Utama > Pend.Pemulihan > Masalah Guru Pemulihan – Part 3

Masalah Guru Pemulihan – Part 3

Salam sejahtera,

Jika sebelum ini saya telah menyatakan masalah guru Pemulihan dari sudut ‘masalah kemudahan fizikal’. Kali ini saya ingin menyambung masalah yang dihadapi oleh guru Pemulihan berhubung komunikasi antara guru, pihak pengurusan di sekolah dan ibu bapa.

* Masalah Komunikasi dan perhubungan.

Nampaknya, sesetengah guru Pemulihan juga sukar untuk mendapat kerjasama daripada Guru Besar, guru-guru lain dan ibu bapa. Saya juga pernah mengalami masalah yang sama terhadap ketiga-tiga kelompok manusia ini.

Sebagai contoh, semasa mula-mula bertugas sebagai guru Pemulihan, jarang guru Besar melawat ke kelas saya untuk memastikan sama ada pengajaran dan pembelajaran berjalan atau tidak, bahan untuk guru cukup atau tidak dan sebagainya. Saya kecewa juga kerana kurang diberi perhatian. Saya diarah memastikan agar murid pemulihan dapat dikurangkan kepada jumlah yang paling minima. Itu sahaja.

Individu yang kerap saya jadikan tempat untuk luahkan masalah kelas pemulihan adalah Guru Penolong Kanan Akademik (GPK1). GPK1 sekolah saya seorang yang cekap dan amat prihatin terhadap setiap masalah yang dihadapi oleh ‘anak buahnya’.

  • Perhubungan yang ‘dingin’ tersebut diatasi dengan sentiasa berjumpa dan berbincang dengan Guru Besar. Sentiasa mendapatkan pandangan dan bantuan dari segi bahan bantu mengajar, menjemput Guru Besar dalam setiap mesyuarat panitia dan sebagainya.

Begitu juga kisahnya dengan guru biasa. Saya pernah menyatakan dalam mesyuarat untuk menjalankan ‘Program Bakul Ilmu’ di mana setiap guru yang bertugas pada minggu berkenaan dikehendaki memastikan setiap jam 7.00 pagi hingga 7.20 pagi murid tidak berkeliaran. Sebaliknya, masa lapang tersebut diisi dengan membaca buku. Namun, program saya mendapat sambutan yang dingin. Semua guru ‘buat hal’ masing-masing.

  • Masalah ini diatasi dengan mengubah struktur program. Saya bekerjasama dengan Panitia Bahasa Melayu dan guru Kaunseling bagi melancarkan perjalanan program. Surat arahan ditandatangani Guru Besar dan diedar barulah semuanya menjadi ‘okey’.

Masalah dengan ibu bapa juga satu lagi hal. Saya kasihan melihat pelajar yang terlalu ‘lambat’ dalam kelas. (maaf kerana menggunakan perkataan ini). Justeru, saya merangka satu program dimana setiap minggu, ada ibu bapa akan dipanggil untuk berjumpa dan berbincang dengan saya berkenaan prestasi anak masing-masing.

Bagi ibu bapa yang prihatin, mereka akan datang. Bagi yang mementingkan kerja dan wang ringgit, surat yang saya edarkan tidak dibalas kerana dianggap membuang masa mereka. Ya! saya pernah menerima kata-kata berikut daripada seorang wanita, “cikgu buatlah apa yang patut ye..”.

Cukuplah menyusahkan anak. Jangan biarkan mereka ‘keseorangan’ dalam dunia yang nyata. Mereka juga ada masa depan. Jangan hanya tahu melahirkan tetapi membiarkan mereka berdikari tanpa bantuan.

  • Masalah ini diatasi dengan ‘memaksa’ ibu bapa penjaga berjumpa untuk berbincang secara bersama bagi mengatasi masalah anak masing-masing pada Hari Terbuka sekolah.

Saya tidak menyalahkan semua pihak, ada sesetengah kesilapan mungkin berpunca daripada diri saya sendiri. Namun, hakikatnya, inilah realiti masalah yang saya telah hadapi.

Adakah masalah ini akan dihadapi oleh guru atau bakal guru Pemulihan yang lain?

Berikan pendapat anda.

Sekian.

2
NORHAIDI SARPONEN
Mantan Guru Pemulihan
2004-2008

  1. 26 September 2010 at 11:26 PM

    assalamualaikum…

    cikgu, saya pelajar dari upsi..saya mohon jasa baik cikgu melayari website yang saya bangunkan iaitu http://pemulihan.ning.com…ia merupakan projek akhir saya..website ini masih dalam pembangunan lagi..website ini dibangunkan untuk guru pemulihan berforum..saya harap guru dapat meluangkan masa melayari laman web ini…terima kasih…

    • 27 September 2010 at 11:34 AM

      Salam,

      pertama sekali, tahniah atas pembinaan website tersebut. Saya cuba mendaftar sebagai pelawat, tetapi saya menghadapi kesukaran dari aspek memasukkan maklumat pendaftaran.

      Kemudian, saya hadapi masalah kedua iaitu, laman tidak dijumpai dan saya hanya dapati ianya keluar dalam bentuk ‘script’.

      Mungkin saya salah tekan butang aplikasi atau kesilapan lain yang saya lakukan.

      Ada kelapangan hari ni, saya akan cuba mendaftar masuk semula.

      Terima kasih

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: