Kesan Pelajar Disleksia

Salam sejahtera..

Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Semoga apa juga tugas yang anda lakukan pada hari ini, anda akan bergembira melakukannya.

Semasa membaca Utusan Malaysia pada pagi ini, saya terpandang satu tajuk yang menyentuh isu pendidikan di Malaysia berhubung Persatuan Disleksia Malaysia (PDM) yang meminta kementerian Pelajaran mewujudkan penilaian khas di peringkat sekolah rendah bagi mengesan pelajar yang mengalami Disleksia.

Saya menyokong usaha murni ini kerana selain mengurangkan beban guru mata pelajaran, ia juga secara langsung dapat menempatkan murid ini ke kelas yang lebih ‘selamat’.

Pelajar Disleksia sama seperti pelajar normal yang lain. Tetapi mereka mempunyai masalah yang serius untuk membaca dan menulis dengan lancar. Sekiranya pengesanan dapat dibuat lebih awal, sudah tentu masa depan murid ini masih boleh diselamatkan berbanding jika mereka terus berada di kelas biasa atau kelas Pemulihan.

Pelajar seperti ini (Disleksia) memerlukan tenaga pakar (khas) untuk melatih mereka dalam bidang akademik.

Kasihan juga apabila mendapati pelajar yang didapati Disleksia, tetapi ditempatkan sama dengan pelajar lain dalam kelas biasa. Sudah tentu sekali mereka akan ketinggalan dalam pelajaran terutamanya bagi subjek Bahasa Melayu dan Matematik.

Menurut statistik terkini, terdapat lebih 300,000 kanak-kanak berusia seawal tujuh hingga 12 tahun yang dikenal pasti mengalami masalah Disleksia di seluruh negara.

Semoga Kementerian Pelajaran mengambil berat akan isu ini dan melakukan tindakan seawal yang mungkin.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

About these ads
  1. siti Salmah Abd hAmid
    12 November 2010 at 10:19 AM | #1

    Saya nak tahu lebih lagi berkenaan disleksia ini. Jika benar tanggapan saya bahawa adik saya turut mengalami masalah disleksia ini bagaimana cara untuk saya memasukkannya ke sekolah yg ada pendidikan khas

    • 13 November 2010 at 12:38 AM | #2

      Salam sejahtera,

      saudari tidak perlu bimbang mengenai masalah ini.Perkara ini seharusnya dirujuk kepada pakar terlebih dahulu.

      Jika adik saudari masih bersekolah, dapatkan pandangan dan nasihat daripada guru kelas, guru pemulihan dan guru kaunseling sekolah.

      Kemudian, mereka akan keluarkan satu surat dan laporan untuk memudahkan saudari membawa dan merujuk adik saudari kepada doktor yang berkenaan.

      Biasanya doktor akan menjalankan beberapa siri ujian untuk mengesan masalah murid. Ini akan mengambil masa, tetapi bkn sehari dua..selesai menjalani pemeriksaan kesihatan, doktor akan mengeluarkan satu laporan.

      saudari boleh minta laporan tersebut, membacanya, menyimpannya dan menyerahkan satu salinan kepada guru kelas, guru pemulihan dan GPK HEM.

      Tindakan selanjutnya akan diberitahu oleh guru pemulihan atau GPK HEM

      Terima kasih

  2. zulina
    6 November 2011 at 11:43 AM | #3

    anak saya disleksia,berusia 10 thn….dua tahun belajar di sarawak,pelajarannya makin merosot teruta math n bm..saya bercadang utk menghantar nya pulang ke semenanjung..boleh saya tahu adakah pendidikan khas di sekolah termasuk untuk kanak2 disleksia?

    • 8 November 2011 at 3:25 PM | #4

      Puan,
      Sekolah yang puan pilih untuk anak puan ada banyak di kawasan semenanjung. Namun, puan perlu merujuk ke pejabat pelajaran negeri dan daerah untuk mengetahui status penempatan anak puan.
      Jangan risau, kami guru-guru akan cuba membantu sebaik mungkin.

  3. mimi
    6 September 2012 at 10:16 AM | #5

    siapa yang perlu saya rujuk untuk menempatkan anak saya di sekolah khas dan adakah semua sekolah khas menerima terus murid disleksia ini.

    • 10 September 2012 at 9:26 AM | #6

      salam,
      puan perlu merujuk masalah anak puan kepada pentadbir sekolah (tempat anak puan belajar sekarang) terlebih dahulu. cadangan penempatan dan langkah seterusnya akan dibincangkan bersama puan semasa sesi perjumpaan dengan pentadbir sekolah.

      Paling penting, puan perlu merujuk anak puan kepada pakar untuk mendapatkan pengesahan berhubung masalah anak puan. surat pengesahan doktor perlu dibawa untuk diserah kepada pentadbir dan guru yang berkenaan

  4. INTAN MAZLINA BINTI HUSSAIN
    10 September 2012 at 9:08 AM | #7

    saya amat berminat untuk menghadiri kursus disleksia tapi sehingga hari ini belum ada lagi kursus yang ditawarkan.saya dah berhubung dgn guru disleksia di sebuah sekolah di negeri kedah tapi malangnya belum ada maklum balas…jadi bagaimana caranya untuk saya nak dpatkan maklumat tentang kursus disleksia ini..harap dapat bantuan..terima kasih

    • 10 September 2012 at 9:29 AM | #8

      salam,
      saya tiada maklumat rasmi mengenai kursus yang dimaksudkan. setakat ini saya lebih banyak membaca dari sumber-sumber yang diperolehi dan merujuk kepada pusat berkenaan atau berhubung dengan individu yang lebih pakar (seperti pensyarah).. saya ada mengambil kursus ini selama setahun (KSPK Masalah Pembelajaran) di IPBMM, KL tetapi merasakan ilmu itu masih belum mencukupi..

      Harap puan teruskan usaha mencari makluamt berkaitan masalah pembelajaran (disleksia) ini

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 106 other followers

%d bloggers like this: