Arkib

Archive for 7 September 2009

Al-Fatihah…

7 September 2009 1 komen

Salam sejahtera..

Di keheningan pagi ini, kami warga kerja SK Taman Impian Emas menerima berita bahawa Guru Besar sekolah kami, Tuan Haji Syed Salleh bin Syed Hassan telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 9.00 pagi tadi.

Beliau sebelum ini disahkan menghidap sakit jantung dan barah usus telah mendapatkan pelbagai jenis rawatan alternatif sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Bandar Baru Uda.

Sekalung takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga beliau. Harap dapat menerima ketentuan Ilahi dengan hati yang tenang. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Semua warga kerja SK Taman Impian Emas akan ke rumah allahyarham untuk memberi penghormatan terakhir jam 1.30 petang ini.

AL-FATIHAH

Sekian,

DSC04338

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan,

SK Taman Impian Emas,

81300 Johor Bahru

Kategori:Pengumuman Tag: