Arkib

Archive for the ‘Strategi Pengajaran Matematik’ Category

Kenapa Mesti Permainan?

5 November 2010 2 comments

Salam sejahtera,

Semoga anda yang sedang melayari laman ini ketika ini berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping dapat melaksanakan tugas harian dengan sempurna. Tidak kira di mana anda ketika ini, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan anda. Semoga hari ini bagi anda adalah antara hari yang terbaik berbanding hari-hari yang sebelumnya. Terima kasih..terima kasih..terima kasih atas kesudian anda melayari laman ini.

Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkaitan sistem pengajaran dan pembelajaran dalam Pemulihan. Mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa sistem pengajaran dan pembelajaran tidak melalui teori semata-mata. Lain pelajar, lain cara belajarnya.

Semasa bertugas di sekolah lama dahulu, saya pernah ditanya oleh Guru Besar  dengan soalan-soalan berikut :

  • Mengapa saya turut berbaring bersama-sama murid semasa belajar?
  • Mengapa kelas berselerak dengan permainan?
  • Mengapa tiada lembaran kerja disediakan untuk murid?

Soalan-soalan ini memang dijangka akan ditanya oleh sesiapa pun yang lalu di hadapan kelas Pemulihan saya ketika itu kerana sistem pembelajaran saya di kelas Pemulihan berbeza dengan kelas-kelas normal yang lain.

Sebenarnya, memang itulah gaya belajar murid di kelas Pemulihan. Saya mengajar mereka mengikut kesesuaian dan cara belajar yang mereka inginkan. Sebagai seorang guru, saya faham tidak semua murid akan menerima pelajaran secara teori, lebih-lebih lagi jika itu murid Pemulihan.

Saya memilih mengajar murid ini melalui teknik permainan. Teknik ini bukan bermain semata-mata. Namun, ada diselitkan unsur pengajaran dan pembelajaran.

Contohnya, permainan DAM ULAR, murid mesti faham peraturan permainan. Kemudian melakukan lontaran untuk menggerakkan buah permainan. Jika mereka tiba di satu tempat, mereka akan diuji dengan satu teka teki sama ada soalan berbentuk ejaan perkataan dalam Bahasa Melayu atau pun soalan dalam bentuk ayat Matematik.

Jika di lihat dari sudut ‘bermain’ semata-mata, memang objektif pengajaran tidak akan tercapai. Tetapi, jika sasaran permainan tersebut sekurang-kurangnya murid dapat mengeja 10 patah perkataan dengan betul, tidak mustahil ianya akan tercapai dengan mudah berbanding meminta murid mengeja perkataan menggunakan kad perkataan.

Menggunakan permainan di kelas Pemulihan ada beberapa risiko yang perlu diketahui.

  1. Peralatan permainan boleh mendatangkan kecederaan
  2. Permainan akan berselerak di merata tempat dalam kelas
  3. Suasana bising menyelubungi kelas

Semua risiko ini boleh dielakkan apabila guru mengamalkan sistem kawalan kelas yang baik dan sempurna. Sentiasa memberi peringatan kepada murid akan peraturan sebelum, semasa dan selepas permainan.

INFO :

TAHUKAH ANDA??, Kajian tentang interaksi dalam kelas oleh Ned Flanders (1963) dan Wragg (1973) mendapati :

  • 2/3 daripada semua pelajaran adalah percakapan guru.
  • 2/3 daripada masa percakapan itu adalah percakapan guru.
  • 2/3  daripada percakapan guru adalah dalam bentuk syarahan.

Dalam kelas Pemulihan, jika guru banyak bercakap, tidak banyak perkara dapat dilakukan dalam tempoh 60 minit waktu mengajar. Kebanyakan murid pula akan bosan dan mengantuk.

 

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN

Teacher’s Department

Kursus Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran LINUS

21 Oktober 2010 16 comments

Salam sejahtera,

Pada minggu lepas, saya telah mengikuti satu kursus Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran bagi guru-guru LITERASI dan NUMERASI yang diadakan di Pejabat Pelajaran Bangsar – Pudu.

Kursus yang diadakan selama satu hari ini padat dengan pelbagai informasi dan aktiviti. Bertuah rasa diri kerana saya dapat mengikuti kursus ini. Walaupun masanya singkat, tetapi begitu banyak maklumat yang saya telah perolehi.

Berikut adalah kandungan kursus yang saya hadiri :

TENTATIF PROGRAM

 

7.30 pagi                      : Ketibaan dan pendaftaran

8.00 pagi                      : Taklimat oleh penyelaras program

– Pengajaran dan pembelajaran kelas LINUS Literasi

10.30 pagi                    : Kudapan

11.00 pagi                    : Bengkel Penghasilan Modul

12.30 tengah hari        : Merarau

2.00 petang                  : Pembentangan dan Pemurnian Modul

4.30 petang                  : Bersurai


Sekian,

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN
Teacher’s Department

Pertama Kali Kelas Jadi Riuh – Seronoknya!

17 Oktober 2010 2 comments

Salam sejahtera,

Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping bersama insan tersayang. Tidak kira di mana jua anda berada, jutaan terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi mengunjungi laman ini.

Hari ini ketika saya sedang asyik menyiapkan buah tangan terbaru (Ebook Khas Pemulihan), tiba-tiba terkenang kembali sesi pengajaran saya bersama murid-murid Numerasi pada hari Jumaat yang lalu.

Pertama kali dalam kelas tercorot yang saya ajar, 100% murid dapat memberikan tumpuan dan belajar dengan penuh bersemangat. Apabila murid menjadi bersemangat, saya sebagai tenaga pengajar lagilah bersemangat. Kebetulan pada hari tersebut saya membawa pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang boleh dilihat, disentuh dan diguna oleh setiap murid.

Berbanding dengan hari-hari biasa, saya cuma membawa tidak lebih dari tiga jenis bahan bantu mengajar. Barangkali kerana itu murid menjadi bersemangat. Murid-murid yang duduk di belakang pula boleh lihat dengan jelas bahan yang saya bawa.

Pada permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran lagi murid tidak sabar bagaimana hendak menggunakan bahan yang saya bawa. Selepas mengajar dan sesi penerangan bahan, saya memberi murid peluang menggunakan bahan sebagai rujukan untuk menyiapkan latihan dalam modul Numerasi yang dibekalkan.

Pada masa itulah kelas menjadi riuh. Riuh bukan kerana murid berebutkan bahan. Riuh bukan kerana murid membuat bising. Tetapi riuh kerana masing-masing membuat latih tubi yang diberi sambil merujuk bahan yang diberi.  Mana tidaknya, mulut masing-masing terkumat kamit membaca soalan Matematik sambil merujuk bahan yang saya bawa dalam kumpulan masing-masing. Ada yang khusyuk membuat latih tubi, tidak mahu diganggu. Tidak ada murid yang berlari ke sana sini, tidak ada murid yang bercakaran.

Tugas saya dalam mengawal keadaan kelas menjadi mudah pada hari tersebut. Gembira rasa hati. Itulah pertama kali saya dapat lihat 100% murid hendak membuat latih tubi yang diberi berbanding sebelum ini tidak sampai 70% murid yang hendak belajar.

Ada yang tidak faham akan bertanya berbanding sebelum ini, mereka sekadar berdiam diri dan menyukarkan saya untuk menilai mereka pada akhir pengajaran. Berbeza dengan hari tersebut, semuanya berjalan lancar. Ada banyak faktor yang perlu saya nilai semula bagaimana keriuhan pembelajaran ini terjadi berbanding hari-hari yang sebelumnya.

Apa pun, saya berasa gembira kerana objektif pembelajaran tercapai. Semoga kecemerlangan murid pada hari berkenaan akan dapat diteruskan pada hari-hari yang akan datang. Insyaallah.

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ SARPONEN

Teacher’s Department

Saringan 3 (Lisan) Selesai

7 Oktober 2010 2 comments

salam sejahtera,

Syukur ke hadrat Ilahi, dengan izin-Nya pada hari ini kita masih dapat bernafas dan menikmati keindahan dunia. Begitu juga anda, terima kasih saya ucapkan kerana masih sudi melayari laman ini. Semoga hari ini adalah hari yang paling baik bagi anda berbanding hari-hari yang sebelumnya.

Sedikit catatan ringkas yang ingin saya masukkan pada kali ini adalah berkaitan saringan 3 LINUS.

Saya telah menjalankan Saringan 3 bagi LITERASI dan NUMERASI. Murid LITERASI saya seramai 16 orang dan murid NUMERASI pula 19 orang.

Alhamdulillah, kesemua murid ini telah lulus kesemua 12 konstruk yang diuji di mana mereka berjaya menjawab setiap dua soalan dalam satu konstruk itu dengan betul.

Berdasarkan rekod semasa, saya amat yakin murid-murid tahun satu pada musim ini yang mengikuti program LINUS akan berkurangan menjelang akhir musim ini.

Cuma satu sahaja perkara yang membimbangkan saya selaku guru LITERASI dan NUMERASI iaitu saringan bertulis.

Berdasarkan rekod sejak Saringan 1 dan 2, kebanyakan murid yang mengikuti program LINUS kerana kegagalan mereka dalam saringan bertulis.

Sekian,
NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN
Teacher’s Department

Lupa Atau Masalah Pengamatan?

27 September 2010 1 komen

Salam sejahtera,

Semoga anda sentiasa sihat dan ceria di samping dapat melaksanakan tugas harian dengan sempurna. Tidak kira di mana pun anda berada, terima kasih kerana anda sudi melayari laman ini.

Pada suatu pagi, saya meminta seorang murid untuk mengambil barang saya yang tertinggal di atas meja dalam bilik guru.

Penulis   : Akmal. Mari ke sini sekejap. Awak tau meja cikgu tak?

Akmal     : Tau.

Penulis   : Okey, tolong ambilkan ‘marker pen’ warna biru atas meja cikgu.

Murid     : Sekarang ke, cikgu?

Penulis   : Ya.

Murid ini tadi keluar dan menuju ke bilik guru. Sebentar kemudian, dia kembali semula.

Penulis     : Mana barangnya?

Akmal      : He.he.. Lupalah. Cikgu suruh ambik ape tadi?

Penulis   : Cikgu suruh kamu ambil ‘marker pen’ warna biru macam ni (menunjukkan contoh) atas meja cikgu kat bilik guru.

Murid B   : Biar saya pergi, cikgu!

Jerit ketua kelas dari belakang.

Sekali lagi saya tunjukkan contoh ‘merker pen’ warna biru kepada murid berkenaan dan memintanya mengambil segera. Beberapa ketika kemudian, murid ini kembali semula.

Akmal     : Tak ada pun?

Penulis   : Atas meja cikgu la. Awak dah cari betul-betul?

Akmal     : Dah cari. Memang tak ada. Buku banyak la atas meja.

Penulis   : Awak cari atas meja siapa?

Akmal     : Atas meja cikgulah.

Penulis    : Ada gambar cikgu tak atas meja tu?

Akmal     : Ada. Tapi bukan gambar cikgu. Gambar Cikgu Faiz.

Penulis   : Akmal, meja yang awak pergi tadi tu bukan meja cikgu. Itu meja cikgu Faiz. Atas meja cikgu mestilah ada gambar muka cikgu ni. Tak apalah. Cikgu suruh orang lain pergi ambil.

Akmal     :  Saya tau, cikgu. Biarlah saya ambil.

Penulis   : Okey. Pastikan awak tak silap meja tau. Pergi ambil sekarang.

Akmal    : Ambil ‘marker pen’ je kan, cikgu?

Penulis   : Ya. Warna biru macam ni tau. (sekali lagi saya tunjukkan contoh)

Murid tadi meluru keluar berlari menuju ke bilik guru. Sebentar kemudian, murid ini kembali semula ke kelas dengan sebatang ‘marker pen’ yang saya minta diambilnya.

Akmal   : Nah!.

Penulis  : Akmal, ini ‘marker pen’ warna hitam. Cikgu suruh ambil warna biru.

Akmal   : Yeke, cikgu? Tadi saya ambil warna biru la. Macam mana sampai kat sini jadi warna hitam? (sambil menggaru kepala yang tak gatal)

Penulis  : Hmm.Tak apalah. Terima kasih. Awak sambung siapkan latihan tadi.

Murid tadi berlalu. Saya memandangnya dan kemudiannya menggeleng kepala dan tersenyum.

Sekian,
NORHAIDI BIN HJ SARPONEN
Teacher’s Department

p/s : Lain yang disuruh, lain yang dibuat

Modul Numerasi Tiba Lewat

1 September 2010 3 comments

Salam sejahtera,

Semoga anda ceria di samping dapat melaksanakan tugas harian dengan sempurna. Bagi yang beragama Islam, selamat menjalani ibadah puasa. Semoga puasa anda pada hari ini mendapat keberkatan daripada-Nya, Insyaallah.

Entri kali ini saya ingin sentuh tentang modul LINUS yang telah tiba ke sekolah pada minggu lepas.

Maaflah kerana saya pula lewat memasukkan maklumat ini dalam blog. Modul ini sebenarnya sudah tiba seminggu yang lepas, saya pula baru mendapatnya beberapa hari yang lalu.

Modul Guru

Modul Murid Jilid 1

Modul Murid Jilid 2

Seperti mana saya yang mengajar NUMERASI, ketiga-tiga modul ini tiba lewat kerana saya telah pun mengajar murid kemahiran asas Matematik sehingga tiga tajuk terakhir dalam silibus tahun 1.

Namun demikian, diharapkan kelewatan tiba modul ini tidak dijadikan alasan untuk guru menidakkan peluang murid untuk menguasai kemahiran dalam NUMERASI ini.

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ SARPONEN

Teacher’s Department

p/s :

  • Dah mengajar dan silibus pun dah nak abis. Tapi, baru dapat modul. …(“,)…

Program NUMERASI : Mengajar Murid Kemahiran Asas Menolak

20 Ogos 2010 3 comments

Salam sejahtera,

Semoga anda sentiasa sihat dan ceria di samping dapat melakukan ibadah puasa dengan sempurna, insyaallah. Terima kasih kerana anda terus sudi melayari laman ini.

Hari ini, saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan kaedah mengajar kemahiran asas menolak. Mengajar asas menolak bagi murid yang lambat perkembangannya memerlukan guru menyediakan bahan bantu mengajar yang secukupnya.

‘Menolak dalam lingkungan 10′


Untuk mengajar asas menolak, guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang cukup terutamanya untuk mengukuhkan pemahaman murid kerana kemahiran ini perlu diberi contoh dan diulang berkali-kali supaya murid benar-benar memahami konsep menolak.

Sebagai contoh,

Soalan 1 :       9  –  5  =  ?

Soalan 2 :      8  –  3  =  ?

  • Setiap murid diberi pembilang (contoh : lidi,gula-gula atau bahan lain yang sesuai) berjumlah 9.
  • Minta murid kira objek pembilang masing-masing sehingga 9.
  • Ulang baca soalan dan nyatakan jumlah asal sebelum ditolak iaitu 9.
  • tekankan simbol ” – ” kepada murid dan minta murid sebut nama simbol berkenaan.
  • Soal murid berapa jumlah yang hendak ditolak daripada 9 tersebut.
  • Kemudian minta murid keluarkan dan asingkan 5 daripada 9 objek pembilang masing.
  • Tanya murid sama ada jumlah tersebut semakin berkurang atau semakin bertambah.
  • Kemudian minta murid kira jumlah pembilang yang tinggal.
  • Bimbing murid di mana hendak menulis jawapan dan minta murid bacakan jawapan seperti berikut : 9  –  5  =  4  sebagai ‘nine minus five equal four.
  • Begitu juga caranya bagi soalan kedua.

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN

Teacher’s Deparment

p/s :

  • Panduan di atas hanya cadangan semata-mata. Jika anda di luar sana yang lebih berilmu, harap dapatlah berkongsi idea.

Makluman Pemantauan LINUS

30 Julai 2010 4 comments

Salam sejahtera,

Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria di samping dapat melaksanakan tugas harian dengan sempurna. Terima kasih kerana anda terus sudi melayari laman ini.

Sukacita dimaklumkan, pemantauan LINUS akan dijalankan pada 9 hingga 13 Ogos 2010.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah :

  • Sistem Fail yang lengkap dan mengandungi maklumat seperti :
  1. Jawatankuasa
  2. Surat menyurat berkaitan
  3. Minit mesyuarat LINUS
  4. Laporan ‘Post Mortem’ saringan 1
  5. Laporan ‘Post Mortem’ saringan 2
  • Rekod Pengajaran dan Pembelajaran :
  1. Persediaan mengajar yang relevan
  2. ABM / BBM
  3. Sahsiah
  4. Kaedah / teknik pengajaran
  • Rekod Maklumat Murid
    1. TEGAR
    2. LINUS
    • Penggunaan ABM / BBM
    1. Kreativiti

    Semoga guru-guru dapat bersedia untuk dinilai dan seterusnya memastikan program LINUS ini dapat membantu mengurangkan jurang murid yang keciciran dalam sistem pendidikan sedia ada.

    Sekian,

    NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN

    Teacher’s Department

    Bahan Bantu Mengajar – Part 13

    19 April 2010 2 comments

    Salam sejahtera,

    Terima kasih kerana anda terus sudi melayari laman ini. Semoga hari yang anda lalui pada hari ini, lebih baik daripada semalam. Saya sentiasa mendoakan agar anda sentiasa sihat dan ceria tidak kira di mana anda berada. Semoga kita sama-sama dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

    Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi lagi satu bahan bantu mengajar yang dibina semasa mengikuti kursus NUMERASI di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang.

    Semoga bahan yang tidak seberapa ini dapat dijadikan panduan kepada umum kelak. Antara bahan – bahan yang diperlukan adalah :

    Bahan-bahan :

    1. Gam
    2. Gunting
    3. Pisau kecil
    4. Kertas warna
    5. Kad manila
    6. Kertas Mahjong
    7. Pen marker

    persediaan awal..soalan diberikan secara spontan. Jadi, idea juga lahir secara spontan

    Tapak permainan di bina berasaskan nombor dan bentuk yang telah dipelajari murid

    asas tapak permainan dibina berdasarkan bentuk-bentuk yang telah dipelajari murid

    ~dadu turut dibina sebagai 'pemudah cara' dalam permainan~

    ~bahan telah siap..masa untuk siapkan peraturan permainan~

    ~peraturan permainan~

    ~siap sedia untuk pembentangan~

    Sekian,

    NORHAIDI BIN HJ SARPONEN

    Teacher’s Department

    • p/s : bahan yang dihasilkan hanya sebagai rujukan guru sahaja. Masih ramai individu yang lebih kreatif  di luar sana mampu menghasilkan bahan-bahan yang lebih bagus daripada ini.

    Bahan Bantu Mengajar – Part 12

    18 April 2010 Tinggalkan komen

    Salam sejahtera,

    Setelah sekian lama saya tidak mengemas kini laman ini kerana kekangan masa, hari ini saya akan letakkan beberapa bahan bantu mengajar yang dibina semasa mengikuti kursus LINUS (numerasi) di Sepang bulan Februari yang lalu. Saya juga akan letakkan beberapa langkah pembinaan bahan bantu mengajar ini supaya memudahkan anda memahami tujuan bahan ini.

    Bahan ini dibina untuk memperkenalkan bentuk-bentuk dan saiz kepada murid. Bahan ini dibina dalam bentuk yang dipaparkan di bawah supaya murid dapat mengenali kepelbagaian bentuk, tetapi ada diantaranya mempunyai nama yang sama, yang membezakan hanya saiz dan jenisnya sahaja.

    Bahan-bahan :

    1. Gam
    2. Gunting
    3. Pisau kecil
    4. Kertas warna
    5. Kad manila
    6. Pen marker

    gambar 1

    memperkenalkan bentuk memang mudah kepada murid, tetapi hendak memastikan murid mengenal jenis dan mengecam nama terhadap bentuk sedikit sukar..

    gambar 2

    pastikan bentuk dihasilkan sebelum ditampal, ada beberapa bahagian dalam bahan pada gambar 2 ini perlu dibuang semula kerana tidak sesuai..

    gambar 3

    hampir siap…

    gambar 4

    siap sedia untuk sesi pembentangan..

    • Bahan ini sekadar rujukan sahaja. Saya pasti lebih ramai individu yang lebih bijak untuk menghasilkan bahan yang lebih baik daripada ini.

    Sekian,

    NORHAIDI BIN HJ SARPONEN
    Teacher’s Department

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 110 other followers