Arkib

Archive for 27 Mei 2009

HARI KONVOKESYEN Institut Bahasa

27 Mei 2009 5 comments

Salam sejahtera..

Semoga anda yang sedang membaca atau tercari ‘sesuatu’ di laman ini berada dalam keadaan sihat dan ceria sentiasa.

Isu pada hari ini bukanlah berat sangat hendak dibincangkan. Sekadar perkongsian rasa gembira buat rakan-rakan yang mengikuti KURSUS SIJIL PERGURUAN KHAS (KSPK) satu tahun pada 2008 di IPBMM, Kuala Lumpur yang akan mengadakan Hari Konvokesyen pada 30 MAY 2009 bertempat di Putrajaya.

Sekalung tahniah atas segala kecemerlangan yang rakan-rakan guru sekalian terima pada hari tersebut.

Saya dimaklumkan mendapat keputusan yang cemerlang. Namun, agak malang kerana saya tidak dapat menyertai rakan-rakan meraikan kejayaan di hari pertemuan tersebut.

Pada hari surat diterima, saya baru saja habis mesyuarat di sekolah. Saya mendapat panggilan telefon daripada bapa di kampung menyatakan surat rasmi dari pihak IPBMM di mana kandungannya menjelaskan hari dan tarikh konvokesyen diadakan.

Saya banyak menerima panggilan dan SMS daripada rakan-rakan mengenai kehadiran pada hari berkenaan. Malangnya, saya tidak dapat bersama rakan semua.

Pada mesyuarat yang lalu, GPK 1 memaklumkan bahawa pada cuti pertengahan tahun yang akan bermula 30 Mei 2009, guru dikehendaki bertugas selama 3 hari dalam tempoh cuti berkenaan – wajib datang bertugas. Tiada paksaan hari apa atau bila guru hendak datang. Tetapi syaratnya mestilah 3 hari.

Masalah saya :

  • Setiap minggu saya akan ke Kuala Lumpur atas urusan ‘peribadi’. Oleh yang demikian, saya tidak mahu buat kerja dua kali.

  • Guru wajib hadir bertugas 3 hari. Jadi, saya akan mulakan tugas serta merta pada 30 – 31 Mei 2009 dan 1 Jun 2009 kerana saya tidak mahu berulang ke Johor Bahru berkali-kali sepanjang tempoh bercuti.

  • Saya mempunyai tanggungjawab di Johor Bahru dan di Kuala Lumpur. Oleh yang demikian, saya perlu memikirkan kepentingan yang subjektif ini dari pelbagai aspek.

Oleh yang demikian, saya terpaksa menolak ‘tawaran’ menghadiri konvokesyen pada hari berkenaan. Harap rakan-rakan dan pensyarah tidak berkecil hati dengan keputusan saya.

Sekiranya tempat saya bekerja dengan tempat di mana urusan peribadi saya dijalankan dan saya tidak perlu berulang alik sejauh lebih kurang 300 kilometer, saya pasti akan menghadiri majlis yang diadakan.

Apa pun, semoga rakan-rakan menyambut majlis berkenaan dengan meriah. Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan yang cemerlang dan berjaya. Insyaallah, panjang umur kita pasti akan bertemu lagi.

Saya doakan agar rakan-rakan dapat terus berbakti dengan setulus hati hingga ke hujung nyawa. Andai ada terkasar bahasa atau ada kata-kata yang mengguris perasaan sepanjang tempoh kita bersama, saya minta dimaafkan.

Akhir sekali, jutaan terima kasih saya ucapkan atas tujuk ajar kalian sepanjang tempoh kita bersama.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN SARPONEN

Internet Marketing Bizz