Rumah > Pend.Pemulihan, Pengetahuan > Teknik Pengajaran Pemulihan – Part 1

Teknik Pengajaran Pemulihan – Part 1

Kemahiran Bacaan Asas

Ada beberapa pendekatan yang boleh digunakan bagi membolehkan murid menguasai kemahiran asas dalam bacaan.

1. Kaedah Fonik

  • kaedah ini memberi fokus kepada cara mempelajari perkataan yang belum dikenali dengan bunyi bahasa. Contohnya, huruf ‘m’ disebut apabila memakan sesuatu yang sedap.
  • selepas murid mengenal bunyi huruf, diperkenalkan pula nama huruf dan bentuk huruf. Bunyi-bunyi huruf dicantumkan sehingga terbentuk perkataan yang sempurna.

2. Kaedah Suku Kata

  • kaedah ini bermula dengan mengeja suku kata perkataan bermakna. Contohnya, ‘ka’ + ‘yu’ = kayu
  • Proses mengeja dan membatang perkataan ini perlu dimulakan dengan mudah iaitu bermula dengan dua suku kata (KVKV), kemudian dikembangkan menjadi tiga suku kata (KVKVK) dan seterusnya menjadi empat suku kata (KVKVKVKV), penggunaan diftong (VV) dan konsonan berganding (KK).

3. Kaedah Cantuman

  • kaedah ini adalah berdasarkan suku kata bagi perkataan bermakna. Perkataan itu akan dicantumkan menjadi ayat yang lengkap.
  • contohnya :
  1. cin+cin = cincin
  2. i+bu       = ibu
  3. be+li      = beli

Ayat lengkap   = ibu beli cincin

Sebaik-baiknya, pengajaran dijalankan secara individu atau pun kumpulan kecil. Guru boleh memperkenalkan huruf vokal dan konsonan tetapi tidaklah mengikut urutan kerana itu akan membosankan murid.

Contohnya, guru menunjuk jari ke arah meja, kemudian mempamerkan kad perkataan ‘meja’. Selepas itu, guru boleh pula menayangkan pula kad huruf ‘m’, ‘e’, ‘j’ dan ‘a’.

Seterusnya letakkan buku di atas meja. Guru sebut ‘buku di atas meja’. Guru pamerkan kad perkataan ‘buku’ dan minta murid menyebut seta mengeja.

Kemudian, adakan permainan untuk murid-murid berdasarkan kad perkataan itu tadi.

Sekian,
Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’ Sarponen

About these ads
  1. sha
    9 Ogos 2009 at 12:55 PM

    apekah caranya mengatasi murid yg menghadapi kesukaran dlm membatangkan perkataan yang panjang..cthnya perkataan yg berimbuhan..

    • 9 Ogos 2009 at 10:24 PM

      untuk atasi masalah berkenaan, sila pecahkan perkataan kepada beberapa suku kata..

      bimbing murid sebut suku kata terlebih dahulu..proses ini akan jadi lebih mudah jika murid sudah kuasai kemahiran membatang suku kata..

      • suria
        31 Ogos 2009 at 10:42 PM

        mana lebih baik kaedah fonetik dengan membatang suku kata

        • 1 September 2009 at 8:54 AM

          cikgu kena ajar ikut kesesuaian..

  2. sha
    10 Ogos 2009 at 7:31 PM

    TQ

  3. 11 Ogos 2009 at 9:29 PM

    Murid saya boleh mengeja dan membunyikan suku kata tunggal.. tetapi apabila melihat perkataan yang mengandungi 3 suku kata atau lebih, mereka cepat putus asa. Belum mencuba, sudah kata “tidak tahu cikgu”. Jadi saya latih murid saya untuk membatangkan suku kata apabila bertemu dengan perkataan 3 suku kata atau lebih… rupa-rupanya mereka boleh menyebut perkataan tersebut.. oleh itu latih murid untuk membatangkan suku kata tersebut…
    contoh: tempayan…. suruh murid untuk menyebut/membatang suku kata tem (t, e, m, tem, p, a, pa, y, a, n, yan, tempayan)

    • 11 Ogos 2009 at 11:27 PM

      terima kasih atas perkongsian anda

  4. fina
    31 Ogos 2009 at 10:44 PM

    murid saya tidak dapat membezakan huruf d dengan b,dan tidak dapat membatangkan suku kata. mana baik kaedah sukukata dengan kaedah fonetik dlm kelas pemulihan

    • 1 September 2009 at 7:31 AM

      kebanyakan murid pemulihan tidak dapat membezakan banyak huruf seperti b-d, m-n, w-m, a-e, p-q dan sebagainya.

      kaedah untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memperkenalkan semula abjad ini kepada murid serta fungsinya dalam perkataan. Melalui cara ini, murid akan dapat mengenali perbezaan antara kedua-dua huruf.

      kekeliruan bentuk abjad juga dapat diatasi dengan kaedah yang dipanggil ‘tulis-sebut’. Kaedah ini memerlukan murid melakukan latihan menulis dan menyebut dengan kerap.

      Masalah murid tidak dapat membatang suku kata juga ada banyak faktor yang mempengaruhi. Cikgu kena kenal pasti masalah murid dan membuat tindakan susulan berdasarkan analisis masalah.

      Kaedah ‘lihat-eja-sebut’ disertai teori konstruktivisme adalah salah satu cara membantu murid menguasai kemahiran membatang suku kata.

      Pastikan cikgu analisis terlebih dahulu punca yang membelenggu murid sukar membatang suku kata.

      • KHOO
        13 Ogos 2010 at 2:01 PM

        bagaimana hendak membatangkan:-
        1)mengajar:= me+nga+jar atau meng+a+jar
        2)berterbangan:= ber+ ter+bang+an atau ber+ter+ba+nagan
        Mana satu yang betul?

        • 13 Ogos 2010 at 2:17 PM

          mengajar dipecahkan kepada 3 suku kata iaitu ‘me’ nga’ ‘jar’.

          berterbangan dipecahkan kepada 4 suku kata iaitu ‘ber’ ter’ ba’ ‘ngan’.

        • nira lee
          20 Januari 2011 at 1:59 AM

          membatang suku kata tu memecahkan ejaan suku kata mengikut sebutan laa…

  5. farah
    7 November 2010 at 9:08 PM

    apakah perbezaan antara kaedah abjad dan kaedah suku kata bdasarkan aspek tertentu??

  6. farah
    7 November 2010 at 9:11 PM

    apakah faktor yang menyebabkan kanak-kanak lewat menguasai kemahiran bahasa??

    • 8 November 2010 at 1:01 PM

      Salam,

      Ada banyak faktor yang menyumbang kepada masalah kelewatan penguasaan bahasa. antaranya adalah faktor sebelum,semasa dan selepas kelahiran.

      Faktor sebelum – merujuk kepada aktiviti dan amalam pemakanan si ibu atau bapa.

      Faktor semasa – merujuk kepada amalan pemakanan si ibu yang sedang mengandungkan anak

      Faktor selepas – merujuk kepada banyak aspek terutamanya :

      1. cara kelahiran murid (kaedah apa yang digunakan)

      2. keadaan kesihatan murid (ada sakit, pernah demam panas atau sebagainya)

      3. amalan pemakanan murid

      4. Pendidikan awal. (ada ibu bapa mengajar anak bertutur dengan pelat)

      5. keadaan fizikal murid (sama ada ada kecacatan atau tidak)

      6. Pengalaman bahasa kanak-kanak

      7. Pergaulan dan pertuturan

      ada banyak faktor. Sila perbanyakkan rujukan. Terima kasih

  7. ilfah
    11 Januari 2011 at 9:15 PM

    salam..saya nak minta pendapat …. bagaimanakah cara atau teknik yang paling berkesan dalam membantu murid yang menghadapi masalah dalam membezakan bentuk dan bunyi m dan n?

    • 21 Januari 2011 at 10:35 PM

      salam,

      saya bukanlah pakar dalam bidang ini.Sekadar berkongsi pandangan, ada ramai guru di luar sana yang saya lihat cara pengajaran mereka berkenaan kekeliruan huruf (m – n), (h – s), (b – d) dan banyak lagi huruf.

      Ada diantara mereka menggunakan kaedah penekanan dari aspek pratulis iaitu sambil menulis, guru tekankan huruf tersebut. Ada yang menggunakan kaedah pengulangan sama ada dari segi sebutan atau ketika menulis, ada juga yang menggunakan teknik sebut berdasarkan gambar atau objek. contohnya, gambar meja. penekanan dalam aspek sebutan lisan ditekankan pada abjad ‘m’. contoh lain, nasi. penekanan diberi secara lisan pada abjad ‘n’.

      Apabila kaedah sebut ditekankan atas tujuan mengelakkan kekeliruan, ia mesti disertakan dengan latih tubi bertulis supaya murid lebih faham.

  8. Rohana Dzulkafli
    21 Januari 2011 at 11:04 AM

    Di mana tempatnya saya boleh menghantar anak yang mempunyai masalah sukar mengingati huruf dan sukar membaca. Atau bagaimana hendak merujuk kepada pakar di hospital utnuk emngenal pasti masalah sebenar?

    • 21 Januari 2011 at 10:39 PM

      salam sejahtera,

      Di kebanyakan hospital kini ada pakar kanak-kanak di mana doktor akan menjalankan sesi rawatan atau ujian bagi tujuan mengenal pasti masalah anak puan. Jika anak puan telah bersekolah, sila dapatkan surat daripada GPK HEM atau Guru Pemulihan sekolah berkenaan berhubung masalah anak puan.

      Doktor akan mengesan masalah yang dihadapi oleh anak puan berdasarkan sesi rawatan atau ujian yang dijalankan. Hasil keputusan akan dinyatakan dalam laporan doktor.

  9. 18 September 2014 at 12:18 PM

    It’s appropriate time to make some plans for the future and it is time to be
    happy. I’ve learn this publish and if I may just I want
    to counsel you few fascinating things or advice.

    Maybe you can write next articles regarding this article.
    I wish to learn even more issues approximately it!

  10. 26 September 2014 at 3:59 PM

    Thank you for some other wonderful article. Where else could anyone get that type of
    info in such an ideal way of writing? I have a presentation next week, and I am at the
    search for such information.

  11. 28 September 2014 at 12:12 PM

    I am regular reader, how are you everybody?
    This paragraph posted at this web page is genuinely good.

  12. 2 Oktober 2014 at 5:49 AM

    Howdy! Quick question that’s entirely off topic.
    Do you know how to make your site mobile friendly? My website
    looks weird when viewing from my apple iphone. I’m trying to find a theme or plugin that might be able to correct this issue.
    If you have any suggestions, please share. Many thanks!

  13. 5 Oktober 2014 at 6:00 AM

    This proof will location your partner at areas exactly where he/she
    ought not to be and will surely nail any lies tumbling out of his/her mouth.

  14. 8 Oktober 2014 at 9:27 AM

    Good article! We are linking to this particularly great post on our site.

    Keep up the good writing.

  15. 13 Oktober 2014 at 9:13 PM

    Thanks for your personal marvelous posting!

    I truly enjoyed reading it, you may be a great author.I will be sure to bookmark your blog
    and will come back later on. I want to encourage continue your great
    job, have a nice holiday weekend!

  16. 14 Oktober 2014 at 8:33 AM

    This is really fascinating, You are an excessively professional blogger.
    I’ve joined your rss feed and look forward to looking
    for extra of your excellent post. Also, I’ve shared your site in my social
    networks

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 111 other followers

%d bloggers like this: