Kursus Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran LINUS

Salam sejahtera,

Pada minggu lepas, saya telah mengikuti satu kursus Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran bagi guru-guru LITERASI dan NUMERASI yang diadakan di Pejabat Pelajaran Bangsar – Pudu.

Kursus yang diadakan selama satu hari ini padat dengan pelbagai informasi dan aktiviti. Bertuah rasa diri kerana saya dapat mengikuti kursus ini. Walaupun masanya singkat, tetapi begitu banyak maklumat yang saya telah perolehi.

Berikut adalah kandungan kursus yang saya hadiri :

TENTATIF PROGRAM

 

7.30 pagi                      : Ketibaan dan pendaftaran

8.00 pagi                      : Taklimat oleh penyelaras program

– Pengajaran dan pembelajaran kelas LINUS Literasi

10.30 pagi                    : Kudapan

11.00 pagi                    : Bengkel Penghasilan Modul

12.30 tengah hari        : Merarau

2.00 petang                  : Pembentangan dan Pemurnian Modul

4.30 petang                  : Bersurai


Sekian,

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN
Teacher’s Department

About these ads
  1. cheegu PL
    20 November 2010 at 9:47 PM | #1

    salam cikgu….saya nak tnya pendapat cikgu…utk sessi 2011, murid LINUS TEGAR saya telah melepasi saringan 3, meaning sifar linus tegar la…tp dlm PKSR 4, murid tersebut gagal dlm BM dan Matematik….so…saya patut ambik dia dan buat ujian saringan IPP2M untuk ke kelas pemulihan tak?? klu saya ambil dia…saya akan ajar ikut daerah kelemahan dia sehinggalah ujian saringan LINUS pada MAC 2011 nanti ker??? semasa pegi kusus LINUS dan Pemulihan Khas tempoh hari…pn Jamilah di JPS kata ajar sehingga murid tersebut lepas Konstruk 1 dan 2…pastu blh la hantar dia balik ke kelas perdana…kesimpulannya kelas pemulihan saya tak de murid lah utk thn 2 thn depan!!! mcm mana tu?

    • 20 November 2010 at 10:58 PM | #2

      Salam,

      saya tertarik dengan persoalan yang diajukan ini.. Untuk makluman, pada tahun 2011, semua murid tahun 1 2010 akan menduduki semula ujian LINUS ini sekali lagi. Tidak kiralah pada saringan 3 2010 yang lalu murid ini melepasi konstruk yang diuji, mereka tetap akan menduduki semula saringan LINUS pada awal tahun 2011.

      Untuk makluman juga, konstruk 1 dan 2 LINUS bagi tahun 2010 amatlah mudah. Murid sekadar mengenal abjad, vokal dan beberapa suku kata yang mudah. Mungkin berlainan dengan konstruk 1 dan 2 bagi saringan pada 2011.

      Pada pendapat saya, jika anda mengajar murid untuk melepasi konstruk 1 dan 2 sahaja, murid dikategorikan sebagai tidak tegar. Tetapi akan menimbulkan masalah dari aspek pembelajaran jika dilepaskan ke kelas perdana.

      Cadangan saya, sebaik-baiknya, gunakan saringan IPP2M untuk menguji murid anda. Pasti banyak kelemahan dapat dikenal pasti. Buatlah analisis, kemudian ajarlah mereka mengikut daerah kelemahan.

      Kata-kata Pn.Jamilah agar anda mengajar sehingga konstruk 1 dan 2 itu, saya tiada komen. Tetapi sebagai guru yang prihatin terhadap masa depan dan pelajaran anak murid yang ketinggalan, suka saya nyatakan agar anda menggunakan budi bicara untuk mengatasi masalah ini.

      Buatlah pertimbangan yang sewajarnya.

      Terima kasih

  2. cheegu PL
    21 November 2010 at 10:09 PM | #3

    salam cikgu…saya sangat bersetuju dgn pandangan cikgu… dlm perancangan saya, saya telah pun mengambil senarai nama murid yg GAGAL peperiksaan akhir tahun 2010 dan akan menyediakan soalan saringan iPP2M dan IMA 2 untuk mereka untuk thn 2011 nanti. guru thn 1 dan 2 sekolah saya kata, murid mereka telah lepas saringan 3 dan TIADA linus tegar…tp pada saya klu murd itu TIDAK TEGAR, kenapa PKSR dia gagal? jadi saya tekankan pd guru tersebut, saya tetap akan ambil mereka dan akan buat saringan dan diagnostik mengikut prosedur pemulihan… jika mereka dapat melepasi ujian Linus pd Mac nanti, saya akan kembalikan mereka kpd kelas perdana…tp drpd pengalaman lepas, saya dapati murid yg lemah ini adakalanya tertinggal dlm kelas perdana….

    jadi kesimpulannya, saya berasa TERANG HATI sbb cikgu bg pendapat spy ajar ikut prosedur kelas pemulihan spt biasa…adakalanya saya rasa PATAH HATI sbb kat sekolah, kita hanyalah sepohon pokok yg tidak beranting….klu akar tidak kuat, mau tumbang rasanya pokok renek ni….apa pun terima kasih atas pandangan cikgu…di harap cikgu dpt berikan panduan kpd saya yg masih baru sethn jagung nih…w,salam.

    • 21 November 2010 at 10:19 PM | #4

      Terima kasih sekali lagi..

      Cikgu usah bimbang jika murid LULUS saringan 3 LINUS tetapi GAGAL dalam PKSR. Kebanyakan murid tahun satu tidak semua yang dapat mengaplikasi kemahiran yang dipelajari secepat yang mungkin. Ada dalam kalangan mereka yang lambat mengaitkan pengalaman lalu dengan pelajaran yang akan datang.

      Ada sesetengah murid tahun satu GAGAL dalam saringan 3 LINUS tetapi CEMERLANG 100% dalam PKSR.

      Jadi, cikgu usah bimbang. Semoga usaha cikgu membuahkan hasil. Saya kagum dengan usaha yang cikgu lakukan. Teruskan dan selamat berjuang. Semoga kecemerlangan menjadi milik anda.

      Terima Kasih!

  3. cheegu PL
    22 November 2010 at 9:16 PM | #5

    alhamdulillah…terima kasih yang tak terhingga buat cikgu….Insyallah thn depan…lepas saringan klu ada perubahan, saya akan ceritakan buat cikgu…(rasa tak sabar plak nak bukak sekolah…hehehhehe)
    w,salam.

  4. 28 Julai 2013 at 1:03 AM | #6

    My partner and I absolutely love your blog and find the majority of
    your post’s to be precisely what I’m looking for.
    can you offer guest writers to write content for you?

    I wouldn’t mind creating a post or elaborating on many of the subjects you write about here. Again, awesome site!

  5. 9 September 2013 at 6:05 PM | #7

    It’s actually very difficult in this full of activity life to listen news on TV, so I simply use the web for that reason, and get the most recent news.

  6. 14 September 2013 at 5:35 AM | #8

    I was recommended this web site by my cousin. I am not sure whether this post is written by him as nobody else know such detailed about my problem.
    You are wonderful! Thanks!

  7. 17 Januari 2014 at 12:59 PM | #9

    My brother suggested I might like this blog.
    He was totally right. This post truly made my day. You can not imagine simply how much time I had spent for this information!
    Thanks!

  8. 3 Mac 2014 at 3:51 PM | #10

    I’m really impressed with your writing skills as well as with the layout on your weblog.
    Is this a paid theme or did you customize it yourself?

    Anyway keep up the excellent quality writing, it is rare
    to see a great blog like this one nowadays.

  9. 4 Mac 2014 at 5:15 PM | #11

    You made some good points there. I checked on the net for more info about the issue and found most people will go along
    with your views on this site.

  10. 13 Mac 2014 at 10:25 PM | #12

    I am really enjoying the theme/design of your web site.
    Do you ever run into any internet browser compatibility problems?
    A couple of my blog readers have complained about my site not working correctly
    in Explorer but looks great in Firefox. Do you have any solutions to help fix
    this problem?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 106 other followers

%d bloggers like this: