Arkib

Posts Tagged ‘prinsip pembelajaran matematik’

Strategi Pengajaran Matematik – Part 1

5 Oktober 2009 1 komen

Prinsip – Prinsip Pembelajaran Matematik

Prinsip Pertama

  1. Kesediaan belajar Matematik – ini bermaksud, dalam kesediaan belajar Matematik, keadaan dalaman seseorang murid mestilah sedia.
  2. Tahap kematangan seseorang termasuk fizikal, kognitif, sosial dan emosi.
  3. Perkembangan diri mengikut umur murid tersebut.
  4. Pedagogi yang diamalkan oleh guru di sekolah.
  5. Pengetahuan sedia ada murid – lebih cepat menguasai kemahiran.

Prinsip Ke-2

  1. Pengetahuan konkrit ke abstrak – pelajar didedahkan objek atau benda maujud ketika diajar konsep baru.
  2. Pengajaran matematik harus dikaitkan dengan situasi kehidupan sebenar murid.
  3. Hubung-kaitkan kemahiran asas yang telah dikuasai murid dengan kemahiran yang baru dipelajari murid
  4. Kemahiran asas yang dikukuhkan dapat digunakan semula sebagai kesediaan belajar untuk mempelajari kemahiran baru yang lebih kompleks.

Prinsip Ke-3

  1. Penggunaan bahan manipulatif :
  • Memanipulasi alatan untuk mengira
  • Menyenggara alatan mengikut situasi masalah dalam matematik.
  • Menggalakkan murid untuk lebih kreatif
  • Memudahkan murid menyelesaikan permasalahan dalam matematik
  • Merangsang pengetahuan sedia ada murid

Prinsip Ke Empat :

  1. Bahan multi-media
  • Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
  • Merangsang keinginan murid
  • Memberi pendedahan kepada murid tentang ICT
  • Meningkatkan daya pemikiran murid
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang produktif
  • Melahirkan murid yang celik ICT

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 107 other followers