Rumah > Pend.Pemulihan, Strategi Pengajaran Bahasa Melayu > Strategi Pengajaran Bahasa Melayu – Part 2

Strategi Pengajaran Bahasa Melayu – Part 2

Salam sejahtera..

Hari ini saya akan sambung lagi pecahan isu dalam topik Strategi Pengajaran Bahasa Melayu di bawah tajuk Kemahiran Menulis. Semoga paparan di bawah dapat membantu menberi anda sedikit input berguna.

Masalah Dalam Kemahiran Menulis

1. Cara yang digunakan untuk membantu kanak-kanak yang menulis dengan mencampur-adukkan huruf besar dan huruf kecil?

  • Latih tubi menyalin ayat atau tulisan.
  • Terapkan konsep tatabahasa dalam ayat.
  • Arahkan murid menyalin ayat dalam huruf kecil sahaja.
  • Kemudian terangkan kepada murid di mana fungsi huruf besar dalam ayat yang di salin.
  • Salin latihan ayat dalam buku garis tiga
  • Sediakan lembaran kerja tulisan.
  • Praktis tatabahasa-salin Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
  • Galakkan murid menulis perkataan berdasarkan gambar.
  • Menggunakan keratan akhbar, minta pelajar menyalin ayat yang mengandungi Kata Nama Am dan Kata Nama Khas yang diperoleh daripada keratan akhbar.
  • Permainan bahasa.
  • Lain-lain cara tetapi tidak mengelirukan pelajar.

2. Jarak huruf tidak seragam

  • Menyalin perkataan dalam kotak.
  • Menyusun huruf yang digunting daripada keratan akhbar.
  • Menyambung titik huruf

3. Meninggalkan huruf semasa menyalin ayat

  • Elakkan perkataan berganda.
  • Jangan beri latihan yang terlalu panjang.
  • Kurangkan perkataan imbuhan.
  • Semak baris demi baris.

4. Jarak antara perkataan adalah tidak sesuai.

  • Letakkan satu jari atau pen diantara setiap perkataan sebagai penanda jarak.
  • Sambung titik.
  • Kertas surih – bentuk ayat (murid salin semula mengikut potongan kertas surih)

5. Menonjolkan pembalikan huruf

  • Guru buat latihan menulis huruf yang pelajar keliru secara berulang-ulang.
  • Mengecam huruf menggunkan kad-kad huruf
  • Menggunakan kad tebuk – sentuh dan rasa
  • Lembaran kerja pengamatan (mengatasi masalah pengamatan)
  • Latihan menulis (sambung titik)
  • Memilih dan mencari himpunan huruf.
  • Menulis huruf di pasir atau udara.
  • Latihan menyalin ayat pendek yang lengkap.
  • Menampal huruf yang telah disediakan oleh guru.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

p/s :

  • Topik esok saya akan sentuh mengenai Kesilapan Tulisan yang sering dilakukan oleh murid, Punca serta Cadangan mengatasi. Selepas topik ini selesai. Saya akan masuk kepada Kemahiran Membaca pula.
About these ads
  1. cikgu_khairuddin
    22 Oktober 2009 at 8:09 PM

    great note from great teacher.

  2. izan
    15 Februari 2010 at 10:37 AM

    salam……….maklumat yg diberikan amat berguna. terimakasih byk2. nak bg cadangan boleh??? sekiranya ada maklumat drpd tokoh2 tertentu sila nyatakan sekali yer……..

  3. Mimi
    13 Oktober 2011 at 7:44 AM

    salam. saya begitu berminat dengan strategi pengajaran yang diberikan. boleh cikgu hantar segala artikel cikgu sebelum ini untuk kegunaan saya dalam pengajaran di sekolah. saya berterima kasih atas ihsan dan sumbangan cikgu dalam memartabatkan bahasa melayu.

  4. nooraini samlan
    7 Mac 2012 at 9:43 PM

    Slm…. saya amat berminat mengenai strategi pengajaran Bahasa Melayu…. saya meminati penulisan…. boleh tak cikgu emailkan pada saya info ke artikel ke atau apa2 sahaja mengenai konsep pendekatan pengajaran penulisan. Ada brapa pendekatan yang terlibat? apakah kaedah2 pengajaran penulisan? dan apakah elemen2 pengajaran kemahiran penulisan sekolah rendah?
    Apakah teknik2 pengajaran kemahiran penulisan?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 112 other followers

%d bloggers like this: