Utama > Pend.Pemulihan, Pengetahuan > Mengapa Murid Menulis Terbalik?

Mengapa Murid Menulis Terbalik?

Salam sejahtera.

Semoga anda yang berada di laman ini dikurniakan akal fikiran dan fizikal yang sihat lagi bertenaga.

Setiap kali masuk selepas mengajar, guru akan memberi murid beberapa latihan sama ada sebagai pengukuhan atau pengayaan. Setelah selesai menyiapkan latihan yang diberi, latihan akan diserahkan semula kepada guru.

 

Bagi guru yang menanda latihan murid di kelas yang ‘pandai’ pasti mudah untuk membaca jawapan murid. Namun, sebaliknya bagi guru yang mengajar di kelas ‘belakang’ termasuklah saya kerana menanda hasil kerja murid yang mana kebanyakannya menulis terbalik.

Pada mulanya, saya dapati satu dua huruf sahaja yang ditulis terbalik. Namun, setelah diamati, rupa-rupanya, ada lagi latihan yang disiapkan dengan tulisan terbalik.

 Senario murid menulis terbalik ini bukanlah kerana masalah yang terlalu serius pun.

Perkara berikut mungkin boleh dijadikan panduan :

  • murid keliru dengan bentuk tulisan yang seakan-akan sama.

 

  • murid memegang pensel dengan cara yang salah.

 

  • murid hadapai masalah hendak menyalin tulisan dari papan hitam ke dalam buku latihan kerana tulisan di papan hitan ‘menegak’ manakala buku murid dalam keadaan ‘rebah’

 

  • murid hadapi masalah pengamatan penglihatan.

 

  • murid keliru apabila melihat terlalu banyak tulisan dan huruf yang hendak ditulis semula ke dalam buku latihan.

Cara Mengatasi :

  • Bagi murid pemulihan, guru tidak perlu menulis terlalu banyak ayat di papan hitam.

 

  • Minta murid menulis satu demi satu dan bukan menyalin pantas semata-mata hendak siap cepat.

 

  • Betulkan cara murid memegang pensel.

 

  • Minta murid baca semula apa yang ditulis.

 

  • Minta murid bandingkan apa yang guru tulis dengan hasil kerja mereka sama ada sama atau ada yang silap.

 

  • Jangan biarkan murid leka bermain atau bergurau semasa membuat latihan kerana dikhuatiri murid akan menyalin ayat yang sudah di salin atau tertinggal abjad atau perkataan dalam ayat yang disalin.

 

Sekian,

 Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Mantan Guru Pemulihan

2004 – 2008

p/s :

  • Terkenang zaman sekolah rendah dulu..
  1. 3 Jun 2009 at 8:21 PM

    Menarik untuk dicermati. Salam dari Bandung … ^_^

  2. asnizahasini
    20 Februari 2012 at 11:24 AM

    klu menyalin satu per satu murid pasti tidak dapat menyalin habis sehingga tamat waktu…terjadi pada anak saya…dia juga punyai masalah menulis terbalik bolehkah tolong beri nasihat atau kongsi sesuatu dengan saya

    • cikgu
      20 Februari 2012 at 1:31 PM

      ada banyak faktor yang boleh dikaitkan mengapa murid lambat menyalin dalam tempoh yang diberikan. Saya memberi contoh murid salin satu persatu dalam entri di atas khusus untuk murid pemulihan.

      Anda individu paling hampir dengan anak. Jadi anda wajar tahu apakah faktor penyebab anak anda lambat menyalin. adakah dari segi usia? adakah kerana lebih banyak bercakap dari menulis? adakah pergerakan koordinasi mata – tangan lambat? adakah anak anda masih lemah dalam membaca? adakah anak anda menghadapi masalah penglihatan? (duduk depan pun xboleh salin juga)

      semua itu perlu diberi perhatian. sebagai ibu bapa, perlu sedia maklum, latihan di sekolah tidak memadai jika anda berhadap anak anda terus pandai menulis. lebih banyakkan latihan anak di rumah. sehari sebaris ayat pun tidak mengapa. asalkan tulisan kemas dan boleh dibaca.

      • asnizahasini
        8 September 2012 at 3:33 PM

        Terima kasih atas nasihat Dan panduan…saya risau jika dia penghidap disleksia…

        • 10 September 2012 at 9:31 AM

          jika puan risau anak puan menghidap disleksia, saya syorkan puan merujuk anak puan kepada pakar kanak-kanak untuk tindakan susulan oleh doktor. kadang-kadang kita tidak tahu apa masalah anak-anak sebenarnya. Oleh yang demikian, nasihat dan pandangan doktor dalam kes-kes tertentu amat diperlukan.

  3. 5 Mac 2015 at 10:49 PM

    I think everything posted was very reasonable. But, what about this?
    what if you wrote a catchier title? I mean, I don’t wish
    to tell you how to run your blog, but what if you added a headline that grabbed a person’s attention? I mean Mengapa Murid Menulis Terbalik?
    | Teacher’s Department is a little plain. You should look at Yahoo’s front page and see how they create article headlines to grab people interested.
    You might add a related video or a related
    picture or two to grab readers interested about what
    you’ve got to say. Just my opinion, it would make your posts a little bit more interesting.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 119 other followers

%d bloggers like this: