Mengajar Murid Cara Menulis Part-2

salam sejahtera,

Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera. Terima kasih atas kesudian anda mengunjungi laman ini. Hari ini saya hendak kongsikan lagi topik yang saya telah sentuh sebelum ini iaitu berkaitan kemahiran menulis.

Sebelum ini saya telah pun menjelaskan tentang cara memegang pensel, menulis mengikut arah yang betul dan menulis sambil menyebut abjad yang disebut. Hari ini saya hendak jelaskan pula tentang teknik menulis yang salah dan perlu diperbetulkan.

Gambar di bawah merupakan tulisan daripada salah seorang murid saya yang kita dapat lihat cara atau pun teknik menulisnya kurang betul. Sebagai guru, dapatkah anda kesan apakah kesalahan dilakukan murid semasa menulis ini?

Gambar ini diambil dari sudut murid melihat dan dalam masa yang sama juga menulis. Kesilapan yang ketara apabila kita dapat lihat tulisan murid tidak betul, condong, terlalu jarak dan tidak boleh dibaca.

Faktor ini disebabkan cara menulis murid yang dilihat :

  1. tangan yang menulis itu menutup penglihatan menyebabkan murid tidak nampak huruf apakah yang hendak ditulis.
  2. apabila penglihatan semasa menulis terhad, murid akan tundukkan kepala dan menulis pada jarak meja dan kepala terlalu rapat. Keadaan ini menyebabkan murid mengeluh keana sakit leher.
  3. Cara murid memegang pensel yang terlalu tegak juga menyebabkan jarak penglihatan murid menjadi terhad

Murid sudah terbiasa dengan cara menulis yang seperti ini. Jika tidak diperbetul, maka sampai bila-bila murid akan terbiasa dengan cara dan kaedah menulis yang tidak betul ini.

Sebagai guru, gunakan pengalaman anda menulis untuk memperbetul cara memegang pensel, cara duduk semasa menulis dan jarak penglihatan pada postur menulis yang betul.

Bagi murid yang baru belajar menulis, jangan terlalu mendesak murid atau mengaharapkan mereka boleh terus menulis dengan cantik dan kemas. Ia akan mengambil masa untuk murid belajar biasakan diri dengan kaedah dan teknik menulis yang betul

Semoga berjaya!

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN

Admin,

Teacher’s Department

About these ads
  1. 23 Februari 2012 at 12:10 PM

    anak kakyong 2 org kidal.. jadi ambil masa utk mereka memegang pensel & menulis dgn betul dan selesa.. awal2 memang tgn tu akan menutup tempat menulis… memang harus closely pantau… utk pastikan motor halus mereka dpt dikawal dgn baik..

    anak yg kecik (now 3 tahun lebih) tgn kanan, perkembangan motor halus dia memang baik & cepat dpt menulis dgn baik..(baik utk umur 3 tahun lah..)

  2. jimmytero
    20 Mac 2012 at 5:57 PM

    mcm mne care tbaik ntuk menulis ngan kmas ?

    • 21 Mac 2012 at 12:08 PM

      setiap guru mempunyai kaedah pengajaran yang tersendiri. biasanya saya akan latih murid menulis dengan perlahan dan mata pensel yang diasah tajam supaya tulisan lebih halus dan tidak terlalu tebal. Bagi murid yang tiada asas menulis, kaedah lama biasa saya praktikkan. memegang tangan murid dan ajar mereka menulis abjad terlebih dahulu, diikuti suku kata, perkataan dan seterusnya. kemahiran menulis mesti melalui peringkatnya. ia memang akan mengambil masa yang lama bergantung kepada kecepatan murid menguasai kemahiran itu. saya mengajar murid LINUS TEGAR yang mana majoriti murid memang tiada asas menulis. sehingga ke hari ini, tulisan mereka tidaklah cantik tetapi sekurang-kurangnya mereka berjaya menulis mengikut disiplin yang betul seperti menulis di atas garisan, mempunyai jarak antara satu perkataan dengan perkataan yang lain dan paling utama, tulisan mereka boleh dibaca.

  3. aleeyachan
    21 Mac 2012 at 9:48 PM

    nak tanya macam mana cara nak bantu murid yang menulis huruf secara terbalik?

    • 21 Mac 2012 at 10:06 PM

      Murid menulis terbalik yang anda maksudkan itu berada dalam darjah berapa? lelaki atau perempuan?

  4. sohani othman
    5 April 2012 at 9:13 AM

    Saja nak kongsi pengalaman…..
    Letih dan tak larat lihat tulisan murid yang tidak kemas, guna buku garis 3 pun masih tak berjaya dan apabila mendapat seorang murid yang juling sangat teruk, rasa kasihan sebab dia sangat comel! untuk membantu dia dan murid lain yang selalu menulis tiada jarak perkataan .akhirnya akak gunakan buku kotak kecil ( buku tulis Matematik )…mula – mula letihla sebab perlu terangkan satu satu dan menulis bersama mereka langkah demi langkah..namun akak gembira sebab murid yang juling itu tadi pun sudah boleh menulis dengan cantik dan tersusun dalam buku kotak kotak kecil itu…

  5. 16 April 2012 at 3:30 PM

    anak akak dah darjah 1…sebelum ni dia pnah gi tadika dan boleh menulis n baca sikit2…masalah skang yer le…tulisan dia mak aiii…tak kemas…camana nak bagi dia rajin mnulis yer…ada pape cadangan tak…rasa nak merotan jer kalau buat keje sekolah ngan dia…nak cepat aje

    • 4 Jun 2012 at 3:05 AM

      amalkan latihan menulis sebaris ayat sehari. kanak-kanak dengan usia begitu tidak suka didesak dengan terlalu banyak kerja tangan kerana fikirannya lebih terarah kepada bermain.

      buat kerja sekolah pula lambat, bila didesak ada saja alasan atau topik untuk beralih arah dari buat latihan. itu ibu bapa kena kaji.

      ada kanak-kanak darjah satu pantas menulis dan tulisannya sebenarnya amat cantik dan kemas. tetapi faktor kecuaian dan kelalaian semasa menulis (barangkali kerana memikirkan sesuatu) akan menyebabkan hasil kerja tulisnya tidak seperti yang diharapkan

  6. maslina
    4 Jun 2012 at 12:28 AM

    anak saya skrg dlm darjah 1, mempunyai masalah sedikit kadang2 untuk menulis huruf/nombor tertentu dalam keadaan terbalik (cermin), juga dia akan kunci suaranya kalau didesak /dimarah.dia juga cepat lupa perkara yg baru dia belajar.. rasa geram pun ada, minat dia nak belajar tu ada, tp saya sbg ibu x tau nak buat mcm mana lagi utk bantu dia..

    • 4 Jun 2012 at 2:57 AM

      Masalah menulis huruf terbalik (tulisan cermin) ni kita kena perhatikan juga. Biasanya huruf apa yang dia tak boleh tulis dengan baik sampai jadi terbalik? Mungkin dia keliru dengan bentuk huruf. Jika tidak banyak, sama2 la kita betulkan tulisan atau huruf yang terbalik tu.

      Kanak-kanak memang tidak suka dipaksa. mereka cenderung bermain semasa usia sebegitu. sesetengah kanak-kanak dalam usia yang sebegitu tidak sedar apa yang mereka sedang lalui. Pendekatan mengajar ‘bermain sambil belajar’ sangat membantu.

      Sebagai ibu bapa, kenal pasti apa punca anak bersikap mengunci mulut apabila disoal atau didesak. ada banyak puncanya seperti kurang perhatian, terlebih manja dan sebagainya. jadi, melepaskan geram kepada anak adalah cara yang kurang sesuai.

  7. Salina
    18 Januari 2013 at 3:20 PM

    Cikgu , anak saya darjah 5, tp tulisannya, alshai mcm cacing kerawit , puas dah tegur tp tak jalan jugak. Saya fikir nak hantar dia ke Kelas menulis dengan cantik. Apa pandangan Cikgu?

    • cikgu
      19 Januari 2013 at 11:14 AM

      Puan Salina,

      tegur bukan satu cara berkesan untuk memastikan tulisan anak cantik tetapi puan kena beri tunjuk ajar kepada anak cara menulis yang betul. boleh puan jelaskan tulisan anak puan yang macam ‘cacing kerawit’ itu?

      menghantar anak puan ke kelas menulis agar tulisannya cantik itu hak puan. tidak salah pun jika puan mampu. tapi biarlah bukan semata-mata tulisan sahaja cantik. yang penting kemas dan boleh dibaca serta difahami isi yang ingin disampaikan dalam bentuk tulisannya.

      ada banyak faktor yang mempengaruhi tulisan anak tidak cantik dan ia telah saya nyatakan dalam entri yang sebelum ini. semoga usaha puan itu berjaya..

  8. mohd faisal
    12 Mac 2013 at 10:46 AM

    salam…saya ingin bertanya cara yg sesuai utk mengajar anak lelaki saya berumur 4 tahun cara menulis. Ini kerana dia srg yg kidal. Kesian saya tgk dia nak menulis, buat masa nie…saya sentiasa pantau perkembangan sekolah tadika dia. Dia minat belajar dan akan meminta guru tadika dia utk diberikan ‘homework’!!

  9. PASKALIS BINGKAYAK
    31 Mac 2013 at 6:04 PM

    menurut saya untukmendidik anak dalam segala hal bukanya kita mengajar tetapi lebih pada mendidik, dan melayani dengan ketulusan hati yang dalam….tmkch by paskalis bingkayak

  10. 20 Julai 2013 at 1:41 AM

    Aw, this was an exceptionally nice post. Spending some time and actual
    effort to create a great article… but what can I say… I hesitate
    a lot and never manage to get anything done.

  11. 29 Julai 2013 at 8:32 AM

    e – Bay is a great tool for making money from home because it is easy and e – Bay takes care of most of the work for you.
    These two steps are even more important if you’re thinking of a full time career. especially when dealing with various marketing features.

  12. 7 Ogos 2013 at 5:31 PM

    For most up-to-date news you have to pay a visit world-wide-web and on the
    web I found this web site as a best web page for hottest updates.

  13. junaidah
    9 September 2013 at 4:20 PM

    askum…nk tanya cara mcm mn nk ajar ank sy menulis dgn cpt,mslh nye ank sy lelaki,umo 7 thn,duduk dlm kelas ke2 terbaik,mmbaca sangt lancar,tp menulis sngt lmbt,mcm mn nk mengaja die spya lh tulis dgn cpt?

  14. fadli
    10 September 2013 at 11:55 AM

    salam….sy nk tnya,anak sy berumur 7thn,masaalah nye iyalah die lambat sangat menulis,ade x sebarang terapi untuk anak2 yang lambat menulis mcm ni?atau pn cara yg blh membantu,spya die dpt menulis dgn cpt,nisbah soalan yg dia dpt salin pd papan hitam,dr 10 soalan hanya 4 sj yg dpt die salin,sy risau sbb krje sklh sll je x siap.mnta pandangan tuan untuk mmbantu.

  15. 28 November 2013 at 12:34 PM

    Do you have a spam problem on this blog; I also am a blogger, and I was curious about
    your situation; we have developed some nie procedures
    and we are looking to exchange techniques with oother folks, be sure too shot
    me an e-mail if interested.

  16. 17 Januari 2014 at 3:49 AM

    Why viewers still use to read news papers when in this technological world all is presented on net?

  17. 17 April 2014 at 3:42 AM

    Have you ever considered about adding a little bit more than just your articles?
    I mean, what you say is fundamental and all. But just imagine if you
    added some great visuals or video clips to
    give your posts more, “pop”! Your content
    is excellent but with pics and clips, this site could
    undeniably be one of the best in its field. Wonderful blog!

  18. 13 Julai 2014 at 1:21 AM

    bên bạn có chương trình khuyến mãi trong đợt này không, có thì gửi cho mình nhé, Thanks bạn

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 110 other followers

%d bloggers like this: