Utama > Pend.Pemulihan, Pengetahuan > Kehebatan Murid Kelas ‘Belakang’

Kehebatan Murid Kelas ‘Belakang’

Salam sejahtera..

Selalu kita dengar murid kelas belakang adalah murid yang majoritinya bermasalah. Tetapi, tahukah anda walaupun mereka bermasalah, mereka masih boleh dibentuk.

Sebenarnya :

  • Mereka bermasalah kerana lambat matang.
  • Mereka bermasalah kerana tidak mendapat bimbingan yang betul.
  • Mereka bermasalah kerana tidak diberi peluang.
  • Mereka bermasalah kerana tidak mendapat didikan agama yang cukup
  • Mereka bermasalah kerana kurangnya amalan disiplin.
  • Dan mereka bermasalah kerana tidak diingatkan selalu.

Jika dibentuk dengan secukupnya, pasti mereka tidak ‘senakal alam’ seperti yang kita bayangkan.

Tetapi, tahukah anda dengan berkawan rapat dengan murid ini, anda dapat mengekpoitasi segala kekurangan mereka menjadi satu kelebihan?

Eksploitasi di sini bukan bermaksud mempergunakan mereka. TIDAK sama sekali. Ia membawa maksud lebih kepada mencari kekurangan dan membuka1 peluang kepada murid untuk menjadikan ia sebagai kelebihan kendiri.

Sebagai contoh? Kita tidak tahu sebenarnya bukan semua murid kelas ‘belakang’ ini yang suka bersosial dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Ada yang rajin buat kerja sambilan sebenarnya.

Ada yang bantu keluarga petik taugeh, kutip besi buruk, bantu bapa di bengkel kereta dan motorsikal, pandai berenang dan tahu selok belok sungai, boleh melukis dan mewarna dengan baik, pandai berlakon, boleh menyanyi dan banyak lagi potensi mereka yang guru tahu tetapi murid tidak ‘nampak’.

Jika guru dapat cungkil dan ketengahkan kelebihan mereka di dalam kelas, pasti murid tersebut akan sedar kekurangan itulah yang boleh dijadikan kelebihan.

Pernah seorang guru menghantar murid dari kelas ‘belakang’ menyertai pertandingan nyanyian peringkat daerah dan menang!. Ada juga guru yang menghantar murid menyertai pertandingan reka cipta peringkat daerah dan menjadi johan!

Jadi, hendak mencungkil kelebihan murid ini kadang-kala menjadi rumit juga kerana kekangan ibu bapa dan murid itu sendiri yang pemalu dan tidak mahu mencuba.

Jadi, jelaslah bahawa murid kelas ‘belakang’ tidak semuanya yang ‘negatif’. Kenal pasti murid dan rapat dengan mereka akan membuatkan seseorang guru lebih mengenali siapa anak murid mereka.

Menyalahkan mereka setiap kali latihan yang diberi tidak disiapkan adalah tindakan yang kurang tepat. Adalah lebih baik jika guru selidik dahulu apa yang murid lakukan sebelum mengenakan hukuman.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN SARPONEN

Mantan Guru Pemulihan

2004 – 2008

  1. 22 Mei 2009 at 12:43 PM

    Kadang-kadang mereka bermasalah kerana ada masalah pendengaran. Saya pernah membuat hearin screening, rata-ratanya mereka mempunyai masalah pendengaran tahap ‘mild’ atau ‘moderate’ tapi cukup mengganggu sesi pembelajaran menyebabkan hilang tumpuan dan ada masalah perangai. Cubalah buat hearing screening di sekolah cikgu.

  2. نورنانا
    25 Mei 2009 at 12:09 AM

    kadang2 ada yg ada masalah dyslexia.

    ada gak cikgu tak tahu pasal benda ni.

    hmm……

  3. 26 Julai 2013 at 2:04 AM

    Howdy! Would you mind if I share your blog with
    my zynga group? There’s a lot of folks that I think would really appreciate your content. Please let me know. Cheers

  4. 3 Oktober 2013 at 6:20 PM

    Its like you read my mind! You appear to know a lot approximately this, like you wrote the
    guide in it or something. I feel that you just could do with some p.c.

    to force the message house a bit, but other than that, this is
    wonderful blog. A fantastic read. I will certainly be back.

  5. 19 Julai 2014 at 4:39 PM

    I’mtruly enjokying the design andd layout of yor website.
    It’s a veery easy on the eyes which makes iit much mpre pleasant for me to come here and visit more often. Did you hire out a
    designer to create your theme? Excellent work!

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: