Utama > Pend.Pemulihan > Mengatasi Sikap ‘Malas’ Murid

Mengatasi Sikap ‘Malas’ Murid

Salam sejahtera,

Boleh dikatakan setiap minggu Guru Pemulihan sekolah saya yang baru akan datang berjumpa dengan saya untuk membincangkan masalah murid pemulihannya.

Sebenarnya, saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ini kerana saya pun baru enam tahun mengajar (bidang yang sama). Namun, guru terbabit mengharapkan saya dapat memberikan ‘sesuatu’ untuk diaplikasikannya. Atas dasar akautabiliti sebagai seorang guru, kami berbincang isu yang dibangkitkan. Bagus juga dapat berkongsi idea.

Antara soalan yang kerap diajukannya adalah :

  • murid tidak mahu buat kerja.
  • murid ‘malas’
  • macam mana nak buat kalau murid kerap terlupa, lidah pendek, sukar nak sebut perkataan
  • apa yang boleh dilakukan untuk tarik perhatian murid supaya dapat memberi tumpuan semasa belajar.

Berdasarkan pengalaman sebagai Guru Pemulihan, beberapa aspek perlu dikenal pasti oleh guru untuk memastikan murid tidak menjadi ‘malas’ atau mudah lupa. Aspek pertama yang perlu diambil perhatian tentulah diri murid itu sendiri.

Dengan mengetahui peribadi murid sedikit banyak maklumat yang ada boleh membantu guru. Contohnya, murid tidak mahu buat kerja semasa di rumah kerana apa?.

Pada pendapat saya, label perkataan ‘malas’ itu tidak sesuai kerana murid ini sebenarnya bukanlah ‘malas’ seperti yang dijangka. Terdapat beberapa kemungkinan yang perlu diambil perhatian oleh guru berkenaan.

Pertama, guru perlu bertanya sendiri kepada murid secara personal berhubung tugasan yang tidak dapat disiapkan. Di sini, dua kemungkinan dijangka berlaku. Satu, murid tidak tahu atau tidak faham bagaimana hendak menyiapkan tugasan yang diamanahkan kerana tidak faham arahan soalan. Dua, aras penyampaian guru semasa mengajar terlalu tinggi. Murid sukar ‘menangkap’ butiran kata-kata guru kerana daerah kelemahan murid yang terhad.

Kedua, guru sepatutnya mengetahui aras kebolehan murid berkenaan. Memberi soalan yang banyak dengan aras yang tinggi dan berbeza dengan tahap murid adalah tidak sesuai. Andaikan saya seorang murid yang baru belajar membatang suku kata. Kemudian, guru mengedarkan lembaran kerja berbentuk soalan berstruktur (susun ayat) sebagai latihan pengukuhan. Apabila saya yang tidak tahu membaca berjumpa soalan yang susah, pastinya saya tidak akan buat latihan tersebut kerana bagi saya latihan yang guru beri telah ‘membunuh’ semangat saya hendak belajar.

Dalam hal ini, guru perlu banyak bersabar dan terus memberi bimbingan kepada murid berkenaan. Masalah mudah lupa juga salah satu faktor mengapa murid tidak dapat menyiapkan kerja rumah. Guru perlu peka dengan keadaan ini. Murid dalam kelas pemulihan sememangya mempunyai daya taakul yang berbeza dengan murid kelas biasa. Sebab itu setiap kali membuat latihan, soalan berikut kerap terbit dari mulut murid :

  • “cikgu!, tulis dalam buku ni nak selang sebaris tak?”
  • “cikgu!, macam ni ke?”
  • “cikgu! sama tak saya buat?”
  • “cikgu!, buat dalam buku ni ke?”
  • “cikgu!, itu ke?”
  • “cikgu!, ini ke?

Baiklah, bagaimana hendak berdepan dengan situasi ini?

Pertama, guru mesti lantik seorang ‘leader’ yang paling cerdik dalam kelas yang boleh menjawab kesemua soalan yang diajukan di atas. Tugas ‘leader’ ini secara automatik akan menjawab pertanyaan yang diajukan oleh rakan mereka. Tujuannya supaya ‘beban’ guru menjawab soalan yang sama setiap hari akan kurang. Letih menjawab soalan yang sama setiap hari tau!.

Oleh yang demikian, guru boleh meneruskan tumpuan mengajar murid dalam kumpulan pengajaran yang terancang.

Masalah lidah pendek dan sukar menyebut perkataan adalah satu masalah yang saling berkaitan tapi kemungkinan untuk ‘repair’ masalah lidah pendek ini adalah tipis kerana itu adalah ‘hasil’ kelahiran semula jadi. Hal ini perlu dirujuk kepada yang lebih pakar. Kesukaran menyebut perkataan adalah disebabkan oleh alat altikulari.

Ada juga murid yang sukar menyebut perkataan kerana pelat, gagap tidak faham konsep sebutan perkataan asal atau pun kerana terikut dengan loghat negeri.

Bagaimana hendak mengatasi?

Guru hendaklah menerapkan konsep sebutan yang betul secara berulang-ulang terhadap murid ini. Latih lidah murid menyebut perkataan untuk membiasakan murid menyebut dengan betul. Latih tubi menyebut secara berulang-ulang setiap hari akan membantu murid memperbaiki sebutannya. Bagi murid yang pelat atau gagap, guru perlu mengajar murid ini bercakap dengan tenang satu demi satu patah perkataan. Biasakan murid yang pelat atau gagap melakukan aktiviti ini dengan sesiapa sahaja. Lama kelamaan murid akan dapat menguasai cara bercakap yang baik.

Perlu diingat, bukan semua perkara yang guru lakukan demi murid akan berjaya. Sebarang kejayaan adalah bergantung kepada usaha guru dan murid. Jika sebelah pihak sahaja yang bersungguh susah juga.

Sekian.

Nukilan asal oleh :

1

NORHAIDI SARPONEN
Mantan Guru Pemulihan
2004 – 2008

Kategori:Pend.Pemulihan Tag:
  1. sowhat
    13 Mei 2009 at 7:30 AM

    wah..dah jd bloger fulltime sekarang,,

    • sowhat
      13 Mei 2009 at 7:34 AM

      nak mengatasi masalah cikgu malas macam mana pula…kalau biasanya ajar murid2 tak dengar, cikgu pun kata “saya cakap awak cakap sapa mau dengar” bila cikgu malas murid akan kata “hari -hari cikgu main bola”. Teruskan menulis artikel seperti ini ,kalau ada masa tu hantarlah ke mana-mana akhbar , majalah ataupun jurnal.

  2. nurulhuda azwana bt alias
    18 Januari 2013 at 12:55 PM

    salam..sy nk tnya macam mana pula murid yang selalu tak nak pegang pensel. murid saya di kelas pra sekolah ni, susah btul nk ajar cara pegang pensel yang btul..puas sudah saya cuba.kalau boleh berikan tips atau berkongsi pandangan..

  3. 21 Mac 2014 at 8:43 AM

    If apparently , you happen to be under insured at time of claim it
    can problems. This short money that you happen to be spending for mobile
    insurance it may cover you from great lose.
    Comparing insurance rates online helps you
    a whole lot in taking the best decision and eliminates the need to provide
    money with an insurance professional for that quotes.

  4. 2 Ogos 2014 at 4:54 AM

    Edgar’, with Leonardo Di – Caprio, Armie Hammer, Naomi Watts, Josh Lucas and Judi
    Dench. Are they going to be able to tell the difference
    between mice in the walls, demons from Hell or a poltergeist agent.
    The American Film Market (AFM) in Santa Monica, is the market
    partner of AFI FEST.

  5. 20 Ogos 2014 at 9:56 PM

    Thank you for another informative site. The place else may I am getting that type of info written in such a perfect
    way? I have a venture that I’m simply now running on, and I have been at the glance out for
    such info.

  6. pdf
    21 Ogos 2014 at 5:23 AM

    Hmm is anyone else encountering problems with the pictures on this
    blog loading? I’m trying to determine if its a problem on my end or if it’s the
    blog. Any responses would be greatly appreciated.

  7. pdf
    21 Ogos 2014 at 8:55 AM

    Hi there, its pleasant piece of writing concerning
    media print, we all be familiar with media is a wonderful source of
    facts.

  8. 27 September 2014 at 12:39 AM

    I’ve observed in the world today, video games would be the latest
    fad with kids of all ages. Occasionally it may be unattainable to drag your family away
    from the video games. If you want the very
    best of both worlds, there are numerous educational gaming activities for
    kids. Thanks for your post.

  9. 29 September 2014 at 5:32 AM

    This is the proper blog for anyone who needs to search
    out out about this topic. You realize a lot its almost laborious to argue with you (not that I really
    would want…HaHa). You positively put a new spin on a subject thats been written about for
    years. Great stuff, simply great!

  10. 17 Oktober 2018 at 9:38 PM

    Yes! Finally something about click.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan kepada PSI Seminars Batal balasan