4 Jenis Manusia Di Dunia

Salam sejahtera..

Sejak hari Sabtu lalu saya tidak dapat kemas kini laman ini kerana sibuk dengan program cuti sekolah. Banyak memenuhi undangan perkahwinan, seminar perniagaan dan balik kampung.

Jadi, selamat pengantin baru kepada anda yang naik pelamin pada musim cuti sekolah ini. Hari ini bukan isu pendidikan yang saya akan sentuh. Tetapi lebih kepada umum.

Sambil-sambil melawat ke tempat orang, saya suka melihat gaya hidup dan cara masyarakat sekarang sama ada di kampung atau di bandar. Ada yang hidup mewah dan ada juga yang susah.

Teringat pula ketika mula-mula menyertai perniagaan MLM dengan sebuah syarikat yang sehingga kini masih kukuh bertapak walaupun usia produk sudah mencecah 120 tahun.

Saya pada masa itu bukanlah hidup senang. Tapi, saya tahu wang adalah segala-galanya. Tanpa wang, hendak cari makan di negeri orang memang susah.

Sebulan selepas menyertai perniagaan ini, saya masih tidak dapat pendapatan. Modal melebihi RM10,000.00  telah saya labur. Namun, berkat tunjuk ajar dan perkongsian ilmu perniagaan oleh leader yang telah berjaya, saya mula bergerak dan mendapat pendapatan tunai pertama pada bulan kedua sebanyak RM2580.00.

Memanglah tak banyak pun. Tapi itu dengan sekali usaha. Jadi, nak pendapatan lebih, kenalah usaha lebih. Saya masih ingat pada satu ketika saya tidur cuma 2 jam sahaja.

Dan akhirnya, saya berada di tahap ini. Masih belum berjaya, tapi saya boleh hidup dengan selesa. Apabila rakan-rakan bertanya apa rahsia saya, segalanya saya ceritakan.

Apabila mereka yang berminat menyertai perniagaan yang saya lakukan ini tidak bersungguh, saya bantu hingga berjaya. Namun, ada juga yang tewas sebelum berjuang.

Mengapa? kerana mental mereka sudah disogok oleh cerita-cerita kuno yang mengatakan perniagaan MLM tidak akan ke mana-mana.

Hanya GLOKAL (golongan kurang berakal) yang akan sentiasa berfikiran begitu. Saya sering berpesan kepada anak buah ketika hendak menjalankan sebarang urusan perniagaan :

  • buka minda dan jangan berfikiran sempit
  • usah peduli pada kata-kata orang yang ‘bikin tak serupa cakap’
  • jujur terhadap klien – terangkan maksud perniagaan 100% sehingga klien faham.
  • jangan sesekali langgar ‘sistem’ – kunci rahsia kejayaan perniagaan
  • bantu klien yang baru daftar sehingga berjaya.
  • kerja sepasukan – jangan lakukan seorang diri.

Alhamdulillah, mereka yang mengikut nasihat saya, berjaya dan mereka yang melanggar sistem banyak gugur di pertengahan jalan.

Buat ‘business partner’ di luar sana, ingatlah pada kata-kata ini ;

Dalam dunia ini, ada 4 jenis manusia.

  1. Orang yang berjaya dan tidak mahu lihat kita berjaya.
  2. Orang yang tidak berjaya, tetapi mahu lihat kita berjaya.
  3. Orang yang tidak berjaya dan mahu lihat kita juga tidak berjaya.
  4. Orang yang berjaya, tetapi juga ingin lihat kita berjaya sepertinya.

Pilihan di tangan anda, dengan siapa anda mahu bersama.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Internet Bizz

Site Partner

p/s :

  • topik pendidikan untuk esok, ‘Mengajar Murid Menguasai Suku Kata’
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: