Utama > Agama, Kasih Sayang, Kesihatan, Pengetahuan > Rahmat Untuk Suami Isteri Yang Bangun Malam

Rahmat Untuk Suami Isteri Yang Bangun Malam

Salam sejahtera

Kebahagiaan dan kesejahteraan hidup yang merupakan impian setiap insan bukanlah sekadar terletak pada nilaian harta benda dan wang ringgit. Banyak rumah tangga yang hancur kerana mengikut teori kebahagian sendiri. Mereka menyangkakan wang adalah segala-galanya…

Namun setelah memperolehi semuanya itu, rumah tangga masih tidak bahagia. Suami isteri tidak mesra. Bahkan sentiasa berkrisis, bermasam muka dan berburuk sangka. Hubungan ibu bapa dan anak-anak renggang.

Justeru itu, kebahagiaan bukan terletak kepada material semata-mata, yang paling utama ialah pimpinan suami itu sendiri. Suami perlu mendidik isteri ke arah mencapai cinta Allah, cinta agama dan cinta akhirat. Cinta kepada Tuhan akan mendorong seseorang itu untuk berbuat kebaikan demi mencari redha Allah SWT.

Setiap pasangan perlu saling bantu-membantu untuk memajukan diri mencari keredhaan Allah terutama sekali pada waktu keheningan malam. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan bantu-membantulah kamu dalam kebaikan dan takwa, janganlah kamu bantu-membantu dalam melakukan dosa dan pelanggaran.” (Surah Al-Maidah, ayat 2)

Malah Rasulullah SAW sangat suka kepada suami isteri yang saling bantu-membantu dalam ketaatan, rukuk dan sujud dalam kegelapan malam ketika semua manusia tidur dengan lenanya. Itulah sebenarnya petua kebahagiaan dunia dan akhirat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya sama-sama melakukan solat. Sekiranya dia enggan, maka dipercikkannya ke wajahnya. Mudah-mudahan Allah merahmati seorang isteri yang bangun tengah malam untuk mengerjakan solat dan juga membangunkan suaminya, jika dia enggan, maka dipercikkanlah air ke mukanya.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Menerusi hadis di atas jelaslah kepada kita betapa indahnya saat-saat seorang suami membangunkan isterinya dengan lemah-lembut seperti memercikkan air ke mukanya pada tengah malam supaya sama-sama melakukan ibadat kepada Allah SWT apatah lagi jika anak-anak dapat ikut serta.

Betapa sayunya hati ketika ini mengenali dosa-dosa yang telah dilakukan. Air mata menitis tanda keinsafan. Zikir dialunkan tanda kesyukuran. Doa dipanjatkan memohon kesejahteraan keluarga dunia dan akhirat. Kebahagiaan seperti inilah akan melahirkan jiwa yang tenang, aman damai, tiada ketakutan, tiada kebimbangan malah berada di dalam keadaaan redha dan diredhai Allah dunia dan akhirat.

Ini jelas dalam firman Allah SWT yang bermaksud, Wahai jiwa yang tenang kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan kamu redha dan diredhai. Masuklah dalam hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Surah Al-Fajr, ayat 27-30)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Abu Said r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang suami membangunkan isterinya pada waktu malam kemudian mereka mengerjakan solat dua rakaat, maka mereka termasuklah atau tergolonglah ke dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Kelebihan bertahajud

Antara amalan-amalan yang boleh menyelamatkan manusia dari azab akhirat ialah sentiasa bertahajud dan berqiyamullail. Rasulullah SAW bersabda, ada sembilan kelebihan bagi orang yang bertahajud.

Lima ketika di dunia:

1. Terselamat daripada beberapa bencana
2. Berkat ke atasnya akan jelas diwajahnya
3. Disukai oleh hamba Allah
4. Ucapannya penuh hikmah
5. Dijadikan orang yang bijaksana

Empat ketika di akhirat:

1. Dipimpin dari kubur dengan muka berseri-seri
2. Diringankan hisabnya
3. Meniti titian sirat seperti kilat
4. Menerima buku catatatan amal dari tangan kanan

Oleh itu, luangkan masa untuk bermunajat kepada-Nya agar tidak timbul penyesalan pada hari kemudian.

Sumber :

KOLEKSI ANIS

Ustazah Siti Bahyah Mahamod

Di Galeri Ilmu


Sekian,

Teacher's Department
NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

  1. 28 Mac 2014 at 3:02 PM

    Excellent goods from you, man. I’ve take into accout
    your stuff previous to and you are simply extremely wonderful.
    I really like what you’ve received here, certainly like what you are saying and
    the way in which during which you assert it. You make it entertaining and you still take
    care of to keep it sensible. I can’t wait to learn far more from you.

    This is really a wonderful website.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: