Kursus Pemantapan P&P LITERASI Tahun 2

Salam sejahtera,

Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat sejahtera di samping insan tercinta. Bagi yang sedang bercuti, selamat bercuti bersama insan tersayang. Bagi yang bekerja, semoga pekerjaan yang anda lakukan pada hari ini akan mendatangkan manfaat yang lebih baik dari hari yang sebelumnya.

Terima kasih atas kesudian anda terus mengunjungi laman ini. Terima kasih juga kepada anda yang masih membeli ebook yang penulis hasilkan.

Bagi guru gred DGA29 yang ditawarkan melanjutkan pelajaran ke pringkat Ijazah di institusi terpilih, selamat berdaftar dan semoga berjaya.

Pada 9 dan 10 Mac yang lalu, penulis telah mengikuti satu Kursus Pemantapan P&P LITERASI tahun 2 di PKG Bangsar.

Terdapat enam slot yang perlu dihadiri sepanjang dua hari peserta berada di PKG berkenaan.

Alhamdulilah, banyak input-input baharu yang kami terima. Cuma diharapkan pada masa akan datang, lebih banyak kursus berkaitan pembinaan bahan bantu mengajar, teknik mengajar yang berkesan daripada fasilitator, teknik penyelesaian masalah dari fasilitator serta perkongsian idea untuk mengurangkan jumlah murid LINUS akan diadakan.

Kursus berasaskan teori semata-mata atau banyak menguji kemampuan guru menghasilkan BBM atau mengajar pastinya tidak akan menguntungkan kerana bukan semua guru yang menghadiri kursus adalah guru berpengalaman atau guru opsyen Bahasa Melayu.

Guru yang menghadiri kursus kebanyakannya opsyen PSV, PJK, MUZIK dan lain-lain yang mana mereka tidak tahu teknik mengajar dan penyelesaian masalah dalam LITERASI.

Harap fasilitator dapat membantu.

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN
Teacher’s Department

About these ads
  1. tlaga
    22 Mac 2011 at 10:27 PM

    SALAM SEJAHTERA,
    SAYA SETUJU DENGAN PENDAPAT PENULIS YANG INGINKAN TEKNIK MEMBINA BBM DAN MENGAJAR SUPAYA MURID LINUS DAPAT DIKURANGKAN.TANPA TEKNIK PENGAJARAN YANG BETUL TAK MUNGKIN KITA DAPAT MEMBERI YANG TERBAIK KEPADA MURID KETIKA MENGAJAR..

  2. nissy
    26 Mac 2011 at 8:46 PM

    salam..boleh upload rancangan mengajar harian untuk linus tegar tahun 2..saya ingin mendalami cara pengajaran yang lebih cekap.terima kasih.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 111 other followers

%d bloggers like this: