Arkib

Posts Tagged ‘pemulihan matematik’

Instrumen Kemahiran Asas Matematik – IKAM

4 November 2009 17 comments

Salam sejahtera. Syukur kepada Ilahi kerana dengan izin-NYA kita masih diberi peluang untuk melakukan amal di mukabumi ini. Semoga apa jua yang kita lakukan pada hari ini, akan memberikan kesenangan kepada orang lain dan mendapat keredhaan daripada-NYA, Insyaallah.

Hari ini saya ingin sentuh pula mengenai Pemulihan Matematik. Sebelum saya pergi lebih jauh, rasanya elok saya perkenalkan pembaca dengan salah satu program dalam Pemulihan Matematik iaitu Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) tahap 1.

Pengenalan

Manual IKAM ialah merupakan satu instrument matematik hasil dari penilaian semula Indicator for Mastery in Arithmatic ( IMA 1 dan 2 ) yang pernah digunakan dahulu. Instrumen tersebut terdapat kekeliruan kerana kandungannya merangkumi beberapa kemahiran dalam mata pelajaran Matematik yang menggunakan kaedah mode yang menyukarkan guru untuk melaksanakan dan mengesan masalah sebenar murid.

Manual ini mengandungi 3 item ujian :-

Ujian Saringan dan borang rekod ujian.
• Ujian Diagnostik dan borang rekod ujian.
• Ujian Pelepasan dan borang rekod ujian.

Apa itu IKAM

Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Tahap Satu

Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM THP1) adalah satu alat untuk mengesan dan mengenal pasti sama ada seseorang murid itu memerlukan bantuan atau perkhidmatan tambahan dari guru di Kelas Program Pemulihan Khas atau Program Pemulihan Dalam Bilik Darjah (KBSR).

IKAM Tahap Satu ini akan diguna-pakai oleh Guru Pemulihan Khas negeri Johor, bagi menyaring murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran matematik di Tahun 2 dan Tahun 3. Ujian diagnostik pula diguna-pakai sebagai mengesan tahap kelemahan murid pemulihan khas. Manakala Ujian Pelepasan diguna-pakai sebagai instrument untuk melayakkan murid ke kelas KBSR.

Matlamat IKAM

Memastikan 100% murid –murid sekolah rendah dan menengah di dalam negeri Johor menguasai kemahiran asas mengira dalam matematik .

Objektif IKAM

  • Murid dapat meningkatkan kemampuan dan keupayaan melalui proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kebolehan sendiri.
  • Menentukan kumpulan yang sewajarnya diberikan bimbingan menerusi program Pemulihan Khas bermula pada tahun 2009.
  • Memberikan maklumat tentang tindakan akan diambil oleh guru mata pelajaran Matematik dan guru Pendidikan Pemulihan Khas untuk membantu murid yang berkenaan.
  • Murid Tahun 2 dan 3 dalam Tahun 2009 dapat menguasai kemahiran asas Matematik yang menggunakan modul IKAM oleh Program Pemulihan Khas (PPK) Negeri Johor.

Kumpulan Sasaran IKAM

Murid sekolah Rendah Tahap satu(Tahun 2 dan 3)
• Murid Kelas Pemulihan Khas
• Murid Sekolah Rendah yang kenal pasti gagal dalam matematik
• Murid Pra Sekolah yang bermasalah.

Sumber : Kursus Pemulihan Khas Negeri Johor 2009

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

p/s : Terima kasih kepada cikgu Syaniza binti Senan kerana sudi berkongsi maklumat.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 106 other followers