e-Contact
“Langkah Pertama Itu Pengharapan,
Sedangkan Yang Tidak Melangkah Langsung,
TIDAK ADA Harapan.
Jom Mulakan Langkah Pertama Anda Sekarang”
Saya bukanlah mahir dalam sebarang bidang yang anda sedang fikirkan ketika ini. Namun, saya sedia berkongsi sebarang informasi berguna yang boleh dimanfaat bersama.
Ajukan sebarang pendapat atau komen anda mengenai apa sahaja ke alamat email berikut :

pemulihan2u@gmail.com

Jika tiada aral, saya akan membalas setiap email yang dikirimkan dalam tempoh kurang daripada 24 jam.
PENAFIAN : -
- Blog ini dibangunkan atas dasar perkongsian ilmu terutamanya berkaitan pendidikan Pemulihan.
- Umumnya, setiap Isnin hingga Jumaat, saya akan menulis mengenai isu pendidikan lebih-lebih lagi berkaitan Program Pemulihan Khas.
- Segala maklumat adalah nukilan asal saya. Walau bagaimana pun, beberapa maklumat berkaitan dunia pendidikan yang ditulis oleh individu tertentu turut diselitkan sebagai perkongsian ilmiah.
- Sekiranya saya mengambil maklumat dari blog, laman sesawang atau mana-mana ‘sudut’ informasi lain, kredit terhadap penulis berkenaan akan diberi seperti nama dan sumber diperoleh akan dipaparkan
- Setiap Sabtu dan Ahad, saya tidak akan menulis isu berkaitan dunia pendidikan.
- Topik lebih kepada umum dan berinformasi yang diambil daripada akhbar, majalah dan sebagainya di mana sumber bahan diperolehi akan dipaparkan sebagai rujukan.
- Tujuannya supaya saya dapat mengatur masa antara hari cuti dan waktu bekerja.
PERINGATAN :-
- Penulis blog sentiasa berusaha agar dapat memberikan maklumat yang tepat sesuai dengan kerjaya dan opsyen.
- Penulis blog ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat profesional yang lain kepada pembaca.
- Sekiranya anda memerlukan khidmat dan nasihat, sila dapatkan daripada pakar yang lebih berkelayakan.
HUBUNGI SAYA MELALUI YAHOO MESSENGER

- Jika anda ada masalah untuk menghantar email kepada saya, anda boleh menghubungi saya melalui Yahoo Messenger.
- Sila tambah saya dalam senarai anda sebagai : belalangcyber@yahoo.com
- Saya sentiasa online pada jam 9.00 malam hingga 12.00 malam
Terima Kasih.

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN






.jpg)
Assalammualaikum cikgu,
Kenapa tak boleh download bahan dalam laman web cikgu ni…. kenapa ye?
Bolehkah cikgu kirimkan bahan yang saya perlukan untuk didownload tetapi tidak boleh ke alamat e mel saya iaitu sapiah_mahmood@yahoo.com
seperti:
PEMULIHAN BAHASA MELAYU.
Persediaan Mengajar – Perpustakaan – Klik SINI
Persediaan Mengajar – Haiwan – Klik SINI
Persediaan Mengajar – Benda Di Sekeliling Kita – Klik SINI
Persediaan Mengajar – Bercuti Di Kampung – Klik SINI
Persediaan Mengajar – Kebersihan Alam Sekitar – Klik SINI
Persediaan Mengajar – Mari Membaca – Part 1 – Klik SINI
Persediaan Mengajar – Mari Membaca – Part 2 – Klik SINI
Persediaan Mengajar – (tajuk akan diletakkan kemudian) – Klik SINI
———————————————————————————————————————————————————–
LEMBARAN KERJA BAHASA MELAYU
Suku kata KV + KVK – Klik SINI
Membaca rangkai kata – klik SINI
Cari Perkataan Tersembunyi – Klik SINI
Bacaan dan Pemahaman (Teks mudah) – Klik SINI
Memadankan Abjad – klik SINI
Bacaan dan Pemahaman tahap 2 – klik SINI
Suku Kata Terbuka KV + KV – klik SINI
ABM Bergambar KV + KV + KV – klik SINI
Permainan Bahasa – klik SINI
Suku Kata KV+KVK1 – Klik SINI
———————————————————————————————————————————————————–
PEMULIHAN MATEMATIK
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran – Klik SINI
Persediaan Mengajar – Addition Within 50 – Klik SINI
Persediaan Mengajar – Addition Within 50 By and Without Regrouping – Klik SINI
———————————————————————————————————————————————————–
LEMBARAN KERJA MATEMATIK
Pre-Number – Klik SINI
Recognizing Numbers – Klik SINI
Subtraction Within 18-Problem solving – Klik SINI
Subtraction Within 50 – Klik SINI
Permainan ICT Matematik – Klik SINI
Math Centre Level Trial version 2 – Klik SINI
terima kasih cikgu atas jasa baik cikgu
Yang benar,
sapiah Mahmood
W’salam..
Saya pun tak tahu kenapa puan tak boleh download semua bahan2 tu..bila saya test di 10 buah komputer yang berlainan semuanya boleh sahaja…
Saya tak tahu apa masalah yang berlaku. Mungkin puan perlu ada perisian adobe reader. Maaf atas segala kesulitan.
Berikut adalah prosedur yang berlaku semasa download :
1. klik pada link
2. masukkan nombor keselamatan.
3. fail akan dimuat turun dalam bentuk PDF
Harap puan dapat maklumkan saya kenapa puan tak boleh download kesemua file tu..
Terima kasih atas makluman ini.
Mengikuti kursus KSPK betul-betul membuang masa dan duit…akhirnya balik ke opsyen lama dan duduk ke sekolah lama. Nak balik negeri pun tak dapat.
Maaf, saya mengikuti kursus KSPK bukan sebab seperti yang anda nyatakan. Saya percaya saudara menaruh harapan untuk mengajar opsyen semasa mengikuti kursus KSPK dan berharap akan bertukar ke sekolah baharu. Kasihan.
Saya mementingkan ilmu. Sebab itu saya menghasilkan laman ini. Saya juga tidak mengajar opsyen semasa mengikuti kursus KSPK dan bertugas ke sekolah lama. Namun, sedikit ilmu yang saya ada dapat dimanfaat dengan guru di sekolah dan semua pengunjung yang melayari laman ini turut mendapat manfaat.
Saya tidak pernah berasa rugi semasa mengikuti kursus ini. Malah mendapat elaun dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Segalanya ditanggung. Tuah badan, bijak kita mengurus, mantaplah hasilnya.
Terima kasih kerana sudi memberi komen. (“,)
saya nak tanya,BBM ada slogan tak?
Asalamualaikum,
Saya nak tanya, ada tak jual Buku 1 dan Buku 2 Mahir Membaca dan Menulis di kedai-kedai buku. Terutama sekali kat Kuching, Sarawak ni…
Terima kasih.
salam,
setakat ini saya hanya hasilkan ebook sahaja. Untuk mendapatkannya, sila layari http://norhaidisarponen.webs.com
Salam mesra;
Cikgu, saya tidak dapat melayari laman web cikgu! bolehkah cikgu email butiran akaun cikgu untuk dibuat bayaran e-book!
Sekian, terima kasih!
Sila layari http://norhaidisarponen.webs.com dan klik di galeri ebook untuk membuat tempahan.
terima kasih
assalamualaikum cikgu..saya tahun 2011 ini dah masuk tahun ke 2 mengajar PK..tapi masih kelam sahaja nampaknya…ketika ini saya mahu buat ujian saringan tetapi tidak ada bahan yang boleh dijadikan panduan..saya ada download ujian dignostik BM dari laman web ckgu..tapi bila saya print out saya tak tahu pula cara nak laksanakannya..ada lebih kurang 24 page bnyk tu..saya kurang pasti juga sampai ke tahap mana sebenarnya ujian diagnostik yg perlu dilaksanakan kepada murid.
harap cikgu dapat berikan pandangan..saya ada terget tahun ini perlu lebih baik daripada tahun lepas..
salam,
ujian diagnostik yang ada dalam laman ini adalah ujian yang lama. cikgu mungkin telah mendapat ujian diagnostik yang baharu daripada PPD. Jadi, sila gunakan bahan terkini yang dibekalkan untuk membuat ujian diagnostik.
semoga cikgu berjaya
saya nak tanya isu apa yg plg sesuai untuk dibahaskan bagi tajuk :
1.pengurusan kelas khas??
2.model pengajaran kumpulan??
banyak bahan yang menarik yg cikgu kongsikan di sini dan saya amat berminat utk memuat turun bahan2 tersebut. Malangnya internet di sekolah pula bermasalah
.. adakah cikgu boleh dihubungi melalui fb?
salam,
cikgu boleh add sy di fb atau di ym.
tq
cikgu, saya ingin menarik balik comment utama saya dalam blog cikgu dan tidak tahu menahu bagaimana. ia adalah penting untuk suatu keinsafan yang dilakukan oleh saya kerana membocor rahsia kawan atas rasa tidak puas hati.
ini link kepada webpage itu…harap cikgu dapat tolong..
http://cikguhaidi.wordpress.com/2009/12/29/guru-pelatih-diganggu-pensyarah-gatal/
.\29 September 2011 at 10:53 PM | #19
harap cikgu boleh remove semuanya skali. pertolongan mulia cikgu amatlah dihargai.
sekian.
Saya Cikgu Hazlan Yusof. Pernah belajar di IBMM (KDPM ambilan ke-3) dari 1998-2001.
Saya mula mengajar Program Pemulihan Khas dari 2001 hingga kini. Dilantik menjadi JU Pemulihan Khas negeri Kedah sehingga kini. Saya juga mengikuti PJJ PPG UPSI ambilan 2011.
Saya amat tertarik dan berminat dengan kaedah perkongsian ilmu yang cikgu usahakan ini. Saya ingin berkongsi ilmu dengan cikgu kiranya cikgu sudi
saja nak meramaikan majlis nak tambah kawan dan ilmu kat sini….. leh saya panggil cikgu haidi ja x? sngh nak berkomunikasi….harap dapat bg tnjuk ajar dan kongsi ilmu dgn saya yang mntah dan tiada pengalaman nie…
salam..saya nak minta pandangan cg, haidi mengenai keberkesanan penggunaan bahan multimedia dalam P&P kepada murid pemulihan seperti perisian KCM2M, iKELAS dan sebagainya yang terdapat di pasaran,
Salam sejahtera,cikgu..saya guru bukan opsyen BM yang diminta mengajar BM.saya terima dengan relahati.namun,saya mula kecewa,kerana BM tidak sama dengan matapelajaran lain.Saya mengajar di sekolah yang 70% pelajarnya adalah pelajar Cina,yang tahap komunikasi BM sangat lemah.saya ingin minta bantuan @ idea,cara merangsang pelajar untuk membina ayat,khasnya dalam karangan..saya pernah cuba kaedah mengisi tempat kosong,menyusun ayat semula.namun,sampai bila saya harus teruskan,kerana realitinya semasa peperiksaan sebenar,tiada sebarang idea yang diberi..saya harap,,cikgu dapat berkongsi idea bersama saya
salam, cikgu Farah
Saya tidak tahu pelajar cikgu adalah dalam kalangan murid sekolah rendah atau menengah.
Saya faham dan simpati dengan perkara yang menimpa cikgu. Pelbagai usaha cikgu lakukan tetapi masih tiada hasilnya. Saya percaya ini bukan masalah cikgu sebenarnya jika cikgu sendiri katakan 70% pelajarnya adalah cina dengan tahap penguasaan BM yang sangat lemah.
Dalam hal ini, bimbingan secara individu atau berkelompok tidak lebih dari lima orang diperlukan dalam satu-satu masa. cikgu perlu elakkan bermula dengan terus mengajar karangan.
jika masalah murid adalah penguasaan bahasa, cikgu perlu lihat sama ada mereka boleh membaca atau tidak. Kemudian, lihat kebolehan menulis pelajar cikgu sama ada kemas atau menulis mengikut masa yang ditetapkan,
cikgu perlu cari faktor utama pelajar cikgu lemah dalam BM dan dari situlah cikgu perlu bermula. sebagai contoh, faktor utama lemah penguasaan BM adalah kerana tiada minat ekoran 70% pelajar cina yang dinyatakan lebih gemar bertutur dalam bahasa ibunda. jadi, cikgu perlu galakkan mereka bertutur dengan baik, tersusun dan bermakna. cikgu juga perlu pupuk minat pelajar ini terhadap mata pelajaran bahasa
salam cikgu, sekolah saya telah menerima seorang murid Tahun 3 yang baru ditukarkan ke sekolah saya awal tahun ini.Murid ini lulus dalam matapelajaran BM dalam peperiksaan akhir tahun di sekolah asalnya.Walaubagaimana pun, setelah beberapa ujian dijalankan, di dapati murid ini hanya dapat membaca dengan baik tetapi tidak dapat menulis dengan baik. Kemahiran mengeja dan membatangkan perkataan juga lemah walaupun murid dapat menyebut perkataan. Bagaimana hendak mengatasi masalah ini cikgu?
saya kurang jelas dengan persoalan anda. anda katakan murid ini hanya dapat membaca dengan baik tetapi tidak dapat menulis dengan baik, tetapi pada masa yg sama anda juga mengatakan Kemahiran mengeja dan membatangkan perkataan juga lemah walaupun murid dapat menyebut perkataan. Jika mengeja sudah lemah bagaimana murid boleh membaca dengan baik?
itulah yg menjadi kemusykilan saya…murid dapat menyebut perkataan tapi apabila disuruh mengeja perkataan itu semula murid tidak dapat membuat dengan betul.Apabila diminta membaca petikan/cerita,murid dapat membaca walaupun tidak lancar sepenuhnya.Murid sebenarnya mengalami masalah untuk menyebut perkataan (disebabkan lidah pendek).Adakah faktor ini yang menyebabkan murid mengalami masalah untuk menulis?
saya tidak rasa masalah lidah pendek itu menjadi punca murid alami masalah untuk menulis kerana murid masih boleh membaca. bagi saya, tidak perlulah cikgu ajar murid itu mengeja lagi jika murid sudah boleh membaca. Teruskan dengan aktiviti pengayaan je.
buat mass sekarang saya memang mengajar mcm pemulihan dalam kelas aliran perdana..mengikut silibus BM tahun 3..dengan mengukuhkan lagi aktiviti pengayaan dan pemulihan murid..terima kasih atas idea dan pandangan cikgu.
Sangat kagum dengan anda. Syabas !
Akak berminat untuk membeli e book anda, Insyaallah dalam masa terdekat ini, maklumlah tak cekap bab ict ni,maka segala urusan masih perlu pergi ke bank.