Utama > Pengetahuan > Sembilan Prinsip QCOP (Quality Cycle of Process).

Sembilan Prinsip QCOP (Quality Cycle of Process).

Petikan Ucapan Cikgu Hamzah bin Mohamed

( Tokoh Guru Daerah Maran, Pahang )

1. Do It Right First Time (DIRFT):

Ertinya setiap kerja mesti bebas daripada buat salah dan silap kerana salah dan silap ‘boleh dielak dan dicegah’. Pada tahap yang lebih tinggi ertinya guru-guru mesti mengajar dengan betul dan murid-murid mesti belajar dengan betul dansentiasa buat betul. Ringkasnya semua guru dan murid-murid mesti faham dan mesti jadikan prinsip utama mencapai kejayaan cemerlang.

2. Guru Mengajar Murid Belajar:


Ertinya semua guru mesti faham dulu bahawa ‘kerja kita ialah mengajar’ bukan berborak, duduk di kantin, tidak masuk kelas, keluar ke kedai, tidur atau lainnya. Mengajar pula mesti penuh persediaan dari segi mental, fizikal dan spiritual, penuh semangat dan berwibawa. Prinsip paling utama ‘tidak ada kelas yang dibiarkan tanpa guru’. Kemudian murid-murid pula mestilah belajar dengan betul, bersungguh- sungguh dan tidak main-main, tidak ganggu rakan-rakan yang lain serta belajar dengan penuh keriangan dan kefahaman.

3. Berkongsi Visi Yang Sama:


Ertinya semua guru mesti faham dan hayati halatuju sekolah yakni hendak menjadikan sekolah suatu organisasi yang berkesan, sekolah berwatak dan boleh
menjadi sekolah model. Prinsip utamanya semua murid adalah normal’ dan berpotensi mencapai prestasi akademik yang cemerlang dan gemilang. Apa jua visi yang hendak direaliasasikan bukan hak kepunyaan Guru Besar seorang tetapi
menjadi hak kepunyaan semua guru, dan berpegang teguh kepada kata-kata keramat “Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh”.

4. Apa Yang Disemai Itu Yang Dituai:


Ertinya apa jua yang guru-guru ajar (dan buat) itulah yang akan jadi hasilnya. Apatah lagi kalau guru-guru tidak mengajar dengan sepenuhnya. Prinsip utamanya apa jua yang guru buat (dan atau tidak buat) akan tentukan prestasi atau pencapaian murid seterusnya. Ini kena ingat baik-baik.

5. Penambahbaikan Berterusan:


Ertinya mencapai kualiti tidak ada had dan sempadan. Guru mesti sentiasa lakukan Kaizen (Continuous improvement) dalam semua aspek kerja terutama P&P. Prinsip utamanya mesti tidak mudah merasa berpuas hati dengan status kini tetapi sentiasa memikir dan mencari jalan bagi meningkatkan segala-galanya supaya hasil kerja kurikulum, kokurikulum, pengurusan data dan maklumat, kebajikan dan keselamatan serta keceriaan fizikal dan persekitaran sentiasa dipertingkatkan sepanjang masa.

6. Mencegah Masalah Lebih Utama Daripada Menyelesai Masalah:

Ertinya tidak cukup sekadar boleh ‘menyelesaikan masalah’ sahaja lebih-lebih lagi
sudah tahu benda yang akan jadi masalah.Jadi yang diutamakan ialah kebolehan ‘mencegah masalah’ supaya tindakan awal yang bersifat preventive’ bukan ‘remedial’ dapat dibuat dengan berkesan. Prinsipnya amalkan pendekatan PDCA secara total dalam semua aktiviti. Ringkasnya mesti ada sikap proaktif dan hasilnya semua orang tidak hadapi masalah dan organisasi yang iklimnya sangat kondusif kepada proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan lagi berkualiti.

7. Bukan Kepada Siapa Betul Tetapi Kepada Apa Yang Betul:
Ertinya apa jua isu yang ditimbulkan dalam menangani perubahan dan melakukan penambahbaikan adalah berdasarkan ‘perkaranya’ bukan kepada ‘siapa orangnya’. Prinsipnya ialah apa yang betul atau tidak betul bukan berdasarkan dia itu Guru Besar atau Penolong Kanan atau Guru Penolong, hatta Pekerja Rendah Awam sekalipun, tetapi kepada apakah persoalannya, apakah kesan dan implikasinya, atau apakah tafsiran dari segi falsafah, peraturan, dan objektivitinya. Matlamat akhirnya semua orang akan buat perkara yang betul dan tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun.

8. Permuafakatan Dan Kesejawatanan:

Ertinya dalam organisasi tidak ada orang boleh buat kerja berseorangan, pendeknya setiap orang perlukan orang lain bagi memenuhi atau menyempurnakan sesuatu tugas atau sesuatu bidang tanggungjawab. Prinsipnya semua guru mesti faham bahawa tanpa kerjasama atau permuafakatan banyak kerja lebih-lebih lagi usaha meningkatkan prestasi murid dan sekolah tidak tercapai. Oleh itu perasaan dan pemikiran ‘kesejawatanan’ maka perlu dihayati sepenuh jiwa dan raga. Aspek permuafakatan dan kesejawatanan in jelas dilihat apabila sikap dan semangat tolong – menolong,sanggup berkorban, ingat-mengingati, nasihat – menasihati dan sebagainya wujud dengan penuh harmoni.

9. Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu, Mengajar Tidak Lesu:

Ertinya seorang guru yang penuh iltizam, dedikasi, komited dan bertanggungjawab tidak akan mengkhianati tugasnya dan murid-muridnya.
Prinsipnya ialah guru-guru mesti faham bahawa tugas ‘mengajar dan mendidik’ satu pekerjaan yang sangat mulia. Guru mestilah menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar (tanpa muslihat dan tipu helah) sebagai suatu ibadah. Guru-guru begini tidak akan cepat melatah atau menyalahkan keadaan dan tempat sebelum menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu di samping berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri. Guru sebenar guru tidak akan melakukan sesuatu yang akan merosakkan organisasi seperti: selalu ponteng, banyak beri alasan dan helah, sering mengelakkan diri daripada menerima tugas dan tanggungjawab, mengganggap sekolah hanya tempat kerja ‘sementara’ atau selalu beri alasan ‘tidak cukup masa’. Guru sebenar guru tidak menunjukkan ciri – ciri ‘orang malas’ ketika berada di dalam kelas tetapi sebaliknya mengajar dengan penuh ceria, penuh semangat serta bersungguh-sungguh.
Sekian,
1
NORHAIDI SARPONEN
Mantan Guru Pemulihan
2004 – 2008
  1. 3 September 2013 at 4:11 PM

    Spot on with this write-up, I seriously feel this site needs far more attention.
    I’ll probably be returning to read through more, thanks for the
    advice! Mitsubishi Starmex air con review (Veta)

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: