Rumah > Pend.Pemulihan, Pengetahuan > Mengajar Murid Menguasai Suku Kata

Mengajar Murid Menguasai Suku Kata

Salam sejahtera.

Semoga anda ceria dan sihat sentiasa, dikurniakan akal fikiran yang waras dan cerdas untuk sama-sama berbuat baik sesama insan.

Setelah murid menguasai abjad, guru perlu mengasingkan kumpulan murid ini dalam kumpulan lain untuk mereka mempelajari kemahiran suku kata.

Dalam bahagian ini, murid mesti belajar menguasai asas suku kata terlebih dahulu iaitu suku kata KV.

Andaikan dalam kelas ada lima orang murid yang akan belajar kemahiran suku kata KV. Guru sekurang-kurangnya mesti ada bahan bantu mengajar yang berikut :

  • kad imbasan suku kata pelbagai bersaiz A4
  • lembaran kerja suku kata bergambar
  • kad imbasan suku kata pelbagai bersaiz 1/4 A4
  • kad imbasan bergambar (tanpa sebarang abjad)
  • kad permainan – puzzle suku kata


Sebelum mengajar :

  • Pastikan murid sudah bersedia.
  • Rangsang minda murid dengan mengimbas kembali abjad yang telah mereka pelajari sebelum ini.
  • Uji penguasaan murid terhadap kemahiran mengenal abjad.

Semasa mengajar :

  • mulakan dengan konsonan ‘b’ + vokal ‘a’ – contoh ‘ba’, ‘ca’, ‘da’, ‘fa’, ‘ga’, ‘ha’ dan seterusnya.
  • guru tunjuk dan sebut – murid ikut.
  • lakukan latihan ini secara berulang.
  • Vokal ‘a’ mudah dikuasai oleh murid. Setelah mahir, tukarkan huruf vokal ‘a’ kepada vokal ‘i’, ‘o’, ‘u’ dan ‘e’.
  • vokal ‘e’ perlu diajar pada akhir sekali kerana ‘e’ mempunyai dua sebutan yang berbeza iaitu ‘e-taling’ dan ‘e-pepet’.
  • Edarkan gambar, kad imbasan suku kata pelbagai dan rangsang minda murid untuk menyesuaikan sebutan dengan gambar. Contohnya, gambar ‘GAJAH’ dipadankan sebutan suku kata awalnya adalah ‘ga’.

Selepas mengajar :

  • buat latih tubi berulang kali sehingga murid mahir
  • uji murid secara rawak
  • edar lembaran kerja untuk uji kefahaman dan penguasaan kemahiran murid
  • beri murid permainan puzzle cantum suku kata.

Perlu diingat, bukan semua murid akan dapat menguasai kemahiran ini pada hari berkenaan. Jika telah mahir sekalipun, kemahiran ini perlu sentiasa diulang-ulang supaya murid tidak mudah lupa akan kemahiran yang telah dipelajari.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

p/s :

  • panduan di atas adalah menurut pandangan saya sahaja.
About these ads
  1. SALINA
    14 Mei 2010 at 11:04 PM | #1

    suku kta amat pnting.bg mgjar ank2 yg pintar ia mudah tp bg ank2 yg kurang pintar kta kna brsbar….

  2. Ibu
    30 Mei 2010 at 12:15 AM | #2

    Salam sejahtera, boleh kah recommend Cikgu Tuisyen Bahasa Malaysia di kawasan Kuala Lumpur ? Terima Kasih.

    • 30 Mei 2010 at 8:45 PM | #3

      Salam sejahtera,

      kalau puan mahu, saya akan cuba carikan kerana ramai rakan-rakan saya yang bertugas sebagai guru di sekitar Kuala Lumpur.

      Sila hantarkan maklumat berikut untuk memudahkan urusan saya cadangkan guru yang terbaik untuk puan :

      Nama anak

      Umur

      Lokasi

      Masa / Hari yang dicadangkan untuk tuisyen

      Hantarkan maklumat berikut ke email berikut : pemulihan2u@gmail.com

      Saya akan cuba rekomenkan puan guru Bahasa Melayu untuk anak puan. Kalau tidak dapat, harap puan tidak berkecil hati.

      Terima kasih

  3. Ibu
    2 Jun 2010 at 12:50 AM | #4

    Terima kasih. Saya sudah mengirim email dengan maklumat ke alamat diatas.

  4. norsuhaila hashim
    16 Julai 2010 at 9:12 PM | #5

    Salam, saya telah mengambil murid LINUS ke kelas Pemulihan saya sejak bulan April lg. Semuanya telah menguasai abjad dan huruf vokal. Masalahnya mereka begitu susah utk menguasai suku kata kv, walaupun saya baru mengenalkan suku kata ba, da, ha, ka, la dan ta seterusnya menggunakan vokal i dan u. Berbagai kaedah telah saya cuba termasuk membekalkan kad suku kata tersebut utk di baca di rumah. Hampir putus asa rasanya. Harap dpt bg cadangan yang dpt membantu saya. Tq.

    • 16 Julai 2010 at 10:42 PM | #6

      salam,

      puan suhaila, saya jawab soalan puan.

      pertama sekali, tahniah kerana puan berjaya menerapkan kemahiran ‘mengenal abjad dan suku kata ‘kvk’ terhadap anak didik puan.

      masalah mudah lupa memang kerap berlaku dalam kalangan murid lebih-lebih lagi apabila murid dalam kategori ‘terbiar’, ‘terpinggir’ ‘terabai’ dan ‘tidak terurus’. (maaf jika penggunaan bahasa saya agak kasar.

      puan sebagai guru pasti sedia maklum akan potensi anak didik masing-masing. Justeru, puan boleh lakukan analisis mengapa, sebab dan akibat berlakunya masalah yang melanda puan sekarang.

      kaedah pengulangan dan bertulis juga penting bagi mengukuhkan pemahaman murid. saya pasti puan telah lakukan yang terbaik. Sekiranya murid masih tidak menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan, ada banyak faktor lain yang puan perlu pertimbangkan mengapa ia gagal. Jangan lihat ianya hanya dari satu sudut sahaja iaitu diri puan.

      Faktor luar juga turut menyumbang kepada masalah ini. Mungkin puan perlu berjumpa dengan ibu bapa murid seperti mana yang saya lakukan baru-baru ini untuk mendapat maklum balas mengenai anak mereka di rumah.

  5. nurul
    28 Jun 2011 at 12:25 AM | #7

    salam. saya baru terjumpa blog cikgu. banyak contoh ABM yang boleh kita guna. terima kasih banyak kerana sudi berkongsi. semoga usaha kita di berkati insyaallah.

  6. Siti Hajar
    10 Februari 2012 at 10:23 AM | #8

    Assalamualaikum Cgu Suhaila,
    Mungkin kaedah ni boleh membantu. jika murid ini sukar menguasai suku kata KV, cuba ajar terus perkataan suku kata terbuka (dalam bentuk ceraian). Kaedah ni ada disentuh oleh Cgu Haidi sebelum ini. contoh: bu + ku = buku, bu + ka = buka, ba + ki = baki. penggabungan dan pengulangan ini Insya Allah boleh membantu murid ingat suku kata atau menghubungkaitkan suku kata dengan pembinaan perkataan lain. apabila belajar berulangkali suku kata tersebut, murid sepatutnya akan tahu eja dan bunyikan ku + ku = kuku, ka + ki = kaki, ka + ku = kaku kerana suku kata ini terdapat dapalam perkataan suku kata terbuka buku, buka dan baki.. :)

    • Cikgu
      13 Februari 2012 at 9:45 PM | #9

      Terima kasih, puan siti hajar

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 106 other followers

%d bloggers like this: