Strategi mengesan Masalah Pembelajaran Murid
Salam sejahtera.
Semoga anda kekal sihat dan sentiasa ceria mengharungi liku-liku hidup. Alhamdulillah. Hari ini kita bertuah kerana masih dapat bernafas di bumi yang indah ini.
Topik pada kali ini adalah ‘Strategi Mengesan Masalah Pembelajaran Murid’. Baru-baru ini, guru Pemulihan di sekolah saya datang berjumpa dan ingin berbincang sesuatu bersama saya.
Masalah yang dihadapinya adalah bagaimana hendak mengesan masalah murid yang diajarnya. Saya pun memberikan pandangan berikut ;
- Pemerhatian
- Pentafsiran rekod prestasi
- Pentafsiran rekod profil
- Ujian kertas dan pensel
- Temu bual dengan guru darjah
- Temu bual dengan ibu bapa / penjaga murid.
PEMERHATIAN ;
Guru boleh melakukan pemerhatian ini secara tidak langsung di bilik darjah masing. Melalui cara ini, guru akan mengetahui perubahan yang mungkin jelas kelihatan misalnya dari aspek emosi, ketegangan murid, kedudukan tubuh badan yang tidak semula jadi dan perubahan tingkah laku.
Dalam strategi ini ada beberapa teknik pemerhatian yang sesuai dilaksanakan. Antaranya :
- Teknik pemerhatian dengan senarai semak
- Pemerhatian di luar bilik darjah
- Pemerhatian tingkah laku
PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI
Rekod prestasi merupakan rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid dalam kelas.
Pentingnya rekod prestasi ini antaranya dapat membantu guru menilai secara jangka panjang dan membolehkan guru sentiasa mempunyai pengetahuan tentang murid-murid mereka.
Bagi ibu bapa pula, rekod prestasi dapat membantu mereka memahami prestasi akademik, perkembangan sosila, fizikal dan emosi anak-anak. Melalui sumber berkenaan, ibu bapa dapat membantu pihak sekolah seperti menilai anak-anak, meningkatkan tanggungjawab sebagai penjaga dengan menasihati dan memberi tunjuk ajar di rumah.
REKOD PROFIL
Rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti disekolah dan ditunjukkan menggunakan markah dan gred.
UJIAN KERTAS dan PENSEL
Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan dan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid.
TEMU BUAL dengan GURU DARJAH
Perbincangan dengan guru darjah dapat memberi maklumat tentang seseorang murid yan hendak dikenal pasti. Melalui teknik ini, guru akan dapat maklumat seperti kehadiran, pencapaian akademik, tingkah laku dan perbezaan individu.
TEMU BUAL dengan IBU BAPA
Saya kerap menggunakan kaedah ini kerana ibu bapalah individu yang paling rapat dengan murid di rumah selain guru semasa di sekolah. Banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada ibu bapa berkaitan murid termasuklah latar sosio-ekonomi keluarga, faktor baka, kesihatan, penceraian, faktor kelahiran dan sebagainya.
Sekian,

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN






.jpg)
Terima kasih diatas perkongsian yang sungguh berbentuk keilmuan bersama. Ini dapat membantu masyarakat memahami masalah kanak – kanak kini dan lebih bersikap keterbukaan demi membantu mereka ( kanak – kanak bermasalah pembelajaran ) untuk menghadapi alam persekolahan , persekitaran dan masa depan mereka. Pemahaman antara kedua belah pihak , ibubapa dan pendidik dapat menyumbang masa depan yang lebih cerah. Terima kasih , teruskan perjuangan.
sebagai guru bimbingan dan kaunseling, golongan murid pemulihan ini ibarat permata yang belum cukuo digilap. mereka ada potensi diri masing-masing dan sebagai warga guru tentulah kita tidak akan mengabaikan mereka.
Sebenarnya apa langkah-langkah guru dapat mengenal pasti murid-murid bermasalah?
Ada banyak perkara yang perlu dilakukan oleh guru untuk mengenal pasti murid bermasalah. Antaranya :
1- ujian pengesanan / saringan
2- ujian diagnostik
3- analisis ujian murid
4-dapatkan laporan kesihatan murid daripada penjaga
5-buat analisis laporan kesihatan
6- jika guru berasa sedikit musykil, dapatkan laporan perubatan daripada doktor
7- temubual penjaga dan murid
Mengapakah pelajar lemah dalam bahasa inggeris, matemataik dan sains dan apakah cara penyelesaianya dan bagaimana untuk membuat projek dengan tiadanya wang?
Ada banyak punca sebenarnya…jika anda guru, anda pasti dapat lihat situasi sebenar..
Terima kasih dengan perkongsian ilmu. Saya berminat untuk mengetahui tentang Kelas Pemulihan ini. Adakah kelas pemulihan ini terdapat di semua sekolah? Adakah ianya meliputi persekolahan rendah dan menengah? Apakah objektif kelas pemulihan ini? Untuk berapa lamakah sesaorang murid itu perlu mengikuti kelas pemulihan ini? Selepas mengikuti kelas pemulihan ini dimanakah murid tersebut akan ditempatkan?
Terima kasih
Salam,
Begitu banyak soalan yang diajukan puan. Terima kasih. Saya syorkan supaya puan lihat semula entri saya yang terdahulu dan mungkin segala soalan puan akan terjawab.
Terima kasih.
Terima kasih semoga saya lebih memahami murid saya nanti apabila saya bergelar guru pemulihan…aminnn
boleh tak puan bagi set soalan yang harus saya tanya kepada ibu bapa kanak-kanak yg ada masalah pembelajaran ni?
tiada soalan yang khusus untuk ditanyakan kepada ibu bapa murid khususnya yang mempunyai masalah pembelajaran. Lazimnya, hanya soalan-soalan asas yang ditanya seperti latar belakang murid, latar belakang penjaga, masalah kesihatan murid, amalan pemakanan murid dan lain-lain lagi
saya tumpang tanya ~!
cikgu ada x contoh borang rekod prestasi dan juga borang rekod profile ?
assalamualaikum salam sejahtera salam satu malaysia…
boleh tak saudara bantu saya untuk memberi satu laporan mengenai:-
1)menulis senario pengajaran dan pembelajaran=senario situasi kelas memaparkan masalah yg timbul spt kelas bising,murid ganggu kwn,murid byk cakap,murid x perhatian dlm kelas dll masalah.
2)Hurai masalah tersebut mengikut teori pembelajaran dan teori perkembangan
3)Pelan mengatasi masalah yang diberikan tersebut berlandaskan teori:
i) pembelajaran behaviorisme (teori pelaziman klasik pavlov,pelaziman klasik watson,teoti pelaziman operan thorndike dan operan skinner
ii)teori sosial-teori albert bandura
iii)teori kognitif -
assalamualaikum salam sejahtera salam satu malaysia…
boleh tak saudara bantu saya untuk memberi satu laporan mengenai:-
1)menulis senario pengajaran dan pembelajaran=senario situasi kelas memaparkan masalah yg timbul spt kelas bising,murid ganggu kwn,murid byk cakap,murid x perhatian dlm kelas dll masalah.
2)Hurai masalah tersebut mengikut teori pembelajaran dan teori perkembangan
3)Pelan mengatasi masalah yang diberikan tersebut berlandaskan teori:
i) pembelajaran behaviorisme (teori pelaziman klasik pavlov,pelaziman klasik watson,teoti pelaziman operan thorndike dan operan skinner
ii)teori sosial-teori albert bandura
iii)teori kognitif -
jika boleh tolong bantu blhlah hanratkan kepada email saya : mdein@yahoo.com
sekian trima kasih
Salam…
setelah membaca sebahagian mesej yg dipaparkan , nampaknya , masalah yg sama telahpun diajukan oleh sdr mohd zainuddin ghazali. bolehkan maklumat atau panduan tentang permasalahan tersebut turut dihantarkan kepada email saya. terima kasih
Assalamualikum,saya juga telah membaca mesej yg disampikan oleh sdr zainuddin,saya berharap agar maklumat atau panduan tentang permasalahan tersebut dapat dihantar kepada email saya juga.pertolongan sdr amat diharapkan.terima kasih
Salam….
Masalah saya sama dengan kawan di atas.HARAP dapat bantuan daripada CIKGu.TErima kasih cikgu
salam ……. ,
saya juga mempunyai masalah seperti mohd zainuddin bin ghazali. boleh tak cikgu bagi bantuan yang sewajarnya
Salam…
Masalah yang dihadapi oleh saya juga seperti mohd zainuddin bin ghazali.Harap cikgu dapat membantu saya. Terima kasih .
saya pun hadapi masalah yg sama..tolong email saya juga
salam…masalah yang dihadapi saya juga seperti mohd zainuddin bin ghazli.harap cikgu dpt membantu saya.terima kasih
aiyaya, saya juga hadapi masalah yang dipaparkan oleh mohd zainudin bin ghazali!jika dapat jawapan, sila berkongsi untuk menyelesaikan masalah ini!terima kasih!
Masalah yang saudara-saudari kemukakan nampaknya adalah masalah yang sama. Mengikut pemerhatian saya, kalian bukan hendak menyelesaikan masalah di sekolah masing2 tetapi hendak menyelesaikan masalah tugasan oum yang nampaknya senang tapi susah. Penyelesaian masalah dapat diatasi dengan cara membuat kajian, pemerhatian , catatan dan refleksi dalam kelas. Masuk kelas, kenalpasti masalah spt murid bising. Gunakan: Bila? Kenapa? Siapa? Mengapa? Dimana? Bagaimanakah?Adakah? dsbgnya. Ceritakan keadaan yang sebenar dan buat seperti karangan. Kaitkan dengan teori seperti yang dinyatakan tadi. Kalau harapkan forum dan maklumat dari internet, perkara seperti ini susah untuk dicari. Kalau kamu hantar tugasan yang sama (% persamaan yang tinggi) akan dapat dikesan oleh software yang dipasang oleh tutor untuk mengesan palagiat. BAHAYA TU!! Boleh semak di http://www.scanmyessay.com/
cuba try http://www.plagiarism-detector.com/?gclid=CO-3iZO7ragCFYZ66wodNzReHQ
Harap komen saya dapat membantu.
TQ
salam….
saya juga ingin dapatkan pandangan mengenai masalah yg sama dgn en.zainudin
satu laporan mengenai:-
1)menulis senario pengajaran dan pembelajaran=senario situasi kelas memaparkan masalah yg timbul spt kelas bising,murid ganggu kwn,murid byk cakap,murid x perhatian dlm kelas dll masalah.
2)Hurai masalah tersebut mengikut teori pembelajaran dan teori perkembanganan
3)Pelan mengatasi masalah yang diberikan tersebut berlandaskan teori pembelajar
BAHAGIAN SATU
Senario Pengajaran Pembelajaran
1.0 Senario Kelas Bising
Saya mengajar di kelas 5 Bestari, Sekolah Kebangsaan Tambirat, Asajaya. Apabila saya ditempatkan di sini saya berasa tidak selesa kerana lokasi sekolah ini adalah di luar bandar. Kebanyakan murid-murid di sekolah ini tidak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris. Walau bagaiamanpun hubungan guru-guru dan murid-murid adalah rapat. Prestasi akademik sekolah ini tidak begitu baik terutamanya dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. Pada tahun lepas hanya 40 % murid-murid lulus dalam mata pelajaran ini. Oleh demikian, pengajaran mata pelajaran bahasa Inggeris di sekolah ini amat mencabar.
Setelah 3 minggu mengajar bahasa Inggeris saya mendapati beberapa orang murid-murid di bahagian belakang kelas telah membuat bising semasa pengajaran saya. Ada kalanya saya terpaksa berhenti mengajar kerana kebisingan murid-murid ini di dalam kelas telah menganggu pengajaran sehingga mereka tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran saya. Dalam pada itu, saya percaya bahawa murid-murid ini masih kecil maka unsur kenakalan mesti wujud. Walau bagaimanapun sifat kenakalan ini tidak boleh dibenarkan kerana menjejas pengajaran pembelajaran.
Menurut Harry K. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri.
“Most behavior problems in the classroom are caused by the teacher’s failure to teach students how to follow procedures.”
Gangguan daripada kebisingan kelas amat ketara semasa pertukaran waktu mengajar. Mengikut Wong (1998) pelajar mengambil masa 2 hingga 3 minit ini untuk bercakap, bergerak dari tempat duduk serta bertingkah laku yang mengganggukan. Dalam pada itu Wong (1998) turut menjelaskan bahawa prosedur dan rutin akan member keyakinan kepada pelajar kerana mereka tahu apa yang perlu dilakukan pada setiap masa.
“routines and procedures… offer security. Students cannot get down to the serious business of learning unless they feel secure in the classroom. They want instruction and guidance on all the how-to’s in the classroom – how to head a paper, how to ask for help, how to sharpen a pencil, how to get to work, how to turn on the computer, how to…”
Saya ingin membawa perubahan dalam keadaan kelas ini. Saya ingin murid-murid mendengar pengajaran saya kerana percakapan dua hala boleh menjejaskan pembelajaran. Kebisingan yang disebabkan oleh pembelajaran tidaklah menjadi masalah tetapi kebisingan yang mengganggu pembelajaran perlu dielakkan. Murid-murid yang bising bukan sahaja tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar tetapi murid-murid lain juga terjejas dan ini berlaku tidak adil kepada semua murid-murid yang lain.
1.2 Senario Pelajar Hilang Minat Kerana Sikap Guru Yang Dianggap Keterlaluan
5 orang murid Tahun 4 ini bermasalah kerana sering menghilangkan lembaran kerja yang diberi tetapi mereka buat roket.Mereka ini tidak mahu belajar, senang gaduh-sikap mereka kurang minat terhadap pelajaran.
Cikgu : Woi senyap lah! (ulang 5 kali). Mana ketua kelas ni? Apasal haaa
kelas bising?
K.Kelas : Ya, saya ketua kelas. Maaf cikgu, saya dah suruh mereka senyap tapi
mereka tak dengar cakap saya. Er er errr…
Cikgu : Betul ke? Tapi tadi saya nampak awak pun bising jugak kenapa? Nak
tipu cikgu pun agak-agak la.
K.Kelas : Mane ade saya bising cikgu. Saya duduk tempat saya je ni study
Kimia.
Cikgu : Ohh kamu nak buat lawak ke? Saya nak gelak ni.
K.Kelas : Betul la, mane ada buat lawak. Suka hati je nak gelak.
Cikgu : Ahh banyak cakap pulak budak ni. Mari sini.
K.Kelas : Mari ke mane pulak ni cikgu?
Cikgu : Hish budak ni loyer buruk pulak. Mari kedepan la sayang.
K.Kelas : Ohh ok! sambil bangga dalam hati sebab cikgu panggil die sayang.
Cikgu : Ohh tadi kamu melawan cakap saya yer? Ambik ni. Penampar sulung
naga kepala tujuh. Paaapppp!!
K.Kelas : Aduhhh, sakitnya. Kenapa cikgu tampar saya. Saya kecik lagi tau.
Dah la tadi panggil saya sayang. Repot kat ayoh! Repot kat emok
mau!
Cikgu : Dah jangan banyak cakap, lain kali jangan main-main dengan saya.
Saya nak, lepas ni kelas ni senyap. Faham?
Murid lain : FAHAMMM!
K.Kelas : Sob sob sob… *sambil berjalan ke meja die untuk meneruskan study
Kimia die tu la konon.
Selang beberapa minit cikgu tu berlalu dari kelas. Keadaan menjadi bising kembali. Geng tadi kembali menguasai kelas. Tapi ada juga dengar ketua kelas mengarahkan murid-murid lain supaya senyap.
1.3 Senario Kelas Pemulihan
Dalam kelas Pemulihan saya, murid perempuan adalah paling sukar didekati kerana mereka pemalu, pendiam dan perahsia. Sebagai seorang guru lelaki, saya tidak boleh sewenang-wenangnya mendekati perempuan. Maklum sajalah, macam-macam boleh berlaku walaupun niat kita baik. Baiklah, hari ini saya hendak berkongsi lagi dengan anda cerita di kelas Pemulihan saya.
Situasi 1
Seorang murid perempuan masuk ke kelas Pemulihan atas permintaan guru Bahasa Melayu-nya yang mendapati prestasi semasa murid berkenaan semakin merosot.
Situasi 2
Saya gagal berkomunikasi dengan salah seorang murid perempuan tahun tiga dalam kelas Pemulihan. Setiap kali saya memanggilnya, murid berkenaan tidak memberikan respon.
Situasi 3
Seorang guru wanita mengadu salah seorang anak murid perempuannya kerap tidur sewaktu ketika sesi pengajarannya. Murid tersebut adalah salah seorang anak didik saya yang belajar di kelas Pemulihan.
Ketiga-tiga situasi yang dinyatakan di atas memang rumit untuk diselesaikan. Semuanya memerlukan kerjasama semua pihak. Contohnya dalam situasi 1, saya memerlukan maklumat daripada guru Bahasa Melayu dan guru kelas murid tersebut kerana merekalah yang kerap berjumpa dengan murid sebelum ini. Kesemua maklumat itu di’fail’kan dan giliran saya pula mendapatkan maklumat daripada murid dan penjaga murid berkenaan.
Namun, bukan semua ibu bapa akan berterus terang dengan guru. Cerita yang disampaikan oleh penjaga jauh berbeza dengan cerita yang disampaikan oleh murid. Jika penjaga menyatakan anak mereka terlalu manja dan tidak boleh ditegur apabila disuruh belajar. Jika dimarahi, anak mereka akan merajuk. Berbeza dengan apa yang disampaikan oleh murid sendiri yang menyatakan ibu dan bapa sering bertengkar dan ayahnya pula jarang pulang ke rumah.
Situasi 2 pula membabitkan diri saya sendiri apabila gagal menarik perhatian murid semasa mengajar. Setiap kali saya memanggil murid berkenaan juga, murid berkenaan tidak akan memberikan respon. Saya mula memikirkan di mana silapnya dan apa yang tak kena. Saya dapatkan maklumat daripada murid, guru kelas, rakan sejawat dan penjaga. Seperti situasi 1, penjaga murid tidak memberikan kerjasama dengan baik demi masa depan murid.
Mujur ada guru yang prihatin memberitahu saya bahawa murid berkenaan pernah mengalami kemalangan jalan raya yang tragis hingga meragut nyawa kakaknya. Berdasarkan sumber yang ada, saya dapatkan lagi maklumat daripada murid berkenaan. Setelah mengamati maklumat yang dikumpul, saya dapati murid berkenaan masih belum sembuh sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami tiga tahun lepas. Murid berkenaan yang kemalangan bersama kakaknya telah mengalami keretakan pada tulang hidung dan telinga sebelah kirinya separa pekak. Sebab itulah saya gagal berkomunikasi dengan murid.
Selepas mengetahui masalah murid, saya menghubungi penjaganya. Kini, jika saya hendak bercakap dengan murid berkenaan, saya perlu bercakap dari arah hadapan. Jika saya bercakap dari arah belakang, murid berkenaan tidak akan mendengarnya.
Berbeza ceritanya dengan situasi yang ke-3. Saya sendiri yang bertanyakan kepada murid berkenaan mengapa dia kerap tertidur semasa guru mengajar. Murid berkenaan secara jujurnya menjawab, dia tidak berminat untuk belajar lebih-lebih lagi guru mengajar mata pelajaran Matematik. Waktu malamnya dihabiskan untuk menonton cerita sehingga larut malam.
Kemudian, setiap kali murid ini turun belajar di kelas Pemulihan, saya akan mengasingkannya daripada pelajar lain dan memberinya latihan bahasa dan logik secara berulang-ulang. Di akhir sesi, saya akan memberinya sedikit kaunseling. Sebelum murid berkenaan keluar ke kelas Pemulihan untuk ke kelas asalnya, saya memberinya amaran lisan agar tidak lagi tertidur di dalam kelas. Ibu bapanya juga telah dimaklumkan supaya meminta murid tidur selewat-lewatnya jam 9.00 malam.
2. TEORI KONSTRUKTIVISME
Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk pelajar. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan.
Fikiran pelajar tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui pelajar adalah realiti yang dia bina sendiri. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu pelajar membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Ciri pembelajaran secara konstruktivisme
1. Pembelajaran berpusatkan murid.
2. Fokus kepada pembelajaran bukan pengajaran
3. Guru sebagai fasilitator.
4. Pembelajaran sebagai satu proses yang pembelajaran.
5. Menyokong pembelajaran secara koperatif.
6. Menggalakkan dan menerima daya usaha murid.
7. Memberi peluang kepada murid untuk membina memahaminya melalui penglibatan murid sebenar.
8. Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru.
9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan experiment
10. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.
11. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.
12. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid.
3. TEORI MOTIVASI
Sesetengah ahli psikologi mengklasifikasikan motivasi kepada motivasi fisiologi dan sosial yang merangkumi keperluan asas manusia. Ada juga yang menyatakan bahawa motivasi adalah bersifat semula jadi dan motivasi yang dibentuk daripada pembelajaran yang mana menggolongkan motivasi kepada :
a) Motivasi intrinsik – wujud secara semula jadi daripada ransangan dalaman. ianya terdorong daripada dorongan dan minat seseorang individu untuk melakukan sesuatu aktiviti tanpa berharap atau meminta sebarang ganjaran. Dikaitkan dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan (Bruner, 1996)
b)Motivasi ekstrinsik – diwujudkan daripada ransangan luaran dengan menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya. Boleh diransangkan dalam bentuk-bentuk seperti memberi peneguhan positif seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk iklim alam belajar yang kondusif untuk mendorongkan mereka belajar.
4. KAEDAH KONTEKSTUAL
Pengajaran kontekstual membantu pelajar menghubungkaitkan pembelajaran kandungan dengan situasi sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara apa-apa yang dipelajari di dalam bilik darjah dan bagaimana pengetahuan ini digunakan dalam kehidupan mereka sebagai warganegara dalam masyarakat. Dalam kaedah ini guru hanya bertindak sebagai pengelola kelas yang membantu pelajar dalam mendapatkan penemuan beru. Proses pembelajaran juga lebih kepada pemusatan pelajar dan bukan pemusatan guru.
BAHAGIAN DUA
2.0 Huraian Masalah Mengikut Teori
Yvonne. J. Clerehugh, (2000) dari Notre Dame High School, Norwich, UK telah melaksanakan satu kajian tindakan ke atas pengajaran bahasa asing moden. Dalam kertas kajiannya yang bertajuk “ICT as a Motivator for Disaffected Pupils?” Beliau mendapati penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran seperti penggunaan “Powerpoint” memang boleh mengurangkan “pupil disaffection”. Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat bias gender dalam pembelajaran bahasa asing. Di UK murid-murid lelaki akan suka mempelajari bahasa Jerman kerana ia lebih bersifat kejantanan sedangkan murid-murid perempuan suka pada bahasa Spanyol kerana ia lebih romantik. Perbezaan minat ini mungkin dapat menerangkan pencapaian dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris di Malaysia. Selain itu, Clerehugh (2000) mendapati kerelevanan dan penggunaan sesuatu bahasa dalam situasi kehidupan pelajar adalah penting .
“Pupils want to learn quickly; that is, they want to see ‘results’ in that they are able to use the language in a meaningful way as a reward for the learning effort put in. They want to discuss things which are of personal interest or which are of direct relevance to their situation. It is not usual to hear a group of fourteen year olds discussing the time they get up, get dressed or clean their teeth, and if they have no real desire to communicate on a given topic they may naturally become disengaged with the subject.”
Saya terpaksa menyiasat punca-punca masalah kebisingan daripada sebilangan kecil murid-murid di belakang. Setiap kali saya mengajar, beberapa murid-murid akan bercakap atau bermain di belakang. Mereka akan berbuat demikian sepanjang masa pengajaran saya. Beberapa soalan berlegar dalam minda saya:
a) Apakah murid-murid ini sudah bosan dengan pengajaran saya?
b) Apakah yang menjadikan mereka bosan?
c) Bagaimanakah saya mengatasi masalah ini?
d) Kenapakah ia berlaku dalam pengajaran saya?
e) Adakah saya menjadi punca berlakunya?
f) Bolehkah faktor-faktor lain yang terlibat dalam hal ini?
Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui temu bual dan soal selidik serta pemerhatian, beberapa dapatan telah dapat saya senaraikan:
a) murid-murid ini adalah dari kumpulan lemah.
b) Murid-murid ini tidak faham apa yang disampaikan dalam kelas
c) Murid-murid ini tidak berminat dalam pembelajaran bahasa Inggeris
d) Suara saya kurang jelas dan tidak didengari oleh mereka
Saya cuba menganalisis kepercayaan dan andaian saya berkaitan dengan masalah ini. Pada dasarnya saya percaya murid-murid dari kumpulan lemah kurang minat belajar kerana mereka tidak mempunyai motivasi untuk berbuat demikian. Selepas membuat refleksi, saya rasa andaian ini tidak berasas kerana guru sebagai pendidik perlu memikul tanggungjawab untuk membolehkan murid-murid ini belajar. Kemampuan saya sebagai guru telah dicabar.
Dari suatu perspektif yang lain saya boleh melihat peristiwa ini sebagai suatu percanggahan dari segi kerelevanan mata pelajaran yang diajar dengan realiti mereka. Murid-murid dari sekolah luar bandar tidak menganggap bahasa Inggeris sebagai penting dan relevan dalam kehidupan mereka. Kenapakah mereka belajar sesuatu yang mungkin tidak berguna pada masa depan.
Dari perspektif murid-murid, kebisingan ini adalah biasa dan percakapan diantara satu sama lain adalah pembelajaran juga. Murid-murid tidak mempunyai banyak masa untuk berinteraksi memandangkan beban kerja sekolah bukan sahaja bertambah tapi kelas-kelas tambahan yang diadakan setiap hari, telah mengurangkan masa untuk mereka berkomunikasi dengan satu sama lain. Murid-murid perlu bertukar-tukar fikiran dan mendapat maklumat terkini berkaitan dunia mereka.
Adakah kebisingan murid-murid ini satu tanda kebosanan terhadap pembelajaran? Adakah kebisingan kelas sesuatu yang buruk? Adakah kebisingan menandakan murid-murid sudah hilang minat belajar?
BAHAGIAN TIGA
3.0 Pelan Mengatasi Masalah Berlandaskan Teori Pembelajaran
Untuk mengelakkan murid-murid membuat bising saya ingin mencadangkan langkah-langkah
berikut:
a) menyusunkan semula kedudukan murid-murid di dalam kelas. Membahagikan kepada
empat kumpulan mengikut tahap kebolehan yang berbeza
b) membuat ujian diagnostik untuk tahap pencapaian kemahiran / topik yang dikuasai
murid tersebut yang membuat bising
c) menggunakan pelbagai kaedah / teknik yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka
semasa pengajaran dan pembelajaran. Mereka diberikan latihan-latihan yang mudah
berbeza dengan murid-murid lain
d) memberi perhatian yang lebih kepada kumpulan ini dengan selalu berdamping dan
memberi bimbingan secara berterusan
e) memberi motivasi dengan memberi pujian dan penghargaan bagi setiap usaha atau
aktiviti yang berjaya dilakukan
Cadangan-cadangan ini perlu dikaji dengan teliti melalui tinjauan literatur supaya tindakan yang diambil lebih mantap dan bermanfaat. Saya telah membaca literatur berkaitan dengan perkara ini supaya dapat mengenal pasti tindakan yang paling sesuai. Linda Ashton (1996) dari James Cook University dalam artikelnya “Shared Reading Strategies In Secondary Art Classes: An Opportunity For Reflective Practice,” mengatakan bahawa strategi pembacaan bersama (shared reading strategies) boleh menangani isu “pupil disaffection” dalam bilik darjah. Beliau menyenaraikan langkah-langkah dalam strategi ini seperti di bawah:
a) mereka permainan apabila berkongsi bacaan teks,
b) menarik perhatian pelajar melalui mod pendengaran aktif
c) memberi ulasan dan ringkasan dengan cepat serta petunjuk pemahaman
d) memberi sokongan kepada pelajar yang mungkin bermasalah ingkah laku kerana
menghadapi masalah membaca
Berdasarkan prosedur yang diyatakan dalam “California Standards for the Teaching Profession” masa yang digunakan dalam kelas perlu berkesan dan dioptimumkan sepenuhnya. Apabila masa pengajaran dirancang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar, maka masa pembelajaran dapat menghabiskan isi kandungan yang ingin disampaikan. Masalah kebisingan kelas adalah disebabkan oleh ketidakselarasan masa pengajaran dengan isi kandungan yang ingin disampaikan. Dengan ini pelajar akan hilang minat belajar dan keinginan untuk belajar berkurang.
Dengan ini saya bercadang untuk menangani masalah ini berasaskan Canter model of
Assertive Discipline (2002). Model disiplin Marlene and Lee Canter adalah berasaskan ribuan
jam penyelidikan dengan memerhati guru dalam bilik darjah. Model ini adalah suatu pendekatan yang positif yang membenarkan guru mengajar dan pelajar belajar. Ia berasaskan prinsip-prinsip bahawa guru dan pelajar mempunyai hak untuk mengajar dan belajar. Dalam situasi ini saya akan mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:
a) menyatakan jangkaan pengajaran seawal-awalnya
b) menggunakan suara yang lantang, tenang dan tegas serta berlakunya kontak mata
c) menggunakan gesture bukan lisan untuk menyokong pernyataan lisan
d) mengubah tingkah laku pelajar tanpa ancaman atau jeritan
e) mengamalkan teknik “broken record” iaitu mengulangi mesej dengan tenang setiap kali
f) pelajar cuba mencabar daripada menimbulkan konflik
Daripada pengalaman menggunakan model Canter “assertive discipline” guru yang asertif adalah lebih berkesan daripada seseorang guru yang tidak asertif atau garang. Kegarangan dan ketidakkonsistenan arahan guru yang menyebabkan kekeliruan dan trauma psikologi. Seorang guru asertif dapat mewujudkan iklim bilik darjah yang positif, penyayang dan produktif. Iklim ini yang dapat menghasilkan pembelajaran yang maksimum. Dapatan daripada amalan pengajaran berasaskan model Canter, saya telah mendapati semangat berkumpulan di kalangan pelajar kelas ini telah mula berputik dengan adanya kerjasama dan tolong menolong sesama ahli kumpulan. Kumpulan murid yang suka membuat bising telah menunjukkan minat untuk menyiapkan tugasan yang diberi kerana mereka bukan sahaja mendapat tugasan yang selaras dengan kebolehan mereka tetapi berada dalam suasana / iklim penyayang dan positif. Tumpuan dan bimbingan guru yang prihatin dan berterusan telah membantu murid-murid menjadi lebih yakin untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan. Keadaan bilik darjah telah dapat dikawal kerana murid-murid telah menunjukkan minat untuk belajar.
Dalam model Canter ini jangkaan tingkah laku adalah jelas. Selain peraturan yang ditetapkan, saya telah merancang satu sistem peneguhan. Jika pelajar telah menunjukkan tingkah laku positif yang dijangkakan atau pencapaian akademiknya cemerlang, mereka akan diberi peneguhan seperti masa tambahan rehat dan lain-lain. Jika peraturan tidak dipatuhi, saya telah mencatatkan pelanggaran peraturan ini di atas jadual yang dipaparkan di dinding bilik darjah. Saya akan menanda tanda salah (X) pada papan notis. Tingkah laku negatif hasil daripada pelanggaran peraturan yang ditanda (X) akan menerima hukuman-hukuman berikut:
Satu tanda X – amaran
Tiga tanda XXX – satu jam dalam kelas tahanan dan tidak dapat rehat dua kali
Empat tanda XXXX – panggilan ke rumah
Lima tanda XXXXX – berjumpa dengan guru besar
4. Kesimpulan
asertif. Dalam hal ini, ia telah menggantikan tingkah laku garang oleh guru dengan tingkah laku tegas yang positif. Kunci kawalan disiplin pelajar adalah kekonsistenan penguatkuasaan peraturan dengan kesannya. Menurut Canter (2002) seseorang guru tidak boleh berkompromi dengan penguasaan peraturan dalam apa jua.
“Once you make a rule, you must enforce it-always. There are no exceptions to this requirement. It is mandatory. You can’t enforce the rule with one student-and let it go with another. You can’t call students on the rule one day and overlook it the next. Rules must be enforced with the consistency of the second hand one a clock.”
Walaupun setiap pelanggaran peraturan perlu diambil tindakan tetapi tidak semua situasi pelanggaran peraturan adalah sama. Oleh yang demikian situasi yang berlainan memerlukan kaedah penguatkuasaan yang berlainan inovasi yang telah saya majukan di sini adalah disiplin asertif bagi guru untuk menangani isu kebisingan dalam kelas. Nilai tambah yang saya telah bawa kepada model ini adalah peneguhan dan hukuman untuk menguatkuasa peraturan dalam bilik darjah. Saya percaya bahawa kebisingan kelas adalah satu isu pengurusan kelas dan bukan disebabkan oleh murid-murid yang tidak ingin belajar. Sekarang saya faham bahawa pengajaran bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi faktor-faktor lain juga penting dalam memantapkan tugas sebagai guru. Guru adalah seperti tukang masak dimana masakan sedap bukan sahaja bergantung kepada bahan-bahan masakan tetapi kawalan api dapur, peralatan di dapur, suasana di dapur dan lain-lain.
Rujukan
Muhd. Sidek, Pendekatan Pengajaran Kontekstual Dalam membentuk Tingkahlaku Positif Pelajar Masalah Pembelajaran. UKM
wadi was here…
Terima Kasih,maklumat ini sngt penting bagi saya
Assalamualaikum, mohon share apa yang dimaksudkan dengan kemahiran manipulatif khususnya dlam konteks pendidikan khas?
salam…saya ingin bertanya bagaimana pula dengan murid yang mudah lupa? kerana setahu saya murid pemulihan ini, sering mudah lupa apa yang telah dipelajari. hari ni dapat, esok datang sekolah, apabila ditanya semula…murid sudah lupa..
kita kena tahu bahawa kanak-kanak berbeza dari segi perkembangan kognitif kerana ianya disebabkan oleh beberapa faktor. mudah lupa memang kerap di alami oleh murid yang darjah pemikirannya rendah. Itu perkara biasa.
untuk memastikan murid tidak mudah lupa, amalkan aktiviti untuk menguatkan daya ingatan murid terlebih dahulu seperti permainan berunsurkan pembelajaran, jigsaw puzzle contohnya. teka barang dalam kotak atau permainan lain yang relevan.
kita kena faham bahawa di sekolah, murid yang lemah belajar terlalu banyak perkara dalam satu-satu subjek setiap hari. banyak perkara yang perlu diingati. bukan subjek teras sahaja, malah subjek elektif lain pun ada juga berlaku kealpaan.
latihan untuk menguatkan daya ingatan ada banyak cara dan pelbagai pelaksanaan bergantung kepada kesesuaian masa, tempat dan persekitaran.
tahniah haidi…maklumat yang berguna dari blog ni…….mampu membantu smua orang yang memerlukan bahan rujukan
Tahniah…. blog anda amat berguna kerana daripada input yg saudara berikan dpt membantu saya mengendalikan kelas pemulihan. Teruskan usaha murni anda….
saya mempunyai anak berusia 8 tahun.Dia nampak normal ketika berada dirumah boleh membaca dan sebagainya. Masalahnya bila dia berada di sekolah keadaannya berubah sama sekali. Adakah anak saya mempunyai masalah pembelajaran juga?
masalah pembelajaran melibatkan pelbagai faktor..ada yang melibatkan genetik, darjah kecerdasan yg kurang, yang mana ia memerlukan ibu bapa berjumpa pakar kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut..ada pula yang bermasalah semasa belajar iaitu mungkin akibat selalu dibuli rakan, tekanan perasaan atau tidak bebas di rumah lalu tunjukkan emosi di sekolah dan ada banyak faktor..
Dalam kes ini, adalah baik sekiranya puan merujuk kes ini kepada guru subjek, guru kelas dan guru kaunseling sekolah anak puan..itu saranan pertama saya.
saya pula ingin bertanya berkenaan pengurusan rekod pembelajaran.saya sudah mencuba searching kt internet tapi maklumat yang diperolehi adalah sangat minima.
Hmm it looks like your site ate my first comment (it was extremely
long) so I guess I’ll just sum it up what I had written and say, I’m thoroughly enjoying your blog.
I as well am an aspiring blog writer but I’m still new to the whole thing. Do you have any suggestions for beginner blog writers? I’d
certainly appreciate it.