Apa Yang Kurangnya?

Salam sejahtera..

Semoga anda yang sedang membaca dalam laman ini sentiasa sihat dan dianugerahi fikiran yang tajam dan akal yang cerdas supaya dapat melakukan amal untuk orang lain.

Topik kali ini, saya ingin sentuh adalah berkaitan dengan sistem pembelajaran yang diamalkan oleh ibu bapa dan guru pada zaman semasa saya masih kecil berbanding dengan zaman sekarang.

Mari kita imbas sejenak :

  • Dahulu      : kena rotan dengan guru, balik rumah ayah tambah lagi dua kali ganda.
  • Sekarang : kena rotan dengan guru, ibu bapa serang cikgu, buat laporan di PPD
  • Dahulu      : kerja rumah tak siap, ibu bapa bersila tunggu sampai siap.
  • Sekarang  : kerja rumah tak siap, ibu bapa sibuk tengok AF.
  • Dahulu      : pergi sekolah jalan kaki, sekolah jauh dari rumah.
  • Sekarang  : pergi sekolah dihantar naik kereta / bas sekolah
  • Dahulu      : pergi sekolah tak perlu telefon bimbit.
  • Sekarang : video dalam telefon bimbit pun mengalahkan orang dah kahwin.
  • Dahulu     : belanja sekolah paling tinggi cuma 50 sen. Masih boleh beli sebatang pensel
  • Sekarang : ada yang belanja sampai RM5.00. Tapi tak boleh beli pensel sebatang pun.
  • Dahulu    : kalau kerja cikgu beri tak siap, murid datang sekolah terketar-ketar.
  • Sekarang : kalau kerja cikgu beri tak siap, murid tak kisah pun sebab cikgu tak berani nak denda. Parent boleh backup
  • Dahulu    : walaupun ada murid belajar di kelas belakang, tapi belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.
  • Sekarang : walaupun ada murid belajar di kelas belakang, tapi belajar nak kena paksa.

Senario di atas membandingkan beberapa perkara yang berlawanan antara dahulu dan sekarang.

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pemerhatian penulis sahaja. Bukan semua perkara pada masa dahulu boleh dibandingkan dengan zaman sekarang.

Namun, apa yang pasti, majoriti murid sekarang hidup dengan ‘senang lenang’ walaupun mereka dalam kalangan keluarga yang susah. Mengapa saya berkata demikian?

Kerana pemikiran mereka yang belum matang membuatkan mereka tidak tahu apa erti kesusahan. Celik saja mata, semuanya sudah ada.

Saya masih ingat lagi ketika zaman sekolah rendah dahulu. Ada seorang guru Matematik yang amat saya takuti. Dengar sahaja bunyi motorsikal guru tersebut, saya pasti akan menggelabah.

Sekarang? Apabila saya memandu kereta keluar dari perkarangan sekolah, murid boleh bermain kejar-kejar depan pintu pagar utama.

Murid perempuan? berjalan dengan selamba macam tiada kenderaan akan keluar masuk sedangkan mereka nampak saya memandu kenderaan keluar dari kawasan sekolah. Tindakan itu saya anggap sebagai biadab!

Murid zaman sekarang boleh dikatakan hidup senang. Lahir ke dunia, semua kemudahan sudah ada. Cakap sahaja apa yang tiada, semuanya boleh dipenuhi.

Tidak seperti zaman 70-an dan 80-an (malah ada zaman yang lebih lama daripada itu), hidup susah tanpa kemudahan bagi masyarakat di pedalaman.

Tapi, kemudahan apa yang ada itu tidak diaplikasi sepenuhnya. Itu baru murid sekolah rendah. Belum sentuh isu murid sekolah menengah. Murid skolah rendah sudah berani hisap rokok, belajar merempit dengan basikal, ponteng sekolah, mencuri di pasar raya, menonton video lucah, mencarut dan macam-macam lagi yang tak elok didengar.

Entah daripada mana mereka belajar semua itu. Semua gejala ini menutup sikap baik segelintir murid di sekolah yang sepatutnya ditulis dalam laman ini kerana itu lebih baik.

Apa pun, di mana kurangnya kelakuan mereka, semoga masyarakat setempat  dapat sentiasa memantau dan mencegah kemungkaran yang dilakukan (jika ada).

Bukan semua guru dihormati di luar kawasan sekolah.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN

Teacher’s Department

p/s :

  • Ya ALLAH ya TUHANKU, ampunilah dosa silam anak-anak muridku. Kembalikanlah mereka yang telah ‘menyimpang ‘ ke landasan yang benar. Amin

  1. 27 Julai 2013 at 6:02 AM

    If a shop beats around the bush about how much something is
    going to cost you it might be because they are based on questionable data.

    They all tie into the cars computer, and car owners are recommended to
    check with manufacturers. That means a mechanic that can
    do the job right.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: