Utama > Cerita Teladan, Kasih Sayang, Pengetahuan > Kisah Guru dan Murid – Part 2

Kisah Guru dan Murid – Part 2

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar lelaki bernama Akmal bertanya pada seorang cikgu bernama Norhaidi yang sedang mengajar. Ketika itu, Cikgu Norhaidi sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog antara Akmal dan Cikgu Norhaidi tersebut berbunyi begini :

Akmal : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macamana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu Norhaidi : Oh, kamu nak tahu ke?. Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je OK…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Akmal : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu Norhaidi : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Akmal : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu Norhaidi : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Akmal : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang dibelakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu Norhaidi : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Moral :

  • Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang anda terima pada hari ini, kerana jika anda meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
  • Sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihNya,maka kamulah serugi-rugi manusia.
  1. eza
    23 Januari 2010 at 11:47 PM

    bagaimana untuk mengurangkan rasa gemuruh ketika mengajar di hadapan kelas??
    saya bakal menjadi guru tapi masih kurang keyakinan lagi

    • 24 Januari 2010 at 12:48 AM

      Saya sendiri tiada jawapan bagi persoalan ini kerana ia melibatkan persediaan diri sendiri.

      Dalam apa jua sesi yang memerlukan kita berada di khalayak ramai untuk berkata-kata, bukan semua orang boleh berbicara dengan baik supaya orang yang mendengarnya dapat menerima mesej yang kita sampaikan.

      Sesetengah orang akan datang rasa gemuruh apabila bercakap di khalayak ramai, lupa isi penting dan sebagainya. Mungkin sebab itu ramai yang berucap di khalayak ramai memerlukan teks ketika berkata-kata.

      Dalam hal ini, ada banyak pandangan diberi termasuklah berlatih di hadapan cermin, yakin pada diri, jika gagap : – cakaplah dengan tenang, satu persatu ayat dilafazkan dan banyak lagi pendapat lain

      Saya sendiri pernah alami masalah seperti anda. Mungkin cara setiap orang tangani masalah itu berbeza. Itu bergantung kepada cara penerimaan masing-masing.

      Paling penting, anda perlu rasa yakin dan sentiasa positif. Pastikan anda benar-benar bersedia sebelum melangkah ke dalam kelas. Buangkan sejauh mungkin perasaan negatif yang timbul dalam diri anda setiap kali hendak berhadapan dengan anak murid.

      Jika anda kehilangan kata-kata sekali pun, jangan berhenti di situ. Anda mesti pantas menjelmakan idea lain bagi mengelakkan sesi penerangan dalam kelas terganggu.

      Banyakkan komunikasi antara anda-rakan-murid kerana itulah yang paling banyak membantu anda sebenarnya. Semoga berjaya!

      Terima kasih

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: