Arkib

Posts Tagged ‘pentaksiran’

Pentaksiran Dalam Pemulihan – End

26 Ogos 2009 14 comments

Salam sejahtera..

Bersyukurlah kerana pada hari ini kita masih dapat bernafas dan menikmati keindahan dunia. Semoga amalan yang kita buat pada hari ini akan diberkati..

Kali ini, saya sambung lagi tajuk Pentaksiran Dalam Pemulihan dalam bahagian akhir bertajuk Cara Menggunakan Alat Pentaksiran . Semoga input yang diberi akan mendatangkan manfaat kepada anda.

Rekod dan laporan

  • Seorang murid pemulihan telah menjalani pelbagai jenis pentaksiran semasa dia berada dalam kelas KBSR. Laporan-laporan mengenai maklumat murid dan persepsi pembelajaran boleh digunakan oleh guru pemulihan khas untuk mendapat satu gambaran yang menyeluruh berkaitan murid tersebut.

Sampel kerja

  • Salah satu sumber maklumat sedia ada berkaitan sampel-sampel kerja yang dihasilkan murid berikut dalam mata pelajaran yang dipelajarinya.
  • Untuk mendapat maklumat yang berfaedah, guru perlu mambuat analisis sampel kerja untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan murid dalam mata pelajaran yang dipelajari.

Ujian

  • Guru boleh mendapat tahu tahap kebolehan murid dengan mentadbir ujian-ujian kepada murid.
  • Pengujian boleh ditadbirkan dengan pelbagai cara mengikut apakah tujuan sebenarnya guru :

Ujian Rujukan Kriteria :

  • tujuan ujian ini adalah untuk mengumpul sama ada kemahiran yang telah diajar boleh dianggap sebagai telah dikuasai murid.

Ujian rujukan norma :

  • Ujian yang membandingkan prestasi murid dalam sesuatu ujian dengan pencapaian murid-murid lain yang telah mengambil ujian yang sama.

Kuiz :

  • ujian yang dijalankan sebaik sahaja untuk mengetahui sama ada murid tersebut memahami apa yang diajar

Probe :

  • kalau seorang guru ingin tahu sama ada seseorang murid boleh menjalankans esuatu tugasan dalam keadaan yang lain, dia boleh memberi tugasan atau ujian yang sama tetapi dengan sedikit pengubahsuaian seperti member penyampaian yang berlainan, guru sebenarnya telah menjalankan ‘probe’

Pemerhatian :

  • Merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para professional untuk mengumpul maklumat khususnya berkaitan tingkah laku seseorang murid.
  • Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan dan terdapat beberapa cara untuk merekodkan hasil pemerhatian.

Temubual :

  • guru boleh mendapat maklumat berkaitan murid dengan menemubual ibu bapa, guru-guru yang lain, atau rakan sebaya murid.

Ujian Rujukan Kriteria

  • URK merupakan satu ujian yang direka oleh guru pemulihan untukmenilai setakat mana kemahiran yang telah diajar kepada murid dalam satu tempoh tertentu.
  • Biasanya kemahiran yang diuji bisanya hanya tertumpu kepada satu aspek sahaja
  • Ujian hanya akan dijalankan selepas satu-satu kemahiran diajar kepada murid dalam masa yang tertentu.
  • Tujuannya dalah untuk menilai sama ada murid telah menguasai kemahiran tersebut.
  • Untuk menentukan penguasaan, guru biasanya akan tetapkan criteria pencapaian, iaitu jawapan yang diberikan tepat mengatasi tahap peratus (%) yang ditentukan oleh guru. Contoh 70% hingga 80%
  • Contoh : Menguji kebolehan membaca KVKV
  • Selepas membaca perkataan KVKV selama 3 minggu guru menguji sama ada murid telah menguasai kemahiran yang telah diajar dalam tempoh berkenaan.
  • Guru akan menyediakan sepuluh perkataan KVKV yang pernah diajar untuk menguji murid.
  • Dalam borang catatan, guru menulis ‘apabila didedahkan kepada 10 patah perkataan KVKV yang pernah diajar, murid dapat membaca dengan tepat tujuh daripada 10 perkataan yang ditunjukkan
  • Guru mula menguji dengan memberi murid 10 perkataan KVKV dan murid membaca perkataan.
  • Kalau murid berjaya membaca tujuh perkataan atau lebih dengan tepat, guru akan jadikan sebagai bukti bahawa kemahiran telah dikuasai.
  • Maka guru bolehlah mebgajar kemahiran yang baru.

Analisis Tugasan

  • Murid pemulihan apabila diberi sesuatu tugasan, mereka tidak dapat menyiapkan dengan sempurna. Ini disebabkan sebarang tugasan yang dilakukan sebenarnya terdiri daripada satu siri kemahiran kecil yang perlu dilakukan dengan jayanya. Sebelum menguasai tugasan yang diberikan.
  • Murid pemulihan mungkin hanya boleh melakukan sebahagian daripada kemahiran kecil tersebut.
  • Untuk mengajar murid menjalankan tugasan dengan jayanya, kemahiran kecil yang masih tidak dapat dilakukan oleh murid perlu diajar, guru perlu mengenalpasti apakah kemahiran kecil yang terdapat dalam satu kemahiran dan kemudian membantu murid menjalankan tugasan tersebut

Analisis Ralat

  • Kesilapan yang dibuat oleh murid boleh dijadikan sebagai petunjuk tentang kemahiran yang masih belum dikuasainya.
  • Murid akan kerap melakukan kesilapan bagi sesuatu kemahiran yang masih belum dikuasainya.
  • Oleh sebab itu, guru harus mengkaji ralat yang terdapat dalam kerja latihan murid untuk mengenal pasti kemahiran yang harus diajar.

Sekian,

Teacher's Department
NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

Categories: Pend.Pemulihan Label:

Pentaksiran Dalam Pemulihan – Part 3

25 Ogos 2009 2 comments

Salam sejahtera..

Hari ini, 4 Ramadhan. Semoga apa jua yang kita lakukan pada hari ini, sentiasa mendapat limpahan rahmat dari-NYA.

Dalam bahagian ke dua, saya telah sentuh Jenis dan Kategori pentaksiran dalam pendidikan Pemulihan. Hari ini, saya akan sambung lagi tajuk ini dengan topik Alat-Alat Pentaksiran dan Penilaian.

Seorang guru pemulihan khas perlu membiasakan diri dengan cara mengumpul maklumat untuk membuat keputusan-keputusan berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan.

Maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan-keputusan dalam pelaksanaan program pemulihan boleh didapati daripada pelbagai sumber.

Sumber tersebut termasuklah :

  1. Rekod dan laporan berkaitan.
    • Latar belakang keluarga
    • Rekod kesihatan
    • Prestasi akademik terdahulu
    • Minat murid
  2. Sampel kerja
    • Analisis ralat
    • Kualiti kerja
  3. Pengujian
    • Ujian rujukan norma
    • Ujian rujukan criteria
    • Intervensi tidak formal
    • Kuiz
    • Probe – menyiasat
    • Analisis tugasan
  4. Pentaksiran portfolio
  5. Pemerhatian
  6. Senarai semak
  7. Skala pengkadaran
  8. Temubual dan banyak lagi.

Sekian,

Teacher's Department
NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

Categories: Pend.Pemulihan Label:,

Pentaksiran Dalam Pemulihan – Part 2

24 Ogos 2009 2 comments

Salam sejahtera..

Semoga di bulan yang mulia ini, segala ‘tugas’ yang kita sedang jalankan sentiasa mendapat keberkatan daripada-NYA.

Pada paparan sebelum ini, saya ada sentuh isu pentaksiran dari segi definisi dan kepentingannya dalam pendidikan Pemulihan. Kali ini, saya akan sentuh isu yang sama dalam bahagian : Kategori dan Jenis Pentaksiran.

Istilah

Maksud

Ujian standard atau formal
  • Ujian yang telah disiap bina
  • Ujian mempunyai skor yang perlu dicapai oleh pelajar dan guru untuk perbandingan prestasi
Ujian tidak formal
  • Dijalankan pada bila2 masa mengikut keperluan
  • Dijalankan secara individu atau kumpulan.
  • Lisan atau kumpulan.
  • Tidak melibatkan kemahiran atau unit tertentu
  • Dibina oleh guru
  • Tidak mempunyai arahan atau prosedur
Ujian Kumpulan
  • Dijalankan dalam kumpulan semasa P&P
  • Boleh dalam bentuk formal atau tidak formal
  • Tiada arahan tertentu
Ujian individu
  • Dijalankan secara individu dalam p&P
  • Tiada arahan tertentu
  • Soalan dibina oleh guru
Ujian berdasarkan kurikulum
  • UPSR, PMR, SPM,STPM
  • Ujian yang dijalankan berdasarkan kandungan kurikulum yang digunakan di sekolah
Ujian formatif
  • Untuk mengesan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid setelah sesuatu kemahiran diajar.
  • Ujian ini dijalankan dengan kerap
Ujian sumatif
  • Ujian yang merumuskan pencapaian murid setelah satu unit pengajaran dijalankan
  • Satu gred diberikan sebagai tanda tahap pencapaian murid
Ujian saringan
  • Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti kanak2 yang berisiko menghadapi masalah pembelajaran.
  • Ditadbirkan kepada semua murid termasuk murid normal (jika perlu).
Ujian diagnostic
  • Dijalankan untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci masalah dalam pembelajaran yang dihadapi oleh murid
  • Selepas ujian diagnostic dijalankan, jenis dan ciri masalah yang dihadapi pelajar dapat diketahui.
Ujian ‘speed’
  • Ujian yang perlu dihabiskan dalam masa yang agak terhad.
  • Contohnya : ejaan, tulisan, bacaan
  • Tidak formal
Ujian ‘power’
  • Kekuatan murid menguasai sesuatu kemahiran.
  • Kekuatan ingatan tentang sesuatu topic yang telah dipelajari.
  • Ujian yang menggunakan masa yang agak lama untuk dihabiskan.
  • Biasanya item agak sukar sedikit.
  • Contohnya, menulis karangan, laporan,

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

Categories: Pend.Pemulihan Label:,

Pentaksiran Dalam Pemulihan – Part 1

19 Ogos 2009 3 comments

Salam sejahtera…

Pentaksiran adalah suatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada dunia pendidikan khususnya dalam bidang pendidikan pemulihan.

Segala keputusan yang dibuat dalam pendidikan pemulihan berkait rapat dengan maklumat yang dikumpulkan melalui proses pentaksiran.

Maklumat diperlukan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh seseorang murid itu.

Bagi menjalankan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid, guru memerlukan maklumat yang dikumpul melalui pelbagai cara pengujian atau kaedah lain.

Apabila pengajaran dan langkah2 yang dianggap wajar telah dilaksanakan, guru perlu menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya.

Definisi

  • Pentaksiran dalam konteks pemulihan khas boleh didefinisikan sebagai satu proses mengumpul maklumat untuk tujuan membuat keputusan.

Kepentingan Pentaksiran dan Penilaian Dalam Pemulihan Khas

Dalam pemulihan khas terdapat banyak keputusan yang perlu dibuat oleh guru dan ahli professional lain yang terlibat dalam perkhidmatan kepada murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran.

Keputusan perlu dibuat dengan teliti supaya pengajaran dan perkhidmatan yang disediakan adalah wajar dan bersesuaian dengan masalah dalam pembelajaran yang mereka hadapi.

Antara keputusan yang perlu dibuat termasuklah :

  1. Siapakah di antara murid di sekolah anda yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran dan perlu disediakan dengan pendidikan pemulihan?
  2. Apakah jenis masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan tersebut dan apakah kelemahan dan kekuatan murid tersebut?
  3. Prestasi dalam bidang apakah yang terjejas akibat masalah-masalah yang dihadapinya?
  4. Apakah jenis penempatan pendidikan pemulihan yang sesuai untuk murid tersebut dan apakah kemahiran-kemahiran yang perlu diajar kepada murid tersebut?
  5. Apakah perkhidmatan khusus yang perlu disediakan untuk membantunya mencapai kemahiran-kemahiran yang diajar pada tahap optimum?
  6. Adakah nampak keberkesanan selepas pengajaran dan perkhidmatan disediakan?
  7. Adakah program pengajaran yang telah disediakan perlu diteruskan atau digantikan dengan sesuatu program yang baru atau pelajar tersebut diletakkan semula dalam arus perdana.

Semua keputusan yang tersebut di atas dapat dibuat dengan bijak dan tepat dengan bantuan maklumat yang telah dikumpul melalui proses pentaksiran dan penilaian.

Sekian,

Teacher's Department
NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

sumber : nota kuliah/kspk/2008/IPBMM

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 110 other followers