Utama > Kasih Sayang > Mencari Cinta?

Mencari Cinta?

Salam…

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

Pelajar : guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?

Guru: ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?

Pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: ye, itu lah cinta…

Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya.

Pelajar : Guru, apa itu perkahwinan…?

Guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan…….
.
.
.
.
.
.
.

Kesimpulannya… janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan. Kalau tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website yang dicadangkan kat bawah ni.

Klik DISINI.

Cubalah. Insyallah, dapat membantu.

Bye!

Kategori:Kasih Sayang
  1. hidayah
    6 April 2009 at 11:41 AM

    penuh pengertian
    wakakaka…cinta n perkahwinan..
    mudah untuk disebut tp bukan mudah untuk di laksanakan..
    huh~😉
    hanya cinta DIA yg kekal abadi..

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: