Arkib

Posts Tagged ‘lembaran kerja’

Ebook Ke-2 Dilancarkan

12 Julai 2010 1 komen

Salam sejahtera,

Terima kasih atas sokongan anda terhadap ebook pertama. Saya masih menantikan reaksi dan komen daripada anda yang telah membelinya. Untuk makluman juga, ebook ke-2 (Mahir Membaca dan Menulis – siri lembaran kerja) juga telah dilancarkan.

klik DI SINI untuk download preview ebook ini secara PERCUMA!!

BUKU 2

STATUS TEMPAHAN : AKTIF


MAHIR MEMBACA DAN MENULIS

siri lembaran kerja

Harga : RM20.00

Penghantaran: Link download akan dihantar ke peti email anda.
Tiada Penghantaran buku ke Rumah.

Saiz Download: 3.59 MB
Ketebalan: 85 Muka Surat
Kompatibiliti: PDF
(Boleh dibuka di semua komputer)

klik DI SINI untuk tempahan

[Sedikit gambaran daripada ebook 2]

——————————————————————–

——————————————————————–

——————————————————————–

——————————————————————–

——————————————————————–

——————————————————————–

——————————————————————–

Mengenai Ebook 2 :

  1. 90% menggunakan gambar sebenar bagi memastikan murid mengenali dengan jelas dan  tepat mengenai  bahan yang dipelajari.
  2. Tulisan untuk ejaan didatangkan dalam dua warna iaitu ‘hitam’ dan ‘merah’ untuk dijadikan panduan dan dipecahkan mengikut bacaan secara suku kata terbuka.
  3. Ini secara tidak langsung akan memudahkan murid menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengingat cara mengeja dengan cepat dan cekap.
  4. Disertai dengan borang penilaian prestasi di akhir muka surat ini bagi tujuan memudahkan guru memantau perkembangan murid.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan ebook berkenaan, sila layari http://norhaidisarponen.webs.com dan klik pada borang tempahan.

Terima kasih

sekian,

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

Mengajar Murid Menguasai Suku Kata

10 Jun 2009 9 comments

Salam sejahtera.

Semoga anda ceria dan sihat sentiasa, dikurniakan akal fikiran yang waras dan cerdas untuk sama-sama berbuat baik sesama insan.

Setelah murid menguasai abjad, guru perlu mengasingkan kumpulan murid ini dalam kumpulan lain untuk mereka mempelajari kemahiran suku kata.

Dalam bahagian ini, murid mesti belajar menguasai asas suku kata terlebih dahulu iaitu suku kata KV.

Andaikan dalam kelas ada lima orang murid yang akan belajar kemahiran suku kata KV. Guru sekurang-kurangnya mesti ada bahan bantu mengajar yang berikut :

  • kad imbasan suku kata pelbagai bersaiz A4
  • lembaran kerja suku kata bergambar
  • kad imbasan suku kata pelbagai bersaiz 1/4 A4
  • kad imbasan bergambar (tanpa sebarang abjad)
  • kad permainan – puzzle suku kata


Sebelum mengajar :

  • Pastikan murid sudah bersedia.
  • Rangsang minda murid dengan mengimbas kembali abjad yang telah mereka pelajari sebelum ini.
  • Uji penguasaan murid terhadap kemahiran mengenal abjad.

Semasa mengajar :

  • mulakan dengan konsonan ‘b’ + vokal ‘a’ – contoh ‘ba’, ‘ca’, ‘da’, ‘fa’, ‘ga’, ‘ha’ dan seterusnya.
  • guru tunjuk dan sebut – murid ikut.
  • lakukan latihan ini secara berulang.
  • Vokal ‘a’ mudah dikuasai oleh murid. Setelah mahir, tukarkan huruf vokal ‘a’ kepada vokal ‘i’, ‘o’, ‘u’ dan ‘e’.
  • vokal ‘e’ perlu diajar pada akhir sekali kerana ‘e’ mempunyai dua sebutan yang berbeza iaitu ‘e-taling’ dan ‘e-pepet’.
  • Edarkan gambar, kad imbasan suku kata pelbagai dan rangsang minda murid untuk menyesuaikan sebutan dengan gambar. Contohnya, gambar ‘GAJAH’ dipadankan sebutan suku kata awalnya adalah ‘ga’.

Selepas mengajar :

  • buat latih tubi berulang kali sehingga murid mahir
  • uji murid secara rawak
  • edar lembaran kerja untuk uji kefahaman dan penguasaan kemahiran murid
  • beri murid permainan puzzle cantum suku kata.

Perlu diingat, bukan semua murid akan dapat menguasai kemahiran ini pada hari berkenaan. Jika telah mahir sekalipun, kemahiran ini perlu sentiasa diulang-ulang supaya murid tidak mudah lupa akan kemahiran yang telah dipelajari.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

p/s :

  • panduan di atas adalah menurut pandangan saya sahaja.

Lembaran Kerja

31 Mei 2009 13 comments

Salam sejahtera..

Lembaran kerja adalah salah satu aset penting di mana salah satu fungsinya adalah untuk mengukur keupayaan murid mengusai dan memahami kemahiran satu-satu mata pelajaran yang diajar.

Dalam kelas pemulihan, murid memerlukan lembaran kerja sebagai pandu-arah mereka selain dapat mengukuhkan pemahaman mereka terhadap tajuk yang diajar guru pada hari berkenaan.

Mengapa? Ini disebabkan lembaran kerja yang disediakan menarik dari segi ilustrasi yang ada, bentuk dan saiz tulisan yang mudah difahami dan boleh dibaca.

Lembaran kerja yang dibuat sendiri oleh guru adalah sebagai daya penarik untuk murid pemulihan menikmati pelajaran pada hari berkenaan. Jika pembelajaran tanpa sebarang bahan bantu mengajar dan sekadar teori semata-mata (cakap mulut) akan membosankan murid.

Jadi, jangan terkejut jika ada murid yang tertidur, tersengguk-sengguk atau berkata BOSAN semasa guru mengajar.

CIRI-CIRI LEMBARAN KERJA

  • Mempunyai arahan yang ringkas, jelas dan mudah difahami

 

  • Mempunyai gambar yang jelas dan terang

 

  • Jenis tulisan dicadangkan adalah ‘century gothic’

 

  • Saiz tulisan pula adalah 14

 

  • mempunyai contoh sebagai rujukan murid

 

  • setiap satu lembaran kerja mempunyai satu kemahiran sahaja.

 

  • tidak digalakkan mencampur-adukkan pelbagai kemahiran

Sebaiknya, lembaran kerja yang diedarkan mestilah disiapkan oleh murid pada hari berkenaan juga. Hal ini bagi mengelakkan murid daripada membawa balik lembaran kerja ke rumah kerana dikhuatiri bukan murid yang akan menyiapkan latihan berkenaan.

Jika lembaran kerja dibawa balik oleh murid, risiko hilang dan tidak siap adalah tinggi.

 

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Mantan Guru Pemulihan

2004-2008

P/s :

  • pada minggu hadapan saya akan letakkan di ruangan DOWNLOAD lembaran kerja Bahasa Melayu dan Matematik untuk murid Pemulihan
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 111 other followers