Rumah > Pend.Pemulihan > Pemulihan vs PROTIM

Pemulihan vs PROTIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Semalam saya banyak menerima email terutamanya daripada para pelajar yang bertanyakan tentang PEMULIHAN dan PROTIM.

Banyak takrifan mengenai definisi Pemulihan oleh pakar-pakar dalam dunia pendidikan. Namun, hakikatnya ia masih membawa maksud yang sama iaitu aktiviti alternatif yang dijalankan apabila didapati seseorang murid gagal mempelajari sesuatu kemahiran selepas mengikuti aktiviti pembelajaran dalam kelas biasa. Program PEMULIHAN ini adalah sebagai ganti aktiviti pembelajaran dalam kelas biasa di Kelas Pemulihan untuk membantu murid menguasai kemahiran berkenaan.

Justeru, definisi di atas amatlah jelas bahawa bukan sahaja dari segi siapa sasaran untuk pengajaran Pemulihan tetapi juga dari segi fungsi dan tujuannya.

Ia sebenarnya dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira amnya, tiga kemahiran asas yang menjadi fokus dalam KBSR.

Objektif pengajaran Pemulihan pula adalah seperti berikut :

  • membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu
  • mengubah sikap murid yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran
  • memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

Program Pemulihan pula dilaksanakan setelah murid dicalonkan, melalui ujian saringan dan diagnostik. Biasanya murid yang terlibat adalah tahun 2 dan 3. Namun demikian, untuk murid tahun 4 dan 5, bergantung kepada budi bicara guru Pemulihan dan rundingan dengan semua pihak dalam organisasi.

PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN. PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN.

PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 2M dalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya. Di bawah modul yang sama, murid dikehendaki menjalani satu ujian ‘tapisan’. Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah akan terlibat dalam program PROTIM ini. Dalam kelas yang saya ajar sekarang, 10 orang murid tahun 5 terlibat dengan program ini. 3 orang murid lelaki daripadanya tidak boleh membatang suku kata seperti :

  • KA+SUT
  • PEN+SEL
  • GA+JAH
  • DAK+WAT.
  • SE+KO+LAH
  • SU+NGAI
  • KE+RE+TA

Aras modul dalam program PROTIM ini sedikit berbeza dengan aras modul dalam program PEMULIHAN. Ini kerana modul PROTIM melibatkan penguasaan sistem bahasa. Gambar masih menjadi pilihan utama dalam modul ini untuk membantu pemahaman murid. Berbanding program PEMULIHAN, program PROTIM mahukan murid menyelesaikan banyak latih tubi dalam satu-satu masa yang ditetapkan.

Aras soalannya sederhana sukar kerana kebanyakan murid dalam program PROTIM sudah menguasai asas 3M. Murid dalam program PROTIM sudah ramai yang tahu membaca. Cuma yang menjadi masalah adalah, murid seringkali melakukan kesilapan semasa menulis.

Gambar yang sepatutnya ditulis sebagai :

  • SELIPAR murid tulis SIPE
  • LOCENG ditulis LONCENG
  • SELUAR ditulis SUAR dan banyak lagi.

Sesetengah sekolah melaksanakan PROTIM dalam dua sesi iaitu, pagi sebelum rehat untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan selepas rehat untuk mata pelajaran Matematik.

Kedua-dua program ini akan ‘melepaskan’ murid mereka setelah didapati cemerlang dalam ujian penilaian yang dijalankan. Semoga, coretan ini dapat memberi maklumat berguna untuk semua.

Sekian.

teachers-department2

NORHAIDI SARPONEN

Mantan Guru Pemulihan

2004-2008

About these ads
Categories: Pend.Pemulihan Label:
  1. 8 Disember 2009 at 9:58 PM | #1

    apakah kemungkinan yang menyebabkan prestasi murid pemulihan masih belum meningkat walaupun menjalani sesi pemulihan selama 5 bulan?

    • 8 Disember 2009 at 10:24 PM | #2

      Ada banyak kemungkinan.

      1. Faktor guru

      2. Faktor murid

      3. faktor persekitaran

      4. faktor rakan sebaya.

      5. faktor keluarga

      6. faktor genetik

      cikgu kena rajin buat analisis. Dapatkan temubual daripada guru kelas, guru mata pelajaran, penjaga murid dan murid itu sendiri.

  2. bakal cikgu
    13 Januari 2010 at 1:52 PM | #3

    salam, saya nak tanya tentang definisi program pemulihan KBSR..bolehkah cikgu bantu saya menerangkannya?

  3. Nurmida Binti Hamid
    21 Februari 2010 at 3:05 PM | #4

    Salam cikgu..terima kasih atas segala info yang diberikan..Ia banyak membantu saya untuk jadi guru Protim yang sebelum ini begitu asing dengan saya. Sebagai guru permulaan dari Opsyen PJ pula, satu kejutan besar bagi saya apabila diminta menjadi guru Ptotim untuk kelas hujung yang rata-ratanya bermasalah dalam pembelajaran..

  4. zainol hashim
    24 Mac 2010 at 12:10 AM | #5

    saya alami masalah mengajar protim buat pertama kali.. saya sungguh kasihan kepada murid-murid saya..dalam kelas saya terdapat 27 orang..(kelas terakhir) 10 orang daripadanya telah pun dapat menguasai 2M. Bagaimanakah saya nak jalankan program protim kepada 17 orang secara serentak mengajar 10 orang yang telah menguasai 2M.. kesannya saya kurang penumpuan kepada 10 orang murid ini yang mula semakin bosan dengan p&p saya(kerana aras terlalu rendah).. bagaimana cara saya mengatasinya

    • 29 September 2010 at 11:55 AM | #6

      Saya juga mengajar murid di kelas hujung (25 orang) di mana hanya 3 orang daripada mereka yang boleh membaca. Itu pun merangkak-rangkak.

      Strategi yang saya gunakan adalah pembahagian kumpulan mengikut katgori murid. Murid yang sudah boleh membaca saya letakkan dalam satu kumpulan, diikuti kumpulan yang boleh mengeja dan kumpulan yang baru mengenal abjad.

      Setiap kumpulan akan diberi latihan dan cara kerja yang berbeza. Mengajar murid dalam kategori ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

      Semoga berjaya

  5. zainol ahmad
    24 Mac 2010 at 12:12 AM | #7

    zainol hashim :saya alami masalah mengajar protim buat pertama kali.. saya sungguh kasihan kepada murid-murid saya..dalam kelas saya terdapat 27 orang..(kelas terakhir) 10 orang daripadanya telah pun dapat menguasai 2M. Bagaimanakah saya nak jalankan program protim kepada 17 orang secara serentak mengajar 10 orang yang telah menguasai 2M.. kesannya saya kurang penumpuan kepada 10 orang murid ini yang mula semakin bosan dengan p&p saya(kerana aras terlalu rendah).. bagaimana cara saya mengatasinya

  6. sasha
    9 April 2011 at 12:29 PM | #8

    salam…boleh tak berikan nama penuh/maksud untuk PROTIM?

  7. menmenmein
    16 April 2011 at 4:24 PM | #9

    PROTIM tu mungkin singkatan program tingkatkan ilmu membaca.KIA 2M apa pula?

  8. RAIS
    27 September 2011 at 12:34 PM | #10

    PRO-PROGRAM
    TIM- 3 M (MEMBACA, MENULIS =, MENGIRA)

  9. khariana wati bt yusuff
    14 Mac 2012 at 11:44 AM | #11

    boleh tak gunakan program protim ni untuk pelajar tingkatan 1&2 sekarang?

  10. frankie nail
    20 April 2012 at 10:20 AM | #12

    siapakah yang sepatutnya melaksanakan PROTIM? Guru matapelajaran atau Guru Pemulihan?

  11. Roja
    15 Mei 2012 at 8:45 PM | #13

    thn 1 dan thn 2 guna modul linus/rpt pemulihan
    guru yg mgajar protim guru subjek dan guru m/pelajaran

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 107 other followers

%d bloggers like this: