Arkib

Posts Tagged ‘masalah menulis’

Strategi Pengajaran Bahasa Melayu – part 3

7 Oktober 2009 Tinggalkan komen

Kesilapan Tulisan Yang Dilakukan Oleh Murid Pemulihan

1. Huruf besar dan huruf kecil bercampur
2. Tidak ada jarak antara satu-satu perkataan
3. Murid tidak dapat membezakan huruf besar dan huruf kecil semasa menyalin atau menulis ayat atau perkataan (huruf tertentu sahaja)
4. Tertinggal huruf
5. Tertinggal perkataan
6. Menulis terbalik sama ada huruf, perkataan atau ayat

Punca

1. Menyalin secara terburu-buru agar cepat siap dan dapat main.
2. Cara memegang pensel tidak betul
3. Postur atau kedudukan semasa menulis
4. Murid hadapi masalah rabun
5. Tulisan guru di papan hitam tidak jelas
Cadangan Mengatasi

1. Meminta murid menyalin dengan berhati-hati (bukan menyalin untuk cepat siap sahaja)
2. Perbaiki cara memegang pensel murid
3. Perbaiki kedudukan postur murid semasa menulis.
4. Letakkan murid yang rabun di hadapan sekali.
5. Tulisan guru hendaklah jelas dan terang.
6. Perbanyakkan latih tubi

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 111 other followers