e-Profile

LATAR BELAKANG

 

  • Nama : Norhaidi bin Haji Sarponen
  • Asal : Negeri Sembilan D.K
  • Tarikh Lahir : 11 Oktober 1982
  • Sekolah :
  1. Sek Keb (F) Lui Timor – 1988 hingga 1993
  2. Sek Men (F) Lui Barat – 1994 – 1999
  3. Sek Men King George V, Seremban – 2000
  • IPTA/S  : Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia, Kuala Lumpur
  1. Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) – Pengajian Melayu / Pemulihan
  2. Sijil Perguruan Khas (KSPK) – Pemulihan / Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)
  • Kerjaya : Pendidik
  • Mula Mengajar : 2.1.2004 (hingga kini)
  • Subjek : Bahasa Melayu dan Matematik Pemulihan, Bahasa Melayu, Moral, Muzik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
  • Sekolah : Sek.Keb Taman Impian Emas, 81300 Johor Bahru
  • Hobi : Melayari internet, membaca pelbagai bahan bacaan, bersukan, tengok gelagat orang, kemas kini blog dan e-bisnes
  • Siaran Kegemaran : Astro (turbo), Buletin Utama, ESPN
  • Wayang : Cerita yang kelakar, seram dan ada unsur pertarungan fizikal mental, serta siri penyiasatan yang menguji kepakaran dan kepintaran
  • Pengalaman bertugas :
    1. Sek Keb Jalan Kuantan 1, Kuala Lumpur – 2002 (praktikum KDPM)
    2. Sek Keb Taman Koperasi Polis, Gombak – 2003 (praktikum KDPM)
    3. Sek Keb Taman Impian Emas, JB – 2004 – 2007
    4. Sek Keb Sultan Alam Shah 1, Petaling Jaya – 2008 (praktikum KSPK)
    5. Sek Keb Taman Impian Emas, JB – 2009
    6. Sek Keb Seria Suria, KL – 2010
  • Motto : Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul’

INFO :

 Menerima pendidikan awal di Sek.Keb Felda Lui Timor sehingga darjah enam. Pernah membantu ayah dan ibu menjual nasi lemak di sekolah kerana kasihan melihat kepayahan ibu bapa menanggung sembilan anak.

Kemudian menyambung pelajaran di Sek.Men Felda Lui Barat yang terletak kira-kira 18 kilometer dari rumah. Pernah belajar di kelas ‘Pemulihan’ kerana sering gagal dalam peperiksaan dan banyak bermain.

Bergiat aktif dalam sukan sejak tingkatan 1 hingga 5 dan pernah mewakili pasukan sekolah hingga ke peringkat daerah.

Menyedari diri ini ‘berpotensi’, guru melantik saya sebagai pengawas sekolah pada awal tahun 1997 dan bertugas sebagai pengacara majlis dan sistem audio.

Menduduki peperiksaan PMR pada tahun 1997 dan SPM pada tahun 1999. Tamat sekolah menengah, saya bekerja sebagai pembantu makmal di kilang kelapa sawit selama 12 hari dengan gaji sehari RM12.00.

Inginkan rasa keperitan hidup seorang diri, saya berkelana ke Tanjung Sepat, Selangor dan bekerja di syarikat pembekal peralatan elektrik dengan gaji RM300.00 sebulan.

Menyedari masalah kewangan merumitkan kehidupan, pada bulan Jun 1999 saya mencari pekerjaan baru di Sepang. Bekerja di kilang membuat sarung tangan getah dengan gaji RM1400.oo sebulan.

Kerja di bahagian mesin membuatkan saya tidak tahan kerana terlalu penat dan terpaksa bekerja selama dua syif iaitu mula 7.00 pagi hingga 7.00 malam dan syif kedua 7.00 malam hingga 7.00 pagi. Cuti hanya sehari.

Pada bulan Jun 2000, saya dipelawa belajar di Tingkatan Enam Rendah di Sek.Men king George V, Seremban. Di sana, saya dilantik dengan pelbagai jawatan atas alasan guru, pelajar berbakat dengan rekod baik di sekolah lama patut ditonjolkan. Penat juga.

Tidak sempat mengambil STPM kerana hanya sebulan sahaja di Tingkatan Enam Atas.

Pada awal Januari 2001, saya ditawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran di Institut Bahasa Melayu Malaysia, Kuala Lumpur dengan elaun pertama RM360.00. Kemudian dinaikkan kepada RM500.00 dan yang terakhir dinaikkan RM550.00.

Tiga tahun di maktab, saya banyak menyertai aktiviti maktab dan aktif dalam sukan. Antara aktiviti sukan yang diceburi :

  1. KAGUM Hoki peringkat Zon – 2003
  2. KAGUM Bola Baling Peringkat Zon – 2002
  3. KAGUM Bola Baling Peringkat Kebangsaan – 2002
  4. Mewakili pasukan Universiti Malaya dalam pertandingan Bola Baling Terbuka Malaysia di Stadium Bukit Jalil – 2002
  5. dan banyak lagi..(guru-guru mungkin tahu apa makna KAGUM)

Tiga tahun di IBMM, saya telah tiga (3) kali menyertai program BTN (Biro Tata Negara) atas kerelaan sendiri dan ingin menambah pengalaman hidup.

dsc_00217

Pada tahun 2002, saya menjadi salah seorang daripada penerima Anugerah Cemerlang Pelajar dalam kategori CITRA PERAK kerana banyak terlibat dengan aktiviti maktab dan mengharumkan nama IBMM.

Kemudian menerima Diploma Pendidikan (KDPM) dalam pengkhususan PENGAJIAN MELAYU dan PENDIDIKAN PEMULIHAN dalam majlis konvokesyen yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre pada 2004.

sktie

Kemudian, saya ditugaskan mengajar PEMULIHAN sepenuh masa di SK Taman Impian Emas, Johor Bahru pada 2004 hingga 2007.

Saya bergiat aktif dalam sukan dan sering menyertai Liga Taman Impian Emas serta Pertandingan Bola Tampar Antara Guru-Guru Johor Bahru dan mewakili PPD-JPNJ dalam pertandingan Bola Tampar di Mersing.

 

Pada 2008 saya menyambung pelajaran dengan mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) satu tahun di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia, Kuala Lumpur dalam bidang Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajaran.

Tamat kursus selama setahun, saya kembali bertugas di sekolah lama dan sedang menyiapkan beberapa buah E-BOOK mengenai pengkhususan saya supaya dapat diguna pakai bersama para pendidik yang sama bidang dengan saya.

Saya juga sibuk menyiapkan Bahan Bantu Mengajar untuk kegunaan sendiri dan rakan-rakan guru Pemulihan. Selain daripada itu, saya juga aktif dalam bidang penulisan. Kebanyakan masa yang terluang saya akan peruntukkan sebahagian daripadanya untuk berkarya.

Kini saya telah menghasilkan beberapa buah NOVEL, NOPEN dan CERPEN. Namun, masih belum memikirkan hala tuju karya tersebut. Jika anda ingin melihat salah satu daripada karya saya, sila klik DI SINI.

018a1

Di samping itu juga, saya sedang menjalankan ‘part time’ secara online. ‘Part time’ ini bukanlah untuk menampung kos hidup yang semakin tinggi. Tetapi sekadar mencari pengalaman dan pengetahuan dalam dunia perniagaan.

Pada November 2009, saya telah memohon pertukaran ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Alhamdulillah, permohonan tersebut telah diluluskan. Pada 1 Disember 2009, saya telah melapor diri ke tempat bertugas yang baharu iaitu Sek Keb Seri Suria.


Pada Mac 2011, saya telah mula melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah secara PJJ (Pengajian Jarak Jauh) di Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.

 

Alhamdulillah, berkat doa ibu bapa, usaha yang gigih dan sokongan individu tertentu, saya kini dapat hidup dengan selesa. Segala keperitan hidup yang ditanggung pada masa lalu dijadikan panduan agar diri ini tidak mudah lupa sejarah dan asal usul diri.

Sekian.


 

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

p/s :

  • Bahagian ‘PROFILE’ ini akan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa
  1. costacurta
    13 Jun 2009 at 12:58 AM | #1

    eddy….macam mana nak hantar gaambar kat blog awak ni….ajar step to step

    • 13 Jun 2009 at 8:26 AM | #2

      Salam.
      - hantarkan gambar ke email saya..
      - nanti saya akan edit dan masukkan dalam blog.

      1. kecilkan saiz gambar
      2. hantar guna email

      hantarkan gambar tu ke email di bawah ;

      norhaidisarponen@yahoo.com

  2. swarapena
    29 Jun 2009 at 1:20 PM | #3

    gigh dan cekal.

  3. 7 Julai 2009 at 10:36 AM | #4

    Best la baca ceri u ni….nanti akan selalu baca… i ada blog tapi jarang update..kerana bahasa i lingtang pukang sikit kerana i ni Delexsia. tapi i will follow you blog.

  4. anakgajahdebab
    8 Julai 2009 at 9:05 PM | #5

    tq sbb byk sediakan bahan yg leh download esp tuk bbm..

    kite ajar budak2 pendidikan khas..jdnye..bahan2 yg ade kat sini sgt2 bersesuaian..

    timaceh byk2..!

  5. norasekin abdullah
    11 Julai 2009 at 6:00 PM | #6

    Salam…
    sy bgitu ttarik ngan blog nih..
    sy bkal mjdi guru, skrg tgh prktikum k mlka (kpli)
    sy major pemulihan khas bm n math, minor bm n math aliran pdna
    sbnrnye sy mglami mslh tuk fikir rph sy tiap2 hri…kdg2 smpi set induksi xtau nk wt pe…
    sy juga kurang bahan tuk bbm…
    tp stlh sy mbaca blog ni, sy dpt byk pgtahuan
    t.ksih krn mmberi input2 bguna…
    skrg ni sy msih mcri idea yg boleh menarik minat murid sy
    sy juga sdg mcari bbm utk matematik pemulihan…krn di sekolah sy prktikum ini tiada bahan tuk math…
    Salam…

  6. Alawiah Muhamad
    14 Julai 2009 at 11:18 AM | #7

    Saya guru sek ren. Saya tertarik dengan usaha gigih cikgu dan semakin terbuka pintu hati saya untuk menceburi kelas pemulihan . Saya mula mengajar Julai 1988 dan kini menyambung pelajaran di OUM /KPM. Walaupun sudah 21 tahun mengajar, minat terhadap bidang pendidikan sentiasa berkobar-kobar tetapi agak terkilan kerana masa untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajar semakin berkurangan berpunca urusan2 pentadbiran yang terpaksa guru-guru lakukan. Semoga kita menjadi seorang guru yang sebenar-benarnya guru. Saya doakan cikgu juga akan sentiasa sihat dan berjaya. TQ.

  7. zaharah
    21 Julai 2009 at 1:35 PM | #8

    Salam., best la baca pengalaman cikgu dlm bidang pendidikan pemulihan ni. akk ni merupakan guru pemulihan khas di lenggeng ns. harap2 kita dapat berkongsi pengalaman dlam mendidik murid-murid pemulihan…

  8. 4 Ogos 2009 at 10:30 AM | #9

    salam,tahniah pada awak………..anak peneroka felda lui timur juge la ni yea……saya ikut bangga dengan perit jerih awak…..chaiyok2x….saya pun anak peneroka felda lui timur juge dan saya juge seorang guru,tapi saya ajar vokasional untuk bidang multimedia…..so tahniah la saya ucapkan pada awak…..dari bawah melangkah satapak hingga nampak hasil jayanya……

  9. zuraida
    5 Ogos 2009 at 10:23 PM | #10

    assalamualaikum
    Terima kasih kerana banyak bahan bermutu yang dapat saya perolehi di web site ini. Banyak perkara yang saya pelajari bagi memperbaiki kaedah pengajaran di dalam kelas pemulihan saya. diharapkan pada masa akan datang lebih banyak bahan bantu mengajar yang diperlihatkan dalam web ini.
    terima kasih

  10. najwa
    5 September 2009 at 5:24 PM | #11

    salam…
    saya suka dgn blog nih…,
    blh jd bhn rujukan utk stdy,exam gn wt asgmt.
    sy pun student ipbmmjgk,
    ambilan julai 2007…
    sy mik pemulihan jgk.
    sy akn support blog nih dan
    dunia pendidikan abg jgk.
    taman impian emas kt laluan mne ek?
    nk tau jalan nk ke sana?
    nti ne tau saya boleh wat
    pengalaman berasaskan sekolah yg ketiga kt JB,
    sy org pontian.

  11. bakal cikgu ecah..
    27 September 2009 at 1:41 AM | #12

    salam cikgu.. thx byk2, puas cah cri cth ujian diagnostik, mmg x jmp… tp dgn link cikgu bg, alhamdulillah… syukur.. moga cikgu dilimpahi rahmat krn tlg cah.. leh siapkan assgment cpt2.. hehe.. thx cikgu.. wsalam..

  12. amirah
    25 Oktober 2009 at 1:10 AM | #13

    saya pelajar IPGM opsyen PISMP Pemulihan sem 2..blog cikgu byk membantu saya dalam memahami bidang ni dan dalam tugasan juga.. :) mula2 dlu x minat pemulihan ni tp lps ke sekolah tgk sendiri pelajar pemulihan, terbit rasa tanggungjawab utk bantu mereka. tambah pula lps baca kisah cikgu ni..terima kasih atas usaha cikgu dalam membantu semua pihak yang terlibat dalam bidang ni. keep up the good work.

  13. nor sakinah bt alias
    3 November 2009 at 10:45 PM | #14

    askum…
    saya isteri bab. sakinah kelas pra 5g di ibmm dulu. saya nak tanya mcmana cikgu buat buku bacaan suku kata yang menarik berbentuk bulat dan segi empat itu. blh x tlg ajarkan kerana saya ingin membuatnya bagi murid-murid prasekolah saya dapat membaca sebelum melangkah ke tahun satu. harapan saya agar cikgu dapat menolong.

  14. 5 November 2009 at 1:18 PM | #15

    Assalamualaikum cik.. gima kabarnya?? Saya lagi blokwalking nih. kebetulan mampir disini.. blog yang bagus.. saya yusrizal dari Padang, (indonesia)
    Ditunggu ya kunjungan balasannya..di http://yusrizalfirzal.wordpress.com/
    Semoga silaturrahmi kita terus berlanjut… Wassalam

  15. 29 Disember 2009 at 11:58 PM | #16

    nak berkongsi pengalaman dan ilmu bersama saudara

  16. 30 Disember 2009 at 12:00 AM | #17

    http://zarinabmskdrs.blogspot.com
    berkongsi idea dan ilmu …

  17. norida mustapha
    16 Januari 2010 at 10:35 PM | #18

    salam.. tq so much sbb bg info yg sgt b’guna untuk gru2 yg dlm kebingungan..esp. nk buat bbm.. rajib btol c’gu haidi..thniah saya ucapkan kerana berjaya menjadi seorang pendidik yg btol2 komited. teruskan usaha c’gu dlm mendidik anak bangsa..

  18. 17 Januari 2010 at 2:33 PM | #19

    Salam.
    Semoga menjadi guru yang cemerlang dan terbilang.

  19. Mama Nurin
    21 Februari 2010 at 3:12 PM | #20

    salam..terima kasih atas cite anda yg pelbagai..Sy sgt bertuah kerana dari anda saya tahu apa itu Protim yang sebenarnya..

  20. imanisa
    7 Mac 2010 at 6:42 PM | #21

    askm saudara, saya menjumpai sa buah beg besar de tepi jalan besar, karak highway menuju ke pahang,beg mengandungi byk barang penting,contoh hard drive, must belong to one of the student i guess!! nama syahida idris, kampus perempuam melayu melaka .female. please ask around n contact me by my email. thanks

    • 7 Mac 2010 at 10:23 PM | #22

      Terima kasih…

      saya kagum dengan kejujuran anda…

    • 8 Mac 2010 at 2:34 PM | #23

      salam…itu beg adik saya…mcmmana nk hubungi please….

  21. 8 Mac 2010 at 2:39 PM | #24

    salam…imanisa….mcm mana sy nk dapatkan beg tu ye??beg tercicir dari bas…

  22. nazihanbt idris
    8 Mac 2010 at 2:51 PM | #26

    tkasih di atas sifat baik hati cikgu, kami susah hati dah 4 hari mengenangkan beg yg hilang tu, cari dah 2 kali round naik genting, sebab budak motor ambil bawa naik genting, tuan punya beg syahidah tu dah kering air mata mengenangkan begnya, beg tu jatuh dr tmpt simpanan barang bawah bas,ada org nampak kene ambil dek motor. alhamdulillah cikgu simpan dulu nanti kami g ambil. moga Allah balas budi mulia cikgu tu

    tk.
    nazihan idris
    (012-6930191)

  23. ana
    16 Mac 2010 at 2:04 AM | #27

    aloo… byk info dpt dr blog nie… sy br di posting tahun nie & dipertanggungjawab utk jd guru pemulihan tegar, berat tul tugas cikgu…

  24. 21 Mei 2010 at 8:14 AM | #28

    Assalamualaikum dan salam perkenalan…

    Tahniah dan syabas diucapkan kpd Cikgu Haidi, moga kecemerlangan yg perolehi sehingga kini akan berterusan dan berkekalan….amin!

    • 18 Ogos 2010 at 8:57 PM | #29

      terima kasih..semoga kecemerlangan juga milik saudara

  25. salawati bt jamaludin
    30 Jun 2010 at 6:40 PM | #30

    salam…. bila tgk profil rupanye haidi ini junior akak. akak tahun akhir pada 2001 di IBMM.ini lah jasa pensyarah2 yang telah melahir ramai pendidik yg berkualiti…. tahniah…. semoga Haidi meneruskan usaha murni Haidi tu….boleh la berkongsi cerita, bahan dan pengalaman.

  26. satifah mohd aris
    23 Julai 2010 at 9:37 PM | #31

    salam..tahniah byk info yg blh di dpti….boleh x saya bertanya di manakh cikgu haidi dapat gambar buku lompat anggota badan tersebut….

    • 26 Julai 2010 at 10:50 PM | #32

      Kebanyakan bahan saya peroleh semasa belajar di IBMM

  27. 26 Julai 2010 at 1:59 AM | #33

    TERANGKAN MASALAH BAHASA MURID PENDIDIKAN KHAS.

  28. 26 Julai 2010 at 2:01 AM | #34

    masalah bahasa murid masalah pembelajaran khusus utk murid ADHD.

  29. ANIS ZAINAL
    17 Ogos 2010 at 12:35 PM | #35

    Salam… tahniah cikgu…banyak info yang saya perolehi dari blog cikgu,
    saya cikgu LINUS & Protim sekolah saya… saya tertarik dengan bilik protim yang cikgu buat… kalau boleh saya ingin contoh kertas kerja cikgu untuk bilik PROTIM… trima kasih ye:)

    • 18 Ogos 2010 at 8:44 PM | #36

      salam,

      maaf, bilik yang saya tunjukkan ada banyak dalam laman ini. saya tidak pasti bilik yang mana satu puan maksudkan. Bilik dalam kelas saya di sekolah lama biasa sahaja. Bilik yang lain adalah gambar yang diambil semasa mengadakan kunjungan ke sekolah-sekolah terpilih.

      walaubagaimana pun, saya masih mempunyai kertas kerja untuk memohon sejumlah peruntukan bagi menaik taraf bilik pemulihan.

  30. izan
    22 September 2010 at 9:37 AM | #37

    salam…kalau sy dah bank in kan camne nak bgtau awak sy dah bank in kan duit untuk ebook tu?

    • 22 September 2010 at 10:26 AM | #38

      salam, selepas bank in, sila isikan borang tempahan yang telah disediakan.

      layari http://norhaidisarponen.webs.com dan klik di bahagian GALERI e-BOOK untuk mengisi borang tempahan buku yang dipesan.

      terima kasih

  31. ain
    10 Oktober 2010 at 7:51 AM | #39

    salam cikgu,
    saya ingin bertanya pendapat cikgu berkenaan murid2 yg boleh mengeja tetapi tidak boleh membatang suku kata dengan betul. contohnya murid mengeja B.U dan menyebut “bu” ,kemudian mengeja K.U dan menyebut”ku” tetapi apabila diminta menyebut perkataan BUKU, murid cenderung menyebut “KU” sahaja. apakah masalah murid sebegini, dan kaedah terbaik untuk membantu murid..

    • 10 Oktober 2010 at 8:31 PM | #40

      salam,

      cikgu jangan bimbang. Masalah ini kerap berlaku pada kanak-kanak yang berusia 5 hingga 7 tahun yang baru belajar asas mengeja. Dalam hal ini, cikgu tidak menyatakan usia dan latar belakang murid. Saya andaikan murid berusia 8 tahun ke bawah dan masalah tersebut terjadi kerana murid tidak faham atau masih keliru dengan konsep mengeja yang betul.

      Murid tidak tahu hendak membunyikan seluruh perkataan yang dieja, atau menyambung sebutan ejaan yang dibantu oleh guru.

      Untuk mengatasinya, cikgu perlu fahamkan murid konsep mengeja perkataan iaitu membunyikan suku kata pertama (hadapan) diikuti suku kata kedua, ketiga dan seterusnya.

      Contohnya, murid eja perkataan KACA sebagai KA + CA. Suku kata KA adalah suku kata pertama yang perlu disebut diikuti suku kata CA. Apabila kedua-dua suku kata ini disebut mengikut urutan yang betul, barulah perkataan ini akan disebut dengan betul iaitu KACA.

      Terima kasih

  32. rama
    18 Februari 2012 at 8:10 PM | #41

    Assalamualaikum, sya mengajar murid linus tegar thun 2 seramai 4 orang. Seorg dah dapt mengeja suku kata kvkv w/pun pelat dn lambat malah kdgkala lupa. 3 org lgi msih blm menguasai abjad. Brdasarkan pemerhatian kmi(guru linus/pemulihan) ke4 mereka mmpunyai ciri2 bermsalah pembelajaran. Yang hairannya, doktor tidak mngesahkan mrk bermsalh cuma lambat. Bgi sya klu dah 2 thun belajar tpi blm mnguasai abjad(kecuali seorg yng sya sebutkan tdi) mesti ada masalah dr segi kognitif mereka? Tak gitu cikgu? Bgmana nak yakin kan doktor yg mrk bermslh pembljrn?( Supaya nama mrk dpt dikeluarkan drp data linus)

    • cikgu
      18 Februari 2012 at 11:23 PM | #42

      Wsalam,

      Anda tidak menyatakan doktor mana yang anda rujuk? saya tidak pasti anda berjumpa dengan siapa sama ada doktor pakar kanak-kanak? atau pembantu perubatan di klinik kesihatan?

      Sekiranya doktor yang anda jumpa itu adalah seorang pakar, doktor tentu tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengesan masalah murid. Doktor akan menjalankan beberapa jenis pemeriksaan termasuk ujian terhadap murid. ini akan memakan masa dan bukannya sehari dua.

      Selesai menjalankan pemeriksaan/ujian ke atas murid, satu laporan akan dikeluarkan dan cikgu akan tahu intipati laporan serta keputusan daripada doktor sama ada murid berkenaan bermasalah atau tidak.

      untuk pengetahuan anda juga, cadangan usia untuk menempatkan murid berkeperluan khas ini adalah diketika mereka berumur 10 tahun. jadi, mereka masih darjah dua. jika hendak menghantar mereka ke sekolah atau kelas khas, perlu mendapat kebenaran bertulis dari ibu bapa / penjaga.

      saya berharap cikgu perlu sentiasa beri perhatian kpd murid cikgu. analisis masalah mereka.kenal pasti punca sebenar mereka menjadi begitu.panggil ibu bapa / penjaga murid datang ke sekolah. tunjukkan kepada ibu bapa hasil kerja murid tersebut. beri cadangan supaya ibu bapa merujuk semula anak mereka kepada doktor pakar kanak-kanak. jika tidak mampu doktor pakar swasta, kita ada doktor pakar kerajaan.

      minta GPK HEM keluarkan surat dan serahkan kepada penjaga untuk berurusan dengan doktor. Saya faham jika anda berada dalam keadaan sukar untuk membentuk murid ini. cuma saya minta anda lebih bersabar dan teruskan membantu murid anda semampu yang boleh..

  33. rama
    19 Februari 2012 at 5:19 PM | #43

    Terima kasih di atas paduan jelas ( dan pantas) serta
    motivasi cikgu. Semoga anda sentiasa mendapat Rahmat dan Hidayah daripada Allah SWT.

    • 19 Februari 2012 at 9:57 PM | #44

      sama2. saya doakan usaha anda juga mendatangkan hasilnya

  34. amanita
    20 Februari 2012 at 3:28 PM | #45

    as salam cikgu, cikgu ada fb x??? saya pelajar upsi juga, saya perlukan cikgu untuk tahu lebih lanjut dan mencari beberapa maklumat yg saya kurang jelas.. sa salam terima kasih

    • cikgu
      20 Februari 2012 at 8:23 PM | #46

      sila add saya di YM : belalangcyber

      saya online setiap isnin – jumaat jam 9.00 hingga 11.30 malam.

      kita boleh berbincang diruang chat dalam YM.

      TQ

  35. rohaya
    21 Februari 2012 at 10:18 AM | #47

    salam cikgu haidi.. thanks bbayk ats lembaran kerja yg disharekan brsama2.. saya nak tanye bagaimana cara saya nak membeli ebook mahir membaca dan menulis 1& 2 yang dijual pada harga rm10 setiap satu? saya sangat berminat. harap2 dapat makllumbalas drp ckgu. u can responds also to my email: rohaya_abusaid@yahoo.com. tq

    • cikgu
      21 Februari 2012 at 6:04 PM | #48

      sila layari laman norhaidisarponen.webs.com dan ikut langkah yang disediakan.
      TQ

  36. faniza bt othman
    18 Mac 2012 at 10:38 AM | #49

    Salam.suka baca blog..tq info2..

  37. Lynn
    19 April 2012 at 8:49 AM | #50

    slm….sy suka blog ni….nk join……..blh?

  38. kiki
    24 April 2012 at 10:53 PM | #51

    saya tak dapat download la bahan-bahan cikgu tu….?Gi mana ya..???

  39. mohd sofian b ahamad rapani
    25 April 2012 at 12:54 AM | #52

    alhamdulillah..tq

  40. 7 Mei 2012 at 11:17 PM | #53

    salam cikgu haidi. pagi ini aku ternampak sehelai lembaran kerja bm pemulihan di atas meja seorang rakan. terpapar tulisan kecil “cikguhaidi.wordpress.com”. lantas terlintas di fikiranku mungkinkah NORHAIDI rakanku. Nyata tekaanku benar sekali apabila melayari internet. Tahniah Norhaidi Sarponen.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 52 other followers