Rumah > bimbingan dan kaunseling, Pend.Pemulihan, Pengurusan tingkah laku > Persediaan Guru Sebelum Ke Kelas

Persediaan Guru Sebelum Ke Kelas

Salam sejahtera,

Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat dan ceria di samping ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan pada hari ini.

Syukur alhamdulillah, hari ini saya punya kesempatan untuk berbicara sedikit mengenai persediaan seorang guru sebelum masuk ke dalam kelas.

Sebagai seorang guru, pastinya anda sedia maklum akan jumlah murid, kerenah, kelakuan dan pengetahuan anak didik masing-masing. Justeru, persediaan yang mencukupi sebelum masuk ke kelas akan menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Ramai guru yang masuk ke kelas dengan pelbagai persediaan termasuk bahan bantu mengajar. Tak kurang juga yang masuk sekadar bermodalkan air liur. Tidak kira apa pun yang dibawa masuk oleh guru di dalam kelas, yang penting pengisian dalam pengajaran dan pembelajaran saling memberi manfaat terhadap guru dan murid.

Zaman sekarang ramai yang berkata sudah tidak ada istilah ‘cakap dan tulis’ lagi. Mengapakah isu itu dianggap serius di sesetengah sekolah? Adakah pengawai yang memantau memandang guru tidak mengajar untuk ke kelas?

Ada sesetengah guru membawa masuk banyak bahan di dalam kelas, namun tidak semua bahan yang digunakan dapat dimanfaatkan oleh anak murid. Jika dimanfaatkan pun, sekitar 15 minit sahaja. Selebihnya menjadi bahan gelak ketawa murid.

Tidak dinafikan ada guru yang sangat kreatif. Bahan yang digunakan dapat membentuk kecerdasan minda murid. Ada guru pula bermodalkan air liur untuk menyuntik semangat murid menguasai pelajaran. Semua itu sebenarnya dipertanggungjwabkan ke atas diri guru itu sendiri.

Tanpa adanya persediaan yang baik sebelum ke kelas, sesi pengajaran akan menjadi lain dan tidak sama seperti yang tertulis dalam buku rancangan mengajar. Maka, adalah suara sumbang dalam kalangan murid yang akan berkata ‘bosan’, situasi murid kerap menguap kerana guru banyak cakap kosong, atau penerangan secara teori tanpa praktikal. Tidak kurang juga ramai murid yang akan minta kebenaran untuk ke tandas bagi mencuci muka.

Tanpa persediaan, guru akan lebih banyak bersidai di meja berbanding bergerak ke sekitar memantau aktiviti murid. Dalam kelas pemulihan, saya mengajar secara duduk dengan murid dalam kumpulan, ada kalanya saya akan berbaring bersama murid dalam kumpulan bergantung kepada situasi. Namun, jika di lihat oleh orang luar, pasti akan timbul pelbagai persoalan kenapa cara saya mengajar begitu? Nah, itulah hebatnya kelas pemulihan!. Fikirkan.

Guru mempunyai tanggungjawab bukan sahaja di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Di sesetengah sekolah, guru juga merangkap kerani, tukang kebun, doktor, pegawai penyiasat dan segala macam tugas yang guru kena lakukan. Justeru, ada kekangan untuk guru menyediakan bahan secukupnya sebagai persediaan untuk ke kelas.

Namun, andai faktor itu disahut sebagai cabaran, pasti tidak timbul isu guru tertekan atau terbeban dengan tugas yang terpikul di bahu.

Sekian,

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

About these ads
  1. 13 Januari 2010 at 2:02 PM

    Saya sangat bersetuju dengan coretan cikgu haidi. Strategi P&P kelas pemulihan nie adalah bergantung kepada keperluan dan kategori murid yang akan kita hadapi. Jika murid kita tu jenis yang hiperaktif maka tidak wajarlah jika kita mengajar sambil duduk sahaja. Kita seharusnya bergerak mengikut rentak mereka. Selama nie saya agak ragu-ragu juga sebab cara saya mengajar agak berlainan tidak seperti guru-guru di kelas biasa. Ini kerana saya mengambil kira keperluan murid pemulihan itu sendiri supaya teknik dan strategi pengajaran saya memberi kesan kepada mereka. Saya tidak mahu terikat dengan teknik yang mengikut prosedur tetapi kurang keberkesannya. Jadi bila saya terbaca artikel cikgu nie, saya tidak akan merasa ragu lagi la untuk menggunakan teknik & strategi pengajaran yang saya rasa patut dan kena pada tempatnya.Tq…
    lagi satu seperti yang cikgu haidi kata seorang guru di sekolah memikul pelbagai tanggungjawb dan memang agak sukar untuk menghasilkan Bahan bantu mengajar nie. Bagi saya memang bahan bantu mengajar nie penting tetapi adakalanya tidak bersesuaian dengan citarasa murid kita. Seperti yang cikgu haidi katakan bahawa bahan menajar kita menjadi bahan ketawa murid. Amatlah mengecewakan, penat-penat kita hasilkan tetapi tidak mencapai objektif. Sangat tidak berbaloi. Kesimpulannya, dalam apa juga yang kita rancang, hasilkan ABM dan sebagainya perlulah menitikberatkan pencapaian objektif P&P kita dan bukannya nampak gempak semata-mata…..

    • 19 Januari 2010 at 10:49 PM

      Terima kasih.. saya akan berkunjung ke laman anda kelak

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 111 other followers

%d bloggers like this: