Rumah > Cerita Teladan, Pend.Pemulihan, Program LINUS > Saringan LINUS Selesai..

Saringan LINUS Selesai..

Salam sejahtera..

Semoga anda semua berada dalam keadaaan sihat sejahtera. Lama juga saya tidak mengemas kini laman ini kerana kekangan masa. Terima kasih kerana masih ramai lagi yang mengunjungi dan memberi sokongan terhadap laman ini.

Alhamdulillah. Saringan LINUS untuk Bahasa dan Matematik bagi lisan dan bertulis selesai dilaksanakan.

Berdasarkan soalan yang diberi, saya amat yakin sekali bahawa akan ramai murid tahun satu yang akan masuk dalam program ini. Berapa jumlah yang sebenarnya, saya pun tidak tahu. Sama-samalah kita nantikannya.

Baiklah, saya menerima banyak reaksi mengenai LINUS ini terutamanya daripada ibu bapa dan guru.

Saya faham akan situasi guru-guru dan ibu bapa yang terlibat dengan LINUS ini. Sebagai contoh, saya membuat analisis soalan LINUS dan saya dapati terdapat banyak kesalahan dalam soalan yang diajukan kepada murid.

Apabila terdapat kesalahan pada soalan, dan tiada makluman pembetulan, maka ramailah murid yang keliru dan gagal menjawab soalan.

Saya pasti ramai guru-guru di luar sana terutamanya yang menghubungi saya berasa kecewa dengan pelaksanaan LINUS ini yang dilihat dilakukan secara tergesa-gesa.

Ramai guru mengadu beban tugas bertambah, masa mengajar tiada kerana sibuk dengan LINUS dan banyak lagi masalah yang diadukan kepada saya.

Kepada guru berkenaan, saya ingin katakan bahawa saya juga melaksanakan tugas seperti anda. Jadi, sebarang masalah yang dirasakan serius, perlulah dirujuk kepada PPD masing-masing.

Saya sedia mendengar keluhan anda, tetapi saya tidak mampu berbuat apa-apa. Harap maklum

Sekian,
NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department


About these ads
  1. 11 Mac 2010 at 1:53 PM

    Hi, Cikgu Haidi,

    My son, in primary one this year, goes to a chinese school in Petaling Jaya. I personally feel that this LINUS programme is good and would be beneficial to kids whose mother tongue is not BM but I seriously think that the setting of questions must be in line with what is taught in school and that it’s only 2 months after school started.

    My son came home after the test with a fearful and disturbed expression on his face. He kept asking me what would happen to him should he fails the test and that neither his teacher or me had ever taught him that before. I was really lost for words!

    I have a question here. Will the kids be assigned to different classes permanently according to LINUS test results?

    Thank you.

  2. 11 Mac 2010 at 9:10 PM

    Hai Mrs Kelly Eng.

    Terima kasih kerana keperihatinan yang puan tunjukkan. Merujuk kepada persoalan yang puan ajukan, saya akan jelaskan keadaan yang sebenar supaya puan akan faham.

    Bagi murid tahun 1 yang mendapat skor 1-8 dalam 12 sub-saringan 1 LINUS akan ditempatkan ke kelas LINUS. Jadi, puan tidak perlu berasa bimbang atau risau jika anak puan mengikuti kelas ini kerana mereka akan dibimbing.

    Masuk ke kelas LINUS ini bukan beerti anak puan tidak bijak. Selepas beberapa bulan mengikuti kelas Bahasa dan Numerasi di kelas LINUS, mereka akan diuji lagi sekali pada saringan ke-2.

    Dalam saringan ke-2, jika tiada masalah, anak puan akan ditempatkan di kelas biasa semula.

    Kesimpulannya di sini, pembelajaran di kelas LINUS adalah tidak tetap seperti yang puan khuatiri.

    Terima kasih

  3. Hidhir
    13 Mac 2010 at 2:04 PM

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Adakah Kementerian Pelajaran tidak bercadang membuat program LINUS untuk Bahasa Inggeris ?

    Sekian, terima kasih.

    • 13 Mac 2010 at 7:36 PM

      Salam, En.Haidir..

      Maaf, pertanyaan saudara saya tiada jawapannya kerana saya hanyalah seorang guru biasa yang diamanahkan untuk melaksanakan program LINUS.

      Jika saudara ada pertanyaan sedemikian, sila rujuk ke KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

      Terima kasih.

  4. 13 Mac 2010 at 2:51 PM

    Dear Cikgu Haidi

    I have read the reply you send to Mrs Kelly Eng and would like to ask some question from you : -

    1.) If the student stay in Linus Class, will it means that the student only concentrate on learning Linus?

    2.) Is the student study for other subjects, ie. English, Moral, BM & Maths, etc?

    3.) How about if the student still cannot pass the Linus exam 3 times, can the student go to Std 2 next year or stay back in Std 1 or send them to Sekolah Khas?

    4.) The student who pass the Linus 1, do they still need to test for Linus 2?

    5.) How is the grade/marks for Linus?

    6.) Where can we get the books to teach them on Linus?

    I appreciate that you can answer my question so that I can understand how to help my children.

    Thank you.

    Mrs Catherine

    • 13 Mac 2010 at 7:34 PM

      Mrs Chaterine, saya jawab soalan anda..

      Soalan 1 dan 2 :
      Murid yang belajar di kelas LINUS hanya akan belajar kemahiran asas bahasa dan numerasi tanpa mengabaikan subjek lain. Murid ini akan meneruskan pembelajaran bagu mata pelajaran lain seperti biasa.

      Soalan 3 :
      Sekiranya selepas saringan ketiga murid masih gagal menguasai kemhiran 12 konstruk LINUS, murid akan teruskan pembelajaran di tahun dua pada tahun yang berikutnya. puan tidak perlu bimbang akan hal ini. Hanya yang benar-benar didapati bermasalah akan dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan kesihatan

      soalan 4 :
      Murid yang lulus saringan 1 LINUS akan diletakkan di kelas arus perdana dan tidak akan mengikuti saringan 2. Murid tahun satu ini hanya akan diuji semula kemahiran mereka ketika darjah dua tahun 2011 kelak. Ia melibatkan semua murid tahun satu 2010. Malah kemahiran yang disaring juga akan bertambah.

      Soalan 5 :
      Pengiraan skor LINUS adalah seperti berikut :

      1-2 = LINUS Tegar

      1-9 = LINUS

      1-12 = Arus Perdana

      Ada dua sesi saringan dalan saringan 1 iaitu LISAN dan BERTULIS bagi LITERASI dan NUMERASI

      Soalan 6 :
      saya tidak pasti sama ada buku yang puan maksudkan dijual atau tidak. Untuk memudahkan puan, kemahiran asas yang disaring dalam LINUS Bahasa adalah tidak sukar. Murid cuma perlu kenal abjad, mengeja perkataan atau suku kata, membaca ayat, membina ayat mudah dan bercerita menggunakan ayat sendiri berdasarkan gambar.

      Begitu juga dengan saringan NUMERASI. Murid cuma perlu ada pengetahuan sedikit mengenai asas tambah dan tolak, perbezaan antara wang negara kita dan mata wang asing, kebolehan mengira dalam lingkungan 1 – 10, menulis ayat matematik tambah dan tolak, tahu nama hari dalam seminggu, bentuk dan saiz benda yang ditunjukkan sama ada kecil atau besar. Itu sahaja.

      Puan tidak perlu risau kerana tujuan LINUS dilaksanakan sekadar untuk memastikan murid mengetahui asas LITERASI dan NUMERASI sebelum ke sekolah. Sekiranya anak puan berada di kelas LINUS, itu bukan bermakna anak puan tidak bijak. Jadi, usah bimbang dengan saringan LINUS yang diadakan.

      harap puan puas hati dengan penerangan saya. Terima kasih

      • 15 Mac 2010 at 12:05 PM

        Dear Cikgu Haidi

        Thanks for your explanation. Last question ie. the Numerasi is using BM to ask and test but the Std 1 Mathematic still using BI to teach. Why not using BI to oral and text them?

        Thank you.

        Mrs Catherine

        • 16 Mac 2010 at 4:15 PM

          Mrs.Catherine, saya jawab soalan anda.

          Saringan LINUS (literasi dan Numerasi) hendaklah dilaksanakan menggunakan bahasa pengantar di sekolah masing-masing.

    • 26 Mac 2010 at 10:52 AM

      Dear Cikgu Haidi

      My daughter in SK her LINUS result is GAGAL. She is now in LINUS class. When is the 2nd LINUS exam again. Is the LINUS 1 and LINUS 2 same?

      What should I need to prepare / help her to pass the LINUS 2 exam? Do you have a copy of the Linus 1 exam? So that teach her.

      What if my daughter still cannot pass on LINUS 3? She still can go to Std 2, right? The school still follow her PKSR school exam result right?

      Please help me to find the LINUS documents/questions, so that my daughter can pass the LINUS 2.

      Thank you.

      Mrs Catherine

      Thank you.

  5. 13 Mac 2010 at 7:46 PM

    Thanks Cikgu Haidi for explaining and now I have a clearer picture on what LINUS is all about. I read from other sources that the best BM teachers will be assigned to teach LINUS classes and I hope this will be honoured (the quality of teachers part) and that our children will be benefited from the programme.

  6. khairuummah77
    14 Mac 2010 at 12:06 AM

    Madrasah Khairu Ummah

    Kami memerlukan sumbanggan anda untuk menjayakan pembenaan pondok ini. #Segala sumbangan hendaklah disalurkan melalui Bank Muamalat Malaysia Berhad No akaun : 0302-0000656-71-8 dan Maybank Islamic Berhad No akaun: 55310 4411 805 di bawah nama:-PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG KELANTAN (KHAIRU UMMAH).

    Sila Layarai – http://khairuummah77.wordpress.com

  7. MD YAZID BIN KAMRI
    2 April 2010 at 9:00 AM

    Saya mengharapkan cikgu dapat membetulkan maklumat yang cikgu paparkan. Saringan 1 bulan Mac bukan tahun 1, saringan 2 bulan 6 bukan tahun 2, saringan 3 bulan september bukan tahun 3,.
    seterusnya literasi bukan bahasa tapi celik huruf
    Numerasi bukan matematik tapi celik nombor.
    Rasanya soalan saringan numerasi yang dikemukakan berdasarkan pengalaman sedia ada murid. Persoalannya kontruk yang diuji bukan untuk menggagalkan murid cuma untuk guru mengenalpasti tahap penguasaan murid. Justeru itu jika didapati murid belum menguasai konstruk tersebut menjadi tanggungjawab guru untuk memberi pengetahuan sehingga murid tadi tahu menggunakan modul yang dibekalkan oleh BPK dan juga idea-idea guru tahun 1. Kenapa cikgu nak susah hati kita jangkamasa yang cukup panjang untuyk memastikan murid menguasainnya.
    Sekian

    • 2 April 2010 at 8:43 PM

      En.Yazid bin Kamri,

      Maaf jika saya salah tulis. Rasanya saya menyatakan bahawa :

      Semua murid tahun 1 akan terlibat dengan saringan satu pada bulan mac, dan begitulah seterusnya. Saya tidak pula menyatakan saringan dua untuk tahun dua dan saringan tiga untuk murid tahun tiga. Jika saya ada menyatakan demikian, sila salin semula petikan ayat itu untuk saya perbetulkan.

      LITERASI = BAHASA itu saya terangkan dari segi istilah yang umum kerana saya berbicara dengan beberapa ibu bapa penjaga murid yang bertanya. Begitu juga halnya dengan NUMERASI. Apa pun, terima kasih atas teguran tuan.

      Ketiga, saya tidak faham akan maksud ayat tuan ini, “Kenapa cikgu nak susah hati kita jangkamasa yang cukup panjang untuyk memastikan murid menguasainnya.” Adakah ayat ini ditujukan kepada saya atau sebaliknya dan harap tuan dapat jelaskan.

      Terima kasih.

  8. mdm Nani
    11 Mei 2010 at 11:42 AM

    Terima ksih. Maklumat yang dibekalkan banyak membantu saya membimbing anak saya dengan lebih teliti. Jika tidak keberatan, bolehkah pihak tuan sediakan contoh soalan yang boleh dimuat turun seperti power point atau pdf?.
    Sekian.

    Terima kasih.

  9. masura bt zaidul
    14 Mei 2010 at 11:31 PM

    Maklumat yang cikgu beri amat berguna, saya harap sangat cik gu dpt sediakan contoh soalan. walaupun saya cikgu , saya sendiri tak tahu bentuk soalannya kerana soalan itu katanya rahsia.Sebab anak saya ni di sekolah suara suasah nak keluar. kalau kena tegur lagi tak dengar suara dia. Saya risau dia tak bercakap dalam ujian lisan

    • 17 Mei 2010 at 10:49 PM

      salam, puan masura

      Untuk makluman, puan boleh dapatkan contoh soalan daripada guru LINUS di sekolah puan untuk dijadikan rujukan.

      Terima kasih

  10. 29 Jun 2013 at 12:27 PM

    This is very interesting, You’re a very skilled blogger. I have joined your rss feed and look forward to seeking more of your excellent post. Also, I’ve
    shared your website in my social networks!

  11. 8 Ogos 2013 at 12:20 AM

    Instantly, visions of hunger, cravings dieting help and lettuce leaves spring to mind.
    However, do not go out with friends who like to consume large portions at
    restaurants. A pound of fat each and every solitary calorie especially when dining out.
    When you want to follow the DTOUR diet plan or just have a collection of recipes to cook from.

  12. 18 Mei 2014 at 11:38 AM

    I leave a response each time I like a post on a website or I have
    something to add to the conversation. It is caused by the
    fire communicated in the article I browsed. And
    after this article Saringan LINUS Selesai.. | Teacher’s Department.
    I was excited enough to write a thought :-P I actually do
    have some questions for you if you tend not to mind.
    Could it be only me or do a few of the comments come across like written by brain dead folks? :-P And, if you are writing at additional sites,
    I’d like to follow anything fresh you have to post.

    Would you make a list the complete urls of your communal sites like your twitter feed,
    Facebook page or linkedin profile?

  13. 8 Jun 2014 at 5:22 PM

    An intriguing discussion is definitely worth comment.

    I think that you ought to publish more about this subject,
    it may not be a taboo matter but typically people don’t discuss
    such issues. To the next! All the best!!

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 110 other followers

%d bloggers like this: