Mengajar Murid Kemahiran Vokal Berganding

Salam sejahtera,

Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera. Semoga hari ini merupakan antara hari yang paling cemerlang dalam hidup anda.

Terima kasih kerana terus melayari laman ini. Saya selaku penulis blog ini amat menghargainya.Terima kasih juga diucapkan kepada pembeli-pembeli ebook saya. Insyaallah, jika tiada aral, lewat hujung tahun ini saya akan melancarkan sebuah lagi ebook yang berkaitan dengan dunia pendidikan Pemulihan. Insyaallah.

Baiklah, hari ini saya hendak berkongsi mengajar kemahiran vokal berganding dengan anda. Sebagaimana yang diketahui, kemahiran ini agak sukar dikuasai murid jika konsep mengeja yang diajar tidak dapat difahami dengan jelas oleh murid.

Bahan Bantu Mengajar – kemahiran vokal berganding

  • Kad perkataan mengandungi vokal berganding.
  • permainan – Dadu
  • Kad imbasan bergambar
  • lembaran kerja :
  1. lembaran kerja – memadan perkataan dengan gambar
  2. lembaran kerja  – menulis vokal berganding berpandukan gambar
  3. lembaran kerja – mencari perkataan tersembunyi

Panduan Mengajar :

  1. Tunjukkan salah satu gambar daripada kad imbasan dan minta murid sebutkan nama gambar. Sila lihat contoh di bawah :
  2. Guru rangsang murid untuk menyebut nama gambar yang dilihat.
  3. Murid akan memberi jawapan iaitu : buah durian
  4. Tunjukkan kad perkataan bagi : durian
  5. Bimbing murid konsep eja perkataan ‘durian’ menggunakan kad suku  yang dipecahkan kepada suku kata berwarna. Lihat contoh di bawah : 
  6. Kemudian, minta murid eja sendiri perkataan mengikut suku kata.
  7. Jika sudah boleh, tunjukkan kad perkataan (gabungan suku kata pertama dan kedua tadi). Lihat contoh di bawah :
  8. Rangsang murid untuk mengeja dan membatang perkataan ini secara kumpulan dan individu.
  9. Tunjukkan kad imbasan bergambar yang lain dan ulang langkah di atas.
  10. Edarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
  11. Pantau aktiviti murid semasa lembaran kerja di edarkan.
  12. Semak latihan murid melalui perbincangan
  13. Edarkan permainan bahasa berbentuk dadu ( dadu mengandungi vokal berganding pada setiap muka)

Sekian,
NORHAIDI BIN HJ SARPONEN
Teacher’s Department

  1. jo
    17 Disember 2010 at 11:29 AM | #1

    saya minta izin mencedok ilmu dari blog cikgu

  2. 21 Januari 2012 at 11:10 PM | #2

    Boleh saya tahu apa bezanya diftong dan vokal berganding?
    Terima kasih.

  3. Admin
    25 Januari 2012 at 9:36 AM | #3

    daun = ‘au’ adalah vokal berganding

    kuih = ‘ui’ adalah vokal berganding

    sungai = ‘ai’ adalah diftong

    pantai = ‘ai’ adalah diftong

  4. Noor Fazilah
    8 Februari 2012 at 4:03 PM | #4

    boleh x share laman sesawang yang berguna utk lebih banyak bahan bantu mngajar??

  5. 13 Februari 2012 at 12:10 AM | #5

    Aslmkm… boleh cikgu jelaskan… perkataan /durian/ sebenarnya terbahagi kepada berapa suku kata? Dua suku kata atau tiga suku kata? Contoh:
    /du/ /ri/ /an/ atau /du/ /rian/.
    Contoh lain:
    1. buaian : /bu/ /ai/ /an/ atau /buai/ /an/
    2. buaya : /bu/ /a/ /ya/ atau /bua/ /ya/
    3. seruan : /se/ /ru/ /an/ atau /se/ /ruan/

    Terima kasih.
    Ingin tahu.

    • Cikgu
      13 Februari 2012 at 9:44 PM | #6

      Salam,

      suatu ketika, DURIAN dieja dalam 3 suku kata iaitu ‘du’, ‘ri’ dan ‘an’ kerana pengaruh dari aspek sebutan

      Sebenarnya ia perlu dieja dengan dua suku kata sahaja iaitu ‘du’ dan ‘rian’ kerana ia melibatkan vokal berganding

  6. rama
    18 Februari 2012 at 7:56 AM | #7

    Salam, Adakah menjadi kesalahan jika guru mengajar murid mengeja perkataan durian dlm 3 suku kata ( du / ri / an ) kerana melalui pengalaman saya ia lebih mudah dieja berbanding dlm 2 suku kata (du / rian ).

    • cikgu
      18 Februari 2012 at 5:18 PM | #8

      Yang mana satu bagi cikgu memudahkan pemahaman murid? sama ada mengajar 3 suku kata atau 2?

  7. 14 Mac 2012 at 11:01 PM | #9

    Admin :
    daun = ‘au’ adalah vokal berganding
    kuih = ‘ui’ adalah vokal berganding
    sungai = ‘ai’ adalah diftong
    pantai = ‘ai’ adalah diftong

  8. 14 Mac 2012 at 11:04 PM | #10

    Bagaimana nak bezakan suku kata diftong/vokal berganding/digraf?

  9. suuuuu
    11 April 2012 at 8:56 PM | #11

    saya ada terlihat dlm satu blog guru yg mgatakan ” daun” adalah diftong. jadi sy terkeliru bila admin myatakan ” daun” adalah vokal berganding. mana satu yg betul nie?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 52 other followers