Utama > Pend.Pemulihan > Ganjaran dan Dendaan

Ganjaran dan Dendaan

Salam sejahtera.

Dalam pengajaran Pemulihan atau sebarang subjek yang diajarkan di sekolah, penghargaan memainkan peranan penting dan itulah perkara yang harus diambil berat oleh setiap pendidik.

Penghargaan tidak semestinya diberi kepada murid yang cemerlang dalam akademik sahaja. Namun, beberapa aspek lain perlu diberi perhatian juga.

Penghargaan yang diberi oleh seseorang guru tidak kira dalam apa jua bentuk, sebenarnya menunjukkan setiap perkara yang dilakukan oleh seseorang murid itu dihargai.

Murid akan berasa semakin bersemangat kerana setiap kali membuat sesuatu tugasan di sekolah, murid berkenaan akan menerima penghargaan.

Akan tetapi, perkara sekecil ini kerap terlepas pandang bagi seseorang guru. Perlu diingat, murid juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Sering kali murid didenda jika melanggar disiplin dan peraturan sekolah.

Namun, murid kurang diberi penghargaan walaupun sekadar membantu guru menyusun kerusi di tapak perhimpunan. Ucapan ‘terima kasih’ saja tidak memadai. Sekurang-kurangnya perlu ditambah dengan kata-kata penyedap halwa telinga seperti “bertuah saya ada anak murid yang rajin seperti kamu..”

Kata-kata seperti itulah yang membuatkan murid berasa bangga kerana sumbangan kecilnya dihargai. Di dalam kelas pula, tidak semua murid dapat menyiapkan sesuatu tugasan dengan sempurna seperti yang setiap guru mahukan. Ada yang buat ala kadar, ada yang buat ‘cincai’ asalkan siap dan macam-macam jenis lagi.

Bagaimana hendak ‘memujuk’ murid supaya ‘bekerjasama’ dengan guru?

Jawapannya, sediakan satu peraturan sementara yang boleh memberi manfaat terhadap guru dan juga murid. Peraturan yang dimaksudkan adalah GANJARAN dalam pembelajaran.

Peraturannya cukup mudah. Murid yang menunjukkan kecemerlangan prestasi, mengikut arahan, menjaga tingkah laku dan segala macam aktiviti positif yang dipamer akan menerima ganjaran istimewa daripada guru.

Ganjaran tersebut boleh berbentuk apa sahaja. Sama ada TOKEN yang boleh ditukar dengan HADIAH, pujian bagi tingkah laku positif lavel rendah atau apa sahaja.

Percayakah anda dengan bentuk ganjaran yang guru berikan akan membantu merangsang dan menaikkan semangat murid untuk belajar. Itulah yang akan terjadi jika murid menunjukkan tingkah laku positif. Bagaimana pula dengan murid yang menunjukkan tingkah laku negatif?

Guru perlu ada peraturan kedua. DENDAAN harus dikenakan terhadap murid yang ingkar dan melanggar peraturan. Bentuk dendaan terpulang kepada guru sendiri asalkan ianya tidak mendatangkan mudarat kepada murid itu sendiri.

Sebaik-baiknya dendaan yang dikenakan dapat memberi motivasi kepada murid agar tidak mengulangi kesilapan di masa akan datang.

Apa pun yang guru lakukan, semuanya adalah demi kebaikan murid. Saya percaya tidak semua murid akan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam masa yang singkat.

Namun, dengan adanya ganjaran sekurang-kurangnya dapat membantu guru mengurangkan sikap negatif murid yang buat kerja sambil lewa.

Sekian,

Nukilan asal oleh :

1

NORHAIDI SARPONEN
Mantan Guru Pemulihan
2004-2008

Kategori:Pend.Pemulihan Tags:
  1. 8 Julai 2013 at 11:46 PM

    Hi, always i used to check weblog posts here early in the break of day,
    since i enjoy to gain knowledge of more and more.

  2. 24 Julai 2013 at 12:17 AM

    Wow, that’s what I was seeking for, what a information! existing here at this webpage, thanks admin of this web site.

  3. 28 September 2014 at 7:41 PM

    Great post. I was checking continuously this blog and I am impressed!
    Extremely useful information specially the last part🙂 I care for such information much.
    I was looking for this certain information for a very long time.
    Thank you and best of luck.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: