Arkib

Archive for Disember 2011

Coming Soon – 2012

16 Disember 2011 1 komen

Salam sejahtera,

Semoga anda semua sihat sejahtera di samping rakan-rakan sejawat mahupun keluarga tersayang. Bagi yang sedang bekerja, semoga segala tugas anda dipermudahkan. Terima kasih kepada anda yang masih sudi melayari laman ini. Terima kasih juga saya ucapkan atas kesudian individu-individu yang telah membeli ebook saya yang terdahulu. Untuk makluman semua, setiap RM2 hasil jualan ebook yang anda beli telah saya sumbangkan ke tabung derma insan-insan yang memerlukan. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sekurang-kurangnya anda telah menghulurkan sumbangan.

Tahun baru 2012 bakal menjelma. Saya pasti masih ramai murid atau anak-anak yang masih belum bersedia menerima pendidikan yang sepatutnya mereka dapat pada masa cuti sekolah. Jangan biarkan mereka terus ketinggalan dan banyak bermain pada musim cuti sekolah sehingga pelajaran mereka terabai.

Atas kesedaran itu, saya telah menghasilkan sebuah lagi modul pembelajaran pantas khusus untuk murid-murid bagi memastikan jurang tidak boleh menguasai 2M itu dapat dikurangkan.

Akan datang - Modul Pantas Celik Huruf

Segala kandungan akan saya paparkan kelak di dalam lama ini apabila modul ini siap sepenuhnya 100%. Semoga dengan kehadiran modul ini akan menambahkan lagi semangat dan azam semua pendidik untuk memastikan peratus murid LINUS, Pemulihan dan Protim akan dikurangkan.

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN

Teacher’s Department

Contoh Big Book NUMERASI

9 Disember 2011 57 comments

Salam sejahtera,

Hari ini saya masukkan contoh Big Book untuk murid-murid LINUS. Bahan-bahan ini diambil dari Pejabat Pelajaran Bangsar-Pudu ketika saya hadir untuk menghantar DATA LINUS pada bulan Oktober yang lalu.

Untuk makluman, PPD Bangsar Pudu telah mengadakan pertandingan menghasilkan Big Book Peringkat Daerah. Semua sekolah dalam daerah Bangsar Pudu terlibat secara langsung dalam pertandingan ini. Sekolah-sekolah dari zon Pudu dikehendaki membuat Big Book Numerasi manakala sekolah dari Zon Bangsar dikehendaki menghasilkan Big Book LITERASI.

  

 

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN

Teacher’s Department

Categories: Pend.Pemulihan

Lagi Gambar Big Book

6 Disember 2011 5 comments

Salam sejahtera,

Hari ni saya hendak kongsikan beberapa contoh Big Book untuk pelajar LINUS lagi. Big Book ini dihasilkan oleh guru-guru Zon Bangsar dan Pudu.

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN

Teacher’s Department

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 111 other followers