Rumah > Program LINUS > Taklimat Ringkas LINUS

Taklimat Ringkas LINUS

Salam sejahtera,

Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan melalui setiap hari dengan ceria di samping dapat melaksanakan tugas dengan ceria.

Pertama sekali, terima kasih kerana anda masih terus mengunjungi laman ini. Saya amat menghargai kunjungan anda.

Baiklah. Kita terus pergi kepada topik yang hendak saya bicarakan dalam entri pada kali ini iaitu berkaitan LINUS (LI = Literasi atau bahasa, NUS = Numerasi atau Nombor).

Secara umumnya, dalam dasar NKRA (National Key Result Area / Bidang Keberhasilan Utama Negara), ada enam teras yang utama iaitu :

  1. Mengurangkan kadar jenayah
  2. Membanteras rasuah
  3. Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
  4. Meningkatkan standard keluarga berpendapatan rendah
  5. Meningkatkan infrastruktur di kawasan pedalaman
  6. Menambah baik pengangkutan di kawasan bandar

NKRA dalam bidang pendidikan disenaraikan dalam ‘ranking’ yang ketiga. Salah satu programnya adalah LINUS. Program LINUS adalah salah satu perkara yang dipandang serius oleh Perdana Menteri kerana ramai murid-murid tahun 1 yang masih tidak menguasai asas membaca, menulis dan mengira. Atas dasar itulah satu program (LINUS) telah dibentuk bagi tujuan mengatasi masalah ini.

Program LINUS ini terbahagi kepada dua aspek utama iaitu :

  • LITERASI
  • NUMERASI

LITERASI

  • Bahagian ini memberi penekanan dalam aspek bahasa yang perlu dikuasai oleh murid tahun 1. Keutamaan adalah dalam aspek membaca dan menulis.
  • Objektif pengajaran litarasi ini adalah seperti yang berikut :
  1. Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dalam bahasa Malaysia, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung,’dan’) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

NUMERASI

  • Bahagian ini memberi penekanan kepada Matematik yang perlu dikuasai oleh murid tahun 1. Keutamaan adalah dalam aspek mengira.
  • Objektif pengajaran numerasi ini adalah seperti yang berikut :
  1. Keupayaan untuk melakukan operasi asas Matematik dan memahami idea Matematik serta mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran Matematik dalam kehidupan harian.

Pelaksanaan LINUS di sekolah :

  • Program LINUS ini wajib dilaksanakan ke atas semua sekolah SK, SJK(T), dan SJK(C)
  • Terdapat 3 peringkat saringan:
  1. Saringan  (di tahun 1) ada 3 peringkat saringan.
  2. Saringan  (di tahun 2)
  3. Saringan  (di tahun 3)
  • Dikendalikan oleh guru Bahasa Melayu, Matematik dan Guru Pemulihan
  • Instrument dibina dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris, Bahasa Cina-Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil-Bahasa Inggeris.
  • Semua murid tahun 1 yang dikenal pasti tiada masalah pembelajaran akan menduduki saringan pertama LINUS untuk menilai tahap penguasaan kemahiran mereka pada awal tahun setiap tahun.

Pada tahun ini, ada 3 saringan yang perlu dilalui oleh murid tahun 1 yang akan bermula pada bulan MAC, JUN dan SEPTEMBER. Sekiranya murid gagal melepasi saringan 1, mereka akan ditempatkan di kelas LINUS. Kemudian, murid ini akan diuji lagi pada bulan Jun dan September dalam saringan berikutnya.

Murid tahun 1 yang melepasi Saringan 1 akan di masukkan ke kelas perdana. dan tidak perlu lagi menduduki ujian saringan.  Walau bagaimana pun, apabila mereka sudah naik ke tahun 2, sekali lagi semua murid ini akan menjalani ujian saringan.

Sekian,

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

About these ads
  1. ra'aini
    6 Mac 2010 at 10:08 AM

    Soalan LINUS matematik terlalu tinggi menyebabkan ramai murid yang sepatutnya berada dalam arus perdana terpaksa mengikuti program LINUS. Soalan matematik perlu betul semua 12 konstruk lisan dan bertulis sedangkan untuk BM ia mempunyai markah tertentu yang membolehkan murid mengikuti arus perdana. Soalan operasi sepatutnya berpada sahaja, sesuai dengan tahap murid darjah satu yang baru belajar nombor. Sepatutnya soalan yang disediakan berkaitan nombor sahaja dan murid yang tidak mengenal nombor selayaknya memasuki kelas LINUS. Rasa amat kecewa rasanya LINUS matematik hanya untuk mencari murid genius.

    • 6 Mac 2010 at 10:31 AM

      untuk makluman puan, murid yang mendapat skor 1-2, dikategorikan sebagai LINUS TEGAR, skor 1-8 (bg BM) skor 1-9 (bg Math) dikategorikan sebagai LINUS.

      Puan tidak perlu bimbang. Soalan yang diuji bukan untuk mencari murid genius..tetapi lebih kepada saringan pengetahuan sahaja. Soalannya pun tidaklah sesusah mana..cuma bagi sesetangah murid yang lambat menaakul, maka susah untuk menjawabnya..

      untuk pengetahuan puan juga, guru perlu permudahkan murid menjawab soalan. Jangan letak saja soalan atas meja dan suruh murid jawab. Kalau itu terjadi, memang ramai yang akan gagal..

      Semasa mengikuti kursus LINUS ini, saya memandang negatif hal ini. Banyak persoalan bermain diminda. Namun, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menerima dan melaksanakan arahan.

      Jadi, saya mengajak puan supaya memandang program ini dari sudut yang positif. terima kasih…

  2. ra'aini
    6 Mac 2010 at 6:58 PM

    Kami guru tahun tahun amat mengalukan dan sedia menerima dengan hati yang terbuka, tiada perasan nagatif. Ujian saringan ini tiada bantahan dari kami. Apa yang menjadikan kami kecewa ialah cara pemilihan murid untuk mengikuti LINUS.Ujian lisan rasanya amat bersesuaian. Apa yang menghampakan ialah ujian bertulis. kenapa perlu aras yang tinggi,kalau tidak pun skor untuk LINUS matematik dikurangkan dari 1-9 ke 1-7 atau pun seperti BM 1-8. Kebanyakkan murid saya salah satu dalam penulisan iaitu dalam membina ayat (soalan 16). Saya menguji secara berpandu pada setiap soalan, tidak diletak diatas meja dibiarkan murid menjawab sesuka hati. Saya juga seorang guru seperti cikgu inginkan murid cemerlang dan kami bukan lepas tangan.. harap cikgu faham…begitu juga kawan-kawan dari sekolah lain, kami susah hati apakah kami ni tak sepandai cikgu yang menganggap kami ni negatif.

    Cikgu.. soalan 16, 17 dan 18 sesuai untuk diuji pada akhir tahun kerana tajuk ini akan diajar pada pengal 2 mengikut sukatan, jika tak menguasai memang sepatutnya masuk kelas LINUS..

    • 6 Mac 2010 at 7:30 PM

      pertama sekali, maaf kalau saya buat anda tersinggung. Dalam pernyataan saya sebelum ini, saya tidak sentuh mengenai cara anda berfikir mengenai hal ini lebih-lebih lagi yang negatif.

      Jadi, saya harap anda perbetulkan semula kenyataan anda mengatakan saya seperti menuduh anda berfikiran negatif. Dalam kenyataan saya itu, sekadar menyatakan “..marilah kita berfikir secara positif…” Jelas sekali tidak ada rujukan mengatakan anda berfikir negatif.

      Kedua, saya harap anda dapat berurusan dengan Perdana Menteri kerana ini adalah sasaran NKRA yang dirancang oleh beliau. Saya tidak ada kuasa untuk mengubah apa-apa maklumat yang disampaikan.

      Jadi, jika anda ada masalah, adalah tidak wajar anda mengeluh di sini kerana saya tidak akan dapat membantu anda. Saya sendiri menerima tugas ini dengan hati yang terbuka walaupun sedar ia bukan mudah.

      Terima kasih..

    • 6 Mac 2010 at 7:37 PM

      saya bagi anda satu petua mudah kejayaan LINUS ini..tetapi ia tidak boleh diceritakan di sini..

      jadi, sila hubungi saya melalui YAHOO MESSENGER untuk informasi berkenaan..

      Terima kasih..

      • norzahidah
        26 April 2011 at 11:11 PM

        tolonglah hantarkan dalam emel saya.sy takde yahoo messenger
        boleh tak? tologlah. saya guru linus tahun 2.kdg2 tension gak. gb nak 100% bulan 6 ni….

    • 6 Mei 2010 at 5:17 PM

      Saya setuju sgt ngan komen ni…..anak murid saya tidak dibiar…malah di bimbing…bkn diberi jawapn…..so…hrp kaji semula la…..soalan septutnya….yg asas dulu….ni tidak….soalan wang…ayat matematik….mereka blm belajar….

  3. Cikgu MBK
    17 Mac 2010 at 2:10 PM

    Selamat Sejahtera Cikgu…

    Mungkin satu perkongsian atau pembetulan berkaitan maksud LINUS;

    LI = Literacy + NU = Numeracy + S = Screening maksudnya Literacy and Numeracy Screening = LINUS

    dalam bahasa Malaysianya = Saringan Literasi dan Numerasi

    DIHARAPKAN DAPAT DIPERBETULKAN UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN SEHINGGA KE AKAR UMBI..
    HARAP MAAF DAN TERIMA KASIH ATAS USAHA YANG BAIK

  4. Cikgu MBK
    17 Mac 2010 at 2:44 PM

    salam sejahtera Semua…

    Perlu sedikit pembetulan dari segi Saringan untuk literasi dan Numerasi kerana kedua-duanya mempunyai kaedah saringan yang berbeza.

    LITERASI > murid2 yang telah melepasi saringan 1 akan dimasukkan dalam kelas aliran perdana dan TIDAK AKAN DI SARING LAGI SAMPAI BILA2 (sebab itu tahap soalan saringan tinggi). Murid Yang tidak melepasi saringan 1 dimasukkan ke dalam kelas LINUS atau LINUS TEGAR. Selepas mengikuti modul LINUS murid2 ini akan disaring kali kedua (jun)/ketiga (sept) sehingga maksimum di Tahun 3. Murid2 yang telah melepasi mana2 saringan akan terus dimasukkan dalam kelas aliran PERDANA tanpa ada lagi Saringan.

    NUMERASI >> Ada dua jenis kelas LINUS iaitu kelas PraLINUS dan Kelas LINUS dan jenis saringan yang berlainan dari LITERASI.

    Saringan 1(mac 2010) >> Semua murid tahun 1 belajar operasi tambah (+) dan Tolak (-) dan akan menduduki saringan 1, melepasi saringan dimasukkan dalam kelas aliran PERDANA, TIDAK LEPAS masuk kelas aliran PRALINUS / PRALINUS TEGAR (PRA sebab belum belajar operasi darab(x) dan bahagi. murid pralinus/tegar diajar secara bermodul/guru pemulihan dan akan menduduki saringan 2 , saringan 3 ditahun 1 sehingga maksimumnya saringan 1 ditahun 2 (murid yang melepasi mana2 saringan tadi dimasukkan dalam aliran perdana, yang tidak masuk kelas PRALINUS.

    Sebelum saringan 2 (mac 2011) di tahun 2, semua murid akan mempelajari operasi baru iaitu darab dan bahagi… Oleh itu SEMUA MURID TAHUN 2 DALAM ALIRAN PERDANA DAN PRALINUS SEKALI LAGI AKAN MENDUDUKI SARINGAN 2 MAC 2011, LULUS masuk aliran perdana, TIDAK MELEPASI SARINGAN 2 ., masuk kelas aliran LINUS/LINUS TEGAR ( Tiada PRA sebab semua 4 operasi matematik telah dipelajari)

    kesimpulannya : Literasi = Saringan yang melibatkan Semua murid dijalankan sekali, apabila telah melepasi mana2 saringan akan kekal di kelas perdana

    Numerasi = Saringan yang melibatkan Semua murid dijalankan 2 kali,
    PERTAMA di saringan 1 Mac 2010 – melibatkan operasi tambah dan tolak
    KEDUA di saringan 2 (Jun 2011) – melibatkan operasi darab dan bahagi disamping +/-

    OLEH SEBAB ITU, SOALAN SARINGAN AGAK SUKAR UNTUK MEMASTIKAN MURID ARUS PERDANA BENAR-BENAR 100% MAMPU MENGUASAI BM DAN MATEMATIK DENGAN BAIK. INI UNTUK MENGELAKKAN MURID2 DARI TERCICIR APABILA MELANGKAH DITAHAP 2 (TAHUN4,5,DAN 6)APABILA HANYA MAMPU MENGUASAI BM & MATH PADA KADAR SEDERHANA SAHAJA.

    DIHARAP MAKLUMAT INI DAPAT MEMBANTU MANA-MANA PIHAK YANG KURANG JELAS BERKAITAN PELAKSANAAN PROGRAM SARINGAN LITERASI DAN NUMERASI..

    TERIMA KASIH.

    • 17 Mac 2010 at 3:24 PM

      terima kasih atas makluman ini…

      Semoga tidak akan ada kekeliruan lagi di masa akan datang..

  5. 11 April 2010 at 9:22 AM

    macam mane nak pandaikan murid tu?

    • amir
      12 April 2010 at 11:52 PM

      betul…macam mana nak bagi budak tu pandai..masalah linus atau linus tegar lain hal…persoalannya..bagaimana nak bagi depa pandai

  6. Nurul
    4 Mei 2010 at 4:14 PM

    Assalamualaikum & selamat sejahtera..
    Saya seorang ibu kepada murid tahun 1, sebuah SK di Subang, saya telah berbelanja banyak menghantar anak ke Tadika berbayar sebagai persediaan dia memasuki alam persekolahan yang sebenar. Saya juga telah dimaklumkan tentang kepentingan menguasai 3M sebelum memasuki tahun 1 tetapi tidak tahu langsung tentang program LINUS ini..Namun saya telah pastikan anak saya tahu membaca dan boleh membuat operasi +, – apalagi mengenal huruf / nombor..

    Dari bulan Jan-Mac dia dapat berada di kelas perdana (sebelum keputusan LINUS keluar,berdasarkan seringan pihak sekolah sahaja) namun pada April ini dia telah ditukarkan ke kelas LINUS..saya amat kecewa.

    Saya termenung juga …termenung panjang. Kemudian saya diminta hadir ke sekolah..perbincangan dengan guru. Gurunya berkata dia Ok, boleh membaca , boleh mengira namun mingkin kerana dia tidak fokus ketika menjawab kertas peperiksaan, dia ditukarkan ke kelas LINUS.Kesimpulan saya LINUS ini satu ujian yang hanya berorientasikan “kertas” peperiksaan semata-mata.Saya bertanya kepada guru kelas LINUS kalau-kalau anak saya boleh ke kelas perdana kerana peperiksaan peringkat sekolahnya baik iaitu; BM pemahaman 92%, BM penulisan 81%, Matematik 80%, Sains 85% dan agama Islam 90%.Jawapannya ..TIDAK BOLEH.

    Saya terkedu dan tidak faham tentang apakah objektif Program LINUS ini..adakah seperti yang dikatakan oleh ra’aini, seolah-olah program LINUS ini satu jejak kasih mencari pelajar-pelajar GENIUS, ditambah pula dengan skor nya yang tinggi itu..semoga ianya satu “achievable gold” pihak Kementerian Pelajaran. Satu lagi, bagaimana dengan Bahasa Inggeris? Seolah-olah tidak di titik-beratkan langsung sedangkan ia amat penting bila di Universiti dan di alam pekerjaan…Saya AMAT-AMAT KELIRU!

    Adakah apa-apa program untuk mata pelajaran Agama Islam atau Pendidikan Moral untuk melahirkan modal insan yang berakhlak tinggi?

    Saya kasihan melihat beban murid dan guru…Itu sahaja. Semoga kita semua diberi kekuatan dan semoga program LINUS benar-benar dapat memberi kebaikan.

    Sakian.

    • 4 Mei 2010 at 9:39 PM

      Salam,

      terima kasih atas keperihatinan puan terhadap program ini tambahan pula ia melibatkan prestasi akademik anak puan.

      Tiada apa yang boleh saya katakan kecuali, saya bangga dengan pencapaian anak puan sebagaimana yang puan nyatakan di atas.

      Tahniah

  7. ayzed
    5 Mei 2010 at 11:03 AM

    Salam

    Begitu banyak ilmu dan manfaat saya dapat dari laman web saudara.

    Saya sebenarnya merupakan pegawai kerajaan dan bukannya cikgu… tapi berminat untuk menjadi pendidik..

    Saya dalam proses mengkaji dan mendalami cara mengajar yang berkesan dan laman web saudara merupakan salah satu sumbernya. InsyaAllah, ada rezeki nanti saya akan membuka pusat tuisyen untuk membantu anak bangsa.

    Terima kasih dan teruskan usaha murni saudara.

    • 5 Mei 2010 at 10:12 PM

      salam,

      Terima kasih. Ilmu saya tak seberapa kalau hendak dibandingkan dengan golongan bijak pandai yang ramai di luar sana.

      Saya sekadar berkongsi ilmu yang ada sahaja. Saya doakan saudara akan berjaya membuka pusat tuisyen kelak.

  8. 8 Mei 2010 at 11:05 PM

    Assalamualikum……

    Saya tertarik dengan prrbincangan tentang program LINUS ini dalam blog saudara.Saya sebenarnya merupakan seorang guru prasekolah KPM dan turut terlibat dalam program linus ini….namun demikian saya rasa keliru dan benar2 kecewa dengan pencapaian semua murid saya dalam melepasi tahap linus ini.Untuk pengetahuan pihak saudara…..semua guru prasekolah telah didedahkan dan diberi kursus berkaitan LINUS hanya pada penghujung november 2009 dan program LINUS ini telah dilancarkan pada tahun 2010, apa yang mengecewakan saya……murid saya belum didedahkan dengan aras LINUS sebelum itu kerana program ini dilancarkan pada 2010, apabila tamat sesi prasekolah 2009,mereka mendartar di tahun satu ada 2010 dan terlibat dengan program LINUS.Apabila menduduki ujian pada mac yang lalu,ramai yang tidak menepati sasaran dan gagal.Seterusnya meletakkan mereka ke kelas-kelas LINUS.Apa yang mengecewakan saya…..saya sebagai guru prasekolah dipersalahkan pihak sekolah kerana gagal menempatkan murid saya ke kelas biasa tanpa LINUS.Saya dan rakan-rakan prasekolah cukup kecewa dan hampa dengan situasi yang berlaku dan melatakkan kami dalam dilema yang tak berkesudahan.Oleh yang demikian bagaimanakah pendekatan,teknik dan cara yang lebih baik untuk mengatasi masalah ini dan siapakah yang harus membantu kami menyelaikan kemelut yang kami hadapi kerana dalam banyak hal situasi kami sering diperlekehkan.Kami semua tahu, langkah kerajaan memperkenalkan LINUS metupakan langkah yang baik dan positif tetapi bagaimana dengan peranan guru prasekolah di sekolah.

  9. PN MAS
    14 Mei 2010 at 11:48 PM

    penerangan cikgu amat membantu. teruskan usaha cikgu demi anak bangsa

  10. Nurul
    8 Jun 2010 at 3:35 PM

    Assalamualaikum cikgu safrina..anak sy juga lepasan tadika tahun 2009..di tadika prestasinya cemerlang..tadikanya pula sengaja saya pilih yg fokus dalam Bahasa Inggeris..anak sy akhirnya boleh membaca buku Bahasa Inggeris, faham b.Inggeris, boleh juga membaca B.Melayu dan dapat membuat soalan asas Matematik..ketika anak sy 4 tahun…Kementerian Pelajaran amat menekankan aspek B.I, sekarang selaras dgn Menteri Pelajaran yg baru..YAB Muhidin Yasin…tukar pula kepada B.M..jadi apa yg nak dikesalkan…kita rakyat tidak kira Ibu Bapa…atau pun guru…beginilah..terpaksa melengkapkan anak-anak dgn ilmu / sukatan pelajaran seperti yg dikehendaki oleh kementerian supaya anak-anak tidak ketinggalan. Anak sy juga terpaksa menduduki kelas LINUS..tetapi peperiksaan PKSR(Peperiksaan Pertengahah Tahun) dia amat cemerlang. Jadi pada sy bukan salah guru2 prasekolah tetapi salah Kementerian yang kononnya nak buat pembaharuan yg itu dan ini…LINUS ini seakan tidak menampakkan kebolehan sebenar anak..mcm mana LINUS anak sy x melepasi saringan tetapi ujian PKSR..pemahaman Bahasa Melayu 100%, ujian bertulis Bahasa Melayu 86%? Dirumah jiran-jiran bertanya..anak sy x boleh membaca ke? Kenapa masuk kelas LINUS sama dgn anak mereka ..(yg hanya dihantar ke prasekolah yg tidak begitu fokus kpd akademik). Sy sedikit tertekan, namun sy tahu prestasi anak sy dan apa yg perlu sy buat sekarang hanyalah membantu anak sy melepasi saringan LINUS dan berpindah ke kelas arus perdana…Itu shj..sy x mahu fikir yg remeh-temeh lg..Sy juga buat research tentang ujian LINUS..Modul-modulnya..contoh2 soalan sambil mendedahkannya dan meminta anak sy mencuba soalan-soalan tersebut…semua usaha-usaha ini masih sy teruskan..dan anak sy baru shj menduduki semula ujian LINUS pada hujung Mei yg lepas..dan sy doakan dia berjaya..doakan kami..

  11. dayang norazalina
    8 Julai 2010 at 5:42 PM

    saya masih keliru..adakah linus numerasi dijalankan dalam bahasa inggeris atau bahasa malaysia?ini kerana,semua modul ataupun bahan saringan,disediakan dalam bahasa malaysia.satu lagi..bagi murid2 yang perdana pula bagaimana/di ajar dlm bhs inggeris atau bahasa malaysia.tq

  12. 9 Julai 2010 at 7:56 PM

    Salam, Pn Dayang Norazlina : saya jawab soalan anda.

    Untuk makluman puan, program numerasi masih dilaksanakan dalam bahasa inggeris. Tetapi guru boleh melaksanakannya secara dwibahasa. Modul juga disertakan dalam bahasa inggeris juga sebenarnya. Sila lihat dalam CD yang dibekalkan.

    Untuk murid perdana, tiada program numerasi kerana mereka lulus saringan. jadi pengajaran juga dalam bahasa inggeris. Juga dibolehkan dwi-bahasa.

    Untuk makluman puan juga,

    Ramai kenalan saya yang mengajar matematik tahun 1 numerasi mengajar dalam bahasa melayu. Cuma persediaan mengajar sahaja yang ditulis dalam bahasa inggeris. mengapa? kerana jika kita lihat langkah kerajaan memansuhkan PPSMI secara tidak langsung murid tahun 1 ini kelak tidak akan menduduki sama ada UPSR atau ujian seumpamanya dalam bahasa inggeris bagi subjek matematik dan sains.

    jadi, ramai yang mengajar dalam bahasa melayu tetapi masih mengekalkan bahasa inggeris kerana ujian bulanan, PKSR, pertengahan tahun atau akhir tahun untuk subjek ini masih dibuat dalam bahasa inggeris.

    terima kasih

  13. farhana
    12 Julai 2010 at 7:01 AM

    assalamualaikum,
    saya amat berminat dgn perbincangan mengenai linus dlm blog kerana saya juga salah seorang guru yang mengajar dalam subjek bm bg kelas linus.Tahun ini merupakan tahun pertama saya mengajar dlam kelas tahun 1.saya memohon perkongsian ilmu bg mengajar murid-murid tahun 1 yang masih belum mengecam a-z. saya sering kali rasa bersalah kerana kdg kala tidak dapat menumpukan sepenuhnya bperhatian kpd anak-anak murid saya kerana dibebani dgn tugas-tugas lain.

    • 12 Julai 2010 at 11:36 AM

      Salam,

      puan Farhana, saya jawab soalan puan.

      saya percaya puan seorang guru yang sabar dan komited terhadap tugas. saya tidak pasti adakah puan mengajar murid linus tegar atau kategori linus sahaja dan berapa jumlah bilangan murid yang puan ajar.

      Di sekolah saya, kami akan bahagikan sebahagian besar murid linus. murid tegar akan diambil oleh guru pemulihan dan saya sendiri akan mengajar murid linus.

      Murid dalam kelas saya juga majoritinya masih tidak tahu membaca. saya bahagikan murid kepada dua kumpulan. Pertama kumpulan yang lemah dan kumpulan yang sudah ‘ok’.

      Pengajaran murid linus banyak memerlukan lembaran kerja, pengulangan sebutan dan latihan bertulis yang kerap supaya murid tidak lupa, mudah faham dan cepat baca.

      terima kasih

  14. Hajar
    23 Mac 2011 at 3:43 PM

    Salam Cikgu,

    Maaf saya bertanya…walaupun telah membaca kebanyakan komen dan juga pendapat di atas, saya sebenarnya masih lagi keliru dengan LINUS, semalam, saya mendapat surat daripada pihak sekolah yang mengatakan anak saya terpilih untuk menyertai program LINUS yang akan diadakan pada hujung minggu ini, saya masih keliru dengan perkataan “Terpilih”…adakah anak saya masih rendah tahap pengetahuannya ataupun beliau akan menjalani saringan pertama..?
    terima kasih.

    • 23 Mac 2011 at 5:30 PM

      salam puan,

      boleh saya tahu anak puan belajar di tahun berapa? tahun 1 atau 2?

      harap puan tidak berkecil hati dengan program LINUS yang diadakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah bukan hendak mencari salah, tetapi untuk memastikan prestasi akademik anak puan berada di tahap yang paling baik..

      jika anak puan tahun satu, semua murid termasuk anak menteri sekali pun diwajibkan melalui saringan pertama

      harap maklum

  15. neves
    22 April 2011 at 12:41 AM

    assalamualaikum….tahukah anda semue bahawa selepas ini sesiape yg tidak tahu membace n mengira tidak boleh memasuki sekolah menengah walaupun umurye sudah 13 tahun,,, utk mencapai objektif sifar buta huruf n mengira kerajaan tlh memperkenalkan program LINUS ini(sile betulkan kalau saye tersilap)…bg saye ini adalah satu pilihan yg tepat…..jd kite haruslah sentiase berfikiran positif….program ini br sahaja dilancarkan,,bak kate org br je setahun jagung,,jd hasilye pun kite x nampak lg,,,so hrp bersabar n kite tgk hasilye nanti….
    ~akan menghadiri temuduga utk menjadi seorg pendidik dlm bidang pemulihan khas….

  16. Nik Marina Vetty
    27 April 2012 at 11:22 AM

    assalamualikum…
    saya mempunyai anak darjah 1 …semalam saya telah mendapat surat dari sekolah menyatakanyang anak saya lulus dalam ujian linus dan akan menduduki di kelas aliran perdana….saya tak tau apa itu kelas perdana?boleh tlg jelaskan…sbb disekolah nye cuma terdapat 5 kelas sahaja…

  17. 22 Mac 2014 at 3:04 PM

    I’m amazed, I must say. Seldom do I encounter a blog that’s equally educative and amusing, and without
    a doubt, you have hit the nail on the head. The issue is something not enough men
    and women are speaking intelligently about. Now i’m
    very happy I came across this during my search for something relating to this.

  18. 9 April 2014 at 1:02 AM

    I needed to thank you for this great read!!
    I certainly enjoyed every little bit of it. I have got you saved as a favorite to check out new things you post…

  19. 13 April 2014 at 1:50 PM

    Quality content is the secret to interest the users to pay a quick visit the web site, that’s what this website is providing.

  20. sitifairos
    7 Ogos 2014 at 2:50 PM

    hy..saya ingin bertanya mengenai program LINUS, bagaimana ia dilaksanakan ? dan
    -Setahu saya terdapat modul asas literasi dan numerasi yang diboleh dimuat turun dari web BPK yang mengandungi pelbagai unit latihan/aktiviti yang dapat dilakukan oleh murid, adakah modul tersebut digunakan oleh guru?
    – Bagaimana guru melaksanakan saringan LINUS kepada murid tahun 1?
    – Adakah soalan ujian saringan tersebut disediakan sendiri oleh guru LINUS?
    Mohon pencerahan daripada pihak yang pakar ..
    Terima kasih

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 111 other followers

%d bloggers like this: