Rumah > Pend.Pemulihan, Strategi Pengajaran Matematik > Instrumen Kemahiran Asas Matematik – IKAM

Instrumen Kemahiran Asas Matematik – IKAM

Salam sejahtera. Syukur kepada Ilahi kerana dengan izin-NYA kita masih diberi peluang untuk melakukan amal di mukabumi ini. Semoga apa jua yang kita lakukan pada hari ini, akan memberikan kesenangan kepada orang lain dan mendapat keredhaan daripada-NYA, Insyaallah.

Hari ini saya ingin sentuh pula mengenai Pemulihan Matematik. Sebelum saya pergi lebih jauh, rasanya elok saya perkenalkan pembaca dengan salah satu program dalam Pemulihan Matematik iaitu Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) tahap 1.

Pengenalan

Manual IKAM ialah merupakan satu instrument matematik hasil dari penilaian semula Indicator for Mastery in Arithmatic ( IMA 1 dan 2 ) yang pernah digunakan dahulu. Instrumen tersebut terdapat kekeliruan kerana kandungannya merangkumi beberapa kemahiran dalam mata pelajaran Matematik yang menggunakan kaedah mode yang menyukarkan guru untuk melaksanakan dan mengesan masalah sebenar murid.

Manual ini mengandungi 3 item ujian :-

Ujian Saringan dan borang rekod ujian.
• Ujian Diagnostik dan borang rekod ujian.
• Ujian Pelepasan dan borang rekod ujian.

Apa itu IKAM

Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Tahap Satu

Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM THP1) adalah satu alat untuk mengesan dan mengenal pasti sama ada seseorang murid itu memerlukan bantuan atau perkhidmatan tambahan dari guru di Kelas Program Pemulihan Khas atau Program Pemulihan Dalam Bilik Darjah (KBSR).

IKAM Tahap Satu ini akan diguna-pakai oleh Guru Pemulihan Khas negeri Johor, bagi menyaring murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran matematik di Tahun 2 dan Tahun 3. Ujian diagnostik pula diguna-pakai sebagai mengesan tahap kelemahan murid pemulihan khas. Manakala Ujian Pelepasan diguna-pakai sebagai instrument untuk melayakkan murid ke kelas KBSR.

Matlamat IKAM

Memastikan 100% murid –murid sekolah rendah dan menengah di dalam negeri Johor menguasai kemahiran asas mengira dalam matematik .

Objektif IKAM

  • Murid dapat meningkatkan kemampuan dan keupayaan melalui proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kebolehan sendiri.
  • Menentukan kumpulan yang sewajarnya diberikan bimbingan menerusi program Pemulihan Khas bermula pada tahun 2009.
  • Memberikan maklumat tentang tindakan akan diambil oleh guru mata pelajaran Matematik dan guru Pendidikan Pemulihan Khas untuk membantu murid yang berkenaan.
  • Murid Tahun 2 dan 3 dalam Tahun 2009 dapat menguasai kemahiran asas Matematik yang menggunakan modul IKAM oleh Program Pemulihan Khas (PPK) Negeri Johor.

Kumpulan Sasaran IKAM

Murid sekolah Rendah Tahap satu(Tahun 2 dan 3)
• Murid Kelas Pemulihan Khas
• Murid Sekolah Rendah yang kenal pasti gagal dalam matematik
• Murid Pra Sekolah yang bermasalah.

Sumber : Kursus Pemulihan Khas Negeri Johor 2009

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

p/s : Terima kasih kepada cikgu Syaniza binti Senan kerana sudi berkongsi maklumat.

About these ads
  1. Cikgu su
    4 November 2009 at 4:56 AM | #1

    Assalamualaikum. Saya tertarik untuk melihat instrumen mengenai IKAM. Boleh bagi download x? TQ.

    • 5 November 2009 at 4:47 AM | #2

      w’salam..

      Saya akan meletakkan instrumen IKAM dalam masa yang terdekat ini. Buat masa ini, saya sedang melihat semula semua link yang dilaporkan ‘rosak’. Selesai membuat semakan barulah saya akan letakkan instrumen IKAM dan bahan-bahan yang lain. Harap cikgu su dapat bersabar.

      Terima kasih

  2. Cikgu su
    3 Januari 2010 at 6:44 AM | #3

    Salam tahun baru. Cikgu, saya masih menantikan soalan-soalan IKAM. Harap dapat dikongsi bersama supaya dapat saya laksanakan untuk tahun ini. TQ.

  3. 4 Februari 2010 at 11:37 AM | #4

    salam, saya amat berminat dengan instrumen mengenai IKAM. Kalau dh dapat dwload nanti saya amat berterima kasih kepada cikgu kerana berkongsi maklumat yang amat berguna ini. saya sekarang masih membandingkan ujian pelepasan matematik yang paling sesuai untuk murid pemulihan saya yang sudah menguasai kemahiran mengira. untuk pengetahuan cikgu, sekarang ini terdapat empat orang anak didik saya yang bakal keluar ke aliran perdana untuk subjek matematik.

    • 8 Februari 2010 at 1:22 PM | #5

      Salam,
      Saya sedang usaha baiki instrument IKAM kerana ‘dijangkiti’ virus. Setelah segalanya okey, saya akan letakkan pautan.

      Terima kasih

  4. mathew
    9 Februari 2010 at 2:15 AM | #6

    patut la lama sya tgu cg..he..2..anyway tq cg..susah jga nak cri instrumen 2 cg..

  5. Sarujie Anak Mat
    3 Mac 2010 at 9:13 AM | #7

    salam 1 Malaysia
    Terima kasih kerana bahan cikgu banyak membantu saya dalam P&P….selamat maju jaya..

  6. norlela bt ishak
    5 Mei 2010 at 9:38 AM | #8

    salam penuh smangat dan iltizam keguruan,
    saya amat berharap utk berkongsi bahan IKAm tu.Pengalaman saya kurang dalam pemulihan matematik. kalau dapat rahmatnya untuk sya dan anak2 didik, amin..

    • 5 Mei 2010 at 10:13 PM | #9

      Salam,

      Bahan IKAM sudah ada. Sila klik di bahagian DOWNLOAD dan link yang tersedia sudah boleh digunakan untuk anda memuat turun bahan IKAM.

      Sila maklumkan saya semula sekiranya ada masalah terhadap link yang diberi

      • guru pemulihan
        19 Mei 2010 at 10:45 PM | #10

        dalam bahagian download, tiada Kertas ujian/BAHAN IKAM melainkan MANUAL saja.

      • ismail hashim
        25 September 2010 at 5:36 PM | #11

        salam
        saya berminat sgt dgn bahan IKAM cikgu. boleh saya download untuk berkongsi dengan murid saya.

  7. tarzimah
    18 April 2011 at 3:19 PM | #12

    Salam
    tahniah di atas semua usaha
    saya berminat ingin mengetahui apakah komponen kepada KAM yang difokuskan?
    terima kasih.

  8. Anita
    5 November 2012 at 9:32 AM | #13

    Cikgu, ada tak instrumen kemahiran asas matematik sekolah rendah (IKAM) TAHAP 2?

  9. Cikgu Jamilah
    26 Disember 2012 at 3:27 PM | #14

    Assalamualaikum,

    Boleh Cikgu tolong email Ikam Tahap 1. Sekian terima kasih.

  10. 28 Disember 2012 at 2:44 PM | #15

    salam,
    wsalam,
    harap maaf semua..
    sy kehilangan semua data tentang maklumat yang diperolehi..
    sy kesal sangat2 xdpt membantu

  11. aziera
    19 Februari 2013 at 8:46 PM | #16

    Assalamualaikum,
    Boleh tak cikgu tolong emailkan IKAM tahap 1 kpd saya.terima kasih

  12. 2 Mac 2014 at 4:31 PM | #17

    assalamualaikum cikgu, boleh x cikgu kemukakan contoh-contoh instrument dalam penilaian pencapaian matematik.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 107 other followers

%d bloggers like this: