Arkib

Posts Tagged ‘bahan bantu mengajar’

Bahan Bantu Mengajar – Part 15

7 Mei 2010 5 comments

Salam sejahtera,

Semoga hari yang anda lalui pada hari ini membuatkan anda semakin ceria dan bertenaga.Terima kasih kerana anda masih sudi mengunjungi laman ini.

Sebelum ini saya pernah paparkan contoh bahan bantu mengajar dalam bentuk suku kata pelbagai jenis seperti dalam bentuk permainan, cawan, dadu dan sebagainya.

Kali ini, saya hendak paparkan bahan bantu mengajar suku kata KVK yang diambil dari kelas Pemulihan di tempat saya bertugas.

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ SARPONEN

Teacher’s Department

Bahan Bantu Mengajar – Part 14

21 April 2010 6 comments

Salam sejahtera,

Semoga hari ini anda lalui dengan penuh ceria dan bertenaga di samping dapat melaksanakan pelbagai aktiviti sihat dengan sempurna untuk diri sendiri juga orang lain.

Terima kasih kerana anda masih sudi melayari laman ini. Hari ini, saya akan kongsikan lagi beberapa bahan bantu mengajar serta aktiviti-aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran Numerasi.

Semoga segala bahan yang dipaparkan dapat dijadikan panduan untuk semua.

antara bahan yang digunakan untuk mengajar kemahiran asas tolak

gambaran penuh bahan

KETERANGAN :

  • Model aiskrim digunakan untuk memudahkan aktiviti dijalankan. Bahagian atas aiskrim (warna merah) boleh dicabut menandakan ia telah dimakan atau mencair.
  • Guru akan memberi tunjuk cara / soalan rangsangan yang paling mudah.
  • Soalan boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian masa guru.
  • Contoh, Abu ada 10 batang aiskrim. Dia makan 3 batang aiskrim. Berapakah jumlah aiskrim yang tinggal?
  • Jadi, guru akan membimbing murid bagaimana untuk menjawab soalan dengan mengeluarkan 3 bentuk aiskrim (kad manila warna merah – menandakan ia telah dimakan)
  • Murid akan dibimbing untuk melekatkan nombor dan jawapan yang disediakan dalam ruang sedia ada.

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ SARPONEN

Teacher’s Department

  • Paparan di atas hanyalah sebagai rujukan sahaja dan saya percaya ramai bijak pandai yang ada di luar sana mampu hasilkan bahan yang lebih baik dan menarik

Bahan Bantu Mengajar – Part 13

19 April 2010 2 comments

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana anda terus sudi melayari laman ini. Semoga hari yang anda lalui pada hari ini, lebih baik daripada semalam. Saya sentiasa mendoakan agar anda sentiasa sihat dan ceria tidak kira di mana anda berada. Semoga kita sama-sama dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi lagi satu bahan bantu mengajar yang dibina semasa mengikuti kursus NUMERASI di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang.

Semoga bahan yang tidak seberapa ini dapat dijadikan panduan kepada umum kelak. Antara bahan – bahan yang diperlukan adalah :

Bahan-bahan :

  1. Gam
  2. Gunting
  3. Pisau kecil
  4. Kertas warna
  5. Kad manila
  6. Kertas Mahjong
  7. Pen marker

persediaan awal..soalan diberikan secara spontan. Jadi, idea juga lahir secara spontan

Tapak permainan di bina berasaskan nombor dan bentuk yang telah dipelajari murid

asas tapak permainan dibina berdasarkan bentuk-bentuk yang telah dipelajari murid

~dadu turut dibina sebagai 'pemudah cara' dalam permainan~

~bahan telah siap..masa untuk siapkan peraturan permainan~

~peraturan permainan~

~siap sedia untuk pembentangan~

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ SARPONEN

Teacher’s Department

  • p/s : bahan yang dihasilkan hanya sebagai rujukan guru sahaja. Masih ramai individu yang lebih kreatif  di luar sana mampu menghasilkan bahan-bahan yang lebih bagus daripada ini.

Bahan Bantu Mengajar – Part 12

18 April 2010 1 komen

Salam sejahtera,

Setelah sekian lama saya tidak mengemas kini laman ini kerana kekangan masa, hari ini saya akan letakkan beberapa bahan bantu mengajar yang dibina semasa mengikuti kursus LINUS (numerasi) di Sepang bulan Februari yang lalu. Saya juga akan letakkan beberapa langkah pembinaan bahan bantu mengajar ini supaya memudahkan anda memahami tujuan bahan ini.

Bahan ini dibina untuk memperkenalkan bentuk-bentuk dan saiz kepada murid. Bahan ini dibina dalam bentuk yang dipaparkan di bawah supaya murid dapat mengenali kepelbagaian bentuk, tetapi ada diantaranya mempunyai nama yang sama, yang membezakan hanya saiz dan jenisnya sahaja.

Bahan-bahan :

  1. Gam
  2. Gunting
  3. Pisau kecil
  4. Kertas warna
  5. Kad manila
  6. Pen marker

gambar 1

memperkenalkan bentuk memang mudah kepada murid, tetapi hendak memastikan murid mengenal jenis dan mengecam nama terhadap bentuk sedikit sukar..

gambar 2

pastikan bentuk dihasilkan sebelum ditampal, ada beberapa bahagian dalam bahan pada gambar 2 ini perlu dibuang semula kerana tidak sesuai..

gambar 3

hampir siap…

gambar 4

siap sedia untuk sesi pembentangan..

  • Bahan ini sekadar rujukan sahaja. Saya pasti lebih ramai individu yang lebih bijak untuk menghasilkan bahan yang lebih baik daripada ini.

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ SARPONEN
Teacher’s Department

Bahan Bantu Mengajar – Part 11

3 November 2009 2 comments

Salam sejahtera..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-NYA kita masih lagi boleh menikmati segala anugerah yang diberi. Semoga apa jua yang anda lakukan pada hari ini, akan sentiasa mendapat keredhaan-NYA. Moga-moga apa yang kita kerjakan akan beroleh manfaat yang setimpal.

Baiklah, hari ini saya akan tambah sedikit lagi sambungan bahan bantu mengajar berunsurkan ICT. Moga apa yang dipaparkan dapat dijadikan rujukan.

PROGRAM EYE-CARE

Slide1

Slide 3

Slide 2

Slide 4

Sekian,

Teacher's Department
NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

Bahan Bantu Mengajar – Part 10

2 November 2009 2 comments

Salam sejahtera..

Hari ini saya sambung sedikit lagi mengenai bahan bantu mengajar berasaskan projek ini.

PROGRAM EYE-CARE

Slide1

Slide2

Slide3

Slide5

Slide9

Slide20

Slide24

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

P/S : Esok saya akan paparkan sambungan slide program ini

Mendidik Anak – Guna Kekerasan @ Psikologi??

30 September 2009 2 comments

Salam sejahtera..

Semoga anda sihat sentiasa dan dapat menjalankan tugas harian seperti biasa. Terima kasih kerana anda masih sudi mengunjungi laman ini. Tidak kira siapa dan di mana anda berada, saya doakan anda sentiasa ceria. Insyaallah.

Topik pada hari ini berkaitan dengan sistem pemulihan tetapi dilaksanakan oleh ibu bapa murid sendiri. Saya akan nyatakan isu ini dalam bentuk situasi.

Pada malam tadi, saya dan rakan serumah pergi ke sebuah gerai di Taman Tun Aminah, Skudai untuk menjamu selera. Apabila berada dalam keadaan di mana ramai orang di satu-satu tempat, saya akan ambil peluang itu untuk memerhati gelagat dan tindak tanduk mereka.

Sambil menjamu selera, mata saya meliar melihat ke kiri dan kanan melihat gelagat orang ramai. Selang dua meja di hadapan saya, ada sepasang suami isteri dan dua orang anak mereka yang masih kecil sedang menjamu selera juga.

Tidak berapa lama kemudian, kedua-dua anak pasangan ini tadi berkeliaran. Si bapa memanggil anaknya yang semakin jauh dari tempat makan. Suara si bapa memanggil anaknya menyebabkan ramai orang tersentak!. Anaknya yang masih kecil pula seronok bermain berdua. Agaknya tidak mendengar panggilan si bapa atau memang tidak peduli langsung dengan tempikan si bapa. Budak kecil-lah katakan. Apalah sangat yang mereka faham?

Tiba-tiba si bapa bangun dan menuju ke arah anaknya. Dua anak perempuannya tadi di seret kembali ke meja makan. Si kecil di sepak-sepak macam bola. Sambil mulut memarahi anaknya, kakinya tak henti-henti menyepak si kecil bertalu-talu.

Kasihan anak kecil itu meraung kesakitan. Orang ramai termasuklah saya sekadar memandang sayu dan menggeleng-geleng kepala.

Selepas makan malam, saya pulang ke rumah dan memikirkan semula situasi yang berlaku. Ada dua perkara berbeza yang bermain di minda. Satu positif dan satu lagi negatif. Namun, saya lebih terarah kepada berfikir secara positif.

Barangkali, itu adalah caranya mendidik anak yang tidak mendengar kata? Entahlah. Sesetengah orang bersetuju ibu bapa menggunakan kekerasan untuk mendidik anak mereka berbanding menggunakan pendekatan psikologi. Beberapa ibu bapa yang saya temui turut sama bersetuju dan mengakui bahawa anak-anak sekarang semakin moden.

Mendidik tanpa menggunakan kekerasa tidak akan menjamin anak itu akan menghormati atau mendengar kata orang tua kelak. Jika semasa kecil anak tidak dipukul, apabila besar nanti tidak akan menjadi ‘orang’

Sesetengah pendapat mengatakan, mendidik anak-anak dengan cara yang kasar adalah tidak betul. Menggunakan kekerasan bukanlah jalan terbaik untuk mendidik anak-anak. Apabila ibu bapa menggunakan kekerasan, anak-anak akan berasa takut dengan ibu bapa. Ibu bapa pula menganggap anak mereka menghormati mereka dan mendengar kata. Menggunakan kekerasan yang melampau juga pasti akan mendatangkan kesan buruk terhadap anak juga terutamanya dari segi mental. Mereka akan hilang keyakinan kendiri.

Guru pula bagaimana? Ramai dalam kalangan pelajar sekolah kini yang semakin biadap! Ada dua pendekatan juga untuk mengatasi masalah ini. Walau pun telah banyak kali diperkatakan, adakah kedua-dua pendekatan tersebut mendatangkan kesan yang lebih baik setelah dilaksanakan? Hanya yang mengalami ‘proses’ itu sahaja akan mengetahui sejauh mana keberkesanannya..

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

p/s :

  • Anda ada pandangan atau idea? harap dapat berkongsi pandangan anda bersama saya. Terima kasih
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 111 other followers