Arkib

Archive for the ‘bahan bantu mengajar’ Category

Bahan Bantu mengajar – Part 6

11 Ogos 2009 1 komen

Salam sejahtera..

Semoga anda berada dalam keadaan sihat dan ceria sentiasa. Terima kasih kerana masih sudi mengunjungi laman ini.

Kali ini, saya bukanlah hendak tunjukkan hasil kerja saya, tetapi antara bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan untuk mengajar murid yang baru belajar membatang suku kata.

Bahan yang diperoleh daripada buku ini, dibesarkan kepada saiz A3 dan dilaminasi supaya ia menjadi bahan bantu mengajar yang kekal.

Image013

———————————————————————————-

Image014———————————————————————————-

Image015

———————————————————————————-

Sekian,

Teacher's Department
NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

p/s : esok saya akan papar tiga lagi contoh bahan seperti di atas..

Bahan Bantu Mengajar – Part 5

5 Ogos 2009 45 comments

Salam sejahtera…

Ada lagi bahan bantu mengajar yang saya nak pamerkan sebagai panduan guru pemulihan dan guru-guru yang berkenaan.

DSC00915

—————————————————————————————————–

P5080164—————————————————————————————————–

P5080167—————————————————————————————————–

P5080168—————————————————————————————————–

P5080178

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Deparment

Bahan Bantu Mengajar – Part 4

4 Ogos 2009 4 comments

Salam sejahtera.

Bertemu lagi di hari yang indah dan ceria ini. Terima kasih kerana terus mengunjungi laman ini. Hari ini saya tambah lagi beberapa sampel bahan bantu mengajar yang mungkin boleh dijadikan rujukan untuk anda khususnya guru pemulihan.

Sahiba Suku Kata

———————————————————————————-

Buku1

———————————————————————————-

DSC00924

———————————————————————————-

DSC00888

———————————————————————————-

DSC00922

———————————————————————————-

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

Teknik Pengajaran Pemulihan – Part 2

29 Julai 2009 21 comments

Kemahiran Asas menulis

Perhatikan perbezaan gambar di bawah.

Image000Gambar 1

——————————————————————————

Image002Gambar 2

—————————————————————————

Gambar 1 menunjukkan kesilapan menulis yang sering terjadi kepada setiap murid. Bentuk huruf yang tidak betul dan membentuk huruf yang senget. Setelah melalui beberapa siri pembetulan, barulah hasil kerja murid dapat diterjemahkan seperti yang dapat dilihat dalam gambar 2.

Penggunaan pensel yang kurang sesuai juga salah satu punca murid melakukan banyak kesilapan semasa menulis. Perhatikan semula gambar 1, murid tidak mengasah pensel dan menulis dalam keadaan mata pensel yang tidak tajam.

Berbanding dengan gambar 2, setelah menggunakan pensel jenis HB dan diasah tajam, murid dapat menghasilkan kelainan. Guru tidak perlu memadam latihan murid.

Sebaliknya, jadikan ia sebagai contoh agar murid tidak mengulangi kesilapan yang serupa.

Perhatikan lagi gambar berikut.

Image013Gambar 3

————————————————————————-

Image012Gambar 4

Gambar 3 dan 4 adalah postur murid semasa menulis. Jika keadaan ini berlaku, guru kena perbetulkan segera kerana postur menulis ini adalah tidak betul dan sebenarnya tidak selesa.

Minta murid menulis dalam keadaan postur duduk yang tegak dan pastikan ada jarak antara penglihatan ———> buku.

Guru juga perlu perbetulkan cara murid memegang pensel supaya tulisan murid menjadi lebih kemas. Perhatikan gambar 4. Gambar menunjukkan cara memegang pensel yang tidak betul.

Selain daripada masalah yang dinyatakan di atas, guru boleh menggunakan kreativiti dan kebijaksanaan sendiri untuk membantu murid menulis dengan betul dan sempurna.

Aktiviti menulis boleh digabungkan dengan aktiviti permainan bagi mengelakkan murid berasa bosan. Saya sendiri kerap menggunakan kuiz bertulis sebagai salah satu aktiviti. Muzik latar juga boleh dipasangkan sebagai menarik minat murid ketika menulis

Sekian,

Teacher's Department
NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

Kaedah Pengajaran Pemulihan

22 Julai 2009 5 comments

Salam sejahtera..

Bersyukur kerana pada hari ini kita masih dapat menikmati kesegaran udara di kediaman mahu pun di tempat kerja. Ketika topik ini di tulis, sedang berlaku kejadiaan atas kehendak-NYA iaitu GERHANA MATAHARI SEPARA.

Baiklah, kembali kepada tajuk asal pada hari ini. Untuk pengajaran pemulihan yang berkesan, beberapa kaedah boleh digunakan.

Antaranya adalah :

  1. Kaedah Kumpulan
  2. Kaedah Individu
  3. Kaedah Pengajaran Rakan Sebaya.

KAEDAH KUMPULAN

  • Kaedah ini bererti murid belajar dan membuat kerja dalam kumpulan. Kebiasaannya, kumpulan ini diwujudkan berdasarkan kebolehan atau pun perbezaan minat.
  • Dalam kelas saya sememangnya mudah mengajar secara kumpulan berbanding individu kerana murid mempunyai daerah kelemahan yang sama. Oleh yang demikian, bahan yang hendak dihasilkan juga mudah.
  • Dengan adanya kaedah ini akan dapat membantu kelancaran komunikasi sesama murid, saling bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi dan berkongsi idea.

KAEDAH INDIVIDU

  • Kaedah ini menekankan tumpuan guru hanya kepada seorang murid sahaja. Kebiasaannya, murid dalam kategori ini lebih mudah diurus kerana guru tidak mengalami gangguan ‘banyak mulut’ daripada murid semasa mengajar.
  • Guru akan lebih mudah fokus kepada objektif pembelajaran murid dan murid berasakan mendapat lebih perhatian daripada guru.

KAEDAH RAKAN SEBAYA

  • Apabila mengajar dalam kelas yang mempunyai tiga kelompok murid pemulihan dalam kuantiti yang banyak, saya akan menggunakan kaedah ini.
  • Kebiasannya, murid-murid yang dilihat matang dan lebih cerdik daripada rakan yang lain akan dibimbing dan dilatih untuk membantu melicinkan pengajaran dan pembelajaran saya pada hari berkenaan.

Sekian,

Teacher's Department
NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

Bahan Bantu Mengajar – Part 3

13 Julai 2009 6 comments

Salam sejahtera.

Bertemu lagi di hari yang indah dan ceria ini. Terima kasih kerana terus mengunjungi laman ini.

Hari ini saya tambah lagi beberapa sampel bahan bantu mengajar yang mungkin boleh dijadikan rujukan untuk anda khususnya guru pemulihan.

P5080157

——————————————————————–

P5080175

——————————————————————–

P5080181

——————————————————————–

DSC00882

——————————————————————–

DSC00880

——————————————————————–

DSC00886

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

Bahan Bantu Mengajar – Part 2

9 Julai 2009 85 comments

Salam sejahtera..

Hari ini, saya edarkan bahan seterusnya dalam kategori bahan bantu mengajar. Semoga apa yang dipaparkan dapat mencetuskan inspirasi guru untuk terus membina bahan bantu mengajar milik sendiri, dan boleh diguna pakai selamanya oleh murid Pemulihan Khas.

Buku Lompat

———————————————————————-

Kad Cantum Bergambar———————————————————————-

puzzle tubuh badan———————————————————————-

P5080152

———————————————————————-

P5080166

———————————————————————-

P5080145

Setakat ini dahulu paparan bahan bantu mengajar dapat saya paparkan. Di masa akan datang saya akan papar lebih banyak lagi contoh bahan bantu mengajar..

Sehubungan dengan itu, teruskan mengikuti perkembangan semasa blog ini. Terima kasih.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

Bahan Bantu Mengajar – Part 1

8 Julai 2009 10 comments

Salam sejahtera..

Hari ini, saya akan post gambar-gambar yang juga merupakan bahan bantu mengajar untuk kegunaan murid di Kelas Pemulihan Khas. Bahan yang dipaparkan adalah sebagai rujukan sahaja.

Saya akan paparkan bahan bantu mengajar ini secara berperingkat – peringkat. Suka saya syorkan bahawa adalah lebih baik jika guru sendiri dapat membina bahan bantu mengajar kerana guru lebih memahami situasi pembelajaran murid masing-masing

abjad kecilHuruf Kecil

abjad besarHuruf besar

kad vokal

Huruf Vokal

carta suku kata

Carta Suku Kata

diagrafDiagraf

diftongDiftong

vokal berganding

Vokal Berganding

suku kata KVKK

Perkataan KVKK

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

p/s – akan datang, lebih banyak bahan bantu mengajar akan dipaparkan.

Pengamatan Dalam Program Pemulihan

7 Julai 2009 7 comments

Salam sejahtera.

Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.

Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca indera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu.

Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

Mengikut pendapat Ruth Strang dalam bukunya “ Reading Diagnosis and Remediation” beliau mengatakan pengamatan ialah satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak- kanak.

Janet W. Learner (1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities” telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek.

BAGAIMANA KANAK-KANAK MENGAMATI

Kanak-kanak menggunakan sebelah matanya sahaja untuk melihat selepas dilahirkan. Beberapa minggu kemudian, dia mula melihat dengan menggunakan kedua-dua belah matanya.

Pada akhir bulan kedua kanak-kanak ini sudah boleh menghalakan perhatiannya secara langsung kepada objek yang ada di hadapannya. Apabila objek itu bergerak dari sebelah ke sebelah, pergerakan mata bayi itu juga akan mengikutinya.

Dari peringkat inilah bayi itu mula memerhati sesuatu terutamanya pada benda-benda yang bergerak atau yang berwarna garang. Walau bagaimanapun benda-benda yang diperhatinya itu adalah semata-mata satu benda sahaja dan tidak dapat mentafsirkan keadaan benda itu kepada makna yang lebih dalam lagi.

Apabila kanak-kanak itu berusia lima bulan, dia sedar tentang keadaan sesuatu benda yang dilihatnya. Dia mula menyedari bahawa benda yang dilihatnya itu boleh dipegang. Kesedaran itu datang secara berperingkat -peringkat.

Mula-mula ia faham tentang bentuk sesuatu benda itu, kemudian apabila kanak-kanak itu hampir berumur satu tahun dia mula menyedari tentang setiap benda mempunyai identitnya yang sendiri.

Dia akan faham walaupun satu benda yang sama jenis seperti bola umpamanya, apabila diamati ia akan terdapat beberapa perbezaan dari segi saiz, warna, corak dan sebagainya

Sumber : Nota Kursus Pemulihan Khas

Sekian,

Teacher's Department
NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

Buatlah Sekadar Yang Termampu

6 Julai 2009 1 komen

Salam sejahtera..

Semoga di hari yang indah ini membuatkan kehidupan anda sentiasa lebih ceria. Jangan membebani minda anda dengan perkara yang remeh temeh kerana sedikit banyak hal itu bakal menjejaskan rentak perjalanan kehidupan anda hari ini.

Sejak kebelakangan ini, saya menerima banyak email daripada guru pelatih di Institut Perguruan dan bersembang menggunakan Yahoo! Messenger (YM) bersama guru-guru yang telah bertugas yang mana mereka bertanyakan tentang Program Pemulihan Khas, Protim dan KIA2M.

Banyak masalah yang dibangkitkan dari segi pengurusan tingkah laku, latar belakang keluarga murid yang bermasalah, masalah kewangan, faktor murid, masalah guru, masalah pentadbir dan banyak lagi.

Terima kasih saya ucapkan kepada anda yang terus membaca blog ini dan berkongsi masalah anda bersama saya. Suka saya ingatkan sekali lagi bahawa saya bukanlah pakar dalam bidang Pendidikan Pemulihan ini.

Banyak perkara yang boleh saya pelajari dan ambil iktibar daripada kisah yang dibangkitkan oleh pembaca dalam blog ini. Di sini saya ingin paparkan satu kisah yang saya ambil dari email yang diterima.

Seorang guru dari Melaka yang mengajar mata pelajaran Pemulihan menghadapi masalah untuk mengajar muridnya membaca. Pelbagai kaedah telah dicuba, namun tiada hasilnya. Saya telah meminta guru ini menghubungi saya melalui YM.

Semasa bersembang dengannya, guru terbabit mengatakan muridnya tidaklah ramai. Namun, perkara yang membimbangkannya adalah prestasi murid (tahun 2) yang masih merangkak-rangkak membaca sedangkan tahun ini (2009) sudah masuk bulan ke-7 (Julai).

Saya bertanya akan kaedah yang digunakan guru berkenaan dari segi teori dan praktikalnya. Jenis-jenis bahan bantu mengajar yang digunakannya, peralatan permainan dalam kelas dan faktor murid itu sendiri.

Guru terbabit menjelaskan dengan terperinci. Saya dapati, guru ini telah mencuba sehabis baik dalah usahanya membantu murid. Pelbagai kaedah telah dicubanya, namun masih tiada hasil.

Suka saya ingatkan guru berkenaan supaya jangan mudah berputus asa dan sentiasa optimis. Jika hari ini murid gagal sedangkan guru sudah melakukan yang terbaik. Sampai di situ sahajalah akhirnya. Maksud saya, usah bimbang akan kegagalan murid.

Guru patut risau akan kegagalan murid sekiranya guru tidak mengajar atau tidak berusaha ke arah pembangunan diri murid.

Saya amat berharap agar guru terbabit dapat memanggil kedua ibu bapa murid atau penjaga untuk hadir ke sekolah. Guru perlu melakukan sesi temubual untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas dari segi kesihatan dan latar belakang murid sebelum ini.

Daripada maklumat berikut, guru perlu buat analisis. Ada sesetengah murid, kita lihat mereka normal daripada pandangan mata kasar.

Guru juga perlu senaraikan kaedah-kaedah, teori dan bahan bantu mengajar yang telah dipraktikkan. Buat analisa untuk mengetahui di mana kesilapannya.

Mungkin guru pernah dengar analisis SWOT. Gunakan ia untuk merancang kejayaan guru.

Akhir sekali, guru tidak boleh mudah putus asa. Segalanya telah dicuba, mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin dari segi niat mengajar nak diperbetul, kaedah, praktikalnya dan segala macam lagi. BUATLAH SEKADAR YANG TERMAMPU. Jangan membebani diri dengan masalah murid Pemulihan. Jalan untuk mengatasinya masih ada. Hanya kita yang masih belum jumpa.

Jadi, berusahalah. Mudah-mudahan anda akan berjaya.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN SARPONEN
Teacher’s Department

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 106 other followers