Arkib

Archive for Mac 2009

Download PERCUMA E-Kamus

31 Mac 2009 73 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda pernah dengar e-kamus? E-kamus ialah software kamus yang tercanggih yang dilengkapi dengan 18 kamus dan disertakan sebutan dalam English UK. Mudah bukan?

Hanya “double click” atau “mouse move”, makna perkataan anda terjawab. Boleh digunakan untuk kesemua software berasakan text seperti Microsoft Office (Word,excel dll) , PDF Reader, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan macam-macam lagi.

Anda mahu mencubanya? Dapatkan secara PERCUMA

Klik DISINI untuk mendownload sekarang.

Terima kasih

Advertisements

Definisi dan Konsep PROTIM

30 Mac 2009 68 comments

PROTIM adalah satu program ‘pembangunan’ yang dilaksanakan ke atas murid tahun 4, 5 dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah penguasaan asas membaca atau lebih dikenali dengan masalah 3M.

Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang ‘bermasalah’ ini.

Setelah kajian dijalankan, satu pekeliling dikeluarkan supaya diwujudkan satu program khas bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh Guru Pemulihan. Program tersebut dinamakan PROTIM.

Pelaksanaan PROTIM bermula pada awal tahun dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.

Murid yang mengikuti PROTIM akan dibekalkan dengan satu modul yang diedarkan oleh Kementerian Pelajaran kepada setiap sekolah.

Untuk mengetahui sejauh mana pencapaian murid, satu ujian hendaklah dijalankan.Soalan disediakn bersama modul yang disertakan bersama surat pelakasanaan PROTIM.

Murid yang gagal mendapat keputusan 90% dan ke atas hendaklah mengikuti PROTIM.

Sangat Menarik Lagi Benar!!

30 Mac 2009 Tinggalkan komen

SANGAT MENARIK LAGI BENAR
Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.

Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.

Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS,
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la

minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat..
Kadang-kadang ternampak benda ‘bulat’.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat,
bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ‘bukti’ lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat,
jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat..

Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat…?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat…?
Harta benda anta, dari mana anta dapat…?
Ilmu anta, adakah anta manafaat…?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)

Sumber : http://www.syok.org

Macam Mana Nak Jadi Bijak?

27 Mac 2009 107 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Beberapa hari yang lalu, saya telah melayari satu laman web dan terjumpa teks yang berikut. Marilah kita sama-sama membacanya. Suka diingatkan bahawa teks berikut ini bukanlah tulisan asal saya. Malah, saya ambil bulat-bulat dari portal tersebut. Apa yang baik marilah kita ikut, apa yang buruk (jika ada) eloklah kita tinggalkan Selamat membaca.

Tajuk : Macam Mana nak Jadi Bijak

“Rasululllah adalah manusia paling pandai dan bijak dalam sejarah peradaban manusia. Kalau nak pandai dan bijak macam Rasulullah, kena ikut sunnah baginda.

– Kurma dan susu adalah makanan rutin Rasulullah.

– Rasulullah tidak menggalakkan makan makanan yang bercampur ikan dan daging/ayam.

– Sunnah ketika makan: makan buah dahulu (Rasulullah makan kurma dahulu sebelum makan benda lain. Kita hanya mengamalkan sunnah ini pada ketika bulan puasa sahaja sedangkan amalan sunnah patut diamalkan sampai bila2.)

– Merokok hukumnya HARAM. Sapa suruh merokok.

– Dua faktor yang menjadikan seseorang itu bijak. Pertama: Bahasa dan Kedua: Cuaca, bahasa terbaik dipelajari untuk nak jadi pandai ialah bahasa Arab.

– Sunnah Rasulullah dalam sukan ialah bermain pedang, menunggang kuda dan memanah.

– Nak jadi bijak, banyakkan solat. Pandai dan bijak itu adalah sifat Allah. Manusia tak pandai, manusia tak bijak. Allah yang pinjamkan kebijaksaanNya kepada manusia untuk manusia jadi bijak dan genius. Manusia yang paling genius dalam dunia hanya dipinjamkan oleh Allah tak sampai 0.1% daripada kebijaksaan Allah SWT.

– Untuk jadi mulia disisi Allah, untuk berjaya dunia dan akhirat, untuk tidak dizalimi oleh musuh… kuncinya hanyalah TAQWA dan IMAN.

– Nak jadi org bertaqwa dan nak dapat hidayah dan iman bukan hanya duduk kat rumah buat ibadah.

– Penternak ayam takkan tahu betapa busuknya reban ayamnya kerana setiap hari asyik duduk dalam reban ayam sehingga hidungnya sudah lali dengan bau busuk tersebut. Cuba keluar dari reban selama beberapa jam, kemudian masuk balik. Nescaya kebusukkannya akan menucuk hidung.

– Sama macam kita. Kalau tak keluar pergi buat dakwah kita takkan tahu alangkah nipisnya iman kita. “Alah… aku solat tak pernah tinggal, puasa tak pernah miss, zakat pon aku bayar, kira beriman lah tu…” Adakah itu yang anda fikirkan? Internet down atau server down setengah jam pon dah mula merah padam muka takut income tak masuk. Itulah betapa lemahnya iman kita.

– Rakyat palestin dibunuh bukan sebab Yahudi tuh jahat. Rakyat palestin dibunuh sebab kita tinggalkan kerja agama. Kerja yang Nabi bagi kat kita. Orang jahat dilahirkan dan diberi fitrah untuk berbuat jahat, maka mereka buat jahat. Kita ni… dilahirkan sebagai umat Nabi untuk fitrah buat kerja Nabi, adakah kita ikut buat kerja Nabi??? Tugas kita untuk dakwah org jahat supaya berubah dan membuat kebaikan. Adakah kita nak salahkan ibu mengandung kerana melahirkan orang2 yahudi yang jahat?

– Adakah semua yahudi itu jahat? Adakah yahudi itu kalau jahat, dia akan jahat selama-lamanya sampai dia mati?

– Kita ni, dilahirkan sebagai org Islam, adakah kita ni confirm akan mati sebagai Islam jugak dan masuk syurga? Adakah orang kafir akan mati sebagai kafir dan masuk neraka?

Atas maksud itu kita kena buat kerja, rakan-rakanku. Kerja agama. Kerja Nabi SAW. Yahudi kejam sebab kita tak buat kerja dakwah ke atas mereka.”

Sumber : http://www.syok.org

Ibu Bapa Perlu Beri Kerjasama

15 Mac 2009 61 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebagai seorang ibu atau bapa, apakah perasaan anda apabila mendapati setiap kali keputusan peperiksaan keluar, markah berwarna merah akan menghiasi ruang utama dalam Buku Rekod Prestasi anak anda?

Hahaha, ada sesetengah ibu bapa akan rasa sedikit kecewa kerana pelbagai usaha dilakukan namun, prestasi anak masing-masing masih belum mencapai tahap seperti yang diharapkan.

Ada pula sesetengah ibu bapa yang tidak kisah. Dakwat merah ke, biru ke, hijau ke (ada ke dakwat hijau?) tidak ada sedikit pun rasa gusar dalam kalangan ibu bapa jenis ini. Huhuhu..

Alasan mereka mudah saja :

“Saya dah ajar cikgu, tapi anak saya yang tak mahu belajar..”

“Tak apalah, cikgu. Lain kali anak saya boleh usaha lagi..”

“Gagal lagi?. Saya serah anak saya pada cikgu. Buatlah apa yang patut. Jangan ‘patah’ sudah..”

Berdasarkan maklumat di atas, dapatlah saya dapati ada dua kategori ibu bapa. Pertama, ibu bapa yang prihatin. Kedua, ibu bapa yang tidak kisah.

Balik kepada perkara pokok, isu anak gagal dalam pelajaran memang sesuatu yang memeritkan untuk dipikul oleh guru mahu pun ibu bapa murid itu sendiri.

Sesetengah guru berusaha keras memastikan setiap anak muridnya mendapat hak yang sama rata dalam setiap mata pelajaran.

Setiap murid diasuh dan dididik dengan cara yang berbeza oleh setiap guru di sekolah.

Begitu juga peranan yang harus dimainkan oleh setiap ibu bapa. Dalam hal ini, saya TIDAK mahu menyalahkan ibu bapa atas kegagalan anak mereka dalam akademik.

Namun, apa yang saya ingin tekankan adalah, ibu bapa perlu beri kerjasama untuk menjadi guru kepada anak-anak di rumah. Bukan menyerahkan sepenuhnya tugas mendidik kepada pembantu rumah atau adik beradik yang lain.

Sekalipun ibu bapa itu tidak tahu membaca, memadai dengan sokongan moral kepada anak-anak ini. Kasihan melihat mereka belajar seorang diri di rumah tanpa ditemani ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali.

Mengapa Murid Sukar Kuasai 3M?

13 Mac 2009 8 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Adakah anda mempunyai anak yang hadapi kesukaran membaca ketika usia 7 tahun?. Sudah tentu majoriti daripada anda akan berkata ‘YA’. Mengapa ini berlaku?. Adakah anda mengetahui punca masalah anak anda?

Tahukah anda bahawa kebanyakan guru-guru tahun 1 kini hadapi kesukaran mengajar anak-anak anda kerana masalah penguasaan membaca? Akibat daripada itu, maka wujudlah sistem 2M yang kini dilaksanakan di semua sekolah.

Kegagalan anak anda menguasai kemahiran asas membaca sehingga ke tahun 4, 5 dan 6. Maka wujudlah satu lagi sistem yang di namakan sebagai PROTIM. Sebagai ibu bapa, adakah anda menyedari masalah ini? Anda sekadar mengambil tahu sahaja atau mengambil berat akan hal ini?

Saya bukanlah individu yang benar-benar layak untuk membicarakan hal yang sedemikian rupa. Namun, sebagai seorang guru yang mengajar di Kelas Pemulihan berasa kasihan apabila terkenangkan murid yang seperti ini.

Apabila menyebut tentang Kelas Pemulihan, pasti anda akan terbayangkan bahawa murid ini :

a) raut wajah yang kusut masai
b) pakaian yang kurang kemas, kotor dan berbau
c) nakal, suka ganggu rakan
d) lazimnya, tak buat kerja rumah
e) tidak tahu menulis, membaca
f) malas dan tidak mahu berusaha

dan lain-lain lagi beberapa pandangan yang mungkin terbayang difikiran anda.

Tetapi, tahukah anda bahawa ada murid pemulihan ini :

a) raut wajahnya bersih
b) pakaiannya yang kemas dan tidak kotor
c) pendiam, tidak suka mengacau rakan
d) boleh siapkan kerja rumah yang guru beri
e) boleh menulis walaupun tidak tahu membaca
f) rajin usaha walaupun tiada peningkatan dalam akademik.

dan lain-lain lagi beberapa pandangan yang mungkin terbayang difikiran anda?

Umumnya terdapat dua kategori murid di dalam Kelas Pemulihan iaitu seperti yang telah dinyatakan di atas. Namun, sedarkah anda apakah faktor-faktor yang memungkinkan terjadinya kedua-dua situasi di atas di dalam Kelas Pemulihan?

Pertama sekali anda perlu mengetahui konsep Pemulihan itu sendiri.Apakah yang dimaksudkan dengan Pemulihan, siapakah murid pemulihan,mengapa perlunya Pemulihan dan siapakah yang terlibat dalam Program Pemulihan.

Keduanya anda perlu mengetahui teknik yang digunakan dalam mengajar Pemulihan,keberkesanan sistem penyampaian secara teori dan praktikal dalam Kelas Pemulihan, kaedah yang digunakan dan strategi jangka panjang.

Apa pun yang berlaku terhadap murid pemulihan ini kelak, sebagai seorang guru, saya rasa terpanggil untuk mengajak ibu bapa di luar sana agar sama-sama membantu. Jangan bersikap menuding jari apabila sesuatu isu itu timbul.

Beberapa topik yang dinyatakan di atas akan dikupas dengan lebih mendalam kelak. Sila berikan pendapat sekiranya anda berhasrat membantu saya menangani isu ini. Terima kasih