~Ibu Bapa Perlu Main Peranan~

Salam sejahtera,

Semoga anda berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa ceria di samping melakukan tugas-tugas harian dengan gembira dan penuh kesabaran. Hari ini, saya akan sentuh sedikit hal pendidikan yang lebih bertumpu kepada tanggungjawab ibu bapa di rumah.

Ibu bapa merupakan orang pertama yang paling rapat dengan anak masing-masing. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab pertama kepada semua ibu bapa sebelum menghantar anak ke sekolah dengan melengkapkan anak-anak mereka dengan asas akademik.

Abad ini, sudah ramai ibu bapa yang berpendidikan tinggi dan mampu menghantar anak untuk mengikuti kelas tambahan di tempat-tempat yang ‘eksklusif’. Justeru, majoriti anak-anak yang mengikuti kelas ini tidak dinafikan sudah menguasai kemahiran asas membaca dan menulis.

Tidak kurang juga ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka di tempat yang berkenaan. Tetapi, cara mereka membentuk disiplin dan anak-anak di rumah sangat hebat dan mengagumkan. Majoriti anak-anak yang menerima didikan seperti ini cemerlang dalam pelajaran.

Ada pula ibu bapa yang bekerja tetapi, menyerahkan tanggungjawab mendidik anak sepenuhnya kepada isteri yang tidak bekerja atau pembantu rumah. Sebahagian besar anak-anak ini, didapati berjaya walaupun pencapaian mereka tidak boleh dibanggakan.

Namun, apa pula yang terjadi kepada anak-anak yang langsung tidak mendapat didikan yang sempurna? Ada penjaga bersikap lepas tangan. Ramai juga yang sering memberi alasan kepada saya setiap kali diajukan soalan “kenapa encik/tuan/puan/ tak ajar anak membaca di rumah?” . Mereka akan menjawab,

  1. “saya sudah ajar anak di rumah, cikgu. Tetapi anak saya degil tak mau belajar”
  2. “Macam mana saya nak ajar anak, cikgu. Saya sendiri tak tau baca..”
  3. “Dah macam-macam saya ajar anak, cikgu. Tapi anak saya cepat lupa..”

Apa pun alasan, ibu bapa yang menjadi orang pertama di rumah perlulah mempunyai cara untuk mendidik dan mendisiplinkan anak jagaan mereka. Adalah kurang tepat sekiranya seseorang penjaga, ibu atau bapa murid meletakkan sepenuhnya tugasan mendidik murid di bahu guru.

Saya kasihan apabila melihat ada guru terpaksa mengajar murid di tahun satu hingga enam belajar mengeja atau membaca. Malah lebih teruk lagi, ada murid tahun enam yang masih tidak mengenal abjad!.

Sepatutnya pada tahun satu, murid sudah mengikuti silibus yang disediakan. Untuk mengikuti silibus yang disediakan, murid mestilah boleh membaca, memahami dan menulis kandungan isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Tetapi, sebaliknya berlaku. Murid tidak mengenal abjad dan tidak tahu menulis. Kalau dah tidak tahu menulis, apatah lagi hendak menyalin latihan yang guru beri.

Murid saya yang tidak tahu menulis semasa di darjah 4 mengambil masa 35 minit untuk menyalin lima baris ayat!. Perlukan saya salahkan murid kerana lambat menyalin?. Bolehkah saya merotan murid kerana lambat menyalin?.

Adakah silap saya yang tidak mengajar murid belajar menulis? Jika saya mengajar murid kemahiran menulis, saya sudah tidak mengikut rancangan tahunan (silibus) lagi. Apabila saya tidak mengikut rancangan tahunan, pegawai yang memantau akan menyalahkan saya kerana tidak mengikut sukatan. Akhirnya yang disabitkan bersalah adalah saya juga. Jika saya memberikan alasan murid tidak boleh menyalin, saya akan tetap dipersalahkan kerana tidak mengajar kemahiran itu sedangkan kemahiran itu tiada dalam sukatan.

Justeru, tanggungjawab mendidik anak murid tidak boleh 100% diletakkan di bahu seseorang guru. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting di rumah. Berilah anak-anak pelajaran. Ajarlah mereka mengenal huruf, mengeja dan menulis.

Janganlah hantar anak ke sekolah dalam keadaan anak-anak tidak bersedia dari aspek akademik. Zaman sekarang, sudah tiada lagi alasan ‘murid degil di rumah dan tidak mahu mendengar cakap’ kerana itu tugas ibu bapa sebagai penjaga di rumah untuk membentuk anak-anak. Murid degil bukan salah cikgu. Mereka degil kerana tidak dibentuk dari kecil lagi. Murid tidak tahu membaca pun bukan salah cikgu. Mereka tahu membaca kerana tidak diajar membaca di rumah.

Murid zaman sekarang tidak dinafikan ada yang degil dan kuat melawan guru. Tetapi, disebabkan kuasa merotan murid telah ditarik balik. Guru tiada kuasa untuk mendisiplinkan murid lagi. Sebab itu di beberapa sekolah, jika ada murid yang buat perangai, cikgu akan membiarkannya sahaja. Bukan apa, kerana cikgu sudah tidak berkuasa kerana terikat dengan peraturan. Jika guru rotan, akan jadi isu pula. Ibu bapa akan serang guru dan macam-macam masalah yang timbul. Inilah yang berlaku terhadap guru lebih-lebih lagi jika guru itu mengajar di kelas yang paling hujung (hardcore).

Kasihan. Inilah realiti dunia pendidikan. Semakin ramai murid di seluruh negara yang dikhuatiri lemah dalam penguasaan 3M. Maka, semakin banyaklah program-program yang dirancangkan oleh pihak atasan. Apabila semakin banyak program ditambah dalam jadual waktu sekolah, beban murid dan guru semakin bertambah.

Di sekolah rendah sudah ada Kajian Tempatan, pada hal subjek itu tidak termasuk dalam UPSR pun. Mungkinkah tidak lama lagi akan ada subjek lain seperti sastera, ekonomi, perdagangan, sejarah, pengetahuan am dalam subjek di sekolah rendah? Bukan saya menafikan subjek ini tidak bagus, tetapi kembali kepada persoalan utama iaitu JIKA MURID TIDAK TAHU MEMBACA, ADAKAH PROGRAM YANG DIRANCANGKAN AKAN BERJAYA?

Sekian,

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

p/s :

  • Demi masa depan murid, saya berani sahut cabaran mengajar murid tulis baca dalam tempoh 3 bulan. Semoga saya akan berjaya. Amin.
About these ads
  1. Cikgu Faizal
    9 Mei 2012 at 11:40 PM | #1

    Saya amat bersetuju dengan pendapat dan luahan En Norhaidi…guru-guru sekarang amat tersepit antara tugas dan tanggungjawab…tapi demi mendidik anak bangsa, segala apa yang diberi..akan dijalankan dengan baik oleh guru..Tahniah kepada para guru di Malaysia…

  2. irandy
    11 Oktober 2012 at 10:12 AM | #2

    Assalamualaikum buat penulis, saya ada anak yg lemah dalm pelajaran. Disekolah cikgu kata anak saya tdk buat kerja n buku pensil pn tiada walhal hari2 sya berikan. Bla pulang sekolah sentiasa tiada. D rumah saya beri perhatian untuk masa dia belajar, tpm tetap susah untuk mengira n mengeja. Umurnya baru tahun satu. Kadang kala saya bingung. Dia berkomunikasi dgn saya pn tidak berapa jelas pertuturan dia tidak lurus. Masalah dia disekolah pn dia tdk tahu ,cm mana nak sampaikan pd saya. Saya minta pendapat penulis apa yg harus saya buat.

  3. irandy
    11 Oktober 2012 at 10:14 AM | #3

    Assalamualaikum buat penulis, saya ada anak yg lemah dalm, pelajaran. Disekolah cikgu kata anak saya tdk buat kerja n buku pensil pn tiada walhal hari2 sya berikan. Bla pulang sekolah sentiasa tiada. D rumah saya beri perhatian untuk masa dia belajar, tpm tetap susah untuk mengira n mengeja. Umurnya baru tahun satu. Kadang kala saya bingung. Dia berkomunikasi dgn saya pn tidak berapa jelas pertuturan dia tidak lurus. Masalah dia disekolah pn dia tdk tahu ,cm mana nak sampaikan pd saya. Saya minta pendapat penulis apa yg harus saya buat.

  4. 23 Oktober 2012 at 11:14 AM | #4

    Salam,
    Maaf kerana lewat memberi respon atas pertanyaan puan. Pertama sekali, saya bersyukur kerana puan begitu ambil berat masalah anak puan. Berdasarkan masalah yang puan nyatakan, suka saya syorkan supaya puan sendiri hadir ke sekolah untuk berjumpa dengan guru kelas, guru linus (jika berkenaan), GPK 1 dan guru kaunselor sekolah untuk mengetahui isu sebenar atau masalah utama yang dihadapi anak puan.

    Masalah pertuturan merupakan salah satu faktor pembelajaran anak terjejas kerana tidak dapat menerima dan menyampaikan maklumat dengan sebaiknya. Masalah ini perlu dirujuk dengan pakar. Puan cuba kenal pasti apakah punca pertuturan anak menjadi sedemikian?. Jika berpunca dari masalah kesihatan, maka puan perlu merujuk kepada pakar untuk tindakan selanjutnya.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 107 other followers

%d bloggers like this: