Archive

Archive for Julai 2009

Pengurusan Tingkah Laku – Part 2

31 Julai 2009 1 komen

Salam sejahtera..

Betapa indahnya hari ini kerana kita masih dapat bernafas dan menghirup udara segar. Bumi masih berputar menjalankan ‘tugas’nya. Begitu juga kita. Semiga apa yang kita lalui pada hari ini, anggaplah ia sebagai pelajaran paling berguna.

Kali ini saya akan sentuh mengenai kategori tingkah laku bermasalah  secara umum dalam tajuk utama Pengurusan Tingkah Laku. Berikut adalah nota kuliah yang sempat saya salin semasa mengikuti Sijil Kursus Perguruan Khas (KSPK) satu tahun di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia, Kuala Lumpur pada tahun 2008.

******************************************************************

KATEGORI TINGKAH LAKU BERMASALAH

1)     KEBIMBANGAN

  • Fobia : terlalu bimbangkan sesuatu perkara
  • Panik : kejadiaan seseorang tiba2 bimbang tanpa apa2 sebab

2)     SOMATOFOM

  • Orang yang tiada masalah tetapi berasakan ada masalah
  • Terbahagi kepada 2 iaitu ‘hipokondisis’ dan convernasion

3)     MOOD

  • Berasa sedih apabila berlaku perkara-perkara yang kita suka, rasa gembira bila berlaku perkara-perkara yang kita suka.
  • Mood ialah fenomena yang dikatakan seseorang individu tidak dapat mengawal perasaan mereka
  • Terdapat beberapa perlakuan yang timbul kerana tidak dapat mengawal mood. Antaranya ;
  1. Tertekan : bila tertekan akan rasa bosan, kesunyian dan keseorangan
  2. Rasa diri tidak berharga atau berguna : percaya diri tidak menyumbang, tidak pandai, selalu sakit dan suka menyalahkan diri apabila berlaku sesuatu.
  3. Kurang motivasi : tidak seronok melakukan aktiviti harian
  4. Gangguan selera makan dan tidur : tidak ada selera makan walaupun lapar dan tidak dapat tidur atau pun tidur tidak lena
  5. Rencat psikomotor : mengalami masalah dalam menyelaraskan pergerakan, seperti selalu jatuh apabila berjalan dan sering melakukan kesalahan apabila menulis.
  6. Fikiran bercelaru : tidak dapat menyampaikan idea dengan lancar, ada masalah dalam memberi tumpuan dan mengingat

4)     TEKANAN PERASAAN DAN MEMBUNUH DIRI

  • Akibat rasa bersalah yang keterlaluan, kadang2 tidak disedari oleh individu itu dan boleh menyebabkan perasaannya tertekan

5)     SEKSUAL

  • Tingkah laku seksual yang bermasalah ini biasanya berlaku di kalangan remaja sama ada lelaki atau perempuan
  • Banyak perlakuan gangguan seksual.
  • Fatishisme : keseronokan seksual daripada alat lain selain daripada kelamin jantina yang berlainan jenis.
  • Transvetisme (pondan): keseronokan seksual diperolehi daripada cara berpakaian seperti orang yang berlainan jantina.
  • Transeksualisme : kekeliruan kejantinaan yang menyebabkan dia adalah berjantina lain.
  • Exhibitionisme : mendapat keseronokan daripada menonton alat jantina daripada berlainan jantina
  • Voyeurisme : keseronokan seksual diperoleh daripada memerhati / menonton aktiviti seksual orang lain secara tersembunyi
  • Pedofilia : mendapat keseronokan seksual kerana bersentuhan dengan kanak-kanak
  • Sadisme : keseronokan seksual diperoleh daripaa aktiviti liar seksual yang kadang-kala menyebabkan kecederaan teruk paa pasangan.
  • Mesokisme : keseronokan seksual diperoleh setelah dicederakan oleh pasangannya.

6)     PENYALAHGUNAAN DADAH DAN PIL KHAYAL

  • Semua pihak termasuk para pendidik mestilah melibatkan diri secara aktif bagi mengatasi murid / pelajar dari terlibat dengan dadah
  • Mengikut kajian, seseorang itu dikatakan penagih atau bergantung secara aktif kepada dadah sekiranya individu tersebut menunjukkan sekurangnya tiga perlakuan seperti berikut :
  1. Terlalu terlibat dengan dadah
  2. Penggunaan dadah yang berlebihan walaupun adalah tidak disengajakan
  3. Menunjukkan tanda fizikal seperti menggigil, bimbang, gelisah
  4. Terpaksa mengambil dadah sebelum bekerja atau belajar dan jika tidak dilakukan, dia akan resah dan gelisah
  5. Berusaha untuk tidak mengambil dadah tetapi tidak berjaya mengawal kehendak diri kepada dadah

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

Pengurusan Tingkah Laku – Part 1

30 Julai 2009 52 comments

Salam sejahtera..

Semoga hari ini lebih membawa kebahagiaan dan keriangan dalam hidup anda. Di mana jua anda berada, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan anda. Terima kasih kerana masih sudi mengunjungi laman ini.

Dalam pendidikan Pemulihan, tidak semestinya murid itu menghadapi masalah dalam penguasaan 3M sahaja. Terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi murid dan menjadi penentu kepada kegagalan murid dalam aspek membaca, menulis dan mengira. Salah satu faktor yang dimaksudkan adalah Tingkah Laku.

Sebelum ini, saya mempunyai bilangan murid pemulihan yang agak ramai. Saban tahun ada saja yang bertambah terutamanya dalam kalangan murid tahun dua dan tiga.

Kebanyakan murid yang menjalani ujian saringan dan diagnostik adalah murid yang dikatakan layak memasuki kelas pemulihan. Setelah tiga bulan mengajar, barulah saya dapat kesan masalah setiap murid secara berperingkat.

Ada sebahagian murid tahu membaca sebenarnya, ada yang tulisan cantik dan bijak. Namun, kerana masalah tingkah laku dan beberapa masalah lain, murid seringkali gagal dalam akademik.

Sebagai contoh, saya kerap memarahi seorang murid yang pada mulanya saya anggap ‘pemalas’ kerana langsung tidak mahu bangun atau buat sebarang latihan mahu pun menerima tunjuk ajar.

Murid ini suka tidur dalam kelas, kadang-kala murung, suka bersendirian dan Gambar hiasanpelbagai lagi perbuatannya yang dilihat menyakitkan mata. Mahu saja saya rotan, tapi apalah daya saya, seorang guru biasa. Rotan tak memberi apa-apa kesan kepada murid seperti ini.

Saya panggil kedua ibu bapa murid, berbincang dengan guru kelas, guru mata pelajaran, Guru Penolong Kanan 1 dan mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan yang juga menjadi guru Pemulihan.

Sumber yang diperoleh daripada ibu bapa adalah maklumat yang paling penting semasa sesi temubual. Melalui perbincangan itulah saya tahu murid berkenaan sebenarnya bijak, rajin dan pandai bermain bola. Cuma ada masalah dalaman keluarga yang sering terjadi di rumah menyebabkan murid berubah sikap daripada seorang yang ceria kepada suka menyendiri, murung, lemah semangat dan negatif.

Setelah memperoleh sumber yang jelas dan mendapatkan pandangan berhubung masalah yang melanda, saya mula merancang strategi. Murid berkenaan perlu didekati secara individu dan saya perlu menjadi ‘kawan’ yang sangat akrab. Saya perlu ‘bermain’ psikologi dengan murid tersebut untuk membawanya kembali ‘normal’.

Sedikit demi sedikit rahsia kemurungannya saya temui. Saya memberi jaminan bahawa apa yang dilaluinya di rumah tidak akan di alami di sekolah. Saya memberi jaminan bahawa setiap hari dia akan dapat ‘bermain’ dalam kelas saya dengan beberapa syarat utama yang perlu dipatuhinya. Saya memberi jaminan bahawa dia tidak akan diabaikan, saya memberi jaminan tiada seorang guru pun yang akan merotannya dan semua jaminan yang saya berikan adalah berdasarkan syarat yang dipersetujui bersama.

Kini, setiap kali kelas pengajaran dan pembelajaran, murid tersebut sentiasa memberi respon. Setiap latihan berjaya disiapkan dengan betul tanpa ada kesalahan ejaan. Apabila murid ini dipulangkan semula ke kelas asal, dia akan selalu lalu di hadapan kelas Pemulihan dan merayu agar dimasukkan semula ke kelas Pemulihan. Katanya, tidak seronok belajar di kelas biasa kerana suasana belajarnya tidak sama.

Dalam kes ini, pengurusan tingkah laku yang betul dapat membantu murid memotivasikan diri mereka. Walau bagaimana pun, usaha yang saya lakukan memakan masa yang sangat panjang sebelum mendapat hasilnya.

Sekiranya guru-guru menghadapi masalah yang serupa, gunakanlah kreativiti masing-masing dan sentiasa bersabar dalam melayan kerenah murid Pemulihan.

Dalam pelajaran yang akan datang, saya akan lebih banyak menyentuh mengenai Pengurusan Tingkah Laku secara umum.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Deparment

Teknik Pengajaran Pemulihan – Part 2

29 Julai 2009 33 comments

Kemahiran Asas menulis

Perhatikan perbezaan gambar di bawah.

Image000Gambar 1

——————————————————————————

Image002Gambar 2

—————————————————————————

Gambar 1 menunjukkan kesilapan menulis yang sering terjadi kepada setiap murid. Bentuk huruf yang tidak betul dan membentuk huruf yang senget. Setelah melalui beberapa siri pembetulan, barulah hasil kerja murid dapat diterjemahkan seperti yang dapat dilihat dalam gambar 2.

Penggunaan pensel yang kurang sesuai juga salah satu punca murid melakukan banyak kesilapan semasa menulis. Perhatikan semula gambar 1, murid tidak mengasah pensel dan menulis dalam keadaan mata pensel yang tidak tajam.

Berbanding dengan gambar 2, setelah menggunakan pensel jenis HB dan diasah tajam, murid dapat menghasilkan kelainan. Guru tidak perlu memadam latihan murid.

Sebaliknya, jadikan ia sebagai contoh agar murid tidak mengulangi kesilapan yang serupa.

Perhatikan lagi gambar berikut.

Image013Gambar 3

————————————————————————-

Image012Gambar 4

Gambar 3 dan 4 adalah postur murid semasa menulis. Jika keadaan ini berlaku, guru kena perbetulkan segera kerana postur menulis ini adalah tidak betul dan sebenarnya tidak selesa.

Minta murid menulis dalam keadaan postur duduk yang tegak dan pastikan ada jarak antara penglihatan ———> buku.

Guru juga perlu perbetulkan cara murid memegang pensel supaya tulisan murid menjadi lebih kemas. Perhatikan gambar 4. Gambar menunjukkan cara memegang pensel yang tidak betul.

Selain daripada masalah yang dinyatakan di atas, guru boleh menggunakan kreativiti dan kebijaksanaan sendiri untuk membantu murid menulis dengan betul dan sempurna.

Aktiviti menulis boleh digabungkan dengan aktiviti permainan bagi mengelakkan murid berasa bosan. Saya sendiri kerap menggunakan kuiz bertulis sebagai salah satu aktiviti. Muzik latar juga boleh dipasangkan sebagai menarik minat murid ketika menulis

Sekian,

Teacher's Department
NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

Kelebihan Solat 2 Rakaat

28 Julai 2009 3 comments

Diriwayatkan bahawa rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Setelah Allah S.W.T selasai menciptakan Jibrail A.S. dengan bentuk yang cantik, Allah S.W.T. menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang iaitu antara timur dan barat.

Setelah itu Jibrail A.S. memandang dirinya dan berkata: “Wahai tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku”

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:”Tidak”. kemudian Jibrail A.S. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah S.W.T. dan tiap-tiap rakaat lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail A.S. solat, maka Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:”Wahai jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadah kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan muncul seorang nabi yangmulia yang paling Aku cintai, namanya ‘Muhammad”.

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesunguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintanKu.”

kemudian Jibrail A.S. berkata: “Ya tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadah mereka?”

lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:” Ya jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal.”

setelah JibrailA.S. mendapat izin dari Allah S.W.T. maka pergilah jibrail A.S. dangan mengembangkan sayap dan terbang, setiap kali dia mengembangkan sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3,000 tahun terbanglah malaikat jibrail A.S. selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah dibawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah S.W.T.

Lalu dia berkata dalam sujud:”Ya tuhanku apakah aku sudah menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”

kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud”Wahai jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3,000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu serta kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah diberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.”

sumber : http://www.syok.org/portal/profile.php?lookup=89288

Teknik Pengajaran Pemulihan – Part 1

27 Julai 2009 31 comments

Kemahiran Bacaan Asas

Ada beberapa pendekatan yang boleh digunakan bagi membolehkan murid menguasai kemahiran asas dalam bacaan.

1. Kaedah Fonik

  • kaedah ini memberi fokus kepada cara mempelajari perkataan yang belum dikenali dengan bunyi bahasa. Contohnya, huruf ‘m’ disebut apabila memakan sesuatu yang sedap.
  • selepas murid mengenal bunyi huruf, diperkenalkan pula nama huruf dan bentuk huruf. Bunyi-bunyi huruf dicantumkan sehingga terbentuk perkataan yang sempurna.

2. Kaedah Suku Kata

  • kaedah ini bermula dengan mengeja suku kata perkataan bermakna. Contohnya, ‘ka’ + ‘yu’ = kayu
  • Proses mengeja dan membatang perkataan ini perlu dimulakan dengan mudah iaitu bermula dengan dua suku kata (KVKV), kemudian dikembangkan menjadi tiga suku kata (KVKVK) dan seterusnya menjadi empat suku kata (KVKVKVKV), penggunaan diftong (VV) dan konsonan berganding (KK).

3. Kaedah Cantuman

  • kaedah ini adalah berdasarkan suku kata bagi perkataan bermakna. Perkataan itu akan dicantumkan menjadi ayat yang lengkap.
  • contohnya :
  1. cin+cin = cincin
  2. i+bu       = ibu
  3. be+li      = beli

Ayat lengkap   = ibu beli cincin

Sebaik-baiknya, pengajaran dijalankan secara individu atau pun kumpulan kecil. Guru boleh memperkenalkan huruf vokal dan konsonan tetapi tidaklah mengikut urutan kerana itu akan membosankan murid.

Contohnya, guru menunjuk jari ke arah meja, kemudian mempamerkan kad perkataan ‘meja’. Selepas itu, guru boleh pula menayangkan pula kad huruf ‘m’, ‘e’, ‘j’ dan ‘a’.

Seterusnya letakkan buku di atas meja. Guru sebut ‘buku di atas meja’. Guru pamerkan kad perkataan ‘buku’ dan minta murid menyebut seta mengeja.

Kemudian, adakan permainan untuk murid-murid berdasarkan kad perkataan itu tadi.

Sekian,
Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’ Sarponen

Perkampungan Ilmu – SKTIE

27 Julai 2009 1 komen

Salam sejahtera..

Pada 24, 25 dan 26 Julai 2009, pihak pengurusan SK Taman Impian Emas telah mengadakan kem ‘Perkampungan Ilmu’ khusus untuk para pelajar tahun enam yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi.

Program yang bermula pada jam 3.00 petang pada hari Jumaat bermula dengan talimat program oleh Cikgu Norhaidi selaku Kem Komandan. Diikuti sesi ‘ice breaking’ sebelum murid kembali semula ke dewan untuk sesi Teknik Menjawab Soalan Matematik.

Pada sebelah malam, guru-guru mata pelajaran Matematik mengambil alih tugas.

25 Julai 2009

Sebahagian daripada fasilitator terlibat dengan Pertandingan Bowling. Walaupun kekurangan kakitangan, program tetap berjalan dengan jayanya. Slot sebelah pagi diisi dengan Teknik Menjawab Soalan Sains manakala slot sebelah petang diisi dengan Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris.

Slot sebelah malam diisi dengan ‘kelas tambahan’ bagi mata pelajaran wajib UPSR. Tepat jam 10.30 malam, murid dikehendaki tidur awal kerana mereka akan bangun seawal jam 4.00 pagi bagi program di surau.

Bagi yang ingkar dengan arahan Kem Komandan pada malam tersebut telah dikenakan tindakan tatatertib.

26 Julai 2009

Slot pagi diisi dengan Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu. Kemudian pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari slot diisi dengan sesi pembelajaran di mana saya turut terlibat sebagai fasilitator.

Tepat jam 12.30 tengah hari, murid dikehendaki berkemas dan membersihkan kawasan tempat tidur.

Upacara penutupan majlis diadakan jam 1.00 petang dan tamat pada jam 1.30 petang. Dengan berakhirnya beberapa siri program ilmu yang dirancang, semua guru berharap agar semua murid yang menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini dapat membuat yang terbaik.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department.

p/s : Gambar aktiviti akan ditampal secara berperingkat.

Kategori:Pengumuman Tag:,

Tazkirah Jumaat

24 Julai 2009 Tinggalkan komen

KISAH NABI IDRIS A.S. MENIKAM MATA IBLIS

Pada suatu hari, sedang Nabi Idris a.s. duduk menjahit bajunya, tiba-tiba berdiri di hadapan pintu rumahnya seorang lelaki memegang sebiji telur di tangannya. Katanya Ya Nabi Allah Idris! Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini?

Maka Nabi Idris a.s. memandang lelaki berkenaan dan baginda terus mengecam lelaki berkenaan sebagai iblis laknatullah.

Nabi Idris A.S. bersabda: Marilah ke sini dekat denganku, tanyalah apa yang engkau kehendaki. Maka raja iblis itu pun mendekati baginda sambil mengulangi pertanyaannya : Ya Nabi Allah Idris! Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini?

Sahut Nabi Allah Idris A.S. : Jangankan memasukkan dunia ini ke dalam telur sebesar ini, bahkan ke dalam jarumku yang sekecil inipun, Tuhanku Maha Berkuasa memasukkan dunia ke dalamnya Lalu dengan pantas Nabi Allah Idris A.S. pun menikam mata raja iblis dengan jarum.

Iblis pun terperanjat dan kesakitan lalu melarikan diri setelah menerima tandatangan Nabi Allah Idris A.S. yang telah menyebabkan ia buta sebelah matanya sehinggalah zaman kebangkitan Junjungan kita dan kekasih Allah SWT iaitu Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.

sumber : http://www.syok.org/portal/readarticle.php?article_id=2903