Rumah > bahan bantu mengajar, Pend.Pemulihan, Pengetahuan > Kaedah Pengajaran Pemulihan

Kaedah Pengajaran Pemulihan

Salam sejahtera..

Bersyukur kerana pada hari ini kita masih dapat menikmati kesegaran udara di kediaman mahu pun di tempat kerja. Ketika topik ini di tulis, sedang berlaku kejadiaan atas kehendak-NYA iaitu GERHANA MATAHARI SEPARA.

Baiklah, kembali kepada tajuk asal pada hari ini. Untuk pengajaran pemulihan yang berkesan, beberapa kaedah boleh digunakan.

Antaranya adalah :

  1. Kaedah Kumpulan
  2. Kaedah Individu
  3. Kaedah Pengajaran Rakan Sebaya.

KAEDAH KUMPULAN

  • Kaedah ini bererti murid belajar dan membuat kerja dalam kumpulan. Kebiasaannya, kumpulan ini diwujudkan berdasarkan kebolehan atau pun perbezaan minat.
  • Dalam kelas saya sememangnya mudah mengajar secara kumpulan berbanding individu kerana murid mempunyai daerah kelemahan yang sama. Oleh yang demikian, bahan yang hendak dihasilkan juga mudah.
  • Dengan adanya kaedah ini akan dapat membantu kelancaran komunikasi sesama murid, saling bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi dan berkongsi idea.

KAEDAH INDIVIDU

  • Kaedah ini menekankan tumpuan guru hanya kepada seorang murid sahaja. Kebiasaannya, murid dalam kategori ini lebih mudah diurus kerana guru tidak mengalami gangguan ‘banyak mulut’ daripada murid semasa mengajar.
  • Guru akan lebih mudah fokus kepada objektif pembelajaran murid dan murid berasakan mendapat lebih perhatian daripada guru.

KAEDAH RAKAN SEBAYA

  • Apabila mengajar dalam kelas yang mempunyai tiga kelompok murid pemulihan dalam kuantiti yang banyak, saya akan menggunakan kaedah ini.
  • Kebiasannya, murid-murid yang dilihat matang dan lebih cerdik daripada rakan yang lain akan dibimbing dan dilatih untuk membantu melicinkan pengajaran dan pembelajaran saya pada hari berkenaan.

Sekian,

Teacher's Department
NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

About these ads
  1. cswk
    9 Oktober 2009 at 12:14 AM | #1

    terima kasih nota cikgu telah memberi panduan kepada saya untuk menyiapkan tugasan saya.

  2. suhaimi
    31 Oktober 2010 at 7:54 AM | #2

    sesuai tak murid2 protim di berikan teknik permainan bahsa..sbb murid-murid protim ialah murid2 yang tidak menguasai 3m..

    • 31 Oktober 2010 at 12:41 PM | #3

      Walaupun murid PROTIM tidak menguasai 3M, corak pembelajaran yang sesuai untuk mereka adalah melalui kaedah ‘belajar sambil bermain’. Cara mereka berfikir tidak sama dengan murid-murid lain. Justeru mereka tidak dapat menerima pengajaran dan pembelajaran secara teori kerana mereka tidak akan faham. Belajar sambil bermain akan membantu. sesi praktikal ini terbukti berjaya jika dibantu dengan bahan yang sesuai.

  3. 5 Mac 2012 at 2:42 PM | #4

    kaedah ini terlalu umum. masukkanl lagi kaedah yang tertentu/khusus kepada jenis masalah pelajar

  4. mizie
    5 Mac 2012 at 6:16 PM | #5

    tq. nota ini membantu saya juga

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 106 other followers

%d bloggers like this: