Arkib

Posts Tagged ‘bimbingan dan kaunseling’

Jangan Hilang Fokus

28 Ogos 2012 1 komen

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana sudi melayari laman ini. Pastinya anda masih lagi dalam ‘mood’ raya ketika ini. Terima kasih kepada pengunjung yang tidak henti-henti memberi sokongan agar saya meneruskan perkongsian ilmu dalam laman ini.

Baiklah, cuti pertengahan penggal kedua sudah pun berlalu. Bercuti pula dalam bulan Syawal. Maka, pastinya anak-anak didik kita masih lagi dalam ‘mood’ raya. Oleh kerana itulah banyak latihan yang guru beri tidak disiapkan atas alasan terlupa.

Maka tak hairanlah jika pada hari pertama selepas cuti, ramai murid yang kena denda dengan guru subjek masing-masing. Ada kala murid ini perlu diberikan pengajaran. Mereka ini tidak tahu betapa seriusnya guru mendidik dan mencurahkan ilmu untuk menjadi insan berguna. Bagi peringkat kanak-kanak yang belum matang cara berfikir, mereka tidak ambil serius semua ini.

Sesi pengajaran berjalan seperti biasa. Saya masuk ke kelas LINUS dengan harapan cuti seminggu yang lalu tidak akan melupakan minda anak-anak didik terhadap perkara yang telah diajar. Tetapi harapan itu tidak menjadi kenyataan. Malah, apa yang berlaku adalah semakin teruk. Murid yang sudah pandai membaca kembali tergagap-gagap dan merangkak membaca. Yang sudah boleh menulis kembali terkial-kial memegang pensel. Apa sudah jadi?

Dalam hal ini, saya perlu bertenang. Murid perlu diberi perhatian. Fokus semula terhadap perkara yang telah dipelajari. Rata-rata murid saya ketika belajar pada hari ini hilang fokus terhadap pelajaran yang disampaikan. Inilah perkara biasa yang saya percaya guru di sekolah lain juga mengalami masalah yang sama.

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN

Admin,

Teacher’s deparment

 

 

 

Bimbingan dan Kaunseling – part 4

10 November 2009 1 komen

Salam sejahtera..

Hari ini saya sambung sedikit lagi mengenai teknik dalam Bimbingan dan Kaunseling. Entri kali ini diambil daripada nota kuliah semasa mengikuti kursus KSPK 2008 di IPBMM. Terima kasih kepada pensyarah, Mr.Lee

Teknik – Teknik Kaunseling

Kemahiran Kaunseling : Lisan

  1. Melayan
  2. Memerhati
  3. Menyoal

-     Tidak menyoal seperti menyelidik

  1. Memberi respon
  2. Perlu pandai merumus
  3. Refleksi
  4. Mengkonfrontasi
  5. memprafasa
  • Keberkesanan komunikasi kaunselor membawa kepada keberkesanan keunselor
  • Proses kaunseling merupakan proses komunikasi yang dinamik antara klien dan kaunselor

Persediaan Awal

ü  Persekitaran

  1. Tempat dan saiz bilik
  2. Hiasan dan susunan bilik
  3. Susunan dan jarak tempat duduk
  4. Wujud suasana selamat

ü  Prosedur Penerimaan Klien

  1. Melalui borang
  2. Melalui ujian (minat, personality, kelayakan)
  3. Temuduga ringkas

ü  Etika Kerahsiaan

  1. Perkara dibincang = rahsia
  2. Kaunselor perlu professional

Persekitaran

Saiz bilik

-          Terlalu kecil mengurangkan klien membuat kenyataan positif terhadap diri.

Warna

-          Warna yang lembut

Jarak duduk yang sesuai

-          Terlalu dekat = klien kurang selesa, terlalu jauh = kaunselor kurang yakin

Bilik jangan terlalu berselerak / terlalu banyak perhiasan = boleh mengalih perhatian klien

Prosedur Pengambilan Klien

  1. Mengisi boring latar belakang diri
  2. Klien mengambil ujian tertentu (optional)
  3. Temuduga ringkas oleh pembantu kaunselor (optional)

Kaunselor dan Kerahsiaan

  1. Segala yang dibincang dalam sesi kaunseling adalah rahsia
  2. Menghormati dan menjaga kerahsiaan klien

Sesi Kaunseling

  • Membina hubungan
  1. Temubual kaunseling pertama
  • Memulakan sesi
  1. Kaunselor berkenalan dengan klien : berbual ringan
  2. Mulakan pertanyaan dengan menjurus kepada tujuan klien dating jumpa kaunselor
  3. Kaunselor struktur masa dan tanggungjawab klien
  4. Terima klien tanpa syarat
  • Menstruktur sesi
  1. Beri gambaran apa yang harus berlaku dalam sesi kaunseling
  2. Maksud kaunseling
  3. Peranan kaunselor
  4. Peranan klien
  5. Matlamat kaunseling
  6. kerahsiaan
  • Menerangkan matlamat
  1. Matlamat sesi pertama sangat penting
  2. Kepercayaan klien terhadap kaunselor
  3. Hunbungan yang baik dan mesra
  4. Menggalakkan klien menyatakan masalah
  5. Perlu bersifat terbuka dan hormati klien
  6. Beri keyakinan kepada klien tentang faedah sesi kaunseling
  7. Kaunselor perlu kenal pasti masalah dan mengesan maklumat penting untuk menangani masalah
  • Menamatkan sesi
  1. Kaunselor atau klien membuat rumusan
  2. Persetujuan bersama boleh tamat sesi kaunseling atau disambung
  3. Kalau disambung, bertemu dalam sesi akan datang
  4. Kaunselor atau klien buat keputusan perlu rujuk kepada pihak lain
  • Membuat rujukan
  1. Cara membuat rujukan :
  2. Kaunselor mesti ada kemahiran mengenal keadaan
  3. Tidak perlu merasai dirinya kurang cekap
  4. Tidak realistik kaunselor fikir dia boleh selesaikan semua masalah.
  5. Merujuk klien kepada pihak lain :
  6. Jika kaunselor hadapi masalah untuk meneruskan sesi – rujuk pihak lain
  7. Masalah dihadapi di luar kemampuan
  8. Hubungan kurang berkesan kaunselor – klien
  9. Klien adalah sahabat atau saudara
  10. Personaliti kaunselor dan klien tidak bersesuaian – tiada kerjasama

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

P/s

  • Nota di atas adalah sedutan daripada kuliah Bimbingan dan Kaunseling yang disampaikan oleh pensyarah iaitu Mr.Lee semasa saya mengikuti kursus KSPK 2008 di IPBMM, Kuala Lumpur. Terima kasih kepada Mr.Lee

Bimbingan dan Kaunseling Dalam Pemulihan Khas – Part 3

9 November 2009 16 comments

Salam sejahtera..

Hari ini, saya sambung lagi topik mengenai keperluan Bimbingan dan Kaunseling dalam Pemulihan dan Pendidikan Khas.

Slide1Slide 2

Slide 3

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

P/s

  • Nota di atas adalah sedutan daripada kuliah Bimbingan dan Kaunseling yang disampaikan oleh pensyarah iaitu Mr.Lee semasa saya mengikuti kursus KSPK 2008 di IPBMM, Kuala Lumpur. Terima kasih kepada Mr.Lee

Bimbingan dan Kaunseling Dalam Pemulihan Khas – Part 2

26 Oktober 2009 7 comments

Salam sejahtera..

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA, kita masih dapat bernafas di hari yang indah dan menghirup udara yang segar sambil menikmati pemandangan di sekeliling kita. Tidak kira apa jua pemandangan, itulah yang kita lihat sekarang..bersyukurlah.. Semoga segala yang kita lakukan pada hari ini akan mendapat keberkatan daripadaNYA.. insyaallah..

Hari ini saya akan sambung lagi topik Bimbingan dan Kaunseling ini dalam bahagian yang kedua. Semoga apa yang terdapat dalam entri kali ini akan dapat dimanfaat bersama.

Definisi BIMBINGAN dan KAUNSELING

Terdapat pelbagai istilah yang memberi takrifan mengenai Bimbingan dan Kaunseling. Berikut adalah beberapa pandangan daripada beberapa orang tokoh mengenai takrifan Bimbingan dan Kaunseling :

Shertzer and Stone (1981)
“..proses membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka supaya mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri menentu aspirasi yang realistik (hubungan bermakna)”

Mansur Abdullah (1984)
Membimbing orang yang dibantu menghadapi, mengertidan menerima teguran tentang dirinya, interaksi sesama orang lain sehingga membolehkan dibuat keputusan yang berkesan daripada pemilihan dalam hidupnya

Krumboltz (1965)
Kaunseling – apa saja aktiviti yang beretika dilakukan kaunselor dalam usaha membantu klien wujudkan tingkah laku mendorong penyelesaian masalah klien

Zainal Abidin (2002)
Kaunseling – satu perbincangan antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan, bersama-sama berfikir dan meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yang terpilih.

Mungkin daripada beberapa pedapat di atas dapat disimpulkan bahawa :

  • Bimbingan – memberi nasihat, panduan, pengajaran kepada pelajar yang memerlukan
  • Kaunseling – membantu klien menolong diri sendiri mengatasi kebuntuan, kekusutan fikiran dan perasaan
  • Psikoterapi – pemulihan kekeliruan mental (contoh : skizofrenia, psikopath, penyakit mental (rawatan psikologi)

Matlamat Kaunseling

Perubahan tingkah laku positif :

  • Membantu klien membuat perubahan tingkah laku = kehidupan lebih produktif dan memuaskan

Perhubungan Positif :

  • Membantu klien memula dan meneruskan perhubungan yang positif dengan orang lain

Pengurusan Kendiri Efektif :

  • Membantu klien membantu diri dengan efektif apabila dalam kesulitan

Proses membuat keputusan efektif :

  • Membantu klien dalam proses membuat keputusan dengan rasional

Pencapaian Potensi :

  • Membantu klien berkembang secara positif dan mencapai potensinya

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Sumber : Nota kuliah Bimbingan dan Kaunseling (KSPK, IPBMM 2008 – Mr.Lee)

Bimbingan dan Kaunseling Dalam Pemulihan Khas – Part 1

22 Oktober 2009 4 comments

Salam sejahtera..

Semoga anda sentiasa sihat dan mendapat limpahan rahmat daripada-NYA. Semoga apa jua yang kita lakukan pada hari ini, akan mendapat rahmat dan nikmat, setimpal dengan apa yang kita telah lakukan pada hari ini.

Topik yang akan saya sentuh pada entri kali ini adalah Bimbingan dan Kaunseling dalam pendidikan Pemulihan. Salah satu ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua guru terutamanya Guru Pemulihan Khas. Sebelum saya teruskan dengan topik ini, saya ingin maklumkan bahawa pada entri Bimbingan dan Kaunseling ini dan yang akan datang, saya akan selitkan nota kuliah yang telah disampaikan oleh pensyarah yang saya kagumi iaitu Mr. Lee.

Saya mengenali beliau semasa mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) satu tahun di IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur pada tahun 2008. Seronok belajar dan menimba pelbagai ilmu daripada beliau. Banyak tunjuk ajar beliau yang dapat saya praktikkan di sekolah.

Sehingga kini, saya sentiasa memegang kata-kata beliau

“kesudian anda mendengar adalah kejayaan anda sebagai kaunselor”

Banyak yang hendak dikongsi dan banyak yang masih ingin dipelajari. Baiklah, kita teruskan sesi yang pertama dengan tajuk  :

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING.

Kementerian Pendidikan (1984) Bimbingan dan Kaunseling

  • ‘pelajar remaja memerlukan pertolongan bukan sahaja akademik tetapi juga perkembangan sosial dan personaliti’

Hassan Langgulung (1986)

  • “untuk membentuk akhlak, persiapan untuk kehidupan, mencari rezeki, menumbuhkan semangat ilmiah dan melengkapkan pengetahuan pelajar dalam bidang profesional”

Seorang murid saya menangis setiap kali hendak pergi ke sekolah pada waktu pagi. Keadaan ini berlarutan selama dua minggu. Selama dua minggu itulah saya sedari prestasi kerja yang diberi semakin merosot. Tulisan tidak boleh di baca, latihan tidak siap dan murid tidak produktif.

Keadaan sedemikian turut di sedari ibu bapa murid terbabit. Ibu bapa murid berkenaan yang risau melihat situasi anaknya datang ke sekolah dan berjumpa dengan saya. Ibu bapa murid berkenaan ada bertanya akan masalah yang dihadapi kepada anaknya namun anaknya enggan berkata-kata. Setelah saya berbincang selama 30 minit, saya maklumkan akan cuba atasi masalah anak mereka secepat yang mungkin.

Persoalan yang bermain di minda saya ketika itu adalah :

  • Bagaimana murid yang riang, ceria dan cerdik di dalam kelas boleh bertukar menjadi seorang murid yang pasif dalam masa dua minggu?
  • Bagaimana prestasi murid boleh merosot dalam tempoh dua minggu?

Selepas waktu rehat, saya memanggil murid ini ke Bilik Guru dan berbual-bual. Selang 10 minit, saya mula ‘selami’ dirinya. Saya cuba tanyakan mengenai keluarganya, adik beradiknya, kawan-kawannya. Murid memberi respon yang sangat baik.

Saya cerita pula perihal ibu bapanya hadir ke sekolah. Kemudian, saya ajukan kebimbangan saya terhadap murid. Murid itu diam seketika. Kemudian dia berkata dengan menyambung sebuah cerita yang saya sendiri susah hendak faham (murid darjah satu – susunan ayat ketika berinteraksi tidak sama dengan orang dewasa).

Setelah mendengar ceritanya barulah saya faham apa yang hendak diperkatakannya. Murid tersebut memberitahu punca dia tidak mahu belajar lagi kerana dia tidak mempunyai seorang kawan pun. Dia tiada kawan untuk bermain, berkongsi cerita dan bergembira. Hal ini terjadi kerana rakan-rakannya yang lain tidak mahu berkawan disebabkan dirinya yang tinggal di Flet berbanding rakan-rakan lain yang tinggal di rumah teres di taman perumahan yang sederhana mewah.

Terdetik di hati saya, hal yang sedemikian rupa juga boleh mempengaruhi emosi rupanya. Maklum sajalah, kanak-kanak sedang alami proses pembelajaran. Pelbagai perkara yang sedih pasti akan mempengaruhi tindakan dan pemikirannya.

Selepas 30 minit berbual. Saya jelaskan sesuatu kepada murid tersebut. Murid tersebut tersenyum dan mengangguk (tanda faham) serta berjanji tidak akan menangis lagi.  Sebelum beredar, saya memintanya memanggil lima orang rakan yang mengejek dan memulaukannya. Kelima-lima murid tersebut telah diberi nasihat dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Hari demi hari berlalu, murid tersebut kembali kepada prestasinya semula (tidaklah 100%  hasil kerja cemerlang dalam tempoh yang singkat – murid ambil masa juga untuk kembali kepada prestasi sebenar). Semua tugasan yang diberi, berjaya disiapkan. Jika 10 latihan diberi, hanya dua sahaja yang salah.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 111 other followers