Utama > Pend.Pemulihan > Masalah Guru Pemulihan – Bahagian Akhir.

Masalah Guru Pemulihan – Bahagian Akhir.

Salam sejahtera,

Jika sebelum ini saya telah menyatakan masalah guru Pemulihan dari sudut ‘masalah komunikasi dan perhubungan’. Kali ini saya ingin menyambung masalah yang dihadapi oleh guru Pemulihan berhubung pelaksanaan tugas guru Pemulihan di sekolah yang sentiasa menjadi halangan.

* Masalah Pelaksanaan Tugas.

Secara umumnya, guru Pemulihan dikehendaki menjalankan lima peranan pemulihan seperti yang berikut :

  1. Penilaian termasuk menjalankan Ujian Saringan dan Diagnostik serta menyimpan rekod.
  2. Perskriptif termasuk menjalankan program individu murid lambat, mengadakan bengkel Pemulihan di peringkat sekolah.
  3. Khidmat bantu termasuk membantu guru biasa mengubahsuai aktiviti dan bahan pengajaran, dan menunjuka ajar mereka
  4. Teknik mengajar kanak-kanak yang lambat.
  5. Mengajar termasukla mengajar secara ‘berpasukan’ sekiranya keadaan memerlukan.

Perhubungan yang erat dan mesra termasuk menghubungi ibu bapa untuk mendapatkan maklumat tentang anak masing-masing.

Apa yang dinyatakan di atas lahir dari cara saya berfikir sahaja. Namun, anda boleh mengurang atau menambah lagi peranan guru Pemulihan di atas. Apa pun, hakikatnya, kebanyakan peranan di atas sukar dilakasanakan jika ibu bapa itu sendiri tidak memberi kerjasama yang padu.

Saya sendiri hadapi kesukaran untuk merekod data murid dari pelbagai aspek kerana ibu bapa kurang memberi sambutan terhadap masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Pernah ada sepasang suami isteri menghantar anak mereka kepada saya dan berkata, ” cikgu, anak saya ni memang degil. Tak nak belajar. Saya pun dah tak tahu nak buat apa..”. Sedih dan terguris

jiwa saya apabila mendengar kata-kata tersebut. Mungkin inilah akibat terlalu memanjakan anak hinggakan nak bertegas pun tak boleh.

Saya faham dan terima kenyataan ini. Maklumlah, mereka juga manusia biasa yang membuat kesilapan. Begitu juga saya.

Saya tidak boleh membandingkan kemahiran yang dimiliki dengan mereka. Jika ibu bapa tersebut meminta saya melakukan

baik pulih enjin lori, sudah tentu saya ‘menyerah kalah’ kerana saya tiada kepakaran tersebut. Begitulah halnya dengan program Pemulihan. Saya sentiasa mengesyorkan kepada ibu bapa yang kerap berjumpa dengan saya berhubung masalah anak masing-masing

supaya mendapatkan nasihat daripada doktor. Apabila anak mereka sudah melalui beberapa siri ujian tertentu, doktor berkenaan akan mengeluarkan satu laporan. Salinan perubatan itu amat penting sebagai rujukan di masa hadapan dan dijadikan panduan oleh setiap Guru Pemulihan bagi merancang pelaksanaan tindakan berkualiti dalam proses pembelajaran kelak.

Kadang-kadang, tugas guru Pemulihan terbatas kerana tugas mengajar murid cuma lapan waktu seminggu. Ada juga guru pemulihan yang bukan opsyen terpaksa menerima tugas ini. Ada guru yang tidak menjalankan tugas sebagai guru pemulihan dengan sebaik mungkin.

Kesemua pandangan ini perlu diambil kira. Adalah tidak adil sekiranya saya bercakap akan kekurangan sesuatu pihak sahaja.

Apa pun isu yang timbul berhubung pelaksanaan Program Pemulihan di sekolah, semua pihak perlu bertanggungjawab dan sentiasa saling bekerjasama demi menjamin keberkesanan program yang dirancang.

Sebarang pertanyaan atau perkongsian pendapat, sila hantarkan EMAIL anda kepada saya.

Terima kasih

Sekian,
teachers-department3
NORHAIDI SARPONEN

Mantan Guru Pemulihan
2004-2008

  1. 16 Julai 2013 at 9:20 AM

    It’s nearly impossible to find experienced people about this subject, but you seem like you know what you’re talking about!

    Thanks

  2. 17 Ogos 2013 at 5:27 PM

    Warm-mist humidifiers and vaporizers work by boiling water and expelling steam.
    Unfortunately many individuals consider vaporizers for only one use, and that we all know what that is.
    His recent recommendations include using Portable Vaporizers and Digital
    Vaporizers such as the Volcano Digital Vaporizer.

  3. 5 Januari 2014 at 1:44 AM

    Please let me know if you’re looking for a
    article author for your weblog. You have some really good articles and I think I would be a good asset.

    If you ever want to take some of the load off, I’d really like to write some articles for
    your blog in exchange for a link back to mine. Please shoot me an e-mail if interested.
    Cheers!

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: