuk personaliti.

      Semua kanak-kanak autisme mempunyai ciri-ciri berikut :

      1- masalah komunikasi

      2-suka bersendirian

      3-tingkah laku yang aneh : contohnya akan menjadi baran sekiranya barang yang disukainya diambil, dialihkan atau hilang

      4-tingkah laku yang pelik : contohnya, menepuk tangan, menjengkitkan kakinya ketika berjalan dan sebagainya

      Untuk makluman puan, saya masih belum pasti apakah kaedah terbaik untuk mendidik anak seperti ini kerana biasanya mereka akan ditempatkan dikelas khas dan bukannya di kelas pemulihan.

      Ada sekolah yang saya lawati, guru pendidikan khas akan menjadi tegas dan garang untuk membentuk anak-anak seperti ini

      Biasanya guru akan mengkaji minat dan kecenderungan murid sebelum mereka merangka program untuk peningkatan prestasi akademik murid. Namun, saya percaya program yang dirangka pasti akan dapat dimanfaat oleh murid seperti ini.

      Saya amat berharap agar puan tidak mudah berputus asa dan sentiasa mendapatkan pandangan daripada mereka yang lebih pakar dan arif dalam bidang ini. Puan lebih rapat dengan anak puan. Jadi puan pasti tahu apa yang anak puan suka dan sebaliknya. Gunakan kelebihan itu untuk mendidik anak puan. Begitulah yang saya gunakan dalam kelas pemulihan. Saya lebih banyak hasilkan permainan berbanding kad-kad perkataan supaya murid tidak berasa tertekan semasa menikmati pelajaran. sebaliknya mereka akan berasa seronok kerana sambil belajar, dalam masa yang sama mereka bermain.

      Bezanya dengan kanak-kanak autisme, mereka kadang-kadang cepat bosan atau tidak peduli setelah leka dengan apa yang ada di tangan mereka. Apa pun, harap puan tidak putus asa dan terus berusaha. Semoga usaha puan itu berbaloi.

      terima kasih

  14. danieldahiyah
    19 Januari 2010 at 9:40 PM

    Assalamualaikum………….
    saya baru tahun pertama mangajar bm tahun 2 dan mengajar murid2 yang lemah. antara kelemahan mereka adalah:
    1. hyperaktif
    2. slow learner
    3. kurang perhatian
    4. tidak faham arahan
    apakah contoh2 bbm yang boleh saya gunakan untuk menarik mereka belajar.

    • 19 Januari 2010 at 10:32 PM

      Salam..pertama sekali, terima kasih kerana cikgu sudi mengunjungi laman ini

      Untuk makluman cikgu, murid tahun 1 dua dan 3 dikategorikan sebagai kanak-kanak yang masih belum matang kerana mereka masih baru dan masih dalam proses ‘orientasi’. Justeru, bukan cikgu seorang sahaja yang mengalami keadaan sedemikian. Malah semua guru akan mengalami situasi sukar seperti cikgu juga lebih-lebih lagi jika guru itu mengajar di kelas-kelas yang belakang di mana kategori murid secara majoriti adalah tidak boleh membaca.

      Dalam hal ini, kawalan kelas dan mainan psikologi guru amat penting. Biasanya, guru perempuan akan mudah stress menghadapi situasi ini berbanding guru lelaki yang suaranya lebih besar dan ‘psiko’nya lebih kuat.

      Murid-murid seperti ini biasanya akan lebih ‘takut’ kepada guru lelaki berbanding guru perempuan. Jadi, cikgu kena pandai mengawal keadaan dalam kelas. Saya percaya cikgu menerima keadaan murid yang sedemikian kerana cikgu ‘terlalu baik’ pada hari pertama ‘melayan’ murid dalam kelas berkenaan.

      Murid kurang perhatian biasanya boleh diatasi dengan suara guru yang tegas sahaja. Punca murid kurang faham, cikgu kena kaji semula apa puncanya. Pastinya ia disebabkan cara guru mengajar tidak menimbulkan minat murid, aras bahasa yang guru gunakan terlalu tinggi atau ada sebab-sebab lain yang cikgu sendiri lebih tahu.

      Jika cikgu mengajar di kelas yang belakang-belakang ini, pastikan cikgu gunakan laras bahasa yang paling rendah supaya murid akan faham. Jangan beri murid latihan aras tinggi. Risiko kegagalan itu besar.

      Apa pun, selamat datang ke dunia perguruan! Realiti sebuah kehidupan seorang guru. Ingat, anda bekerja dengan manusia, bukan dengan mesin. Mesin yang rosak mengambil masa yang singkat untuk dibaiki. Tetapi jika murid yang ‘rosak’?

      Terima kasih..

  15. putri
    25 Februari 2010 at 2:39 PM

    assalalammualikum….
    saya nak tanya macammana saya nak mengajar murid pemulihan yang boleh membaca tetapi tidak boleh menulis walaupun perkataan KV+KV.. apakah aktiviti yang harus saya berikan?

    • 17 Mei 2010 at 9:59 PM

      salam,

      puan perlu buat analisis semula apakah punca sebenar kanak-kanak itu tidak boleh menulis. Saya juga mempunyai masalah yang serupa di mana dalam kelas tahun satu, ada sepasang murid kembar yang boleh membaca. Tetapi apabila diminta mengeja dan menulis perkataan yang di baca, mereka gagal melakukannya.

      Dalam hal ini, saya dapati murid bukan tidak kenal abjad. malah murid mahir membatang suku kata dan seterusnya membaca. Yang menjadi masalah utama adalah murid tidak dapat mengaplikasi kemahiran bacaan yang dikuasai dalam tulisan. Murid masih tidak faham konsep menulis perkataan walaupun aras rendah.

      Jadi, saya terpaksa bermula dari bawah walaupun murid sudah boleh membaca. Semuanya dilakukan secara berperingkat

  16. lidiyafreena
    15 April 2010 at 1:02 AM

    ABM merupakan kelengkapan @ perkakasan untuk menyampaikan maklumat…
    BBM bermaksud perisian @ isi kandungan maklumat yang disampaikan.
    cthnya : OHP ialah alat bantu mengajar (ABM)… isi @ maklumat yg ditulis di ats transparensi ialah bahan bantu mengajar (BBM)… (rujuk buku prinsip dan amalan pengajaran oleh ABD. GHAFAR MD. DIN…)

  17. fidz
    20 April 2010 at 11:42 PM

    cikgu saya amat tertarik dengan abm yang cg tunjukkan…cg ada fb tak??saya teringin sangat berkongsi pengalaman…saya baru dilamar menjadi guru pemulihan sekolah saya..saya amat berminat menimba ilmu daripada cg…

  18. miszsya
    17 Mei 2010 at 11:32 AM

    salam…
    cikgu saya amat tertarik dgn abm yg dipaparkan…sy bukanlah seorg guru, cuma sbg pembantu pengurusan murid bg sekolah integrasi…kadang2 sy amat keliru untuk membuat abm yg sesuai…harap cikgu dpt memberi sedikit penerangan…

    • 18 Ogos 2010 at 9:13 PM

      salam,

      untuk membuat ABM, puan boleh rujuk dengan guru di tempat puan berkhidmat. Perbincangan dua hala akan dapat menghasilkan idea yang lebih relavan dan hebat.

      Untuk membina ABM, puan perlu ambil kira aspek berikut :

      1. Kemahiran yang ingin diajarkan.

      2. kandungan pelajaran

      3. tujuan utama ABM tersebut di bina

      4. kepelbagaian fungsi ABM

      5. ABM kekal, tidak mudah rosak dan mesra murid

  19. Shaleh
    13 Julai 2010 at 11:32 PM

    BBB – Bahan Bantu Belajar
    yang ini name baru dia rasanya~

    • 15 Julai 2010 at 12:18 AM

      terima kasih atas makluman ini

  20. awatif bte.yeop
    1 Ogos 2010 at 11:47 PM

    assalamualaikum..
    cikgu sy merupakan student semester akhir di KUIS,Bangi
    Sy juga kena memmbuat tesis berkaitan tajuk “Blogs sebagai alat bantu mengajar (ABM)
    sy ingin memohon jasa baik cikgu memberikan idea dan komen berkenaan tajuk tesis ini.

    Sekian,

    • 18 Ogos 2010 at 9:08 PM

      salam,

      saudari boleh menghubungi saya melalui Yahoo! Messenger (YM) untuk perbincangan lanjut. terima kasih

  21. amalina
    12 Ogos 2010 at 4:07 PM

    salam cikgu…
    saya nak tahu.. apa beza prinsip dan kriteria?
    kedua, ada x prinsip dan kriteria pemilihan bahan untuk
    1. pramenulis
    2. kaedah membaca
    3. tulisan mekanis

    • 18 Ogos 2010 at 8:41 PM

      salam,

      sila rujuk bahan berkaitan untuk perbezaan antara prinsip dan kriteria.

      untuk pemilihan bahan bagi kemahiran ‘menulis’ :

      1. struktur latihan berperingkat – mudah ke susah

      2. cara menulis mengikut arah yang betul, termasuk postur duduk dan cara pegang pensel yang betul.

      Bagi ‘membaca’ pula :

      1. ikut kesesuaian dan pelbagai guna. cth : permainan DADU : banyak suku kata boleh diletakkan pada permukaan permainan tersebut.

      2. sebaiknya bahan yang dihasilkan kekal dan mesra murid serta tidak membahayakan. sesetengah bahan yang dihasilkan ada yang dilaminasi, itu boleh mencederakan murid dan kes seperti itu pernah terjadi.

  22. aishah
    18 Ogos 2010 at 4:06 PM

    salam cikgu…
    macam mana kita nak mengajar kanak-kanak berumur 3 tahun menulis dan membaca???

    • 18 Ogos 2010 at 8:55 PM

      salam puan aishah..

      maaf kerana saya tidak begitu arif dengan kanak-kanak seusia 3 tahun untuk mengajar mereka membaca. kanak-kanak berusia tiga tahun pada kebiasaannya banyak didedahkan dengan asas membaca tahap yang paling rendah sebagai persediaan awal.

      Aktiviti berikut mungkin boleh dijadikan rujukan :

      1. mengenal dan menyebut nama abjad

      2. mewarna abjad dan menulis abjad

      3. jigsaw puzzle berkaitan abjad

      4. bimbingan mengeja dan menyebut dua suku kata.

      untuk mengajar kanak-kanak membaca, pertama sekali, pembimbing perlu ajar konsep mengeja yang betul.

      mengajar mengeja mesti dimulakan dari aras yang paling mudah disusuli latihan secara berulang-ulang sehingga kanak-kanak menguasai cara mengeja, barulah kemahiran asas tadi berpindah ke aras yang lebih tinggi.

  23. jail yvonne
    14 September 2010 at 11:29 PM

    salam cikgu,
    di sini sana nak minta pendapat cikgu tentang bbm yang nak saya sediakan bagi slot RPH prasekolah, tema air. saya gunakan carta punca kitaran air. di bawah adalah contoh slot rph saya. klau tak keberatan minta komen daripada cikgu. Slot RPh ini adalah untuk presentation kerja kursus di prasekolah yang terpilih dan akan dinilai oleh tutor.

    sekian. Thanks
    Nama kelas Air Terjun 1
    Tarikh 20-Sep-10
    Masa 60 minit
    Bilangan kanak-kanak 9 orang
    Umur 5 tahun
    Modul Air
    Tajuk / Tema Alam sekitar
    Subtema Sayangi alam sekitar
    Tunjang Utama Kemanusiaan
    Standard kandungan Menjaga alam sekitar
    Aktiviti i.Mengecam bunyi dalam alam sekitar semulajadi seperti bunyi air
    ii.Bercerita dengan bimbingan guru tentang kepentingan air kepada hidupan di dunia
    Kesepaduan Tunjang i. Berbual menggunakan ayat yang mudah dengan sebuatan yang betul

    Objektif Pada akhir pengajaran murid dapat:
    i. Menamakan punca air
    ii. Menyatakan kegunaan air
    Pengetahuan sedia ada i. Pernah melawati tempat-tempat alam semulajadi seperti air terjun dan pantai
    ii. Pernah menggunakan kenderaan pengangkutan air cthnya; sampan, bot, feri dsbgnya
    iii. Dalam kehidupan seharian, selalu melihat hari hujan

    Kemahiran Berfikir(KB) i. Megetahui dari mana punca-punca air
    Penerapan Nilai i. Sayangi alam sekitar
    ii. Jangan membazir air- kerana sumber ini boleh kehabisan suatu hari nanti
    iii. Peka dengan kepentingan air dalam kehidupan seharian
    Fokus Pelbagai Kecerdasan (MI)
    Bahan/ Alatan 1. Alat rakaman CD
    2. Buku Besar
    3.Carta kitaran kejadian air/rajah punca air
    4. Kad gambar/carta
    5
    Kosa Kata Hujan, sungai, laut, tasik, air terjun,ombak

    • 15 September 2010 at 12:20 AM

      salam,

      Maaf, sebenarnya adalah tidak adil sekiranya saya memberi komen terhadap persediaan mengajar yang telah anda siapkan. Itu adalah pelan perancangan asal anda. Saya tiada hak untuk memberi sebarang komen kerana itu adalah idea anda dan saya percaya terhadap tugas dan tanggungjawab yang anda akan lakukan.

      Saya berpendapat adalah tidak adil saya memberi komen terhadap usaha anda ini. Apa pun, saya puji hasil usaha anda dan saya doakan agar anda berjaya. Jika anda perlukan bantuan dari segi pendapat, sila emailkan pertanyaan anda ke – pemulihan2u@gmail.com atau hubungi saya melalui YM.

      Terima kasih.

  24. jail yvonne
    15 September 2010 at 1:13 AM

    salam cikgu..
    saya agak sukar untuk mencari bahan bagi menyelesaikan masalah ini:
    1. Panduan memberi markah PSV Prasekolah (Holistik dan Analitik)
    – Menyediakan Panduan Memberi Markah secara Holistik dan Analitik untuk hasil kerja dan peningkatan ilmu.
    Kalau cikgu ada bahan-bahan yang nak dikongsikan saya amat alu-alukan.

    sekian. terima kasih…salam 1 Malaysia…

    • 21 Oktober 2010 at 8:40 PM

      insyaallah..jika ada maklumat mengenainya, saya akan emailkan kepada anda

  25. meera
    20 Oktober 2010 at 9:02 PM

    cikgu, saya telah diberi tugas untuk menggunakan bahan bahan ini untuk membuat kolaj =1)gam kanji
    2)kekacang
    3)kertas warna
    apakah tajuk yang paling mudah dan cepat untuk dibuat???saya harap cikgu dapat membalas komen ini hari ini juga..terima kasih

  26. anis
    4 Disember 2010 at 7:08 AM

    assalamualaikum cikgu…

    sekadar mahu bertanya tentang pendapat cikgu berkenaan dengan teknik membaca secara kaedah fonik dan mengeja…pada pendapat cikgu yang mana lebih mudah untuk diajar kepada murid yang agak lambat menguasai kemahiran membaca..

    • 8 Januari 2011 at 10:53 AM

      kedua-dua kaedah mempunyai kekuatan yang tersendiri dan semuanya bergantung kepada cara pengajaran guru dan cara penerimaan murid itu sendiri..

  27. hani
    6 Januari 2011 at 11:31 PM

    salam cikgu…sungguh teruja melihat bbm cikgu haidi..mcm permainan…saya bukan cikgu, tp di rumah terpaksa juga buat bbm utk anak 7 thn yg msk thn 1..nampaknyer utk kv+kv..agak ok…biler tiba part kvk…terkesima nak ajar.nak ajar phonics..tak baper pandai..kang lain plak jdnyer..kadang2 saya tertanya2 anak saya ni kategori lambat nak paham ker?ke saya tak reti ajar?
    lgk satu anak saa neh jenis susah nak bukak mulut, agak kurang keyakinan (sbb tu kot nak sebut sesuatu mcm iyer tak iyer je.)pendek kata dia not expressive type.ni plak kene buli ngan classmate di skolah agama,langsung tak nak gi skolah agama..kalau cikgu penah berdepan dgn murid mcm ni, ada tips tak?tq..

    • 8 Januari 2011 at 11:08 AM

      salam puan hani..

      kebanyakan bahan yang saya paparkan dalam laman ini bukanlah 100% hasil kerja saya. hanya sebahagian kecil sahaja hasil usaha saya. bahan-bahan yang lain ada yang saya buat bersama rakan-rakan semasa di IPG (kampus) Bahasa Melayu, ada juga yang saya ambil contoh dari rakan-rakan lain dan sebagainya.

      untuk mengajar anak membaca perkataan memang susah kalau mereka tiada asas..ada pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar asas..paling biasa dilakukan adalah dengan buku kosong dan sebatang pensel (tanpa pemadam).

      jika anak telah kuasai kemahiran KV+KV, kemahiran baru akan diajar seperti perkataan KVK (BAS, VAN, JAM dsb)bukan BIS + KUT = BISKUT kerana itu bukan kemahiran KVK.

      masalah ‘susah nak bukak mulut’ itu bukan perkara biasa. Rata-rata murid yang tidak berminat, tidak ada keyakinan, jemu atau tak suka dipaksa selalunya akan bersikap sedemikian.

      Jadi, mengajar bahasa kepada anak bukan dengan teori semata-mata. Budak-budak selalunya suka bermain. Ubah cara belajar anak dari teori (cakap dan sebut) kepada permainan.

      semoga berjaya..terima kasih

  28. aizuddin
    10 Januari 2011 at 5:11 AM

    Salam cikgu-cikgu semua. Saya berpendapat kaedah fonik adalah suatu asas yang utama dan penting dalam permulaan awal membaca kanak-kanak. ini kerana ia selaras dengan penggunaan otak manusia itu sendiri, rujuk http://www.childdevelopmentinfo.com/learning/brain.shtml . Walaubagaimanapun terdapat beberapa faktor yang mungkin terlepas pandang di dalam penyampaian kaedah ini iaitu kebiasaanya guru hanya menyampaikan kaedah fonik secara dua hala sahaja dimana guru menyebut dan kanak-kanak mengikut. Dan akhirnya kanak-kanak merasa bosan dan jemu untuk mengikuti pengajaran guru. Ini kerana ia menolak fitrah kanak-kanak yang suka bermain.
    Jadi terdapat persoalan yang perlu dibincangkan, iaitu bagaimana untuk menggabungkan atau mengaitkan model bermain sambil belajar di Prasekolah dengan kaedah fonik yang kini menjadi asas pembelajaran bahasa ibunda negara di beberapa negara yang maju? rujuk http://www.direct.gov.uk/en/Nl1/Newsroom/DG_10034733 .
    Adakah akan wujud suatu pengajaran membaca yang cepat(bunyi&bentuk huruf dapat diperolehi) dan menyeronokkan? Adakah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) akan menekankan kaeadah fonik dengan lebih khusus kepada bahasa melayu dahulu? Adakah hanya ingin mengajar kanak-kanak bentuk&bunyi huruf ‘a’ memerlukan guru hanya mengajar satu hari sahaja? Ya saya yakin persoalan-persoalan ini akan terjawab tidak lama lagi. Jika kita mengkehendaki, Tuhan akan berkehendak memberikanya.

    • 10 Januari 2011 at 7:08 PM

      terima kasih,

      semoga komen-komen seperti ini akan berterusan..

  29. roslina
    10 Januari 2011 at 11:31 AM

    salam..sy student pndidikn awl knk2..sy nk tahu apakah contoh2 bahan bntu mengajar matematik untuk kanak2.

  30. fadhilah
    24 Januari 2011 at 10:56 AM

    assalam cikgu…sy student pakk… sy dberi tugasan untuk mereka satu alat bantu mengajar untuk kanak-kanak prasekolah…tp saya buntu untuk mereka satu alat bantu mengajar yang menekankan matematik untuk memperkembangkan pemikiran kanak-kanak tersebut berdasarkan perkembangan intelek….. boleh cikgu terangkan sedikit dan memberi pandangan alat bantu yg manakah yg sesuai untuk dreka???

  31. alyura
    28 Januari 2011 at 8:08 PM

    Adakah papan puteh dan buku teks termasuk sebagai alat bantu pengajaran?

  32. wan
    8 Mac 2011 at 12:42 AM

    assalamualaikum cikgu…saya student politeknik..saya nk tanye,apakah kelemahan abm ini….

  33. cikgu riana
    31 Mac 2011 at 11:04 AM

    assalamualaikum cikgu..
    saya seorang guru Linus. Tahun ni baru masuk tahun kedua saya mengajar murid tahun 1.
    memang banyak cabaran mengajar murid tahun 1 ni..maklumlah mereka baru nak mengenal alam persekolahan sebenar.kadang-kadang menguji kesabaran… tapi dah tugas sebagai cikgu mendidik anak murid. apa yang menjadi bebanan apabila kemahiran yang disampaikan tidak dapat dikuasai oleh murid. masa membaca beramai-ramai macam ok je semua. tapi kalau dipanggil seorang-seorang baru tau kemampuan murid setakat mana. boleh tak cikgu bagi pendapat camana nak ngajar murid pelbagai aras dalam kelas. semua memang murid linus. tapi dalam linus tu pun aras kemampuan murid masih berbeza. murid 35 orang. memang saya terkejar2 kalau nak pastikan murid belajar mengikut aras masing2. kadang-kala ( dan selalunya) ada murid yang terlepas pandang. bukan niat membiarkan murid begitu sahaja. tapi, mungkin teknik mengajar saya yang tidak betul. saya kerap bertanya kepada rakan-rakan yang berpengalaman. tapi nak aplikasikan sendiri memang susah. kadang-kadang rasa tension sendiri.. (sekadar nak luahkan beban dalam fikiran ni je)

    • 31 Mac 2011 at 12:23 PM

      salam,

      kita sama-sama berkongsi pendapat ye cikgu…Untuk makluman, LINUS baru masuk tahun kedua. Jadi, cikgu yang dah mengajar LINUS ni pun baru ada pengalaman sebanyak itu sahaja.

      Berdasarkan pengalaman mengajar di kelas Pemulihan selama 7 tahun, saya aplikasi semua kemahiran mengajar dalam kelas LINUS juga.

      Dalam kelas LINUS saya sekarang (tahun 1 2011) ada 30 orang murid dari perlbagai aras.

      Untuk memudahkan mengajar, saya bahagikan mereka kepada enam kumpulan mengikut kelemahan yang ketara. Contoh, kumpulan 1 untuk murid belum kenal abjad, kumpulan 2 untuk murid yang baru kuasai suku kata, kumpulan 3 untuk murid yang tahu mengeja tetapi tidak pandai menulis, kumpulan ke-4 untuk murid yang sudah boleh membaca ayat mudah dan begitulah untuk kumpulan seterusnya.

      Contoh rancangan mengajar pada hari ini (mengikut Dokumen Standard tahun 1) Keluarga Huda, jadi cikgu mengajar di set induksi seperti biasa, masuk pada langkah ke dua hingga 4, cikgu ajar murid ikut kumpulan tetapi dibawah tajuk yang sama.

      sekian

  34. nik hasnida nek lah
    15 April 2011 at 1:24 PM

    salam..cikgu tahniah dan terima kasih kerana laman web cikgu banyak membantu saya dalam p & p LINUS dan KSSR…

  35. ajeeja
    8 Mei 2011 at 8:55 PM

    Assalamualaikum…saya student yg ambil kursus pem khas…di IPGM…nak tahu masalah ejaan, tulisan dan karangan murid pemulihan dan cara mengatasinya. Boleh cikgu bantu untuk dptkan bahan berkaitan tajuk itu ?

    • rosnah shafii
      2 Mac 2012 at 6:42 AM

      mudah aje..semasa menulis guna buku tulisan yang ada garis merah…ajar cara menulis huruf yang betul ikut garisan..setiap huruf lain cara menulisnya..contoh huruf a,e,i,o,u,m,n,r,s,v, w,x,z dalam baris yang sama.b,d,f,h,k,l,t, sama kumpulannya.g,j,p, q, y sama kumpulannya.Insyaalah lama kelamaan tulisan murid jadi cantik..pegang tangan murid kalau masalahnya teruk sgt.ejaan-latih tubi.karangan mudah diajar dahulu dan jawab soalan pun cara berpandu dan mudah.anda boleh cari program oleh cikgu rosmimah embi..bagus bukunya.

  36. mel
    22 Jun 2011 at 3:52 PM

    salam cikgu..
    sy nk tnya apkh p’bezaan antara KIA2M dengan LINUS?

    • 19 Ogos 2011 at 11:19 AM

      Tidak ada perbezaan ketara antara KIA2M dan LINUS. LINUS adalah program tersusun dan menepati piawaian. KIA2M bukanlah program yang tidak bagus, cuma ia telah diberi ‘suntikan’ baharu dan program itu dihentikan dan digantikan dengan PROGRAM LINUS. Fungsi kedua-dua program ini adalah sama.

  37. 10 September 2011 at 7:48 AM

    salam,
    cikgu, dekat ym kat mana saya nak add cikgu.. maksud saya room mana

  38. guru SKPK
    2 Februari 2012 at 1:10 PM

    saya mengajar di sekolah pendidikan khas.. guru matematik.. bagaimana hendak ajar konsep perbandingan tinggi dan rendah kepada budak yang hanya ajuk apa yang kita cakap… bagaimana memastikan murid itu memahami apa yang kita ajar..

  39. Cikgu
    3 Februari 2012 at 1:31 AM

    Mengunakan benda (objek) yang lebih jelas kepada murid mungkin sesuai. Guru boleh pelbagaikan contoh. Panggil dua orang murid yang tidak sama tinggi dan bandingkan di hadapan murid lain. minta mereka ulang. atau gunakan objek lain seperti botol air murid dan sebagainya (bahan yang boleh didapati terus dari dlm kelas.

    Saya faham masalah cikgu hadapi. Bukan mudah mengajar murid sedemikian. Cikgu perlu banyak bersabar dan sentiasa mempelbagaikan variasi pengajaran dan sesuaikan dengan tahap pemikiran murid seperti ini.

    selamat mencuba dan semoga berjaya

  40. munirah
    5 Februari 2012 at 7:59 PM

    Terima kasih…sangat membantu…

  41. RUINAH JOHN
    28 Februari 2012 at 10:50 PM

    saya seorang guru dan mempunyai seorang anak berumur 8 tahun ynag kini berada dlam kelas LINUS..saya berasa sangat tertekan berada dalam situasi ini..setelah banyak kali mengajar anak saya membaca, menulis dan mengira, kini anak saya berada dlam aras perdana..walau bagaimanapun saya masih berasa tertekan kerana anak saya duduk dikelas corot..guru2 lain juga seakan memandang rendah terhadap saya. adakah cara yang lebih berkesan dalam mengajar murid yang slow learner ini? mohon pendapat cikgu..terima kasih.

    • 29 Februari 2012 at 7:56 PM

      Pn.Ruinah John.

      Setiap manusia dilahirkan berbeza. bukan semuanya dilahirkan sempurna. dalam kes anak anda, tidak perlulah berasa risau kerana anak anda kini berada di arus perdana. bukan mudah untuk murid yang perlahan cara pembelajarannya menerima sistem pembelajaran yang lebih pantas dengan aras yang lebih tinggi berbanding sebelum masuk ke kelas arus perdana itu.

      Jadi anda kena faham situasi anak anda. jangan terus mendesak anak anda menerima pelajaran itu dalam masa yang singkat kerana akhirnya ia akan memakan diri. berilah anak anda peluang dan masa untuk suaikan diri. kaji masalah yang terjadi sebenarnya. rujuk pada pakar kanak-kanak (jika perlu) untuk mengetahui tahap IQ anak anda.

      Jangan berasa malu atau rendah diri jika anak anda mendapat kedudukan tercorot dalam kelas. berikan galakan setiap masa. teruskan mendidik anak anda. jangan mudah patah semangat. cari bakat terpendam anak anda. cungkil bakatnya dan kembangkan. jika anak anda tidak maju dalam pelajaran, pasti ada kelebihan lain yang dimilikinya.

  42. guru prtikum
    15 Mac 2012 at 2:23 PM

    assalamualaikum, ckgu sye nk minx pndpt mgenai BBM utk mgajar tema kelas saya..ntk english..arap ckgu bleh bntu..sye sdh add YM ckgu..ats nma mazfakhrul@yahoo.com…sekian.arap ckgu bleh bntu sya..ASAP

  43. nora
    21 Mac 2012 at 4:04 PM

    assalammualikum cikgu… saya seorg suri rumah dan juga ibu kepada 2 org ank. Ank sulung saya berumur lapan thn,dia masih x blh membaca dan mengenal huruf…Dia adalah pesakit ADHD dan x ada tumpuan…blh x cikgu bg teknik yg terbaik untk ank saya mengenal huruf…terima kasih cikgu…

    • Cikgu
      24 Julai 2012 at 5:16 PM

      Secara asasnya, puan memerlukan bantuan dan bimbingan dari yang lebih pakar.. Begini, saya sarankan puan supaya merujuk masalah anak puan kepada pakar kanak-kanak. Dapatkan informasi bagaimana prosedur ini di jalankan melalui guru di sekolah anak puan belajar. Lebih cepat puan bertindak itu lebih bagus.

      Kanak-kanak ADHD ini diketahui umum sukar diramal dari segi tumpuan dan tidak boleh duduk diam. Namun diakatakan darjah kecerdasan kanak-kanak ini tinggi. Justeru perlu ada satu kaedah yang sesuai untuk mengajar anak puan ini.

      Jadi, untuk itu, adalah lebih baik puan merujuk masalah anak puan ini kepada pihak sekolah dan seterusnya kepada pakar kanak-kanak.

  44. Elina zaliha
    7 April 2012 at 12:04 AM

    Salam cikgu…saya ingin bertanya…adakah kaedah kad bacaan mampu meningkatkan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak?

    • Cikgu
      24 Julai 2012 at 5:24 PM

      Wsalam,

      Kaedah kad bacaan juga salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak..Apa yang penting dalam kad bacaan itu adalah pengisian yang tidak terlalu sarat dengan ayat, huruf, gambar atau corak serta warna yang melampau. Membina kad bacaan yang cantik memang satu daya tarikan belajar kepada kanak-kanak. Tetapi ramai yang kerap membuat kesilapan dengan meletakkan terlalu banyak ayat atau perkataan dalam kad bacaan, dihiasi dengan corak serta warna yang terlalu ekstrim..menjadikan bahan bacaan itu tidak kepada matlamat asalnya.

      Melihat situasi kad itu sahaja, kanak-kanak sekadar berminat untuk memegang dan membelek sahaja. Untuk membacanya? tidak mungkin kerana mereka akan rasa keliru. Jadi, berhati-hatilah apabila membina kad bacaan.

      Semoga berjaya

  45. miza
    24 Julai 2012 at 12:22 PM

    salam cikgu..ada x laman web yang kita boleh cari ABM@BBM untuk mengajar bahasa inggeris?
    terima kasih

    • 14 September 2012 at 6:27 PM

      salam,
      saya kurang pasti.. cuba google uluskum.remedial.net

  46. mohamad
    28 Ogos 2012 at 9:14 AM

    as salam….. nak tanya dan minta pandangan. sy mengajar bm tahun 1. dalam kelas terdapat jurang yang ketara antara murid. sebahagian murid boleh membaca novel ada juga murid yg tidak tahu apa2. sukar untuk saya mengajar murid yang bercampur2. minta pandangan mcm mana cara nak mengajar kelas mcm ini. selain itu juga bagaimana cara atau kaedah nak mengajar murid menulis dengan baik dan kemas. pelbagai usaha sy telah lakukan, mengajar dengan buku garisan 3 lah, menggunakan buku mate tapi hasilnya tetap sama..

  47. 14 September 2012 at 6:38 PM

    wsalam,

    masalah anda adalah sebahagian murid tahun satu kelas anda boleh membaca manakala sebahagiannya tidak tahu apa-apa. Ini bermakna anda perlu menyediakan dua RPH di mana satu RPH merujuk kepada sukatan KSSR manakala satu lagi RPH merujuk kepada kemahiran LINUS. Kedua-dua RPH ini digabungkan seperti CONTOH berikut :

    TEMA :
    TAJUK :
    FOKUS UTAMA : SK SP
    FOKUS SAMPINGAN : SK SP
    OBJEKTIF : MURID DAPAT –
    1
    2

    KEMAHIRAN LINUS : KUMPULAN 1 –
    KUMPULAN 2 –
    OBJEKTIF LINUS : MURID DAPAT –
    1
    2
    AKTIVITI :
    1
    2
    3
    AKTIVITI LINUS :
    1
    2
    3

  48. noor asiken hashim
    31 Disember 2012 at 3:58 PM

    Jika bolih masukkan lebih banyak lagi abm dan bbm yg dtg dari has7l akal fikiran sahabat2 yg melayari halaman ini ,,,kekadang tak ada idea dan kalau bolih kongsi demi unt anak2 didik ,,yang sudi berkongsi idea dan kreativiti ama5 dialu2alukan,,,

  49. 28 Jun 2013 at 3:09 AM

    The site will provide a real-time list of people who are interested in the subject matter.
    Scott in the video, and the fans have found her books to be
    very insightful, and helpful. Tamra Barney called out one of her Real Housewives co-stars tonight after noticing
    that their follower count was showing some odd jumps.
    It is because most of the tweets will be written
    by aides, and he also posted a photo in which Obama and
    the four living ex-presidents appear.

  50. yatie
    16 Julai 2013 at 4:57 AM

    salam,, apakah ciri-ciri pembinaan bahan bagi aktiviti kaedah membaca? tq.

  51. 18 Julai 2013 at 7:44 PM

    Please keep on posting such top quality stories as this
    is a rare thing to find nowadays. I’m always looking online for blogposts that may assist me. Looking forward to another awesome website. All the best!

  52. 9 Ogos 2013 at 9:07 AM

    all the time i used to read smaller content which also clear their motive, and that is also happening with this post which I
    am reading now.

  53. 19 September 2013 at 6:29 AM

    Someone essentially assist to make seriously posts I would state.
    That is the very first time I frequented your web page and thus far?
    I amazed with the analysis you made to create this actual
    post extraordinary. Fantastic process!

  54. 1 Mac 2014 at 2:18 PM

    I’m not that much of a internet reader to be honest but your sites
    really nice, keep it up! I’ll go ahead and bookmark your site to
    come back later on. Cheers

  55. 1 April 2014 at 12:52 AM

    Hi, all the time i used to check website posts
    here early in the daylight, because i enjoy to find out more
    and more.

  56. 15 Ogos 2014 at 11:05 AM

    Heyy just wanted to give you a brief heads up and let you know a few of the images
    aren’tloading properly. I’m not surre why but I think itss a linking issue.

    I’ve tried it in two different internet browsers and
    both show the same results.

  57. 8 September 2014 at 9:30 AM

    Please let me know if you’re looking for a article author for your blog.
    You have some really great posts and I feel I would be a good asset.

    If you ever want to take some of the load off,
    I’d absolutely love to write some content foor your blog in exchange for a
    link back to mine. Please blast me an e-mail if interested.
    Kudos!

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 111 other followers

%d bloggers like this: